^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

27 February 2014

*jalan jalan ~ Laman Kenanga, Rawang*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 


setiap hujung minggu memang aktiviti bersama keluarga adalah menjadi keutamaan kan..... ye lah, dah seminggu kerja n sekolah, so hujung minggu adalah waktu yang paling sesuai untuk menjalankan aktiviti bersama..... pi taman ke, pi shopping ke (jarang2), pi mandi kolam ke, pi jogging ke..... tapi biasanya pi taman bawa Aisha beriadah, kalau x jogging pon, jalan kaki pusing tasik pon dah ok bagi aku.....

ha, ni port baru aku jumpa..... x jauh mana pon dari rumah aku, tapi biasalah kan, gajah seberang laut nampak, semut depan mata x nampak..... hihi, asek mencari port riadah yang jauh2, padahal yang dekat dengan rumah pon ada n not bad lah..... boleh je buat aktiviti kat sini dengan keluarga.....

kat mana, kat Kampung Kenanga Rawang..... nama tempat ni adalah

v

v

v

v

v

Laman Kenanga

 
 
port tepi jalan besar KL - Rawang (menuju ke highway Ipoh).....



 ada play ground untuk kanak-kanak.....



ada swing yang banyak..... 
kat ujung kanan gambar tu gelanggang futsal kut, sebab bertutup gitu kan.....

 

 ada port exercise..... 
ha yang ujung lepas gelanggang futsal tu ada gerai makanan, boleh lepak situ bila penat exercise.....



ada trek joging.....
penuh daun atas trek time ni dah macam musim luruh dah.....
 


sempat suruh Aisha posing.....
hihi, lepas gian wat photoshoot
 


Papa bumping, Aisha jogging, Mama capturing..... hihi
 ni port untuk sesiapa yang nak buat foot reflexology.....



 Aisha sempat naik balancing trail ni (iya ke nama dia ni, hihi) on the way kami ke gerai makan sebelah taman ni.....



minum petang Papa belanja..... kuew tiau sup, air sirap bandung, air tongkat ali
kongsi2 jerk sebab dah exercise x kan nak makan banyak2 kan..... rugilah..... hihi

ok lah tempat ni, dah hampir2 tahun kami dok sini sejak 2012 lepas, baru ni jumpa tempat ni..... hihi teruk kan..... erm cuma kat sini xder tasik untuk jamu mata n tenangkan fikiran..... x per lah, yang penting ada port untuk riadah yang dekat dengan rumah..... di mana? Laman Kenanga, Kampung Kenanga, Rawang.....

k, sekian

25 February 2014

*apa yang perlu dilakukan bila draw duit tapi duit x keluar*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

erm kejadian berlaku last Saturday..... seawal 9 pagi  dah keluar, pi NSK shopping barang2 dapur, then hajat di hati nak cari FlashLight EarPick..... diskas ngan my dear Hubby, dia ajak ke Jusco AU2, ok jugak, boleh ke Daiso baru di sana n dah lama juga x ke sana since dok Rawang, dah jarang2 sangat kami ke sana..... 

sampai di sana, 1st thing yang aku buat adalah mencari ATM machine sebab cash xder dalam tangan, maklumlah kat Daiso kena bayar guna cash kan..... so kat situ ada ATM Bank Islam, Maybank, RHB ngan ada satu lagi ape yerk, x ingat lah..... I'm Maybank card user tapi ATM Maybank rosak lah pulak..... tengok kat Bank Islam, ramai yang beratur..... yang lagi satu ATM out of service..... so no chioce, aku pi la kat RHB.....


masuk kad, tekan la apa2 yang patut kan..... then tunggu la duit kan..... tapi kad je yang keluar..... duit n resit x keluar..... aku dah gabra sikit dah, tapi cuba tenangkan fikiran, sebelum ni pernah jadi tapi resit keluar n tiada apa2 yang berlaku pada duit dalam bank.....



but this time..... sebab duit n resit x keluar, aku pi la pulak ke ATM Bank Islam, beratur dengan sabar, try nak cek baki n kalu ok bleh draw sekali kan..... ATM tu pulak buat hal..... gila lama proses dia, sambil2 tunggu tu aku cek la melalui Maybank2U online guna HP.....

