^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

29 September 2012

*Musk Reed Diffuser*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

As salam,

Nampak itu gambar, oho itu my lil Aisha, di sblahnye plak yg dlm btol tu adalah Reed Diffuser dgn wangian Musk, dgn kandungan 30ml dan harga rm5 jek harap2 dapatlah menambah kewangian n kesegaran Teratak Kami ni. Bau dia lembut jek nanti.

Lagi2 lah di hujung minggu ni, aku ngan Aisha je kat umah, my dear hubby keje. Plan nak pi sukaneka school Aisha kat tmn botani negara shah alam pon terbantut. Huhu sedey lorrr

Em, pewangi ni snang je nak install, bkak tutup botol, msuk lidi berbunga tu n biar. Dlm ms 48 jam ia akan berfungsi sepenuhnya. Blh tahan 3 bulan brgantung pada keluasan ruang.

Maknanye insyaallah ari snin nti wangi lah TeratakKami ni...ngeh3... Hubby cdang kan bli lilin wangi tp aku prefer yg ni je, lilin tu kan ada api, tkut prkara yg x diingini brlaku plak. Mintak di jauhkan la ye.

So, x sbar nak bau kewangian TeratakKami ni. Harap2 tetamu yg dtg pon akan selesa n tnang je dok umah kami... Kan kan kan

K, sekian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

28 September 2012

*taska sekarang DAN taska akan datang*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

hari Jumaat yang penuh keberkatan..... insyaallah hari ni adalah hari terakhir Aisha kami hantar ke taska sekarang iaitu Taska & Tadika Temanku..... kami kan sekarang dah berpindah ke Teratak Kami di TRP, Rawang..... so rasanya untuk keselamatan n kemudahan kami decided untuk tukarkan Aisha ke school baru di Rawang.....

dah pi school tu 2 kali, memula Aisha macam x ok jerk, tapi datang kali kedua dia dah mula 'macam' ok coz ada tempat main2 kat luar taska tu..... kami decided untuk tukarkan Aisha ke Taska Aida, alamat aku x ingat, selang 4 5 lorong jerk dari Teratak Kami..... nanti kalu aku ingat nak share kat sini, aku up entry khas yerk..... hehe

rasanya sangat berbaloi kami tukar penempatan school Aisha ni..... selain dari keselamatan travel jauh naik motor..... pengaliran udara yang lebih baik..... kami juga dapat buat penjimatan pengaliran wang yuran bulanan..... aku ada buat sikit perbandingan diantara taska sekarang dengan taska akan datang..... akan datang tu bulan depan jerk a.k.a minggu depan bermula 1 Oktober 2012 (Isnin).....


 ini yuran taska sekarang..... bayaran bulanan tau (x kira masa mula2 daftar dulu)



 ini pula yuran taska akan datang..... bayaran bulanan jugak x termasuk yuran daftar


ada nampak perbezaan x?..... hehe
ok
ok
meh aku bagi clear sikit.....


Umur
Taska Sekarang
Taska Akan Datang
2 bln – 2 thn
RM350.00
RM270.00
2 thn – 4 thn
RM320.00
+ RM30.00 (ot bulanan)
RM210.00
4 thn – 6 thn
RM330.00
RM180.00
Tadika
RM340.00
RM220.00
Transit
RM80.00 (tahun 2010)
RM120.00
Overtime
RM5.00 / jam
RM4.00 / jam
  ha yang warna merah tu adalah bayaran yang sedang & akan kami bayar secara bulanan.....


untuk pengetahuan sekarang aku bayar bulanan RM350.00. itu x termasuk RM5.00 sehari sejam kalu kami ambik Aisha lebih dari pukul 7mlm..... padahal dah bayar bulan2 tambahan RM30.00 untuk duit ot kan..... 

bila kami pi ke taska akan datang nie..... kami sangat2 bersyukur coz dah banyak penjimatan yang kami boleh buat..... RM140.00 jimat..... memacam boleh buat dengan duit tu selain menabung untuk Aisha..... erm, nak kumpul duit untuk buat KC jugak..... hehe

so buat masa sekarang (start minggu depan) kami akan bayar RM210.00 + RM50.00 (pendaftaran sekali jerk) kat taska akan datang a.k.a Taska Aida..... but bermula Januari 2013, Aisha dah masuk Tadika (5 tahun), so yuran adalah RM220.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran)..... masih lagi rendah dari yuran semasa.....

