^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

29 March 2013

*permohonan online kemasukkan ke tahun 1 sesi 2015*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

nak share pasal anak nak masuk darjah satu bagi sekolah kat Selangor nieh..... erm, rasanya dah ramai yang tau pasal mende ni kan..... x per, aku nak share lagi.....

semalam dah pon buat permohonan untuk Aisha masuk sekolah darjah satu (1) bagi sesi sekolah tahun 2015..... weehu, dah nak darjah satu dah anak dara Mama nieh..... erm, aku gunakan sistem permohonan online melalui website eSPPSEL..... ker semua dah guna online dah sekarang nieh..... tapi link tu untuk sekolah kat selangor jer, mungkin negeri lain ada link lain kan.....

untuk memudahkan cerita, tengok gambar kat bawah ni yerk.....


v

 

ada 4 step semuanya.....
1. Pengesahan - alah, ini untuk sahkan kita ni warganegara Malaysia atau tidak.
2. Maklumat Pemohon - ini kena isi maklumat anak dan kita sebagai pemohon termasuk sekolah tadika yang anak kita attend sekarang.
3. Sekolah dipohon - ini pulak kita boleh pilih sekolah mana yang kita nak mohon (senarai sekolah di negeri selangor boleh KLIK SINI).
4. Cetak senarai semak - bila semua dah isi, last page akan keluar macam kat gambar atas tu n perlu cetak untuk di bawa ke sekolah bagi proses perakuan kat sekolah pulak (untuk dapatkan cop daftar kat belakang surat beranak)

dah siap semua, then tekan button TAMAT.....
dah selesai, then kita akan dapat email pengesahan dari pihak jpn Selangor berserta no ID n no PIN untuk semakan keputusan permohonan.....
lagi satu, kena buat pengesahan kat sekolah (cop belakang surat beranak) dalam masa 14 hari dari tarikh email diterima.....

erm, yang ni aku x buat lagi..... kena ambik coooti nieh..... hehe


so, seperti yang tertera di atas..... sekolah pilihan kami untuk Aisha nanti adalah.....

v

v

v

v

v


 Sek Keb Bukit Rawang Jaya, Rawang, Selangor

lebih kurang 2.5 km dari rumah..... pic ni ambik masa pi servey ujung minggu lepas, alah, lepas kami di interview oleh wartawan Harian Metro tu..... hehe
moga Aisha nanti serasi n selesa dengan sekolah nie.....



 Sek Keb Tun Teja, Rawang, Selangor

satu lagi sekolah yang kami survey ari tu..... sekolah baru kut ni sebab bangunan dia cantik n moden..... jarak dari rumah n taska sekarang ni kalu ikut GPS lebih dekat dari sek kat atas tu, tapi kena lalu jalan besar, baru sampai..... erm, x per lah, kami dah decided untuk hantar Aisha bersekolah kat atas tu.....


sedikit peringatan dari JPN Selangor
TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN
Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi  Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer  yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah.   Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor  http://apps.moe.gov.my/esppsel/ Selepas tarikh tersebut permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya. 


so, kengkawan yang belum buat permohonan, boleh la buat sekarang kan.....

k, sekian
 

28 March 2013

*nak update jugak.....*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam kengkawan,




I'm in mood :

k, sekian

 

27 March 2013

*wordless wednesday ~ Green Park Hotel di waktu malam*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

As salam,

Out station ke Pahang n stay kat sini malam tadi.


K, sekian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

26 March 2013

*Aisha join aktiviti kolaj, kami suami isteri dalam harian metro*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

last Sunday, kami sekeluarga telah memenuhi undangan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) melalui school my lil Aisha, Tadika Aida untuk aktiviti kolaj kanak2 tadika sempena pembukaan library baru di tempat kami..... baru je kami berdiskusi pasal tadika tempat Aisha belajar ni xder buat aktiviti lawatan macam school lama dia dulu, dah ada jemputan, dan aku pon ada niat dalam hati untuk bawa Aisha ke library ni hujung minggu lepas sempena perasmian dia.....
Alhamdulillah, doa kami termakbul melalui undangan tersebut.....

so, apa yang kami buat kat situ, jom tengok.....



 ini lah rupa bangunan PPAS tu.....
bangunan ni belakang jer dengan Klinik Kesihatan Rawang menghala ke Taman Rawang Perdana.....



keadaan dalam PPAS.....
agak selesa dengan masa memula kami sampai x ramai lagi orang masuk dalam, tapi bila dah ramai macam tu, uhuh, sampai yang duduk kat lantai pon ada jugak.....



antara kemudahan yang disediakan.....
bilik komputer dengan kadar barayan RM0.50/setengah jam yang siap boleh print dokumen..... ada wifi free juga..... bilik air, surau, ruang menonton dan zon kreatif (untuk kanak2)



 playground.....
kat luar ada lah playground kecil je untuk lepas lelah kanak2..... mak pak dok tepi je yerk..... hehe



Zon Kreatif

 

dalam bilik ni lah aktiviti kolaj yang aku cerita masa kat atas tadi tu.....
alah, yang dapat jemputan dari PPAS melalui Tadika Aida tu.....
gambar kiri tu, Aisha tengah salam maskot PPAS, gambar blur sebab aku kat luar di sebalik cermin, mak pak kena tunggu kat luar sebab nanti perasmi nak masuk dalam..... kalu x, mesti gambar ni clear kan.....
 