erk, aku tengok baki dalam akaun dah di tolak ikut amount yang aku draw masa kat ATM RHB tadi..... terus aku batalkan transaction kat Bank Islam tu serta merta n bagitau Hubby..... time ni aku rasa relax sikit sebab macam dah akan bende ni akan berlaku, so trus Hubby suruh call service centre Maybank..... call punya call x dapat2 nak cakap ngan pegawai yang incharge time tu.....

aku terfikir, hari sabtu ni ada ker orang bank keje..... tapi dalam masa yang sama aku try call jugak, sebab nak tau jugak apa yang berlaku kan..... dah lah duit dah di tolak.....

dalam masa yang sama, Hubby cadangakan untuk call RHB centre plak, so guna HP aku call Maybank, guna HP Hubby call RHB centre..... x lama lepas tu Hubby pass telefon dia kat aku, its mean dapat call ngan pegawai incharge kat RHB tu..... so aku pon cerita la apa yang berlaku..... then pegawai RHB tu bagitau "betul tu puan, dari semalam Maybank ada masalah untuk draw duit, tapi puan kena report kat Maybank n nanti Maybank akan deal dengan pihak kami untuk pulangkan semula duit puan tu"..... ha lebih kurang begitulah kan..... malas nak taip full conversation kami.....


so, nak x nak, kena jugak call Maybank untuk buat report..... adalah dalam 1 jam lebih, baru dapat masuk line..... then report pon di buat..... kena bagi nama, ic, no kad, no tel, masa n tempat kejadian dan x lupa amoun yang 'hilang' tu..... lepas tu pegawai tu bagi no report n "oh, ni mesti ada masalah dengan ATM RHB tu. jadi dalam kes ni puan kena tunggu 2 ke 4 minggu untuk urusan refund duit puan ye, kalau lepas daripada tu x dapat jugak, nanti puan call kami semula bagitau no report untuk kami ambil tindakan".....

erkkkkk berderau darah aku kejap, 2 - 4 minggu tu..... so, ok lah, tunggu je lah..... fobia la kejap 3 4 ari aku nak draw duit kat ATM..... then semalam dapat mesej dari kakak opis yang bagitau "tak boleh keluarkan duit guna khidmat MEPS, kena keluarkan duit guna ATM bank yang kita langgan jerk, contoh kalu kad kita Maybank so kuarkan kat ATM Maybank jerk, kalu kad Bank Islam so kuarkan kat ATM Bank Islam jerk, dan begitulah yang lain"..... hoho, apsal dah jadi kat aku baru kakak ni bagitau..... huhu

tapi kan, semalam saje la aku cek online baki kat bank..... tetiba aku tengok duit aku yang 'hilang' tu dah pon dipulangkan sekali ngan charge RM1.00 yang dikenakan oleh MEPS..... alhamdulillah, x payah tunggu 2 - 4 minggu rupanya..... the amazingly is, tarikh duit itu dipulangkan adalah pada tarikh yang sama kejadian duit aku 'hilang'..... tersenyum lebar aku..... tapi still sekarang masih fobia nak kuarkan duit kat ATM machine..... acaner tu.....

erm, so moralnya di sini..... ececeh moral la sangat kan.....
bagi mereka yang mengalami kejadian duit 'hilang' macam aku ni kan..... apa yang perlu dilakukan adalah :

  • jangan panik - kalau panik nanti kita x boleh pikir nak buat apa, kalau nak panik boleh, tapi kejap jerk tau..... hihi
  • cari no telefon bank careline kat belakang kad n call no tu - call sampai dapat tau, sampai pegawai yang bertugas pick up phone, sebab dorang ni bekerja 24/7..... macam kes aku ni, siap buat loud speaker sebab teliga dah saki dengar lagu n pesanan penaja yang dorang mainkan semetara tunggu pegawai nak layan
  • ingat tarikh, masa, tempat, amount pengeluaran untuk tujuan report - kalau ada resit bukti lagi bagus
  • bercakap dengan berhemah dengan pegawai yang layan kita tu - ye lah, kalau cakap marah2 pon x guna kan, bukan duit boleh dapat time tu jugak kan..... hihi
  • tunggu lah 2 hingga 4 minggu untuk proses refund duit tu ke akaun kita semula - dalam kes aku, duit dapat semula x sampai 24 jam pon..... ;)
  • ucap alhamdulillah bila duit dah dapat - jangan lupa bersyukur ye kawan2

haha, tu je lah perkongsian aku kali ni..... harap2 dapat membantu kawang2 yang senasib ngan aku..... erm, pic semua incik google punya yer, aku ada snap pic tapi x sempat nak transfer, so pic google ni pon ok la kan.....

