^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

02 December 2011

Home » , , , , » *Renew Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir*

*Renew Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir*

salam,

nak share pasal Lesen Memandu..... mungkin ramai yang dah tahu yang tarikh untuk memperbaharui Lesen Memandu sekarang telah dikuatkuasakan untuk diperbaharui mengikut tarikh lahir seseorang..... sebelum ni baca kat entry ZURA..... so, aku nyer lesen dah pon selamat tamat tempoh pada 28.11.2011 yang lepas dan semalam hubby mintak tolong abg runner kat opis ni tolong renew kan..... tertunggu2 jugak aku coz nak tengok berapa bulan lesen aku kerajaan tolong bayarkan.....? hehe..... then ari ni dah dapat.....

tada!!!!!
eh, ini my 1st lesen memandu pada 2005

lesen 'D' jerk tau, aku x der lesen untuk motor  coz aku takut nak bawak sejak jatuh motor masa balik dari sekolah menengah dulu2..... seriau dah nak bawak motor, tapi kalu jadi pembonceng xper..... hehe


 ini lesen lama yang dah tamat tempoh pada 28/11/2011


 ha, ini barulah lesen baharu

nampak x tarikh lesen yang baharu adalah pada 04/05/2013..... sepatutnya kalau ikut tarikh biasa, ia akan jadi 28/11/2012 kan..... tapi sepanjang 6 bulan lesen aku telah ditanggung pembayarannya oleh pihak kerajaan..... nasib baik 6 bulan, kalau lebih, kena bayar sendiri la pulak..... huhu

"Kementerian berharap selepas ini, tiada lagi kes orang ramai lupa mahu memperbaharui lesen memandu mereka kerana sebaik saja tiba tarikh lahir, bermakna secara automatik lesen mereka juga sudah tamat tempohnya. Berikutan itu, katanya, kerajaan akan menampung kos perbezaan tempoh pembaharuan lesen dan tarikh lahir dengan tempoh maksimum selama enam bulan, manakala bakinya perlu dibayar pemegang lesen memandu." - penerangan

so, harap2 lepas ni tiada lagi pemandu di Malaysia yang memberi alasan lupa untuk renew lesen bila di tahan pihak berkuasa kan..... x kan lah tarikh lahir sendiri lupa kut..... huhu

tapi yang x bestnyer, lesen ni dia nyer liminate seal x keras macam dulu lah, lembik jerk siap boleh nak kopek lagik..... ker ikut tempat yang buat tu... huhu

p/s : agak2 time nak renew lesen memandu pada masa akan datang, ada x kaunter sediakan birthday kek untuk sambut birthday sekali..... hehe

k, sekian

7 comments

December 2, 2011 at 12:23 PM

besntnya kerajaan yang tolong bayarkan....

tapi ayu suka bab renew ikut tarikh lahir.. senang kan nak ingat, dapat kek sekali pun ajer pijam pihak p.pos.. hahaha

December 2, 2011 at 12:26 PM

ari2 ler tempahan kek dr pejabt pos..hehe,mest dpt wish dr pjbt pos skali kan..

p/s: roadtax xnk buat tarikh lahir skali ke..kalo x byk jimat tu..hehe

December 2, 2011 at 12:34 PM

kalo eB nih dh renew ari tuh camner? kena renew balik ke ato tunggu next yr?

December 2, 2011 at 12:48 PM

maz.. kalo ade birthday kek kat kaunter..konfem cukup masa jek orang akan renew lesen..muahahahaha...

ohhh..kerajaan tanggung 6 bulan jek eh.. baru tau pasal tuh.. kena inform hubby nih..kena standby duit lebih.. sebab dia punye 7 bulan untuk samakan dengan tarikh lahir dia..

December 2, 2011 at 2:06 PM

uishh dpt cupcake pun dah cukup time nak renew lesen tu ekeke..

tp senang buat mcm ni,at least kita ingat sikit.. =) tp kalau lupa jugak apakan daya..manusia katanya hehe

December 2, 2011 at 3:00 PM

hahahah
bestnya , baru la senang nak ingat

December 2, 2011 at 10:42 PM

dni rasa better buat tarikh lahir... memang senang :D

Post a Comment