 

 dah selesai aktiviti kolaj (tampal kertas warna yang dah dipotong kecil2 pada lukisan gambar ikan).....
 dapat lah hadiah setiap peserta yang join..... nampak x kertas yang budak tu pegang ada gambar ikan warna merah tu, Aisha punya warna oren.....
untuk aktiviti ini, cuma dua (2) sekolah tadika yang dijemput iaitu Tadika Aida (school Aisha) n Tadika Rimba Rias kut nama dia.....



 sebelum balik sempatlah amik gambar dengan Teacher Aida (tuan punya Tadika Aida merangkap cikgu tadika Aisha - tudung purple)..... aku, Aisha (baju putih) n kawan Aisha kat school, Duratun kut nama dia.....



majlis perasmian PPAS tu dilaksanakan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Selangor..... orang selangor kenal x nieh..... hehe

lepas ni, kalu ada apa2 aktiviti anjuran school Aisha, in shaa Allah akan kami penuhi kalau xder apa aktiviti lain, terutama yang melibatkan kerja.....

oho, masa majlis tu, kami suami isteri telah di interview oleh wartawan Harian Metro, so sesiapa yang beli akbar Harian Metro keluaran 25 Mac 2013 (semalam) di column Setempat m/s22, in shaa Allah boleh baca apa yang kami komen pasal PPAS ni..... hehe


k, sekian



25 March 2013

*rentetan entry Rota dan **bi*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 


aku pasal Halal makan tu memang allert sikit sejak tahu ada Halal yang x diiktiraf oleh Halal Jakim dulu..... siap aku print kod E yang dulu pernah aku jumpa dalam tenet, n simpan dalam wallet, memula dulu kalu nak beli barang, aku akan cek dulu bahan2 dia, sekarang ni aku just berwaspada je di mana kalua da kod E, then ada dalam kurungan (berasaskan tumbuhan) aku beli lah barang tu, tapi kalu ada kod E yang tersenarai n dalam kurungan tu ada tulis kandungan haiwan, maka tanpa was2 aku letak semula kat rak..... daripada dalam hati rasa x tenteram kan..... so x yah lah nak belek satu2 kod E yang tersenarai tu.....

ada sesiapa ingat x aku pernah up cerita pasal keropok Rota yang ada kandungan **bi minggu lepas..... ada sorang blogger yang prihatin bagi komen macam kat bawah nie.....


so, untuk tahu kebenarannya..... aku pi lah kat link yang Ujie tinggal tu kan..... dan di sini aku share lah beberapa info untuk kita guna bersama.....

Apa itu Kod 'E'?
Kod 'E' yang tertera pada label pembungkusan makanan (contohnya: E100, E471) adalah kod-kod yang digunakan di Eropah untuk bahan aditif dalam makanan (emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain). Rujukan tambahan, sila klik INI.
Ia boleh dibahagikan kepada DUA kumpulan-bahan tidak kritikal dan bahan kritikal. 
  1. BAHAN TIDAK KRITIKAL, contohnya kod E100 ialah bahan pewarna dari sumber tumbuhan. 
  2. BAHAN KRITIKAL, contohnya kod E422 ialah lecithin (bahan pengemulsi/emulsifier) yang berkemungkinan dari sumber haiwan (yang mungkin tidak halal, perlu dikaji sumber asal untuk status halal).