k, sekian

pssst : dah lama x buat karangan panjang macam ni kan..... hihi

24 February 2014

*ceritera Tadika Sri Terentang*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

 pejam celik pejam celik, dah hampir 2 bulan Aisha bersekolah di Tadika Sri Terentang.....
alhamdulillah, dia dah boleh membaca perkataan dengan 2 suku kata tanpa mengeja..... tiap2 hari balik sekolah, aku n Hubby saje tanya hari ni belajar apa..... dan tiap2 hari jawapan dari Aisha adalah sama.....
"hari ni saya belajar matematik"
ha, tiap2 hari belajar matematik ngko..... hihi n tiap2 hari akan ada homework yang kena bawa balik buat kat rumah, tapi bukan homework matematik, homework bahasa melayu, bahasa cina, buku mewarna, yang peliknya buku matematik x pernah bawa balik ..... acaner tu

dan alhamdulillah, dah jadi rutin Aisha, balik dari taska petang, buka beg n buat homework, dah siap baru boleh tengok tv atau main..... 



hari Isnin KL cuti but Selangor x cuti.....
pi n balik tadika naik moto ngan Papa..... hihi



selain dari tu, jom layan cerita2 Aisha yang lain.....

 Logo Halal
satu hari kami pi shopping tempat biasa, Tesco Rawang..... then macam biasa, salah satu barang yang akan diambil adalah air susu kultur samada Vitagen atau Solivite..... bila aku ambil Aisha sibuk nak minum.....
"Saya haus la Mama"
aku sebagai mama yang prihatin dengan perut anaknya, bagilah 1 botol kat dia.....
"Eh Mama..... logo halal lah Mama, tengok ni logo halal"
"Iye ke?, mana" aku saje bertanya dengan perasaan yang teruja walau aku dah tau pon mende tu memang ada kan.....
"Ni ha, tengok ni logo halal, saya nak bawa tadika lah"
"Hah! nak buat apa bawa ke tadika?"
haaa, kali ni memnag aku bertanya dengan perasaan yang memang teruja
"Cikgu suruh bawa logo halal ke tadika"
"owh, ok, esok masukkan dalam beg ye"
Aisha mengangguk
Esoknya memang dia bawa botol tu ke tadika n aku dikhabarkan yang cikgu ambil logo halal tu untuk tampal kat tadika, tampal kat mana aku x dapat pastikan..... hihi

then baru2 ni, beli kek pisang, ada juga logo halal kat pastik tu..... again dia nak bawa plastik tu ke tadika.....
"Mama, jangan potong tau logo halal kat plastik tu, saya nak bawa tadika"
aku pon iye kan je lah..... memacam plak tadika ni..... hihi


Bawa Bekal
sejak sekolah tadika ni, tiap2 hari aku bawakan bekal untuk Aisha, kadang2 roti jem coklat, kadang2 biskut, kadang2 roti sapu margerin, kadang2 roti gula..... ikut kehendak Aisha nak bawa apa..... air aku bawakan air masak atau air anggur sebagai bekal.....

satu hari, my dear Hubby rajin pula sediakan bekas bekal atas meja untuk aku masukkan isi bekal..... tapi Aisha kata dia x nak bawa bekal hari tu..... Hubby tanya lah kenapa x nak bawa bekal.....
"saya x nak lah bawa bekal hari ni Papa, nanti saya makan lambat, nanti saya x boleh main dengan kawan2"
hoho, aku senyum je la dia jawab macam tu.....
patut la balik taska, aku tengok bekal dia kadang2 habis, kadang2 tinggal sikit..... rupanya nak main kat tadika.....