erm, agak2 ada x yang curious kenapa x kena bayar RM180.00 untuk umur 4 - 6 tahun kan..... actually itu yuran untuk nursery jerk..... kalu ambik pakej Tadika + nursery maka bayaran adalah RM220.00..... kalu ot kena RM4.00/jam.....

lagi satu kat Taska Aida ni, hari sabtu pon dorang boleh terima anak2, tapi bayar ikut jam la kan..... aktiviti lebih kurang sama jerk..... pembelajaran pon same jerk..... ada BM, BI, Math, Jawi..... petang boleh main kat luar rumah..... owh taska sekarang ni Aisha x akan nampak pokok coz bangunan memang fully tertutup buat di taska baru Aisha boleh lah cuci mata tengok pemandangan luar.....

cuma Taska ni dok kat area Selangor..... so cuti kena ikut negeri Selangor lah kan..... aku keje KL..... ha camner tu?..... x per la, cuti Selangor ngan KL xder la jauh beza kan..... yang beza pon cuma Hari Wilayah, Hari Nuzul Quran n Hari Keputeraan Sultan Selangor..... x per, itu boleh di adjust..... hehe

so, apa2 hal pon, kami sebagai ibu bapa tentu inginkan yang terbaik untuk anak2 membesar kan..... semoga Aisha cepat sesuaikan diri di tempat baru n dapat belajar dengan selesa di tambah dengan kawan2 baru kat school baru nanti..... episod hari isnin, nanti kita tengok yerk..... mak meleleh ker anak meleleh..... huhu

k, sekian


27 September 2012

*dah boleh sidai baju kat luar*

17 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

haha akhirnya aku dah boleh nak sidai baju kat luar rumah kat Teratak Kami..... sejak dok rumah sendiri ni, kalu basuh baju aku akan sidai dalam rumah, sangkut kat cloth hanger sebatang yang macam kat kedai2 jual baju tu..... tapi sekarang tidak lagi.....

 see?.....

eh, nampak aper? tingkap kecik ada lah.....




oho...... ok















 ha..... see?


ni cloth hanger yang berharga RM99.00 (pasang sendiri-dasar kedekut nak bayar upah) beli kat kedai lampu Houses Lighting kat puchong awal bulan lepas..... ambik masa lama jugak nak pasang coz bila dah bukak2 kotak rupanya kena guna mata drill yang besar jari kelingking aku gabak, my dear Hubby xder mata drill beso itu..... so, lepas aku desak2 Hubby maka dia pi pinjam dengan kawan opis yang sangat baik hati, umah dia selang 3 4 lorong dari rumah kami..... terima kasih abang..... nanti kalu boleh nak pinjam lagi..... hehe

ha ada x yang pelik, camaner nak sidai baju kalu gitu yerk (disebabkan ada yang menanya masa aku tengah taip entry ni maka aku ceritalah kat sini)..... grill tu memang statik n x boleh bukak..... ok, umah aku kan dabel stori, cloth hanger ni kami letak kat tingkat bawah dekat tingkap bilik tetamu, terpaksa letak situ coz xder ruang dinding kosong nak letak..... lagipon tingkap tu jenis slide so x ganggu..... nak sidai baju, kena kuar kut pintu dapur lah..... bukan kut tingkap tu yerk.....

cuma kalu ada tetamu yang datang n time tu tengah ada baju kat penyidai tu, maka pemandangan terganggu lah kan..... maka dinasihatkan kepada tetamu2 kami, kalu datang umah x yah la asik nak dok bilik yang xder katil tu jerk k, xder pemandangan indah pon dari tingkap bilik tu selain dari baju2..... haha boleh gitu.....

so, baju pertama yang dah pon merasmikan cloth hanger tu last weekend adalah baju2 batik kami yang dah nak penuh bakul dah masa cuci tu ari..... nak sidai kat dalam rumah x boleh coz takut air mencurah n membasahi lantai pulak kan..... x pasal2 kena tambah 1 keje nak mop lantai plak..... huhu aku kan pemalas, vacume kapet pon my dear Hubby yang buat tau..... thanx Hubby.....

