^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

31 October 2013

*masak masak ~ none bake oreo blueberry cheese cupcake*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

ha, nama resepi panjang x hengat..... hehe, biasa la omputih kan selagi ada bahan apa yang diletak, sume nak disebut dalam nama menu kan..... maka itulah jadinya..... erm, menu campur aduk untuk seimbangkan rasa n mengikut selera anak tekak pembuatnya.....

last weekend, nak realisasikan impian anak dara yang nak buat kek..... maka aku google resepi yang simple2 jerk..... tetiba tekak macam nak makan cheese cake, maka mencari lah kita yer..... cari yang paling mudah, ringkas tapi sedap..... maka terjumpalah resepi ini..... asalnya resepi ni nama dia Mini Oreo Cheese Cake (Tanpa Bakar)..... tapi aku tukar sikit maka jadilah None Bake Oreo Blueberry Cheese Cupcake..... ha, panjang x dik non..... omputih lagik kan..... hehe


None Bake Oreo Blueberry Cheese Cupcake


 Bahan2 cheese cake:
2 bungkus biskut oreo (aku guna 1 jer)
1 pack (250 gm) cream cheese
190 gm coklat masakan putih (cairkan)
1/2 biji lemon (perah ambil jusnya)
1/2 sudu kecil esen vanila



 Bahan2 blueberry jem :
250 gm buah blueberry
90 gm gula pasir
1/2 lemon (ambil jus)




Cara2 buat cheese cake :
1. cairkan coklat masakan putih n biar sejuk.
2. ambil 1 pack biskut oreo, pisahkan 1 bahagian ada jem (masukkan dalam bekas cawan) n 1 bahagian xder jem (hancurkan hingga jadi serbuk).
3. dalam bekas lain, pukul cream cheese sampai kembang.
4. masukkan coklat masakan, jus lemon, esen vanila n 1/4 serbuk oreo. kaup guna senduk jerk hingga sebati.
5. sendukkan bahan campuran tersebut ke dalam bekas cawan ikut sukatan bahagi sama rata (dalam kes aku ni, aku dapat 13 kek cawan - dalam 1 pack biskut oreo ada 15 biskut).



Blueberry Jem
 Cara2 buat blueberry jem :
1. satukan buah blueberry n gula, masak dengan api perlahan hingga keluar jus buah.
2. kacau sesekali hingga agak2 nak kering.
3. masukkan jus lemon n kacau sebentar sebelum matikan api n biar sejuk.


* hiaskan bahagian atas oreo cheese cake dengan 1/2 serbuk oreo n 1/2 blueberry jem sebelum disejukkan dalam peti sejuk sekurang2 nya 4 jam.
* maka jadilah None Bake Oreo Blueberry Cheese Cupcake
* terjadinya oreo blueberry ni adalah disebabkan aku x berapa suka dengan kek atau kuih yang manis2, maka aku letakkan blueberry untuk seimbangkan rasa manis n masam pada cheese cake aku ni.....
hihi, suka2 jerk kan ubah2 resepi.....



 alhamdulillah menjadi, cuma cheese kek aku ni padat sikit dek cream cheese yang kurang kembang masa di pukul..... maklum, guna pemukul Daiso..... so kekuatan x berapa nak umphhh..... nampak gaya kena beli mixer jugak baru seronok nak baking membaking ni kan..... anak dara pulak rajin request nak buat kek..... so, mixer is one of my wishlist selain dari shower heater yg dah kena ambil oleh 1st kontraktor yg buat rumah kami dulu.....

k, sekian

30 October 2013

*wordless wednesday ~ rokok sekotak RM12.00*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,



 sumber : facebook



k, sekian

29 October 2013

*masak masak ~ sate daging korban mudah*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


disebabkan kat rumah ada lagi daging korban berbaki dalam esbok n x tahu dah nak masak menu apa selain dari masak sup, masak kari, goreng, masak lemak..... hubby pon dah x mor makan nasi dah..... maka aku dengan inisiatif sendiri mengoogle resepi untuk buat menu daging selain yang perlu di makan bersama nasi..... maka TING!!! (ada mentol atas kepala) buat sate lah kita daging tu yerk..... so, ditakdirkan aku mc last week sebab mata bengkak, maka adalah masa untuk berperang kat dapur..... ambek Aisha awal sikit dari school, then ajak dia pi kedai runcit Thiam Kee dekat ngan umah untuk beli bahan2 yang xder kat umah..... sekali wajib kena paw untuk makanan dia a.k.a roti, air susu kotak dll..... dah cukup bahan, jom kita masak..... resepi x ingat ambek kat web mana sebab banyak sangat aku google tengok yang mana paling mudah n ringkas nak buat.....



