^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

30 September 2014

cash out acc Nuffnang kali ke-3

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

tadi dah selamat cash-out akaun Nuffnang untuk kali ke-3..... alhamdulillah, x der banyak mana pon, tapi boleh la buat tambah2 belanja makan keluarga kecil kami..... hihi

jadinya, sekarang ni earning dah tinggal RM0.00




 tapi, ada lagi 5 iklan tengah dok running dalam blog picisan nieh..... alhamdulillah, kempen CPUV sentiasa ada setiap bulan, cuma x der la banyak sangat kan..... janji ada, hehe

k, sekian


pssst : update blog guna kaedah print screen sementara nak tunggu gambar ditransfer dari HP..... huhu

24 September 2014

resepi makaroni bakar oleh chef hanieliza

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

dalam entry pasal gathering episod 1..... ada belen makaroni yang aku buat makan ngan sos bolognese kan..... so 1st batch dah setel esoknya aku bakar..... then ada request sahabat kat opis nak lagi.....
maka aku dengan senang hati buat lagi untuk dia..... katanya, ni adalah makanan favorite..... so x baik menghampakan permintaan orang kan, lagi2 sahabat sebelah meje kat opis..... mau sentap karang kalu aku x buatkan..... hihi


makaroni bakar versi kecil

masukkan dalam bekas aluminium kecik saiz 3"..... beli kat Happy Home, Rawang..... RM6.90 satu pack, dalam pack ada 20 keping bekas..... setengah paket makaroni dapat lah 20 bekas ni.....



makaroni bakar versi besar sikit

ahah, apsal besar sikit, sebab kat umah ada loyang yang saiz kecik je, dalam 6" kut..... cukuplah kalu buat kek ke puding ke untuk kami sekeluarga..... makan 3 orang je pon kan..... hajat nak beli yang saiz besar, tapi rasanya belum ada keperluan lagi..... hihi

so, nak share resepi kat sini..... hasil dari Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza.....


Makaroni Bakar

Bahan A
1/2 paket makaroni (rebus hingga lembut)
1 sudu makan minyak jagung (sapu pada bekas untuk bakar)
5 biji telur
1 cawan susu segar
125 gram keju cheddar parut
50 gm daun parsli cincang untuk tabur

 Bahan B (Sos Putih)
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan tepung gandum
1 cawan susu segar

Bahan C (Inti)
300 gram daging kisar halus
10 biji cendawan butang (potong dadu)
3 biji tomato (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji capsicum merah (potong dadu)
1 biji capsicum hijau (potong dadu)
1 biji capsicum kuning (potong dadu)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Cara Membuat Inti
  1. Panaskan minyak jagung. kemudian tumis bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan daging kisar, dan bahan yang dipotong dadu, garam dan serbuk lada sulah.  Kacau Rata.
  3. Dah siap, ketepikan.

 Cara Membuat Sos Putih
  1. Panaskan minyak jagung dalam kuali lain dan masukkan tepung gandum. Kacau Rata.
  2. Masukkan susu segar, kacau sehingga sebati.
  3. Dah Siap, ketepikan

 Cara Membuat Makaroni Bakar
  1.  Sapukan minyak jagung dalam mangkuk tahan panas.  Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti.
  2. Tuangkan sos putih ke atas makaroni tadi.
  3. Dalam bekas berlainan, kacau rata telur dan susu segar.  Kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi makaroni tadi.
  4. Taburkan keju cheddar dan daun parsli cincang.
  5. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dengan suhu 180 darjah celsius selama 30 minit.
  6. Sedia untuk dihidangkan.


 hurm, agak senang jugak la nak buatnya..... walau senarai bahan banyak, tapi boleh cari kat pasaraya..... anak dara n hubby pon suka makan, tu yang semangat aku nak buat tu..... siap tanya bila nak buat lagi..... hehe, tunggu la nanti2 yer sayang..... kita try menu western lain pulak nanti ye.....