Buku Bahasa Melayu
dalam pukul 9 pagi tengah kerja kat opis, tetiba dapat mesej dari cikgu tadika Aisha.....
"Salam pn,minta tlg pn carikan buku bah.melayu dizaaisha d rum ye.trima ksh. dr ckg ham"
haish, tekejut kejap aku, ingatkan ada apa lah kan..... rupanya buku dia xder dalam beg tadika gamaknya..... aku dah risau dah sebab rasanya lepas buat homework, buku semua masuk dalam beg.....
then balik rumah, aku tanya la anak dara tu.....
"mana buku bahasa melayu Aisha, cikgu cakap x der ye"
"ntah la Mama, mana saya tau, cuba Mama cari"
alorhai anak..... buku dia, kita plak yang kena cari.....
cari punya cari punya cari..... akhirnya jumpa dalam beg tarik dia kat dalam bilik atas..... huh, lega..... agaknya dia ada masukkan buku tu dalam beg tarik tu  main cikgu2 kat bilik dia, then lupa nak keluarkan semula..... 

hihi memacam la anak dara ni tau..... lepas ni apa pulak cerita dia yerk..... nanti2 aku share bila masa mengizinkan yerk.....


k, sekian

20 February 2014

*berurus niaga dengan zalora kali ke-2*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


sape x kenal kotak oren ni kan.....


erm, baru kali kedua shopping zalora dah kecoh..... orang lain tiap2 hari kut shopping kat zalora atau mungkin shopping online, ok jerk..... hehe
biasa yang baru2 la nak kecoh kan..... kalu dah lama tu dah biasa n dah basi kata orang..... so dah x heran dah.....

kalu memula dulu macam susah sikit nak berurusniaga sebab 1st time, baru nak belajar kan..... kali ni senang jerk..... klik sana klik sini..... dah siap.....
dulu beli beg school Aisha..... kali ni shopping untuk diri sendiri pulak, cari jugak untuk Hubby tapi semua mahal2 lorrrrr..... huhu

 so len kali ada rezeki, beli untuk Hubby pulak....... alah aku dapat shopping ni pon sebab dapat baucer dari Zalora, yang dulu tu pon dapat baucer RM50..... yang ni pon dapat RM50 jugak..... alhamdulillah.....




dapat 2 barang sebab ada diskaun..... kalu xder diskaun, harapan la kan nak dapat..... rajin jugak zalora bagi diskaun n buat promosi kat kedai dia..... bila beli siap dapat baucer extra lagi untuk next pembelian..... ;)



 pilihan 1st adalah top.....
Asheeta Top harga RM35, lepas diskaun dapat RM32



  2nd choice adalah clutch
Unisa Clutch harga RM49, lepas diskaun dapat RM18



total ngam2 RM50 ikut nilai baucer..... hehe..... berbelanja biar berhemah kan.....
cuma kena extra charge untuk shipping sebab barang yang aku beli x sampai RM75..... kalau beli RM75 ke atas dapatlah free shipping..... rasanya masa beli dulu xder pulak syarat ni, ntah bila berkuatkuasa syarat ni aku pon x tau, yang selalu berurusan dengan zalora ni tau lah kan.....

so, barang pon dah sampai, puas hati dengan kualiti barang..... servis pon bagus, order hari jumaat, sabtu ahad isnin cuti (isnin cuti ganti hari wilayah), hari selasa barang sampai..... ok lah kan.....

sekarnag ni pon banyak lagi barang2 lain yang tenagh di beri diskaun..... sapa2 yang berkenan boleh la pi jenguk zalora.com.my yerk

k, sekian

18 February 2014

*jalan jalan ~ pose @ taman tasik ampang hilir*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, ni adalah kali ke 2 kami berkunjung ke sini..... kali ni bukan singgah, tapi memang dah dalam plan nak datang sini..... Hubby ingat nak jogging kat sini, tapi cuaca x berapa nak mengizinkan..... masa smapai kami terpaksa berteduh kat pondok sebab hujan gerimis..... so, masa dok kat pondok tu, apa lagi, tangan ni gatal jerk la snap sana snap sini.....