erm tapi ada 1 hal yang agak aku terpikir2..... washing machine aku letak kat tingkat atas..... tempat sidai baju aku letak kat tingkat bawah, kat luar, belakang pulak tuh..... maka aku harus tabah kan hati n kuatkan kaki untuk turun naik keluar masuk setiap kali mencuci..... nak letak washing machine kat dapur macam dah xder ruang, maklum dapur kecik toik jerk, tunggu ada KC kut nanti boleh rearrange semula..... buat masa ni, semoga aku tabah..... ;)

k, sekian


26 September 2012

*Wordless Wednesday - mak lebih dari anak nampak.....*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 




our activity on last Saturday lepas makan2 free kat umah Kak Ida.....
lepas gian gedik2 kat Taman Tasik Metropolitan, Kepong sambil tengok layang2.....

k, sekian
 

25 September 2012

*macam mana nak tahu kita dapat BE*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,

~serius aku baru tahu nieh sejak Nuffnang guna dashboard baru n ganti istilah BE - Buffered Earning~


BE atau nama baru dia CPUV (cost-per-unique-visit) Campaigns dah macam x berapa nak nampak camner kalu dia wujud atau x dalam akaun kita kan?.... erk ker aku jerk yang x tahu nie..... huhu

actually, aku dah malas nak bukak akaun Nuff coz dah lama gila aku rasa x dapat BE a.k.a CPUV Campaigns..... tapi tadi saje la bukak, keje dah setel untuk hari ini, so boleh la aku merewang2 kat PC kan..... bukan merewang2 kat meja lelain n borak2 yerk..... hehe

so, dah bukak, tengok blog statistics, tengok keyword, tengok referral..... pastu tetiba terasa nak klik 'Earnings'..... aku tengok macam biasa jerk.....




tetiba kan




tetiba kan




tetiba kan




tetiba kan




tetiba kan







 nampak x anak panah tu.....

aku ternampak mendealah yang asing kat situ..... alah, x payah la terkejut sangat, aku tau RM RM kat atas tu x berapa nak banyak, tu yang aku x kisah nak blur2 kan pon..... x pernah lagik la aku cash out setakat nieh..... haha moga2 lagi 10 hengget aku dapat kutip n boleh la aku cash out buat pertama kalinya lepas nie..... insyaallah, ameen

okeh, balik pada mende asing tu yerk..... owh, baru aku perasan..... kalu ada BE a.k.a CPUV Campaigns (pergh, panjang pulak nak taip)..... akaun kita akan appear 'on going' kat nama iklan tu..... macam yang anak panah kaler merah tu..... kalu iklan tu dah stop maka akan appear lah 'credited' kat column iklan tu macam yang anak panah kaler biru tu pulak.....

oho, baru aku tahu nieh..... kalu sebelum ni memang x perasan pon..... erm moga2 perkataan 'on going' tu lekat lama sikit kat situ la yerk.....







 terima kasih Nuffnang sebab tepek iklan "kumbang" ni kat blog Si Blogger Mama

Volkswagen. Das Auto


aku suka slogan dia..... cam sweet jerk bila di sebut.....

Volkswagen means "people's car" in German (pronounced [ˈfɔlksˌvaːɡən].) Its current slogan is Das Auto (The Car). -sumber-

k, sekian


*nak pegi Taman Pertanian, Bukit Cahaya, Sri Alam*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 



ini adalah surat dari school Aisha, dapat semalam petang masa ambik dia dari school..... nampaknya Taska Tadika Temanku nak buat Hari Keluarga Dan Sukan Tahunan hari sabtu ni kat Taman Pertanian Bukit Cahaya a.k.a sekarang dipanggil Taman Botani Negara, Shah Alam.....

ala kami pernah pegi sini dulu, yang GPS (guna pon sesat) tu, bila dah sampai situ dah tutup pulak..... huhu
teringin nak pegi sini..... nampaknya hari sabtu ni adalah peluang nak ke sana..... sekarang ni kat Rumah 4 Musim tengah musim BUNGA kat kutub selatan n musim GUGUR kat kutub utara..... wah!!!!! bestnyer.....

tapi kan..... tapi kan..... tapi kan..... my dear Hubby bagitau dia keje ari Sabtu ni..... ada function kat opis yang dia kena handle..... uhuk, sentap kejap aku di situ..... but aku redha jerk la kalu x dapat pegi pon..... cuma kesian kat Aisha lah, mungkin ni aktiviti last yang dia boleh join ngan school dia sekarang coz next week month nak pindah school dah.....

k, sekian


p/s : sedang berusaha memujuk Hubby untuk hadirkan diri ke aktiviti ini..... 