Sate Daging Korban
 Bahan2 :
Daging (potong dadu - saiz ikut suka aku)
Lengkuas
Serai
Halia
Bawang Putih
Bawang Merah
Jintan Putih
Jintan Manis
Ketumbar
Kunyit
 Gula
Garam
Batang Lidi Sate

 Cara2 :
  1. Kisar lengkuas, serai, halia, bawang putih, bawang merah, jintan putih, jintan manis, ketumbar dan kunyit hingga lumat.
  2. Lumur bahan kisar bersama gula n garam pada daging yang dah dipotong tadi.
  3. Perap dalam peti sejuk sekurang2 nya 2 jam (aku perap semalaman).
  4. Cucuk daging pada batang lidi sate yang dah direndam dalam air (nak elak dari cepat terbakar masa bakar).
  5. Bakar.

masa bakar tu boleh lah renjiskan dengan minyak n air perapan daging tu untuk tambah rasa dengan menggunakan serai yang diketuk..... 

oh ya, berapa banyak bahan2 yang aku guna tu jangan tanya yerk..... maaf sesangat sebab aku main campak2 jerk, ikut kesesuaian banyak daging yang ada..... then masa lumur bahan pada daging tu boleh jerk rasa samada masin ke, manis ke..... erm, aku lebihkan gula sebab gula adalah salah satu ajen pelembut bagi daging..... tapi jangan letak banyak sangat pulak yerk..... x elok untuk kesihatan.....

alhamdulillah, Hubby n Aisha suka makan.....
aku simpan n asingkan siap2 dalam plastik berasingan lepas cucuk tu..... senang nanti nak bakar, tinggal ambil plastik n kuarkan dari esbok untuk bakar.... x ganggu yang lain.....

 lagi satu, seingat pembacaan aku, resepi ni x sesuai digunakan untuk buat sate ayam..... sebab rasa dia akan jadi lain, erm aku x cuba lagi lah sebab xder lagi ayam lebih dalam esbok untuk dibuat sate kan..... so x tau nak setuju atau x..... maka, dengan 4 kali pembakaran, Sate Daging Korban berjaya di habiskan..... alhamdulillah, x der pon sambal kacang, timun atau bawang apatah lagi nasi impit sebagai penambah selera..... makan gitu jerk, tapi sedap..... hehe

k, sekian

25 October 2013

*tak habis lagi cerita ultraman*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

nak buat entry ala2 WW di tengahari jumaat ni ok kan..... hihi




ha, ni screenshoot keyword nuffnang pagi tadi untuk hari ini..... ada lagi ultraman sesat ke sini..... hihi macam best pulak..... nak search lah pasal ultraman ni, apa yang best sangat pasal dia ni yerk..... hehe

esok sabtu n ahad macam xder apa2 plan..... so rasa macam nak baking cake ngan my lil princess Aisha..... harap2 menjadi..... hiew hiew hiew

k, sekian

*cpuv 19, 20, 21 for year 2013*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


erm, oleh kerana hari ni xder entry khusus yang nak diceritakan..... eh, actually ada, tapi gambo xder dalam pc..... maka kita cerita pasal nuffnang la yerk..... hihi

erm, cek yang ritu cash out x sampai lagik..... harap2 dalat lah dalam minggu dpn yerk, maklumlah, patutnya hari ni hari gaji for goverment kan, tapi dah dapat awal ritu..... so xder la seronok sangat hari ni..... hihi
alhamdulillah, dapat menahan diri dari berbelanja yang tidak2 untuk maintain kewangan sehingga ke gaji bulan depan..... 