 

sweet jerk anak dara pakai tudung kan.....
sesweet Mamanya..... hahaha haktuih



puas mengadjust cara dia duduk untuk dapatkan view pokok kelapa belakang tu, sampai senget2 badan nak jatuh..... akhirnya dapat jugak... hihi
ye lah, ambik gambo guna hp jerk, tu yang puas mengadjust biar gambar bagi cantik..... kalau guna kamera gabak tu senang sikit kan..... *wink
 


layan gambar 3 beranak.....
erm, kalu bawa incikNik kan senang, sangkut kat tripod then tekan remote..... dah dapat snap pic family..... ni puas lah adjust hp untuk masukkan semua kepala dalam satu frame.....
 


eh, dah hilang dah tudung kat kepala.....
huhu
 


pasangan pengantin yang turut join kami buat photoshoot kat tasik.....
ada 3 pasangan, satu pakai baju kaler puith, satu pakai baju kaler oren, satu pakai baju kaler purple..... siap2 lari2 n baring2 lagi dorang atas tanah nak dapat the best shoot..... hehe

 

Aisha suka betul peluk2 kami.....

kekadang kat rumah tengah baring atas karpet sambil tengok tv, tetiba dia kata "nak peluk"..... so layankan je lah..... mungkin itu salah satu cara dia nak tunjuk yang dia sayang kat kami..... so sweet..... hehe

 

tengah main maze game kat t-shirt Papa..... hehe
 


agak2 hujan dah berhenti, jom jogging.....

dapat separuh pusingan, berhenti jap kat gerai makan, beli keropok lekor, pau sebiji, air kotak 2, air tin 2..... total RM12..... bolehlah buat alas perut di petang hari..... then layan satu group wat poco2 kat situ..... sambung jogging lagi untuk balik ke parking kereta.....
 


sebelum balik, layan anak dara main kat playground sekejap.....

dah puas main, jom balik.....
hajat nak makan asam pedas kat 1 gerai tu belum terealisasi sebab sekarang Hubby lebih prefer makan kat rumah..... masak simple2 je pon x per, janji makan kat umah, Hubby pon rajin je kalu nak suruh tolong masak..... hehe

kekadang kalu time aku puasa, nak suruh dia masak pon ok jerk, aku dok depan teman Aisha buat homework, Hubby masak kat dapur..... sardin pon sardin la kan, janji masak..... hihi

k, sekian

14 February 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamulaikum, 

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....

http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2014/02/intanberlian-mega-giveaway-2014.html
Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)

k, sekian 


pssst : saya ikut pesanan penaja, hihi



*seksanya shopping @ aeonBig wangsa maju time nak raya cina*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


kejadian berlaku bulan lepas seminggu sebelum cuti raya cina..... gila seksa shopping time ni..... aku x taulah kat tempat lain kan, tapi kat aeonBig wangsa maju giler ramai manusia yang berbelanja..... huhu semua kaum n bangsa pon ada.....



ni kat kedai pets kat tingkat bawah..... ok jerk lagi..... singgah sini beli makanan kura2 yang dah habes stok.....

erm, actually kura2 makan sayur apa yerk, ritu try bagi makan sawi, dia x makan, try bagi salad yang ijau kerinting tu, x makan jugak, nak try bagi bayam tapi takut nanti dia x nak makan jugak, sakit pulak ati kita nanti.....
hubby ada sarankan untuk letak kura2 tu kat tasik tapi aku macam sayang plak, ye lah dah bela dari sebesar duit duposen sampai sekarang dah sebesar tapak tangan..... lagipon tu adiah Nyai Aisha kepada Aisha..... rasa macam dah jadi keluarga kami jerk walau sampai sekarang kami panggil kura2 tu dengan panggilan kura2 jerk (xder nama)..... huhu

 okey, balik pada tajuk entry.....



ha, ni time nak bayar kat kaunter aeonBig tu.....



di sudut yang lain pulak.....

gila ramai orang yang beratur kat kaunter, rasanya hampir semua kaunter buka tapi beratur sampai ke rak tempat letak barang.....
rasanya kami beratur dekat 1 jam baru sampai giliran kami..... dengan ramia orang, dan memasing pon membeli stok semua penuh troli..... so memang kena sabar menanti untuk bayar, disebabkan memang ada keperluan untuk kami membeli barangan, maka kami redha untuk tunggu sampailah ke giliran kami.....
letih wei.....
 


 sempat lah anak dara duduk kat tepi rak barang sambil menyanyi.....

memacam lagu dah yang dia nyanyi, dari lagu kanak2 Incy Wincy Spider sampailah ke lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang oleh Tegar tu.....
aku pon siap join nyanyi sekali..... x kiralah orang tengok ke x kan, janji dapat isi masa lapang..... hehe

so, kesimpulannya x mor dah shopping time nak raya..... kecuali raya puasa sebab dah memang nak kena shopping untuk sendiri dan keluarga kan..... selain dari raya tu nak dok umah jerk.....
haha, kalu boleh la kan.....

