^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

4.7.16

Salam Aidilfitri 2016

3 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
assalamualaikum,




tangan dihulur tanda ingatan,
jari disusun tanda kemaafan, 
moga ikatan terbina terus berkekalan,
 dengan penuh takzim kami ucapkan,

v

v

v

v

 



 sekian

20.5.16

Exam 3 minggu berturut-turut

3 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin
Assalamualaikum, 

 

 hurm..... lama x mencoret kat sini..... mood kelaut lorrr..... huhu

sekarang ni tengah minggu exam untuk anak dara.....
3 minggu berturut..... hah dah macam exam kat U dah, padahal baru darjah 2.....

hurm, kalu sebelum ni ujian pentaksiran paling lama pon 2 minggu je..... kali ni panjang betul tempoh masa.....
bukan apa..... exam sekolah kebangsaan + exam sekolah agama.....
minggu pertama exam sekolah kebangsaan mula, minggu kedua exam sekolah kebangsaan baru habis, sekolah agama pulak baru nak mula, minggu ketiga barulah exam sekolah agama habis iaitu minggu depan.....

hurm..... setiap hari amek dari taska, aku akan tanya, samada anak dara boleh x jawab soalan periksa kat sekolah tadi.....  relax je dia jawab, "Boleh la mama, tapi x taulah dapat A ke x"..... hihi
aku x target apa2 pon, yang penting dia nak belajar..... aku pon x der lah pandai mana pon dulu, tapi Alhamdulillah, sekarang dah boleh hidup bersederhana.....

yang penting, happy dengan keluarga tersayang.....
habis exam, moh kita balik kampung sambil jalan2 ye.....

k, sekian


28.3.16

deko deko terataKami :: taman balkoni ~ pagar siap cat

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin

assalamualaikum,


nak share sikit pasal taman impian aku..... taman balkoni a.k.a balcony garden..... sekarang ni tengah set-up sikit sikit taman balkoni kami tu..... x boleh la nak buat sekaligus, sume pon kena selaras dengan bajet yang ada kan..... lagi pon, kami buat sendiri taman balkoni ni..... tak guna khidmat kontraktor pon, rasanya lagi jimat kan..... cuma kena kuatkan semangat dan tenaga je..... in shaa Allah, semua akan berjalan lancar seperti yang dirancang.....

sebelum ni, si arnab kami just lepaskan je berlari2 kat seluruh balkoni kami, tapi tetiba terfikir untuk hadkan ruang untuk mereka, ye lah, sambil dorang berlari, dorang akan lepaskan najis dorang merata2, so untuk hadkan ruang untuk menyapu n mencuci najis dorang ni, maka kenalah wujudkan had kawasan untuk mereka berlari.....

so, untuk progress pertama, kami dah bangunkan ruang untuk haiwan peliharaan kami iaitu si Anna, Joey dan anak2 mereka..... just buat simple saja..... mana yang termampu n seringkas kami boleh buat..... sebelum ni ada yang x dapat bayangkan macamana balkoni ni aku nak transform jadi taman kan..... so aku share sikit.....

luas balkoni (ye, balkoni di tingkat atas terataKami) adalah lebih kurang 10 kaki x 20 kaki..... suku daripada tu kami peruntukkan untuk ruang si arnab..... selebihnya nanti akan dibangunkan taman dengan rumput, pokok2, settee dan kalau ada rezeki nak buat water fountain..... hehe, impian sejak memula beli rumah ni.....




 


atas ni adalah sebahagian balkoni terataKami..... aku amek gambar dari hujung pintu keluar ke balkoni..... yang berpagar tu lah kawasan untuk si arnab berlari2an..... luar pagar tu sebelah kanan tu lah nanti aku nak letak pokok2 n water fountain..... hihi
sebelah kiri pula nak letak settee @ kerusi yang sesuai untuk sebuah taman, sambil lepak2 boleh tengok rabbit berlari2 dalam pagar tu kan..... ngeh3, verangan nieh.....
balkoni boleh di akses dari ruang keluarga kami.....





pandangan dalam kawasan berpagar dari dekat.....
dalam tu ada tikar getah, senang nanti nak cuci najis yang ditinggalkan si arnab bila kami lepaskan dorang dari sangkar..... pagar yang kami buat sendiri..... masa ni belum cat lagi..... ambil masa 2 hari nak dirikan pagar ni..... maklumlah, amatur buat kerja kan..... tapi kayu tu minta kedai potong siap2, kami bagi ukuran je, sampai rumah, tinggal paku2 dan pasak kat tile bawah.....