k, sekian

22 September 2014

survey jubin di hok ju hardware, rawang

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, salah satu aktiviti cuti hari malaysia last week..... pagi tu jogging kat Tasik Titiwangsa, balik tu singgah kedai hardware, hajat nak tengok2 harga jubin, sebab ada beberapa jubin kat dapur (lama) TerataKami yang pecah dek air yang leaking masa kejadian paip patah n air x masuk tangki last month.....

jom tengok2 jubin a.k.a tile.....
 


kami pegi kat satu kedai je..... Hok Ju Hardware Sdn Bhd, kat Rawang..... dah kata on the way balik rumah kan, su mana yang lalu je lah kan..... hihi
alamat kedai ni:
No. 11, Jalan Bersatu 10, Taman Bersatu, Batu 17 1/2, Rawang, 48000, Rawang, Selangor

kedai ni ada 3 lot..... yang atas ni 2 lot untuk barang2 pertukangan, then ada lagi 1 lot kat bangunan sebelah untuk koleksi berasaskan jubin termasuk, untuk dinding, lantai, toilet bowl n aksesori bilik air.....




antara jubin yang ada..... untuk lantai n dinding




jubin lagi..... yang kiri tu adalah amoi yang jaga kedai ni..... sangat peramah, dia akan layan kita sehabis baik, cerita semua kesesuaian jubin pada tepat2 tertentu, bagitau mana jubin yang mahal, mana yang import..... sampaikan cerita masalah catuan air pon masuk jugak.....  hehe layan.....




jubin lagi.....


 

dan jubin lagi.....


 

 dan lagi jubin....


lepas tu, aku saje jalan2, dah alang2 sampai kan, aku tengok la satu kedai punya barang..... boleh buat bajet kut2 la nak buat perubahan kat rumah tu kan..... hurm, dah lama x deko2 kan..... rindu pulak rasa..... hihi




ni jenis2 paip yang ada..... boleh tahan harga dia kan.....




hah, perasan x paip yang atas sekali belah kanan tu.....
sama pattern dengan yang kami beli kat Happy Home untuk sinki dapur kami..... kat situ x der harga kan..... aku tanya lah berapa harga dia..... RM150 lepas diskaun.....

hurm, kalau sapa yang baca entry aku pasal tukar kepala paip sinki tu kan, harga yang kami beli RM45..... kira sendiri berapa beza dia..... tapi kat kedai ni mungkin yang jenama bagus kut la kan sebab ada jaminan setahun..... yang kami beli tu jenama biasa je, x der jaminan pon, kalu rosak, sila ganti baru ye..... so sesuai lah dengan harga..... hehe




hah, antara aksesori bilik air yang aku teringin nak beli.....
 harga pon boleh tahan..... yang belah kiri tu model pinjam..... aku sibuk amek gambo, dia pon sibuk berposing kat situ..... hihi

erm, harga yang tertera kat sini belum tolak diskaun tau..... so, nanti bolehlah bajet2 kalu kami nak berdekorasi pada masa akan datang..... hehe
hajat nak survey2 je, tapi ada jugak yang tersangkut kat tangan ni, dah sangkut kat tangan, kena lah bayar kan..... apa benda tu, nanti dah siap pasang aku share ye.....
inshaa Allah
 
k, sekian

18 September 2014

Jogging Hari Malaysia di Tasik Titiwangsa

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


aktiviti cuti Hari Malaysia ritu..... jogging kat Tasik Titiwangsa dalam cuaca hujan renyai sekejap-sekejap.....
erm sebenarnya ada agenda disebaliknya iaitu..... nak bergambar kat pokok bunga matahari yang di tanam kat tasik..... tapi hajat x berapa nak terlaksana sebab cuaca yang x mengizinkan.....

jom layan.....

dari Rawang dalam pukul 7 pagi..... sampai 45 minit kemudian..... sepanjang jalan dah hujan renyai2, so diskas ngan Hubby, kalu hujan, x jadi la plan nak bergambar n jogging jugak..... huhu
tapi bila sampai, hujan still renyai2 jerk..... maka tangguh amek gambar sebab cahaya x cukup, nak guna incikNik yang dah lama dok dalam akuarium dia tu kan tapi x bawa speed light..... so biar je lah dulu..... jom kita jogging dulu jom..... gambar2 dalam ni sume guna aku nyer HP jerk..... incikNik simpan dulu dalam kereta sebab ujan.....