Untuk artikel penuh dari Ujie, sila klik SINI dan info dari Halal Malaysia DI SINI.

so, kita sebagai pengguna, harus berhati2 n berwaspada tiap apa info yang kita perolehi..... aku akan share info yang aku dapat dan rasa perlu di share kat sini, n kengkawan kalu ada yang perlu dibetulkan, jangan malu2 tegur, semua ni untuk kebaikkan kita bersama yer.....

k, sekian


pssst : esok nak outstation ke Pahang..... nak pi ke depoh TUDM..... apa buat kat sana, nanti kalu perlu, aku share yerk..... hehe

22 March 2013

*Alice si anti kutu*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

erm, last sunday lepas selesai berjalan2 di putrajaya sempena 1 Million Women Purple Walk tu, aku bagitau kat Hubby untuk singgah kat Poliklinik Perdana, Rawang sebab Aisha dah menunjukkan tanda2 nak selsema n batuk..... so, hubby setuju jerk la kan..... hehe

masa kat klinik tu ada pulak kejadian yang tidak diingini berlaku.... sedang kami daftarkan nama Aisha untuk jumpa doktor tetiba aku dengar dia menjerit, menangis sekuat2 nya..... bila aku toleh ke belakang (arah pintu masuk) aku tengok dia mencangkung sambil memegang tangan dia..... aku apa lagi, tinggal kan Hubby dengan urusan pendaftaran di kaunter n terus pi kat Aisha nak pastikan apa yang berlaku.....




ohoh..... tengok jari telunjuk dia tu, merah membengkak sebab tersepit pintu kaca klinik..... memula aku nak pegang pon x bagi, yelah, sakit tu..... habis basah baju dia dengan air mata, aku yang tengok pon terasa sakitnya, apatah lagi budak sekecil dia yang berumur 5 tahun kan..... erm, lama jugak lah proses pujuk memujuk aku n Hubby untuk biar dia diam..... sampai masa jumpa doktor pon, air mata dia masih x kering lagi..... last2 dapat hadiah gula2 doktor bagi untuk pujuk..... "tepateeh" kata Aisha dengan perlahan.....
tepateeh = terima kasih

dah selesai doktor cek untuk dapatkan ubat selsema & batuk, aku request dari doktor untuk ubat kutu..... yelah, Aisha kan antar nursery, so mesti ada jangkit dari bebudak kat situ..... dulu masa mula2 dok nursery kat JKR tu pon dah kena, mintak ubat kat Hospital Kota Tinggi (my Uteh yang uruskan)..... kali ni kat nursery ni pon kena jugak.....

so, dapatlah ubat kutu doktor bagi.....

jenama Alices
sejenis syampu yang boleh mematikan kutu dan telurnya sekali dalam masa 3 saat selepas pemakaian.

kandungan :
1% malathion dengan 0.5% sodium benzoate

cara guna :
basahkan rambut, lumur secukupnya syampu sehingga ke akar rambut dan kulit kepala bagi menghasilkan buih.  biarkan sekurang2nya 10 minit dan kemudian bilas.
awas! ia adalah untuk kegunaan luar sahaja.  dilarang digunakan pada bayi dan kanak2 umur 2 tahun ke bawah, ibu mengandung, kulit pecah atau dekat mata.
kalu nak guna buat kali kedua, kena tunggu seminggu lepas tu, baru boleh guna sebab ai ada kandungan racun (malathion).

syampu ni ada bau lavender + limau, so wangilah kan..... sama jugak macam ubat kutu yang dapat dari Hospital Kota Tinggi dulu tu..... balik petang tu, masa mandi, terus aku suruh Aisha guna syampu ni, bukan syampu Carrie Junior macam selalu..... memula dia x nak, tapi lepas aku pujuk baru dia setuju..... aku pon guna sekali, ye lah takut2 ada kat aku jugak..... sebab kutu ni boleh berjangkit kat orang lain kan.....

harap2, lepas guna syampu ni, hilanglah kutu2 yang x diingini tu kan..... in shaa Allah

k, sekian

*dapat cek RM3263 dari takaful malaysia*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

alhamdulillah.....
erm, ari rabu lepas my Uteh MMS gambar surat n cek yang dapat tu.....
wah, MMS jerk kan, x yah taip tajuk surat tu..... haha
 


 ahah, dapat surat dari Takaful Malaysia dengan attach sekali dengan cek dari Al Rajhi Bank atas sebab.....
'Rebat Tanpa Tuntutan'
kengkawan mesti ada yang dah dapat n ada lebih tinggi kut dari apa yang aku dapat..... hehe
erm, aku x berapa faham sangat apa istilah tu..... tapi rasanya sebab aku x pernah lagi claim insurans kereta kut kan, sebab tu lah dapat.....
ada sesiapa boleh bagi penjelasan x?....




inilah dia cek yang aku dapat tu..... dah selamat pon di bank-in kan oleh pemberi maklumat aku kat kampung, sape lagi, my Uteh la kan..... thanx ye dik.....
nampak tak amaun cek tu.....
RM32.63 jerk, bukan 3k tau..... hehe

alhamdulillah,
ok lah tu kan, dari x der..... sape nak bagi duit free kan, n sape x nak duit kan..... ni kali kedua aku dapat, 1st time tahun lepas, rasanya amaun sama kut, dah lupa dah makcik ni ha..... agaknya tahun depan dapat lagi x?..... hehe


k, sekian

21 March 2013

*baju bajan ~ bila lah nak setel daaa.....*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

kejadian hari sabtu lepas selepas 2 minggu tiada di rumah pada hujung minggu disebabkan bekerja pada hujung minggu..... haha, banyak betul minggu..... menguruskan baju bajan (erk, ada ker istilah nie) yang dah bertimbun kat ruang atas pada pagi sabtu lepas.....