k, sekian
 

12 February 2014

*masak masak ~ donut seri pagi*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 




 hihi, apsal bagi nama Donut Seri Pagi..... sebab rupa donut ni macam bunga, aku saje letak nama bunga seri pagi sebab dia maacam ada 5 kelopak..... eh ye ke bunga seri pagi ada 5 kelopak... haha hantam saje la labu.....

nak kena taip resepi kat sini sebab takut terlupa. refer ntah kat web mana satu ntah, google guna hp, then tulis bahan2 kat kertas..... kertas tu pon sekarang dah hilang, seb baik ambek gambo resepi yang tulis kat kertas tu..... so kena simpan kat sini, len kali kalu nak buat, refer kat sini jerk.....

bahan n cara buat yang ringkas jerk, tu yang boleh buat, kalu susah2 tu x der nyer der aku nak buat kat rumah tu..... jom aku share.....


Donut Seri Pagi

Bahan2
1 cawan tepung gandum (dapat 12 ketul bunga)
 1 sudu teh margerin
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh yis
1/4 cawan air suam2 kuku
1 sudu besar gula

Cara2
1. campur yis, gula n air suam dalam bekas n biar seketika
2. campur tepung gandum, margerin, susu pekat masni n garam dalam bekas dan adun hingga bersatu
3. tuang campuran yis tadi dalam adunan n adun lagi hingga sebati
4. biar adunan doh seketika hingga kembang sekali ganda saiz asal (tutup dengan kain lembap)
5. adun semula n bahagikan adunan kepada saiz lebih kecil untuk di canai menjadi donut
6. biar seketika (dalam 10 minit) n goreng hingga kekuningan
7. angkat n tabur dengan gula icing (aku guna gula biasa n kisar halus, tu je yang ada kat umah, hihi)

erm, kalu ikut dalam cara2 nak buat tu kena campur yis, gula n air suam dulu kan..... tapi kau buat cara gitu x jadi, bukan x jadi apa, doh x naik, goreng tetap goreng, rasa still ok cuma x gebus la donut aku tu, hihi..... then kali kedua aku buat, aku campurkan semua bahan sekali..... alhamdulillah jadi pulak..... so lepas2 tu, aku buat main lebur jerk semua bahan dalam mangkuk n adun..... lagi senang kerja aku..... hehe

yang jadi donut seri pagi tu, aku refer kat youtube mana ntah, try cari lagi video tu tapi x jumpa..... huhu, tapi senang je nak buat dia, ikat n simpul jerk..... dah jadi..... aku nak cerita lebih2 pon x reti sebab x der gambar..... nanti2 kalu aku rajin aku buat lagi, aku snap pic yerk..... hihi

harap2 ada lah kerajinan nak mendonut lagi lepas ni.....
tengah cari resepi donut berinti pulak.....
nyum2

k, sekian
 

10 February 2014

*entry di pagi isnin*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,





monday blues?

oh tidak.....
kerja urgent menanti.....
x sabar rasanya nak settle kan kerja ni, then boleh lah menyusun entry yang banyak tertangguh..... n lepas tu bolehlah jalan2 umah kengkawan..... tunggu yer.....

tapi selagi promosi belum bermula..... maka selagi itulah kerja x boleh nak settle sebab mesti akan ada kena betulkan di situ, kena tukar di sini, kena perbaiki di sana.....
betul x?.....

so

v

v

v

v

v


and
enjoy our day!!!

oh ye, aku x jadi outstation this week, sebab kerja urgent ni lah.....
terpaksalah kawan lain ganti, terima kasihlah kat kawan aku tu sebab sudi ganti aku pi outstation..... pi negeri dia jugak kan..... hihi moga jasa beliau terbalas nanti.....


k, sekian

06 February 2014

*menaip entry*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,



erm, dah lama x coret2 kat sini, rasa rindu tapi masa x berapa nak mengizinkan.....
nak buat schedule post pon x sempat..... huhu

ok, setakat ni gamabr dah transfer, tumpang pc kawan sebelah, hihi
tinggal nak menaip jerk.....
tunggu masa lapang lpas opis hour.....
but next week dah nak outstation plak.....
harap2 ada lah masa nanti nak update blog.....
hehe

sekian