okey..... balik pada tajuk..... alhamdulillah, tahun ni cpuv meningkat..... dah ada 21 cpuv total for this year..... x kisahlah RM tu sikit ke banyak ke kan..... sikit sikit lama2 jadi bukit.....kita harus bersyukur dengan apa yang ada..... apa yang penting, kerjasama usaha untuk ke arah apa yang kita impikan..... eceh, dah macam tazkirah jumaat pulak..... xper, sebagai perkongsian n peringatan untuk diri sendiri jugak nieh.....




cpuv ke 19 & 20 dah credited pon, aku pon x tau bila dia muncul..... maklum lah, selalu sangat bukak akaun nuffnang kan..... hehe..... yang 1 dari Olay JAS Bundle n lagi satu dari KL SOGO TRENDSETTER ONLINE..... dan cpuv ke 21 didatangkan khas oleh Sunsilk Samson S..... start 14 Okt ritu..... cuma yang aku confuse sikit pasal Q3 Prepaid Roaming tu kan..... dari bulan 8 duk bertapa kat situ, still on going tapi RM x berubah..... erm, kenapa yerk..... x per lah..... kita biar je lah dia dok dendiam kat situ..... kita buat kerja kita macam biasa yerk.....

ok lah..... dah cukup cerita pasal cpuv yerk..... jumpa lagi nanti lain entry..... oh ya, my lil princess Aisha last paper exam rini..... harap2 dia dapat buat sebaiknya..... amin

k, sekian

24 October 2013

*makan makan ~ Laman Kraf Cafe, Kuala Lumpur*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 aktiviti last friday..... ingat nak outing ngan my dear Hubby time rehat, maklumlah, hari jumaat kan rehat lama kan..... tapi Hubby kena outstation ke Pulau Keladi, Pahang pulak on that day, jam 7.00 pagi dah gerak reramai naik bas, hari ahad baru balik..... so x jadi lah kuar opis.....

maka,aku ngan kak bling bling ngan tim..... makan la kat area opis jerk..... yang lain2 ada yang kenyang lagi, ada yang x mor makan tempat panas, ada yang outing ngan kawan department lain..... so, kami bertiga jerk makan..... makan di Laman Kraf Cafe, Kraftangan Malaysia.....



menu untuk kak bling bling ngan tim..... Nasi Kukus


Nasi Tomato for me.....


air limau panas dengan cawan antik.....
 lagi dua orang tu minum air limai ais ngan air suam.....



suasana sekitar cafe..... ku lihat hijauuuuu (lagu Zainal Abidin)



cafe konsep terbuka, makan di bawah rimbunan pokok.....kalau time redup ok lah..... tapi kalu time panas tu, kena sabar sikit lah kan..... cuma xder la panas sangat pon..... biasa2 jerk..... hihi
(model dalam gambar tu xder kaitan dengan aku yerk, tu orang luar datang makan)



senarai menu yang ada kat sini.....

so, alhamdulillah, harga pon biasa2 jerk, rasa pon biasa2 jerk, tapi suasana dia best.....
tiap kali kami boring makan kat cafe office, kat sini lah tempat kami melepak time lunch hour.....
nak join?..... meh arr..... tapi makan minum bayar masing2..... kalu ada rezeki lebih, kita share2 yerk..... haha

k, sekian

23 October 2013

*Homedec KLCC 2013*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,




 HOMEDEC
17 - 20.10.2013 & 24 - 27.10.2012
 Kuala Lumpur Convention Centre
10 pg - 8 mlm

MASUK PERCUMA


pssst : lokasi dekat jerk ngan opis, teringin nak pi.....
agak2 dapat kebenaran yang berhormat ke x yerk.....
 