*Petua Halau Lipas?????*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

 ingat x sebelum ni aku pernah bagitau...... kalau kat umah sewa sebelum ni aku berperang ngan anai anai sampai katil pon jadik mangsa..... kat umah baru ni pulak aku terpaksa berperang dengan LIPAS..... euwwwww selain dari kucing2 makcik sebelah umah.....


 ha, ni baru 2 ekor yang berjaya aku hapuskan sambil terlompat2 terlari2 takut lipas tu datang kat aku..... haha


sebelum2 ni kalu aku jumpa, aku akan jerit panggil my dear Hubby untuk sembur ngan racun serangga..... tapi ada sehari tu Hubby tengah mandi, so terpaksa lah aku sembur sendiri..... huhu geli geleman mak dengan lipas nieh nyah..... sebab bila dah sembur, dia lagi jalan laju siap naik kat dinding lagik kan, tu yang aku x suka tu..... huhu

kat umah sekarang ni, Hubby bagitau lipas ni datang dari lubang toilet kat bawah (memang biasanya akan jumpa lipas kat situ)..... kalu lubang lain boleh la tutup kan, tapi kalu dah lubag toilet nak tutup camner..... any idea?????.....

dah gantung ubat gegat yang wangi tu pon x jalan..... erm, nak buat camner lagi yerk?.....
so try google petua halau lipas..... jom tengok.....






 so, lepas ni boleh la pi beli sabun buku yang wangi tu (kat umah dah abis stok) pehtu potong2 n letak kat dalam toilet kat bawah nu.....
jangan tetiba Aisha ambik n buat main sudah..... naya jerk kan.....
katanya sabun wangi akan sebabkan saluran nafas lipas tersumbat, tu yang lipas boleh mati kan.....

 moga2 lepas ni (lepas aku letak sabun) lipas xder dah kat Teratak Kami..... insyaallah

k, sekian


24 September 2012

*Deko Deko Teratak Kami - lampu Houses Lighting bila dah gantung*

17 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

~entry untuk rujukan diri sendiri~


sebelum ni dah cerita kat SINI ngan kat SINI.....tapi x gantung lagi.....

lampu beli kat kedai Houses Lighting, Puchong yang murah tu..... sume my dear Hubby yang pasang sendiri..... nak suruh orang wiring pasangkan, confirm kena bagi upah kan, kami kan kedekut sikit..... so untuk penjimatan n selagi boleh pasang sendiri, Hubby cakap, "x per laaa, Papa boleh pasang"..... hah bangga aku di situ..... "tapi Mama kena tolong lah kan"sambil tersengih2 macam kerang x berapa nak masak..... huhu macam biasa, aku tolong hulur barang2 dari bawah jerk, daripada tolong tengok jerk, baik aku tolong walau sikit2 kan..... nak jadi isteri mithali.....

ok, kita mula dari luar rumah yerk..... actually malu nak tunjuk, tapi nak appreciate my dear Hubby's workmanship sampai terlekat mata drill kat siling..... so harus aku share kat sini..... tarikh pasang adalah seminggu sebelum pindah.....


 Lampu Porch/Balkoni
design simple.
ada 4 biji gantung kat siling porch, 2 biji gantung kat tiang porch n 2 biji gantung kat siling balkoni atas.
lampu mentol kuning biasa 4 biji, energy saving 2 biji.
ada 2 saiz berbeza coz tetiba kontraktor wiring buat tambahan 2 lagi point untuk lampu siling. so kena tambah 2 lagi lampu di saat2 akhir.
harga RM29.00/biji saiz kecil (2 biji), RM39.00/biji saiz besar (lampu siling ngan lampu tiang sama harga).


 Lampu Dinding Hall
design daun kaler silver.
ada 2 biji gantung kat dinding hall. asalnya ada 3 untuk dinding antara bilik tingkat atas (tapi x jadi n belen lampu bagi kat abah bawak balik Johor, erm abah gantung kat mana agaknya yerk.. hehe).
lampu putih energy saving, ingat nak guna lampu kuning tapi Hubby x setuju, nanti katanya rumah gelap.. ok ku turutkan aje.
harga RM25.00/biji


 Lampu Hall Siling
design bulat2 simple n clean (itu konsep lampu rumah kami atas persetujuan bersama).
hajat nak cari yang ada kristal bling2 tu banyak2, tapi hubby x setuju coz susah nak cuci katanya, maka ku turutkan lagi.
kali ni aku nak jugak guna mentol kaler kuning, hehe aku berjaya hasut hubby untuk guna mentol kuning... muahaha..... tapi hubby marah kalau aku hidupkan, coz dia kata sakit mata..... terus jerk dia tutup suis lampu tu..... hukhukhuk
harga RM199/set.