memula uruskan baju bajan di penyangkut..... yang dah kering dah pon aku angkat, so dah kosong tempat penyidai..... alhamdulillah.....




baju bajan yang dah penuh dalam mesin basuh, dah selamat di cuci dan selamat di sidai pada penyangkut baju macam kat atas tadi tu..... alhamdulillah.....




hah, baju batik yag dah penuh dalam karung tu pun dah aku bereskan pagi tu jugak, dan dah pon selamat aku sidai pada cloth hanger yang di beli kat Houses Lighting Puchung, PWP RM99.00..... alhamdulillah

TIPS : biar baju batik tahan lama
~ini adalah berdasarkan info dari pembuat/ pengusaha batik sendiri~

  • sebelum rendam pakaian batik, pastikan cuci dulu bahagian2 yang perlu (aku cuci guna sabun wangi n berus guna berus gigi), terutamanya pada kolar baju untuk hilangkan kotoran yang melekat.
  • rendam pakaian batik dengan pelembut kain, tapi jangan lebih dari 5 minit, nanti boleh mereputkan kain.
  • cuci pakaian batik dengan menggunakan tangan, biar senang nak iron.
  • masa sidai tu jangan perah, ambil dari dalam bekas rendaman, letak kat hanger n terus gantung.
  • jangan sekali kali menjemur pakaian batik di tempat panas, nanti warna cepat luntur.



humangaih..... cuma satu mende ni jerk yang aku rasa kecewa sikit..... sebab belum sempat diuruskan sepenuhnya..... huhu
biasanya aku uruskan baju bajan ni waktu pagi sebelum si anak dara bangun..... tapi bila separuh jalan sedang aku melipat baju bajan yang dah penuh atas sofa di ruang menonton tu, si anak dara dah bangun pulak..... kalau dia dah bangun, maka kerja2 berkaitan baju bajan perlu di ketepikan sebab, dia rajin sangat nak menolong aku lipat2 nieh..... hehe, rajin anak Mama kan, tapi kalau dia lipat, kompem aku kena lipat semula, nak kena bagi kursus melipat lagi kat anak dara tu..... next week nak buka kelas lah..... haha

tapi seb baiklah baju bajan yang menimbun tu kat tingkat atas, so kalu orang datang rumah, eh ada ker orang datang?..... x per, kalu ada orang datang, x der lah malu sangat bila nampak rumah yang penuh macam stor kain tu kan.....

so misi hujung minggu ni adalah melipat baju bajan itu.....

k, sekian

20 March 2013

*wordless wednesday ~ DAFI in da house*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 
 


Dafi n my dear Hubby
wasap pic dari Hubby masa Dafi jadi salah sorang model masa fashion show HKK2013 yang lepas.....
perasaan : nak jeles ke x ni yerk..... huhu

k, sekian
 

*Segi Fresh Market berwajah baru*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

atau nama melayunya Pasar Segar Segi, terletak di Batu Caves, Selangor..... 

 ahah, ni adalah rak barang yang ada kat Segi Fresh masa aku pi sebelum ni..... gambar lain ada kat sini.....



actually sejak tau kewujudan pasar murah Segi Fresh ni bulan 10 tahun lepas, ada lah 3 4 kali kami datang sini atas tujuan nak shopping barang2 dapur..... dan terakhir kami pi adalah bulan Februari lepas.....
 
tapi last week, kami pi lagi, dan terkejut sikit, sebab susunan dah bertukar, nampak lebih kemas dan selesa untuk berjalan.....  actually pasar ni dah berwajah baru sejak 10 Mac 2013 ritu..... kau tau pon sebab ternampak iklan dia kat tepi jalan balik dari pasar ni, hehehe.....



 upsss abaikan anak dara yang buat muka macam tu yerk.....
aku lebih fokus pada rak barang kat situ.....



 my dear Hubby pandai berlakon, ntah apa yang ditunjuknye tu yerk..... hehe


 semua nampak segar jerk kat sini..... kad ahli pon dah buat, so rasanya lepas ni kalu setakat nak beli barang dapur sahaja, x termasuk keperluan lain i.e baju bajan, hiasan rumah n aksesori..... rasanya kami akan ke sini jugak..... in shaa Allah

cuma satu je lah yang rasanya boleh diperbaiki iaitu troli yang dah jalan macam ketam..... maklum, orang datang sini beli barang dalam kuantiti yang banyak, so alignment dah lari sikit...... so tugas tolak troli aku serah kat Hubby, sebab ofkos dia lebih kuat dari aku kan, di tambah pulak dengan berat anak dara yang suka makan sekarang ni, tapi berat x naik jugak..... erm, camner tu.....