 


 sesi warm up..... anak dara tu x sungguh2.....





last2 aku suruh dia posing sebelah Hubby..... haha layan.....
lepas dah warm up..... jom jogging


 


owh gambar kena kecik2 jer sebab x clear..... maklumlah, ambil gambar sambil berjogging..... haha





berhenti jap ambil nafas..... pergh, penat jugak, dah lama x beriadah..... masa entry ni di taip, sengal2 badan masil terasa..... uhuks


 


melayan anak dara yang kepenatan..... sambil tu kita snap2 yer..... Hubby dah jauh ke depan dah..... hehe

 akhirnya dengan kejap jalan kejap lari anak, kami sampai ke check point asal..... Hubby ingat nak buat sekali lagi round, tapi aku ngan Aisha dah x larat dah..... so Hubby pon x jadi sebab malas nak lari sorang2..... padahal time ni ramai je yang ada kat tasik tu dengan aktiviti masing2.....


 


rehat jap tepi tasik.....


 


Aisha membaca sign yang ada kat situ.....
hah, ni la aktiviti utama yang aku nak buat kat sini..... tapi x banyak gambar yang kami snap sebab hujan still turun time ni..... dah lah x banyak gambar, banyak yang blur pulak tu..... Hubby cakap nanti hujung minggu nak pi lagi amek gambo..... huhu, time tu bunga sume dah layu dah kut, ritu pi pon dah banyak yang layu.....





Aisha geram je tengok bunga2 tu..... ni lepas kami shoot guna incikNik..... aku snap guna HP plak.....


 


sesi mengelap incikNik yang kehujanan.....

 sekejap je kami kat tasik ni, maklum cuaca tidak mengizinkan..... so berbincang lah kami nak bersarapan di mana..... erm, aku cadangkan pi kat Kampung Puah, Sentul..... tempat kami selalu lepak dulu masa duduk di rumah sewa di Sentul..... Hubby setuju n ikut je..... tapi tutup lah pulak kedai tu..... so, kami decided ke Taman Dato' Senu je lah.....


 


dan inilah menu sarapan kami lepas berjogging..... haha sihat sangat kan..... hilang lemaknya sikit, tambah lemaknya banyak..... aduih, layan je lah.....
ni kedai kat deret kedai makan di Taman Dato' Senu, kedai ni betul2 berhadapan dengan 7 Eleven..... sedap jugak..... dulu biasa beli kat kedai ujung, sesekali tukar selera ok je kan..... alhamdulillah, cuti sehari yang di isi dengan aktiviti bersama keluarga.....

k, sekian

10 September 2014

"mama, saya nak rambut macam elsa"

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


uhuk, dah lama sebenarnya Aisha request nak buat rambut macam Elsa, alah, puteri dalam cerita Frozen tu..... kenal kan.....


 ha, ini lah rambut Elsa yang Aisha nak tu..... siap suruh panggil dia puteri..... hihi, layan kan aje la kan.....

 so, sejak akhir2 ni, gigih la aku mendandan a.k.a buat tocang ka rambut Aisha, pepagi sebelum ke sekolah..... tapi dengan syarat dia kena bangun awal..... ok, dia berjaya bangun awal.....
cuma kalau pi sekolah pakai baju sukan, x perlulah nak beriya dandan rambut kan, ikat satu dah, paling tidak pon aku buat macam rambut Mei Mei (dalam cerita Upin Ipin) ikat dua kiri kanan...... hehe





 bentuk tocang 1 - dari atas kepala, lurus terus ke bawah




 bentuk tocang 2 - dari tengah atas kepala, serong ke bawah telinga (tiru rambut Elsa)




 bentuk tocang 3 - dari tepi atas kepala, keliling sampai ke bawah telinga bertentangan


hurm, seronok la Aisha sebab kawan2 kat sekolah semua cakap rambut dia cantik buat gitu..... mujur rambut lurus, senang nak buat pesen2, mak ko ni pon melayan je kehendak anak dara nak pesen2 gitu kan, lepas ni katanya nak buat macam Anna pulak, hurm..... pening sekejap, tapi selagi boleh buat, aku ikut je...... jangan mintak yang pelik2 sudah..... hehe

moga Aisha akan ikut kata Mama n Papa juga ye.....
aamiin.....