 Lampu Bilik Master
design bulat jugak, bajet nak letak lampu LED tapi takut x nampak bila nak pilih baju memalam.
dalam bilik utama ada 2 set. lampu putih, so masuk bilik memang x romantik langsung. (lepas ni kena main dengan warna cat untuk buatkan bilik rasa romantik kan..... hehe)
harga RM99.00/set


ok, tu jerk lampu yang beli kat kedai murah kat Puchong tu selain dari kipas..... harga tu x masuk mentol, kalu mentol energy saver harga dia x sampai RM10.00/pc pon, tapi exactly price x ingat, resit ada kat Hubby.....
agak bosan kan lampu2 yang kami pilih..... sumenya putih2, sumenye bulat2..... bukan ape, nanti kami ada hajat nak tukar cat dalam rumah, so kalu lampu dah berwarna warni, susah pulak nak pilih kaler cat Teratak Kami..... setakat ni aku cuma berpuas hati dengan suasana kat porch n balkoni di waktu malam..... coz nampak ceria dengan  lampu yang 8 biji tu plus warna blended diantara putih, kelabu n kuning..... tapi lantai porch agak cacat dek bekas simen yang melekat kat lantai..... hurm sedang berusaha untuk membersihkan setiap minggu.....

insyaallah, kami buat sikit2 demi keselesaan duduk di Teratak Kami.....

k, sekian

21 September 2012

*ade ke orang masak rendang guna PES TOMYAM?*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 






 k, sekian


*ALHAMDULILLAH rezeki Aisha*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

alhamdulillah, balik keje semalam, atas moto tetiba si anak dara bagitau dia nak teting (buang air kecil)..... so, si Papa pon mencari tempat strategik untuk berhenti, bukan tepi jalan tapi di stesyen minyak Caltex Selayang..... turunlah si anak dara ditemani Mama yang cute ke bilik air.....

sedikit conversation di dalam bilik air antara si anak dara dan Mama nya:
si anak dara : Mama, bau ape tu?
Mama : bau ape?
si anak dara : Mama, bau ape?
Mama : Aisha bau ape...?
si anak dara : bau 'tadung' la Mama.....
Mama : ha, bau ape?
si anak dara : bau 'tadung' (sambil menghirup udara dalam tandas)..... hurm tedap lah..... Mama nak 'tadung'.....
Mama : (aku buat yang sama hirup udara dalam tandas-seb baik tandas tu x busuk tau) owh jagung, ha mintak kat Papa
si anak dara : yea!!! mintak Papa

keluar dari tandas terus si anak dara menuju ke motor n mintak dari Papa untuk beli jagung..... hajat dipenuhi..... alhamdulillah, terima kasih Papa.....

hehe, so pi kat kedai jual jagung tu, si anak dara menghulur duit kepada pemilik kedai..... lalu jagung pon diproses..... jagung dimasukkan dalam cup n ada lebihan jagung dalam bekas rebusan maka pemilik kedai masukkan lagi ke dalam satu lagi cup..... opsss, aku dah dup dap dup dap dalam hati (aku nak beli 1 jerk, x nak lah dua nanti sape nak makan)..... owh, rupa2nya pemilik kedai nak bagi free balance jagung tu kat Aisha..... kami ada lah borak2 sikit pasal jagung, pasal kuih, pasal anak..... lepas tu pemilik kedai ambik plastik n masukkan kesemua kuih bom sebanyak 4 ketul ke dalam plastik tadi..... terus jerk dia bagi kat si anak dara..... si anak dara macam terpinga2..... terus pemilik kedai tu bagitau, "x per, ni makcik bagi, ambiklah, sedap..... dah sejuk pon sedap"..... si anak dara pon ambik lepas dapat izin dari Mama..... kuih tu pemilik kedai buat sendiri..... kami pon berlalu n pemilik kedai kemas2 mungkin nak tutup kedai kut.....


 ceria anak mama dapat makan 'tadung' (jagung)

so, inilah dia rezeki Aisha semalam..... 2 cup corn n 4 ketul kuih bom berinti kacang hijau.....