okeh, so Segi Fresh adalah salah satu destinasi shopping kami yang tak akan kami lepaskan tiap bulan..... haha

k, sekian

19 March 2013

*keropok udang ROTA ada lemak **bi*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 
 ~ada sesapa dah tau bende ni, just share untuk tindakan bersama, k~




JANGAN BELI !!! ADA BABI..
patutlah lepas makan ni..kita susah nak baca al quran & solat !!! contoh lain.. apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli.Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam
info : persatuan pengguna pulau pinang

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT1
E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 4822 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 4833 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 4914 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 4925 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 4936 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 4947 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 4958 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 5429 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 57010 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 57211 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 63112 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 63513 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 90414 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 92015 E 270 30 E 433 45 E 481

Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau x caya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... X heran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer.. doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah.. 
Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut? Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka x kan kekal lama... Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua... Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...

k, sekian

sumber : facebook
 

18 March 2013

*kasut comel bergantungan*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

 erm..... mood menaip naik turun nieh..... baru nak pulih sikit lepas berbusy2an sejak 2 minggu lepas dek kerana promosi kat opis aku..... sekarang ni dah ok sikit, tapi kerja hakiki tetap kena buat.....

nak share lah sikit...... antara kasut / sandel comel dalam koleksi aku..... dah pindah meja last week, terkeluar lah segala souvenir2 pemberian kawan2 opis n bos2 sejak aku keje sini yang mana mereka outstation, then bila balik opis, dapatlah sorang satu souvenir..... dan antara souvenir yang aku rasa unik adalah keychain kasut / sandel.....


 -sabah-xxx-teluk cempedak-pangkor-

inilah dia..... ada 4 ketul setakat nieh..... pemberinya aku dah lupa dah sebab banyak sangat yang memberi..... hehe, terima kasih buat semua..... hurm, comel kan, kan, kan.....
 
 aku tempatkan kasut2 itu di.....

v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


 
 handle drawer kat meja aku.....

yang atas tu dah campur2..... erm banyak lagi keychain yang dapat kengkawan bagi, tapi x larat nak gantung..... so simpan je dulu dalam kotak, nak kena fikir mekanisma terbaik untuk mendekorasi meja kerja tanpa mencacatkan pemandangan..... senang kata x nampak semak lah meja tu kan.....

tapi sekarang ni dah kurang dapat souvenir sebab dah jarang outstation, kalu ada kawan opis yang outstation pon, dia akan bawa balik makanan yang di share reramai..... dan dia pon join makan sekali..... haha boleh gitu kan.....


k, sekian


pssst : ramai jugak silent reader blog aku ni rupenyer yang baru ku tahu..... erm terima kasih lah kamu, kamu, kamu dan kamu semua yang rajin datang sini, xder ape pon yang aku taip, cuma perkongsian cerita yang x seberapa..... malu plak aku tetiba..... hikhik

16 March 2013

*logo HALAL malaysia*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,
 



Untuk produk dan premis makanan di dalam negara..

Bagi produk import, rujuk senarai yg diiktiraf ini : http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf 

15 March 2013

*1Million women Purple Walk*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

tadi dapat email + memo untuk hadir program anjuran KPWKM iaitu program.....


v


v


v


v


 


kejadian adalah pada hari Ahad, 17 Mac 2013, 8.00 pagi di Dataran Putrajaya, Putrajaya
erm, suka lah kakintan kan sebab purple..... hehe

sume kena pakai purple..... uhuk.....
 jom kita sihat2kan diri dengan berjalan ungu.....
 
k, sekian
 

*berhati2 dengan Boy yang suka menipu*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,
~untuk renungan kita bersama~

 

Girl: Awak merokok?
Boy: Tak...
Girl: Minum?
Boy: Tak...
Girl: Ada kereta?
Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...
Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950,000 je...
Girl: Dah pernah pegi haji?
Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..
Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..
Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: Tipu orang... :P
sumber : facebook
 
k, sekian


14 March 2013

*pindah lagi.....*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


erm, bukan pindah rumah yerk, bukan pindah tempat kerja, bukan jugak pindah bahagian kerja, tapi pindah meja kerja..... hehe
rasanya sejak aku pindah keje kat KL nieh dari tahun 2007, dah banyak kali aku tukar meja kerja..... lebih kurang 6 tahun kerja kat sini ada lah 5 kali aku pindah randah..... x kisah la kalu pindah kan..... tapi bukan jauh sangat pon, kerja tetap di bahagian yang sama, tingkat yang sama, pintu opis yang sama..... cuma bos kecik (ketua unit) yang berbeza..... jadi aku sebagai anak buah kena ikut di mana penempatan bos kecik duduk..... kejap dok belakang, kejap dok depan, kejap dok tengah..... so hari selasa lepas adalah secara rasminya aku berpindah lagi atas kes yang sama.....