22 October 2013

*cerita sambutan raya haji 2013 kami*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

ahah..... dah seminggu berlalu baru nak cerita pasal raya haji kami..... hihi aci kan.....
ala, alasan aku sama jerk, gambo x leh nak transfer direct ke pc aku..... so kena guna khidmat pc jiran dok sebelah untuk transfer pic then share kat pc aku..... seb baik la ada pc jiran dok sebelah aku ni nak guna pc dia time rehat atau dia cuti..... nak guna time keje x boleh la kan, nanti ganggu waktu kerja dia, waktu kerja aku sekali..... hihi terima kasih jiran, ko x bagi aku guna pon, aku tetap nak guna jugak..... hak kerajaan katanya kan..... ngeh3.....

wokeh, berbalik pada tajuk..... jom aku cerita berpandukan gambar jerk..... nak cerita detail pon x perlu kut, sebab ni sebagai ingatan aku jerk untuk masa hadapan..... untuk kengkawan, sekadar pengetahuan umum, mana lah tau ada info2 yang kengkawan boleh guna pakai kan..... hahahaktuiii

aku ambil cuti raya haji pada 14 & 16 okt 2013 ritu..... so dapatlah 5 hari cuti termasuk sabtu ahad n hari raya..... balik Kuantan tahun ni..... sebab raya aidilfitri ari tu balik Kota Tinggi..... gilir2 kita yerk.....

jom, kita mula dengan

v

v

v

v

v


menu Jumaat malam sebab dah malas masak, lagipon peti ais dah di kosongkan sebab nak tinggal lama balik kampung kan..... hajat nak makan Domino's Pizza 1-300-888-333 tapi dikatanya nombor tipon kami di luar kawasan delivery..... isk x patut betul, dah hilang satu customer.....
lastly kami call la PHDelivery 1-300-88-2525..... alhamdulillah rezeki kami dengan pizza hut malam tu.....



actually esoknya (sabtu) my dear Hubby plan nak balik Kuantan, tapi aku suggest la balik pada ahadnya, so ari sabtu tu boleh la kemas umah yang kami dah tinggal 2 minggu tanpa berkemas sebab ada promosi kat opsi kan..... Hubby setuju, then ke Happy Rawang Laundey kami pagi sabtu tu untuk hantar segala comferter n cadar yang family kami guna masa kedatangan mereka ke rumah kami sebelum tu termasuk family makcik hubby n parent aku.....

not bad la laundry ni..... dulu pernah hantar 3 toto, 1 carpet n 1 comferter RM45 seminggu siap..... kali ni kami hantar 4 toto, 3 selimut, 1 cadar = RM65..... ntah bila siap aku x tahu, sebab yang berurusan Hubby, yang simpan resit pon Hubby..... aku ngan Aisha dok dalam kereta jerk..... pic tu pon snap dari dalam kereta jerk time hujan..... hihi



erm, dah lama berhajat nak potong pendek rambut my princess Aisha ni..... akhirnya terlaksana jua..... rambut cantik, tebal n lurus tapi kusut yang terlampau bila sikat..... so aku decided potong je lah, senang sikit nak siap2 kat sekolah nanti kan.....

oh ya, nyonya kedai tu cakap..... "you taruk itu conditioner la kat ujung rambut dia biar x kusut" "budak kicik, boleh guna maa itu conditioner, taruk sikit saja hujung rambut jangan kasi kena kulit kepala"..... ha, baru aku tau budak pon boleh guna conditioner yang orang dewasa punya tu..... so nanti rambut Aisah dah panjang sikit n perlu guna conditioner nanti, aku guna lah..... ilmu baru nieh.....



ini sup ayam adalah menu petang Ahad kat umah PIL di Kuantan..... cicah ngan roti..... makan panas2, sedap..... ha, kami sampai Kuantan lepas Zohor, gerak dari Rawang pagi tu, jalan ok jerk, slow n relax jerk Hubby bawa..... hehe



aktiviti Isninyer, sehari sebelum raya..... shopping kat Tunas Manja Taman Tas..... then petang pi bandar Kuantan..... jenjalan kat ECM (East Cost Mall).....