sampai umah, bukak sweater, terus jerk mintak 'tadung'..... habis 1 cup dia makan, eh kongsi ngan aku..... lagi 1 cup Papa dia makan sowang2..... kuih bom tu 2 ketul Papa jugak makan, aku sempat gigit sikit jerk, memang sedap, balance 2 ketul ada lagi kat umah..... balik nanti nak makan lah..... hehe

alhamdulillah.....

k, sekian


*dah gaya bilik hotel*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,

~ada kawan yang rindu Aisha yer? hehe how sweet~
 

 ini adalah katil queen + katil single

 ha, betul x? (sila tengok tajuk entry)..... dah macam kat hotel yang jenis family room..... ada katil queen ngan katil single..... haha itulah bilik kami, malam semalam hubby decided untuk bawak katil single peninggalan Usu letak kat bilik master..... ini adalah disebabkan anak dara kami Aisha sibuk jugak nak menyelit kat tengah2 kami time tidur..... katil kecik, so tidur bertiga x muat dah..... kekadang aku dah macam nak terjatuh dari katil dah dek nak bagi ruang si anak dara menyelit n guling2.....

tapi ingat dengan adanya katil single tu, dia bolehlah tidur sensorang walau dalam bilik yang sama..... rupa2 nya sangkaan kami meleset sama sekali..... tengah2 malam si anak dara itu akan bangun n angkut sekali bantal2 dia n menyelit di tengah2 antara kami..... haha suka ati dia jerk kan.....

x per, kami kena redha buat masa ini..... kalu gini gaya, camner la agaknya nak train Aisha tidur bilik asing yerk..... bilik dia dah cop dah nak bilik yang sebelah kiri..... tapi x mor tidur asing..... huhu ada cadangan x?.....

k, sekian


p/s : nak balik kampung, tapi apakan daya kami..... uhuk
 

20 September 2012

*Samurai Beef Burger by McDonald*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 



nyum nyum nyum
sedapnyer tengok gambo beger time gini yerk.....

nak ker?..... while stocks last tu.....
hehe

k, sekian
 

*dah xder keje lain ker korang ni ha?*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

hah, terkejut ker ngan tajuk tu..... sori2, tu bukan ditujukan untuk awak awak awak n awak semua.....
jom jamu mata dengan gambar kat bawah ni dulu.....

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

 ada beza x antara gambar kiri n kanan?

haha, confirmlah xder kan..... kalu ada pon cuma angle jerk yang berbeza sikit.....
itulah hasil kerjaan kucing2 milik jiran sebelah kami..... dah xder kerja lain agaknya dorang ni selain dari sepahkan rak kasut kami yang dah sedia sepah tu..... ni kejadian 2 minggu lepas kut, aku balik keje tengok2 dah gitu rupanya..... terus WhatsApp gambar ni kat Hubby (time ni Hubby balik keje lewat)..... berangin jugak lah kejap..... tapi xper lah, aku sabarkan diri ajak Aisha tolong aku kemas semula rak kasut nieh..... sampaikan Aisha pon nak nangis tengok basikal dia jadik gitu rupa..... sian aku tengok.....



see, dah kemas kan.....

isk, menyemak pulak kertas kotak tu kat situ kan, actually kertas tu Hubby buat tutup kereta dari jadik tempat lepak si kucing2 itu.....  bukan setakat tempat lepak, rumah kami dah jadi macam tempat pembuangan na*** dorang pulak dah..... hiewwwww teruk kan.....

apa yang kami buat, setakat ni kami cuba untuk bersabar, Hubby kata tunggu masa yang sesuai nanti baru lah kami akan buat complain kat MPS atau DBKL jiran kami tu pasal kejadian tersebut.....  owh, husband kepada pemilik kucing tu kerja kat DBKL tau, x kan x tahu adab berjiran kan..... hurm, bukan nak mengata orang yang keje kat situ, tak semua perangai mcm tu tapi setakat ni aku jumpa yang sorang ni lah..... menyakitkan hati jugak, tapi sabarrrrr.....