k, sekian

08 September 2014

gathering episod 1 ~ setelah 13 tahun x jumpa.....

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

hah, cerita 31 ogos yang lepas..... aku n geng satu batch satu course kat UiTM Shah Alam bertemu buat pertama kali setelah 13 tahun..... wah lama betul kami x jumpa kan..... ye lah, lepas abes belajar je, memasing ikut halian masing2 ada yang balik negeri, ada yang terus terima pinangan orang, ada yang sambung belajar tempat lain..... rasanya aku pernah cerita yang nak buat gathering ngan kawan2 masa belajar dulu, tapi x ingat dalam entry mana satu, malas plak nak korek..... huhu

maka pada 31 Ogos 2014, terciptalah sejarah pertama kali kami bertemu..... aku yang arrange, maka lokasi aku tetapkan kat umah aku..... kali ni x ramai yang boleh join sebab masing2 ada hal, x per, janji dah start 1st step, nanti yang lain akan menyusul..... betul x..... 

so, petang ahad tu, kami berkumpul 5 orang berserta pasangan n anak masing2..... asalnya 8 orang, tapi last minit mereka x dapat datang..... 

sambil tu, Hubby pon nak tumpang panggil kawan2 dia datang rumah, aku ok jer, janji sama2 buat persediaan untuk sambut kawan2 datang umah..... berat sama dipikul ringan sama dijinjing..... betul kan.....




 time ni, rumah dah agak penuh sebab dah ramai kawan2 yang datang.....

hari tu, ada yang aku masak, ada yang order..... aku masak yang senang2 je, maklum sorang2 je kelentang kelentung kat dapur, Papa n Aisha kemas kat depan..... sesi makan2 start pukul 2.30 petang - 6.00 petang.....





 menu utama..... Makaroni Bolognese..... masak sendiri, kuah pon sendiri tau, bukan yang segera tau..... isk, macam belagak plak..... alah, ikut resepi dalam buku 365 Chef Hanieliza, tu yang boleh buat tu...... hihi




sate ayam n daging, tempah kat Taman Pelangi, Rawang.....




chicken sosej salad, buat sendiri jugak, ikut resepi kat internet..... x ingat website mana.....

 


Aiskrim Mat Kool n kek coklat moist tempah ngan kakak opis.....

selain dari tu, ada juga buat soto nasi, then ada kawan bawa kek batik..... air aku sedia air sarsaparila a.k.a air sarsi..... n buah anggur sebagai penyeri.....


 


Cikgu Fiza, Cikgu Che'A, Zira (lecture), aku, Cikgu Nana
 hah, atas ni la kengkawan aku yang dah 13 tahun x jumpa tu..... gambar x berapa clear kan.....





ha, yang ni clear sikit, tapi anak2 plak x semenggah...... hihi

walau 5 orang je yang ada, tapi dia punya havoc, memang x hengat..... kami siap ada persidangan gosip kat dalam bilik tetamu umah aku..... haha, sampaikan tinggal laki n anak masing2 kat luar..... aku sebagai tuan umah pon x sempat nak layan tetamu2 yang lain (kawan2 Hubby) sebab melayan dorang ni...... maklumlah 13 tahun simpan cerita, tu pon x abes lagi nak cerita..... hehe

 maaf lah kengkawan Hubby yang datang ye, Mai, Mira, abg Norlizan..... erm, sapa lagi ye yang datang, x perasan..... sori sebab x layan korang bebetul..... just wakilkan Hubby je untuk melayan..... x per kan.....