jenjalan ECM hajat nak cari kasut, tapi xder yang berkenan..... tetiba ternampak stall cupcake yang comel..... kat level 3 kut kalu x silap..... 1 biji RM1..... so beli 6 biji untuk Aisha..... saiz cupcake tu kecik bebenor, lebih kurang saiz duit syiling 50sen yang lama tu..... disebabkan comel, n Aisha pon berkenan maka aku beli lah untuk anak dara tu..... sambil jalan sambil makan..... tup2 tinggal sebiji jerk dalam kotak tu untuk di bawa balik..... yang lain dah selamat masuk dalam perut dia..... hihi



malam selasa nya kami sambut birthday sepupu Aisha, Muhammad Luqman, dorang beli kek kecik2 jerk untuk budak2 makan sorang satu..... tapi tetap meriah sebab dorang dah pandai nyanyi lagu happy birthday..... hihi, seronok tengok dorang seronok..... siap bersuap2 lagi kek tu.....



then lepas Zohor ari rabu..... kami balik Rawang semula..... si anak dara kesedihan dalam kereta sebab tinggal sepupu2 dia..... dapat main sesama 2 hari 1 malam jerk, sebab abang Hubby dari Terengganu tengah malam raya baru sampai.....

tapi sedih sekejap jerk, pujuk belikan makanan n air kat stesen minyak, terus ok dah..... kekadang dia tanya2 jugak bila nak jumpa kak Ainul, Luqman ngan Aina..... kami jawab lah, nanti balik kampung boleh jumpa lagi..... alhamdulillah senang dipujuk.....

 erm, sampai umah malam tu dalam pukul 9..... dah letih, beli beger jerk dekat ngan umah, makan lebih kurang n siap2 barang untuk kerja n Aisha sekolah esoknya..... tidur.....


oho, perasan x, hari kejadian, iaitu pada hari raya aku x cerita pon kan..... haha, sebab hari kejadian xder gambo..... sume orang sibuk kat surau termasuk Aisha n sepupu2 dia..... nak tengok lembu..... so xder gambo raya yerk..... hihi

k, sekian

21 October 2013

*makan makan ~ Jom Western Wangsa Maju*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


cerita hujung last month..... balik dari duty hujung minggu di opis..... badan rasa x larat nak memasak kat rumah..... maka kita cari kedai makan jerk la yerk..... memula nak makan KFC tapi macam dah biasa jerk kan..... so cari la kedai lain lah yerk.....

ke Carrefour a.k.a AeonBig Wangsa Maju kita yerk.....  ingat nak ke restoran Jom Bali, tapi dah biasa dah makan kat situ..... haha, macam tiap2 hari jerk makan situ gayanya..... hihi
cuba lah restoran lain..... sebelah KFC ada restoran Jom Western..... adik kepada Jom Bali..... ngeh3..... x pernah lagi makan kat sini..... jom kita terjah.....



pandangan dari luar, dah makan kenyang, dah bayar bil, baru ingat nak snap pic restoran..... hehe aci kan.....
 


menu pilihan..... Cheezy BBQ Chicken Pizza RM13.90..... portion agak besar, cukup untuk 2 orang makan..... sedap sebab roti dia x tebal sangat..... sos dia pon sedap..... rasa nak repeat makan lagi jerk.....



untuk anak dara..... Twin Burger RM12.90..... burger comel satu ada cheese, satu xder chese..... sudahnya semua papa yang makan..... anak dara makan cheese jerk..... hehe



air Bandung Laici for me n anak dara RM6.90..... Teh O Ais Limau for hubby RM4.50..... sangat besar juga ini gelas..... hehe



selain dari tu..... ada juga menu lain..... kerabu mangga tu macam best kan, tapi x mor gelojoh yerk..... nanti len kali datang sini boleh order pulak.....
 


anak dara sedang menikmati kentang yang besar jugak..... eh eh makan tangan kiri ye sayang.....
puas jugak lah aku ajar biar makan tangan kanan, tapi bila kita lepa jerk, terus tertukar tangan kiri anak dara ni tau..... harap2 boleh ubah lah kebiasaan tu kan.....
 


total bayaran untuk kami makan malam tu..... ada service charge yer..... hihi
alhamdulillah rezeki kami.....