 memacam pengalaman baru lah kami dok sini..... dengan memacam ragam jiran, yang bela anjing nya lain, yang bawak motor bising nya lain, yang suka bergosip ngan jenjiran nya lain..... yang x hirau ngan jiran sebelah menyebelah pon ada gak (hah jiran sebelah kanan Teratak Kami lah tu, x pernah bersua muka, dorang sibuk kerja kut kan)..... hehe

 itulah hitam putih kehidupan berjiran kan..... jangan sampai bermusuh dan bergaduh porak peranda sudah..... kalau ada pape yang x puas hati, kena tegur, tapi kena tunggu masa yang sesuai lah kan, takut ada yang terasa..... kan kan kan ;)

k, sekian

19 September 2012

*sibuk sangat ker?*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

erm, memang sibuk..... semalam aku agak sibuk..... walau x jadi keluar outstation ke Putrajaya coz transport opis non hado..... tapi dok opis aku tetap sibuk, ke buat2 sibuk..... huhu aku memang sibuk lorrrrrr..... nak jenjalan umah kengkawan dengan sewenang2 nya pon x sempat tau, sori yerk kengkawan..... ni sume gara2 last2 minit ada plan nak buat kursus macam sebelum nie..... minggu lepas decide untuk buat n kena laksanakan awal bulan 10..... maknanya aku ada 3 minggu nak prepare sume benda..... seb baik la just follow jerk kursus sebelum ni but still kena buat dari awal la kan..... agak remeh tapi kerja berpasukan itu perlu untuk selesaikan satu2 kerja.....

ada sesiapa nak tolong x?????.....

so, moga2 apa yang dirancang akan berjalan dengan baik..... ameen

hujung minggu ni umah Mak ada plan nak buat kenduri potong jambul si dak tecit Amar..... hurm, boleh balik kampung ke x yerk?..... agak2 mummy Amar nak sponsor tol ngan minyak MakLang x yerk?..... *wink*
maklum, gaji belum kunjung tiba lagik nieh.....

k, sekian

18 September 2012

*Alhamdulillah*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

~update ringkas jer~
 
 
alhamdulillah, ingat entry Deko Deko Teratak Kami sebelum ni..... so misi dah selesai sabtu ari tu.....

 hari ni, jap lagi nak outstation ke Putrajaya ngan bos kecik baru..... ada discussion ngan pihak Kastam..... apa yang dibincangkan..... oskos lah pasal kerja kan..... 

so, nak breakfast jap lagi baru lah boleh buat kerja dengan tenang kan..... hehe
BW umah kengkawan?..... tunggu waktu2 free nanti yerk.....
tunggu.....


k, sekian


14 September 2012

*CCTV*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

 apa itu cctv?


ikut wikipedia, cctv adalah Closed-circuit television atau Televisyen litar tertutup (CCTV) iaitu penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke tempat-tempat tertentu. Ia berbeza dengan televisyen penyiaran di mana isyaratnya tidak dihantar secara terbuka, walaupun ia boleh menggunakan pautan tanpa wayar dari titik ke titik. CCTV sering digunakan untuk tujuan pengawasan di kawasan-kawasan yang memerlukan pengawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan tentera, dan pasar-pasar raya.


 kat opis aku ni tengah ada orang sibuk pasang2 wayar ikut siling..... katanya nak pasang cctv..... oooooemjiiiii

betul ker, erm kita tunggu kesahihannyer..... pape pon kita sebagai kakitangan hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan..... SYMP kan..... so redha lebih baik dari merungut, mengata, mempertikai..... kan, yang penting x jejaskan kehidupan seharian kita.....

k, sekian

p/s: ari ni Bahagian aku gabung ngan 2 lagi bahagian kat level opis aku n ada buat penutup Majlis Jamuan Hari Raya..... erm, makan free, alhamdulillah rezeki..... tugas aku rebus nasi himpit segera n tolong sikit2 pape yang patut n makan..... hehe
 

13 September 2012

*Deko Deko Teratak Kami ~ practice make perfect*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

betul la kata orang kan..... "practice make perfect"..... dah terbukti pada diri sendiri pon..... ingat lagi x entri pasal pimtu rumah aku umpama pakai kain singkat minggu lepas..... hehe, bleh jerk kalu nak tengok semula..... erm, maka minggu lepas aku n hubby berusaha ke Nagoya Rawang lepas balik kerja..... dua malam sebelum tu kami terjah waktu malam asik ler tutup..... rupa2nya kedai tu tutup jam 9 malam..... maka hari jumaat lepas, kami balik kerja terus singgah, dengan kepala aku yang senoneng, badan macam nak demam, AIsha pulak tertidur atas motor keletihan, hubby ajak singgah jugak, takut malam x sempat lagi nak pi.....