owh, perasan x ada tunggul kayu dalam tu..... kami berusaha cari tepi2 jalan, pokok2 yang MPS tebang, cari tunggul yang konon2 cantik n sesuai untuk si arnab buat main gigit2..... cuci, bersihkan n campak je letak dalam tu sebagai added value.....






inilah rupa kasawan erm kira kandang kut kan.....
kandang arnab kami..... pagar tu baru sebelah kanan siap cat, tapi masa entry ni publish, dah siap cat sepenuhnya, alhamdulillah..... ada pintu kecil untuk kami keluar masuk bagi tujuan cucian atau nak join si arnab main kejar2 dalam tu..... hehe

simpel je kan..... so next step adalah nak bangunkan taman sebelah luar kandang pula.....

erm kos nak buat kandang ni.....
aku share sikit ye.....
  • kayu saiz 2"x2"x10' - RM9.00 - 1 batang (kami suruh kedai potong 2', so dapat 5 batang)
  • kayu 3/8"x1 4/8" x 7' - RM4.50 -17 batang (kami suruh kedai potong 2', so dapat 51 batang + scrap 17 batang)
  • sand paper - RM1.00 - 6 helai (tapi guna cuma 2 helai sahaja)
  • cat kelabu 1 liter - RM20.00 - 1 tin (ada baki suku tin)
  • berus cat - RM2.00 - 2 batang
  • paku 1" - RM1.00 (kira timbang, x tau berapa berat sebab Hubby yang beli, tak habis guna pon)
  • tikar getah - RM10.00 semeter - 3.5 meter
total perbelanjaan lebih kurang RM160.00 termasuk GST 6%
agak2 mahal ke tidak ye..... x tau lah, janji dah siap n kami puas hati sebab kami yang buat sendiri..... dengan mylilPrincess Aisha pon join tolong juga..... ni kira sebagai family time together juga kan.....

owh, yang bidai tu, kami beli asing..... beli kat kedai kat Nilai 3..... saiz lebar sikit RM40.00 dan yang kecil RM30.00 harga lepas diskaun..... kedai ni pon kawan meja sebelah aku yang bagitau...... boleh dapat murah..... hehe kalu nak tau apa nama kedai tu, tanya kat dia ye, aku dah lupa dah sebab dia sent gambar kad kedai tu kat aku, cari2 dalam phone, gambar kad tu dah x jumpa..... huhu.....

so, inilah cerita sikit progress taman balkoni yang kami sedang bangunkan..... projek bermula pada 12 Mac 2016..... kena catat kat sini, nak kira berapa lama masa kami ambil untuk complete kan projek ni..... hehe

 erm, ari tu dah kenalkan anak2 Anna dan Joey kan, ni nak share mereka berdua pula.....

v
 
v

v

v

v




 

Joey & Anna
Joey si jantan warna perang atas sangkar..... Anna si betina hitam putih dalam sangkar.....

cubaan Joey nak melompat melepasi pagar yang kami baru buat melalui sangkar Anna..... erm, nampaknya x boleh letak sangkar dekat dengan pagar, nanti sorang boleh lompat pagar tu..... hihi

k, sekian

pssst : projek binaan taman balkoni diteruskan untuk mencari pokok n rumput pula..... jom survey, kalau ada yang berkenan dengan bajet, boleh lah shopping..... hihi



24.3.16

haiwan peliharaan :: presenting!!!!! kaka & kiki

2 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin

assalamualaikum,

 sebelum ni cerita je pasal haiwan peliharaan baru kami si Kaka & si Kiki kan..... x der pon nak share gambar dorang..... kalu ada gambar pon, pinjam dari internet..... huhu sorry ye kengkawan


tapi sebab tak nak kenangan memelihara haiwan peliharaan kami tu dari kecil hilang..... so, aku berusaha rakamkan gambar dorang guna incikNik Hubby yang dah masuk dalam peti ais lama dah..... hehe mujur boleh guna lagi, so apa lagi..... klik klik lah aku ngan Kaka & Kiki..... Aisha bangun pagi, dia pon join sekali..... eh makin rancak lah kami berposing nagn Kaka & Kiki..... hehe

maka, meh aku perkenalkan pada mereka berdua.....

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

 tada!!!
 perkenal kan!!!!!