hurm, penat jugak pindah2 ni kan, tu baru pindah meja jerk, kalu pindah opis lain ker, pindah bahagian ker..... iskiskisk..... pernah sekali jer la merasa pindah tempat keje dari Johor ker KL nieh..... tapi mujur x banyak barang nak bawak..... kan.....



 erm, ni meja kerja lama..... dah siap kemas kecuali PC yang tinggal..... sebelum diserahkan pada pemilik baru..... eh, tapi PC tu aku angkut ke meja baru sebab banyak dokumen kerajaan yang masih aku gunakan untuk tahun nieh.....


 ni meja kerja baru..... dah hampir nak siap kemas, tunggu tuan lama ambil dia punya harta dalam drawer baru boleh setel betul2, masa aku taip entry ni selasa lepas..... hehe

x der beza banyak pon keadaan meja lama dengan meja baru nieh..... kedudukan pon sama jerk..... cuma tempat baru ni kebelakang sikit dari pintu punch card..... sayup2 jerk dengar lagu 'Marry Had A Little Lamb' dari mesin punch card bila dah pukul 8.00 pg atau 5.00 ptg..... rasa macam memula aku pindah KL dulu, di sini lah penempatan aku..... macam sireh pulang ke gagang pulak..... haha

apa1 pon, terima kasih la pada adik2 yang membantu aktiviti pindah randah ni yerk..... kalu windu, jemputlah datang meja akak..... bukan jauh sangat pon..... haha

k, sekian

13 March 2013

*wordless wednesday ~ drawing by 5 yrs old children*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,




abstract drawing used water colour by Aisha.....
agak2 faham x maksud tersirat tu.....
hehe

k, sekian

pssst : masih x boleh nak up entry yang ada cerita bergambar sebab aktiviti lately ni asik ke opis jerk, atas urusan keje..... in shaa Allah akan datang ada lah aktiviti hujung minggu kami yang berkualiti n boleh di share kat sini yerk.....


12 March 2013

*layan lagi.....*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


Tak perlu jadi HOT mcam iPHONE
Tak perlu jadi STYLE mcam SAMSUNG
Tak perlu jadi CUTE mcam BLACKBERRY
Tapi cukuplah jadi TABAH dan KUAT seperti N0KIA 3310 :)


k, sekian


pssst : lately ni entry sume ntah hape2 kan..... ni sume sebab duty HKK2013..... so entry sume yang copy paste dari web mana je lah yang sempat yerk..... so layan kan aje.....



11 March 2013

*layan je lah yerk kengkawan*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


ADI : sakit hati betul.aku kena buang kerja lagi
KAMAL : laa kenapa plk?
ADI : sbb aku mintak naik gaji je kot.tu pun nk dipecatnya aku.bangang punya bos
KAMAL : tak patut.berapa lama ko dh kerja situ?
ADI : baru 1 hari
KAMAL : cehh ko tu yg bangang. -.-




ANAK : Papa, nak phone baru ?
PAPA : 8A dulu.
ANAK : Papa, nak baju baru ?
PAPA : 8A dulu.
ANAK : Papa2, Nak mama baru ?
PAPA : bila nak ??!!
ANAK : tunggu saya dapat 8A dulu.
PAPA : :(






Pada suatu hari, Abu berada di dalam bas utk ke bandar. Dia memegang
sebuah gambar. Tiba-tiba, gambar itu pun terjatuh di bawah kain seorang
makcik.
ABU : Makcik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar.
MAKCIK : Apa kamu ckp?!
Tiba-tiba…. PANG!!!


ABU : pakcik,berapa harga sebiji pisang ni?
PENJUAL : seringgit je
ABU : boleh tak jual kt saya 60 sen je?
PENJUAL : kalau 60 sen tu boleh beli kulit je dik oii
ABU : kalau kulitnya 60 sen saya beli isinya la 40 sen kn?pakcik boleh simpan kulitnya

sumber

k, sekian


pssst : erm ada rupanya kengkawan sekolah aku dulu yang baca blog kecik aku nieh..... terima kasih bebanyak yerk, miss korang sume.....