k, sekian
 

18 October 2013

*Exam next week*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,


erm, next week start 21 - 25 Oktober 2013 my lil Aisha akan ada exam kat tadika dia..... untuk setengah tahun ritu, alhamdulillah keputusan yang memuaskan..... dapat 5A 1B..... untuk hujung tahun ni, aku xder mengharap tinggi sangat, yelah, baru umur 5 tahun kan..... so, harap2 Dizaaisha Umairah dapat buat yang terbaik untuk exam minggu depan..... amin


 Bismillahirrahmanirrahim


********** 
Doa Ibu Bapa Untuk Anak Yang Menduduki Peperiksaan

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah, 

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah, 

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak kami.
Ya Allah, 

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, 

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, 

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

sumber : http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com


**********

Aminn

k, sekian

17 October 2013

*monday blues...*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


erm, kembali bertugas.....


 
rasa macam hari isnin pulak hari ni.....
tapi kena pakai baju batik.....
huhu

x per.....
hari ni khamis, sok dah jumaat.....
hari sabtu, ahad boleh berehat yerk.....
banyak menu daging nak kena gugel jap lagi untuk masak ujung minggu ni.....
hihi

k, sekian

 

14 October 2013

*bercuti buat sementara waktu*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

agak2 ada x yang baca entry ni yerk.....
ke semua orang bercuti n off berblog sebab esok kan raya.....

hurm.....
hari ni tiada entry khusus.....
sebab tuan tanah.....

 akan balik semula ke KL pada 16 Oktober 2013.....
17 Oktober 2013 kerja semula.....
tapi x tau lah ada entry ke tak sebab mood kompem kelaut punye.....
hihi



apa2 pon, kami sekeluarga nak ucapkan.....

semoga amalan dan pengorbanan kita semua di terima oleh-Nya.....
Amin

k, sekian


pssst : pic semua ehsan google.....
 

11 October 2013

*hasil air tangan my lil princess Aisha*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

ahah..... 
lum ada mood nak cerita panjang2 dalam blog.....
so, aku share dulu koleksi gambar hasil tangkapan my lil Aisha yang akan berusia 5 tahun pada bulan 12 nanti dengan menggunakan kamera S2.....
gambar tanpa flash, tanpa edit, tanpa adjust, kalu blur dia ambik maka blur jugak lah gambar dalam ni yerk.....
x payah betulkan PC atau mata kengkawan yerk..... hihi
kecuali aku letak watermark jerk.....

gambar ni diambil masa Aisha ikut aku pi work di hujung minggu.....
ye lah, hujung minggu taska x buka, so Aisha terpaksa lah ikut mama pegi work.....
tapi dia suka jerk sebab boleh tengok kartun kat PC.....
tanpa gangguan.....
ngeh3.....

 

1st pic..... blur kan.....



2nd pic..... still blur.....



3rd pic..... aha, ok sikit.....



hihi, bilboard pon di snap nyer.....



eh eh, gegor semula..... hikhik
 


pic favorite aku sebab ada focus objek di situ..... tapi sayang ada kaki orang pulak di situ..... 



keep it up sayang ye.....

erm, actually snap2 gambar ni my lil Aisha dipengaruhi oleh anak dara kakak opis aku yang asyik snap sana snap sini..... so anak dara ku pon join sekali n S2 mama jadi mangsa..... hihi



gegor balik..... snap pic bende yang shining2 ni memang susah kan sebab ada pantulan cahaya.....
 


tu dia..... ada bling bling di situ... hihi
 


pilih2..... dah macam blogshop jual aksesori lah pulak...ngeh3
 


blur sikit tapi still ok..... puji anak sendiri..... hehe
 


deko deko seramik sikit.....
 


aksesori balik..... alahai blur bukan sikit nieh.....
 


lagi aksesori..... n lagi blur.....
 


last pic..... belakang pengunjung yang datang pon jadi subject..... hihi



erm, dah lama sangat tinggal aktiviti gambo gedik2 nieh..... kamera bagak pon dah simpan elok jerk dalam akuarium dia..... bila la boleh nak mula semula nieh..... asek sibuk memanjang..... kena pujuk my dear Hubby ni cari waktu yang sesuai..... oho, harap2 plan bulan depan menjadi n time tu boleh lah nak gedik2..... hiihikhik


k, sekian