maka, dengan naik motor kami pon belilah kain langsir n aksesori yang patut, bawa naik motor, bayangkan aku bertiga naik motor (Aisha dok tengah) n sebandel plastik besar berisi kain langsir lebih kurang 20 meter letak kat bakul depan meredah jalan besar Rawang tu untuk sampai ke Teratak Kami..... humang aih!!!!! rasa seriau jugak lah, tapi tawakal jerk jalan n Alhamdulillah, kami selamat sampai rumah.....

n sabtu lepas, sebab x pi open house (sori kengkawan yang menjemput), dok umah sesaja, sambil Aisha layan Barnie kat video, aku potong kain n mula la menjahit..... memula macam ragu2 jugak, tapi aku redah jugak..... ni sume pasal bilik2 kami yang x berlangsir perlu ditutup jugak coz takut lah kami x perasan tetiba ada orang ternampak apa kami buat dalam bilik kan..... so, aku gagah jugak menjahit walau malam sebelumnya aku muntah2 n ceri beriy yang agak teruk.....

maka hasilnya sangat memberangsangkan aku..... dalam masa 1 hari aku dapat siapkan 1 set langsir untuk bilik master kami..... bilik lain x jahit lagik coz x cukup benang plak..... haha, memacam kan

so hasilnya
TADA!!!
 langsir tanpa day curtain.....

hubby kata yang penting ada langsir, x perlulah lining tu, nanti bila2 ada modal kita tambah pulak..... ok aku setuju..... alhamdulillah, lebih elok jahitannya (pada pandangan aku lah kan) n jatuhan helaian pon lebih teratur, walau guna kain murah jerk..... saje buat 3 panel ikut tingkap coz malas aku nak potong kain n cantum semula untuk jadikan 2 panel..... but its still sweet for me, siap ada pengikat dia lagi tu, tu jelah belen kain aku buatkan pengikat.....
dah siap jahit, terus gantung n trus WhatsApp kat hubby..... "cantik", kata hubby..... hehe, terawang2 jap aku di situ.....


 close up sikit

material sama macam langsir sliding door, cuma kaler lain..... memula nak cari kaler purple kak intan light light gitu, sebab dah survey kat tenet, kalu dalam bilik sesuai letak kaler purple untuk wujudkan suasana romantik.... tapi disebabkan cadar katil kaler hijau, maka aku putuskan untuk cari kaler hijau la kan, kalu purple takut x match plak..... lain masa nanti baru tukar kaler purple plak..... hehe

so, kengkawan mana yang x tahu menjahit tu jangan lah terus down bila x bleh buat..... insyaallah bila kita buat selalu ia akan jadi senang di kemudian hari, macam aku kena jugak ada dorongan..... hubby dah asik ler bagitau yang dari luar orang boleh nampak dalam rumah..... hubby siap bersungguh2 ajak aku beli kain lagik..... 2 ari lepas, dah memalam (dalam pukul 10 lebih) sanggup dia kuar pi kedai dekat umah pi beli benang bila aku bagitau yang benang dah habis, padahal time tu baru balik dari buat maraton raya..... thanx Dear.....

maka atas dorongan macam tu, aku jadi semangat nak menjahit, n sekarang x sabar nak siapkan baki kain yang ada untuk bilik2 lain pulak..... hehe bukan nak kata apa yang aku buat tu perfect but at least lebih baik dari sebelum ni kan..... sapa x bangga bila apa yang kita buat dapat pujian dari orang tersayang kan..... hehe

sama jugak lah keje2 lain kan, macam memasak, kemas umah, tanam pokok (upsss x boleh nak aplikasi kat umah sekarang lagi coz umah xder tanah) dan lain2 keje yang kita buat kan..... kalau ada dorongan n buat sentiasa, insyaallah ia akan menghasilkan sesuatu yang kita pon x jangka di kesudahanya..... kan

k, sekian

p/s : sori ye kengkawan x dpt berkunjung balas semalam, entry tu sume autopublish.....
semalam pagi ada meeting, sampai pkul 1, pehtu pkul 1 ada discussion plak smpai pkul 2, pehtu pukul 2 smpai pkul 6 ada plak majlis hari raya kementerian kat opis aku... tu yang x berkesempatan nak jenjalan, bukak blog pon bukak jerk, x buat pape pon..... so jap lagi nak pi umah kengkawan yerk, kalu ada masa lah..... k tunggu tau.....