10 March 2013

*status terkini*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,




‎1 - Married - dah kahwin dan hidup bahagia selamanya
2 - Divorce - dah berpisah dan bercerai dengan pasangan
3 - Engaged - baru bertunang
4 - Couple - ada seseorang di hati, tapi belum bernikah sbb belajar/kmpul duit
5 - Clash - baru berpisah dengan kekasih
6 - Single - masih mencari pasangan
7 - Tengah minat dengan seseorng tp pendam je... -.-
8 - Forever alone - xde kawan, xde pasangan, main dota atau fb je sorang2 :D

Korang nombor berapa? :)
 
 
k, sekian
 
 
sumber : facebook

09 March 2013

*bekerja di hujung minggu*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

As salam,

Hari ni duty, sampai ke malam lah jawabnya walau aku duty sepatutnya sampai 5 petang je...

Em, duty di hujung minggu kena la bawa anak dara, so layan kan aje dia nak tengok apa kat PC tu... Seb baik ujung minggu x de sekatan nak bukak tenet, kalu x, bosan jugak la Aisha sebab x boleh tengok tv...

HKK 2013 akan berakhir ari senin ni, so sape2 yang belum sampai sini, baik datang, nanti kena tunggu tahun depan baru ada lagi nieh...

K, sekian


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

08 March 2013

*Deko Deko Teratak Kami - kipas penghilang panas*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 
~entry dah lama dalam draft, baru nak publish~


erm, koleksi kipas yang ada kat umah..... letak kat sini biar x lupa.....


kipas letak kat ruang tamu..... jenama vento, harga rm149, beli kat kedai lampu emesslite lighting sdn bhd, batu caves centrepoint.....



kipas dining hall..... jenama varnus..... beli kali kedua  (yang beli 1st time, kontraktor lama ambik n x pulang)..... harga rm3xx..... beli kat Houses Lighting Puchong..... ada 2 fungsi, lampu n kipas..... aku berkenan yang ada lampu bling2 tu tapi Hubby kata nanti susah nak cuci..... erm, ok, sebab dia ditugaskan untuk cuci semua lampu dan kipas kat TerataKami, maka aku setuju je dengan pilihan dia..... hehe



kipas bilik utama, bilik tetamu, ruang menonton tingkat atas dan dapur (ha ngko, dapur pon ada kipas tau, tapi buat hiasan jerk haha)..... jenama monte air..... harga rm139..... beli kat kedai yang sama dengan kipas ruang tamu kat batu caves tu.....

setakat kami duduk dah hampir setahun ni, baru 2 kali kut cuci segala kipas ni..... kalu yangselalu cuci pon kat ruang tamu..... wahhh untong arr Hubby kan, x yah panjat2 tangga selalu..... x per lah, janji kami bahagia.....kan..... alhamdulillah

erm, harga suma aku letak ada xx kat belakang tu sebab dah lupa harga yang betul punya..... maklum dah lama kan..... jadi sebelum lupa terus, baik aku letak kat sini..... resit aku tanya Hubby pon, ntah dia letak kat mana..... ni sebagai rujukan akan datang nieh, mana lah tau tetiba kami nak tukar kipas lama kat bilik atas tu kepada yang baru macam ni kan, so dah boleh bajet harga dah..... dah masuk dalam wish list dah, tapi ntah bila boleh tertunai x tahu lah..... moga ia jadi kenyataan suatu hari nanti..... ameen

k, sekian

07 March 2013

*Dapat Huggies Dry Pants - Not For Sale*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,
~buat entry dengan cepat sebelum mulakan duty kat bawah~
 

semalam balik keje tumpang kawan opis..... sebab my dear Hubby balik lambat, actually dah 3 hari pon balik tumpang kakak opis..... so sampai kat umah, macam biasa, kena start kreta pulak nak pi ambik anak dara kat school pulak.....

sambil2 tunggu enjin kreta panas aku pon menyapu garaj yang penuh ngan daun kering dari pokok seberang jalan (depan umah aku xder pokok)..... sambil tu tengok post box kut2 ada surat atau bil yang memerlukan perhatian..... then dalam tu aku ternampak satu bungkusan..... aku ambik lah kan, eh! eh! nama aku lah, teruja tapi curious..... erm, rasanya xder aku join CGL dan menang, tengok kat sampul surat tu ada alamat Kimberly-Clark.....  alahai, company ape ni yerk..... 

puas memikior..... erm biar dulu lah, masuk dalam letak atas meja, n kuar balik untuk pi school Aisha..... nanti balik baru buka.....

dah sampai umah semula, dah setel sume keje yang perlu dibuat..... aku pon capai bungkusan yang dapat tadi..... buka sampul dan.....

v

v

v

v

v


TADA!!!!!