ni antara kawan Hubby yang sempat aku snap, yang lagi sorang, kat luar nuun.....  perlu taip nama dorang kat sini ke, hihi x payah la kan..... pepandailah korang letak nama sendiri, rosli ke, karim ke, john ke..... boleh je..... ;)





ni jiran2 depan umah..... jiran sebelah umah pon ada, tapi x snap pic.....

malam nye pon ada lagi kawan opis yang datang..... terima kasih la semua yang hadir..... asal nak buat gathering, tapi dah jadi jamuan terlajak raya n sambutan merdeka..... hehe, x per, aku suke je..... 

 alhamdulillah, makanan semuanya habis kecuali makaroni, sebab aku rebus terlebih, x pandai bajet lagi nak masak banyak mana kan..... tapi x per, esoknya aku buat makaroni bakar, ikut buku 365 Chef Hanieliza jugak..... gambo x der..... hihi

 lepas ni, kami plan nak buat gathering episod 2 pulak..... kawan yang x dapat datang hari tu ajak buat kat umah dia kat Semenyih..... erm, rasanya aku ok je kut kalau xder urusan apa2..... harap episod 2 tu nanti bertambah ahli kami yang dapat berjumpa..... inshaa Allah



wokeh, last but not least..... jom tengok merpati dua sejoli ni


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


 
 mydearHubby n Aisha menghirup air hingga ke titisan terakhir bersama.....
ni sehari sebelum buat majlis kat atas tu..... balik shopping barang2 singgah Pizza Hut Rawang, makan, nak balik masak dah malas, so kita makan luar je..... hihi

k, sekian

03 September 2014

Ribbit di pawagam 4 September 2014

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

ada cerita last weekend nak share, tapi nak share cerita ni dulu.....

"RIBBIT"
 

Fillem Ribbit versi Melayu, dengan pelbagai dialek seperti Kedah, Kelantan, Perak dan lain2

Jihan sebagai Milah dan Munir sebagai Ollie sebagai Menatee dengan dialek Kelantan

The Glam Girls, Norman, Chuck Powers dan Johan Raja Lawak


"Ribbit" menceritakan kisah seekor katak bernama Ribbit dengan krisis identiti. Tidak seperti katak lain, Ribbit benci melompat dan mempunyai kebencian yang kuat kepada air. Rasa tak padan, dalam dirinya penuh dengan soalan tentang hidupnya. Bersama-sama dengan rakan yang terbaik, tupai terbang, beliau memulakan perjalanan jiwa-mencari untuk mencari kebenaran dan tempat yang sesuai untuk dirinya di dunia ini. Kekeliruan bermaharajalela apabila Ribbit sengaja dipukau oleh conman atau sebaliknya, 'conbat' membuat Ribbit mempercayai bahawa dia adalah seorang putera manusia yang terperangkap dalam badan katak. Dengan misi untuk mencium seorang puteri manusia, Ribbit tidak lama lagi akan menemui bahawa menjadi katak tidak buruk selepas semua dan mencintai apa yang dilaluinya kini.

  Klasifikasi: U
Genre: Pengembaraan / Animasi
Tarikh Siaran Umum : 4 September 2014
Masa Siaran : 1 Jam 28 Minit
Pengedar: TGV
Pelakon: Johan Raja Lawak, Awie, Elfira Loy, Aznil Nawawi, Izzue Islam
Pengarah: Mamat Khalid
Format: 2D, 3D

 ***************************************************

erm, macam menarik je, macam best je..... macam nak bawa Aisha tengok je nanti..... hihi
dah lama x pi tengok wayang, Aisha apatah lagi, x pernah pon tengok wayang, kalu lalu depan panggung wayang tu kerap la jugak, tapi lalu je, x pernah masuk.....

kali ni, harap2 boleh la bawa Aisha merasai pengalaman tengok wayang kan..... mak pak nye pon boleh la lepas gian nak tengok wayang bersama..... heh heh heh
tunggu esok yerk, kena cari masa n tempat sesuai nak tengok.....

k, sekian