Kaka & Kiki

Kaka - arnab cumel warna hitam sebelah kiri gambar
Kiki - arnab cute warna perang di sebelah kanan gambar pose dengan mylilPrincess Aisha yang kiut miut jugak..... hehe

  hurm, daripada 7 ekor, tinggal 2 ekor je ni yang masih bertahan, dan harap mereka terus bertahan dengan kami..... in shaa Allah..... sekarang ni, kami sedang berusaha nak buat tempat tinggal dorang kat balkoni terataKami (in shaa Allah ada masa nanti aku share)..... sementara tu, dorang ni kami letak dalam bekas akuarium ikan yang dah x guna dah..... dalam tu letak hampas kayu beli kat kedai haiwan, biar dorang selesa..... harap2 lah kan..... hihi

sekali sehari kami akan susukan dorang ngan ibu dorang si Anna..... kami pangku Anna, then letakkan Kaka & Kiki kat perut Anna supaya dorang boleh menyusu..... setakat ni alhamdulillah berjaya..... kalau hujung minggu, kami susukan dua kali sehari..... nanti dah tiba masa yang sesuai, kena la cuba bagi pallet pula.....atau pon daun alfafa untuk tujuan tumbesaran dorang..... moga mereka semakin membesar dengan sihat bagai johan..... boleh kami anak beranak gomol2 dorang..... hehe

k, sekian


pssst : sorry la, sekarang ni asik ler cerita pasal arnab aku ni, terlebih excited sebab ada haiwan peliharaan yang boleh dipegang2 dibelai2, sebelum ni just ada ikan ngan kura2 je, dorang dok je dalam akuarium kan, x kan nak belai2 dorang kan, macam x sesuai jerrrrr..... hihi
ada cerita lain nanti, aku selit2 juga ye.....


21.3.16

deko deko terataKami :: projek taman balkoni - water fountain

3 8 orang doakan Aisha dapat adik..... amiin

assalamualaikum, 

sekarang ni tengah buat projek Taman Balkoni di terataKami..... kisah ni bermula bila ada haiwan peliharaan yang kami bela dan kami tempatkan di balkoni rumah kami.....

ha, ada sesiapa berani letak haiwan peliharaan di balkoni rumah..... sebelum ni aku dah cerita kan pasal arnab yang kami bela..... sekarang ni concern kami adalah kepada si arnab anak beranak..... ikan n kura2 masih lagi dalam peliharaan kami, cuma perhatian lebih kepada arnab sebab ikan ngan kura2 senang control, dok je dendiam dalam akuarium..... tapi tidak bagi arnab, dorang nak space untuk lari2..... so, moh ler kita buat taman untuk dorang lari2 yer.....

oleh yang demikian (eceh ayat skema), berdasarkan drawing yang aku conteng2 n bagi kat mydearHubby bulan lepas, dalam taman kami akan ada air terjun.....
pic from google

 lebih kurang macam gambar kat atas ni lah air terjun a.k.a water fountain yang digambarkan.....

so, sekarang ni aku tengah survey mana nak dapat air terjun yang murah n x besar sangat, muat untuk balkoni kami yang luas nya cuma lebih kurang 20' x 10' jer..... tapi suku dah bagi kat arnab untuk dorang lari2.....

selain dari air terjun, nak cari juga pokok2 berdaun yang senang di jaga..... nak letak kat balkoni juga..... kalau dulu, kat balkoni ada pokok lavendar n pokok zebra, tapi kedua2 dah mati, mungkin x cukup kasih sayang dari kami..... huhu
sekarang yang tinggal cuma pokok kaktus Mai jer... itu pon macam dah x terjaga, nak tukar ke pasu besar x dapat2, hurm, kena ke nursery lah baru boleh nak deko deko semula kat balkoni nieh.....

moga2 dipermudahkan lah hasrat kami nak menjadikan balkoni kami sebagai taman demi haiwan peliharaan kami nieh..... hihi

secara adilnya sekarang, kami 3 beranak ada haiwan jagaan memasing. aku lebih kepada penjagaan kura2, mydearHubby lebih kepada penjagaan ikan n mylilPrincess Aisha lebih kepada penjagaan arnab, upsss belaian sebenarnya, bagi makan, cuci sangkar tetap tugas Papa hehe..... siap baby arnab yang 2 ekor tu tu di bawa main kat atas katil tau..... hehe, x pe la nak, janji jangan sampai kencing berak sudah.....

so, misi sekarang adalah hunting for somehitng @ taman balkoni terataKami.....

k, sekian