 Huggies Dry Pants.....
sample only, not for sale.....
saiz M, ada 2 keping.....

erm, bila aku ada request sample ni yerk..... aku ni kan, selalu macam ni..... ritu dapat dari company Ubat Gigi, ni dapat dari company Diaper pulak..... dah request tapi lupa..... sebabnya, biasa aku layan mende2 ni lepas waktu keje jam 5 petang sambil tunggu Hubby ajak balik..... so buat dengan cepat dan segera, then lepas tu terlupa..... sampailah sampul surat tu kat umah atau kat opis..... faktor usia ker ni yerk.....

oho, so sample ni sape nak pakai yerk..... Aisha x kut, sebab dia dah full free diaper n kalu ikut saiz pon dah x muat.... haha..... erm, mungkin rezeki sepupu Aisha la kut kan..... nanti bila2 jumpa dorang boleh lah bagi..... lepas ni agak2 sample ape lagi la yang aku akan dapat yerk.....


k, sekian

 

06 March 2013

*wordless wednesday ~ nak connect ke tak kat wifi ni?*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 



erm, agak2 nak connect ke tak kalu nama wifi gitu gaya..... hehe
 
  p/s : Lokasi di Alamanda, Putrajaya (area Johnny's)
 
 

k, sekian

05 March 2013

*♥SMS Punya Angkara♥*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,





Ketika ayah sudah siap sarapan, tiba2 satu sms berbunyi di meja makan. Barulah si ayah sedar yg anaknya lupa membawa hp ke sekolah. Ayah membaca sms yg dikirim oleh seseorang yg x bernama. Alangkah terkejutnya ayah bila membaca sms yg tertulis lebih kurang begini.

"hai sayang selamat pagi. Kenapa tak datang rumah baby semalam? Baby tertunggu2 tau. Terus terang, baby x boleh lupakan saat2 manis bersama malam dulu. Enak sekali! Oh ye, malam ni line clear, sayang blh datang kerumah baby… X sabar nk tunggu sayang"

Ayah tergamam, lalu memanggil isterinya.. "Cuba ko tgk sms ni, tak tau apa nk jadi dgn anak kita ni!"
Ibu seakan2 x percaya… Dia hampir pengsan membaca sms itu.
Setelah anak pulang dari sekolah si ayah terus menerpa anaknya.

"ko nak ke mana malam ni?"

"kerumah kawan, kami belajar sama. Exam kan dah nk dekat"

"lalu apa maksud sms ni?" si ayah membentak.

"lar… Ni kan sim kad ayah… Hp ayah kan rosak. Semalam ayah sendiri tukar kan sbb nk tunggu sms penting?" jwb anaknya selamba.

si ayah lari…
Ibu pulak mengejar dgn penyapu… :) :) :)



sumber : facebook


k, sekian

04 March 2013

*perempuan yang banyak cakap,...*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,






erm, betul ker apa yang di katakan oleh Ustaz Azhar Idrus tu yerk.....
tanya diri masing2 yerk.....


k, sekian

03 March 2013

*dapat air upin ipin free*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

As salam,

Itu lah air blackaren yang anak dara dapat free semalam kat HKK2013 kat opis.

Camne bleh dapat free? Lori kiosk Upin Ipin ada kat opis aku sempena promosi ni, so ada lah hamba Allah dari Johor, ala klik aku jugak masa dia keje KL dulu... dia bermurah hati nak belanja Aisha makan set Upin yang dijual kat situ... Pucuk di cita ulam mendatang...

Alhamdulillah, terima kasih lah pada hamba Allah tu, em dia dah remove aku dari friendslist FB dia ;)... Aku ok je...

Apa2 pon, kengkawan yang nak dapatkan set Upin, Opah dll (air @ ayam @ wedges), harga dari serendah 5 hengget datang lah sini, mana tau boleh jumpa kan...

K, sekian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

*kamu tak ada otak ke?*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

jom layan lawak pepagi nieh sebelum memulakan apa2 kerja.....


Mak : Lesen ! tolong beli santan !!
Lesen : Lesen tgh main PSP la mak !
Mak : Otak ! tolong mak beli santan !
Otak : Otak tgh berak la , mak !
Mak : Kad pengenalan , tolong beli santan !
Kad pengenalan : Kad pengenalan tgh main facebook la mak !
Mak: Gila , tolong beli santan !
Gila: Ok , mak !

-Dalam perjalanan , Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !

Gila : Ada apa , encik ?
Polis : Mana lesen ?
Gila : Lesen tak ada dgn saya , dia tgh main PSP.
Polis : Kad pengenalan kamu mana ?
Gila : Kad pengenalan tgh main facebook .
Polis : Kamu tak ada otak ke ?
Gila : Otak tgh berak , Polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama adik beradik saya encik tahu .
Polis : Awak ni gila , ya ?
Gila : Nama saya memang Gila . :P



sumber : facebook

k, sekian