as salam,
aku pasal Halal makan tu memang allert sikit sejak tahu ada Halal yang x diiktiraf oleh Halal Jakim dulu..... siap aku print kod E yang dulu pernah aku jumpa dalam tenet, n simpan dalam wallet, memula dulu kalu nak beli barang, aku akan cek dulu bahan2 dia, sekarang ni aku just berwaspada je di mana kalua da kod E, then ada dalam kurungan (berasaskan tumbuhan) aku beli lah barang tu, tapi kalu ada kod E yang tersenarai n dalam kurungan tu ada tulis kandungan haiwan, maka tanpa was2 aku letak semula kat rak..... daripada dalam hati rasa x tenteram kan..... so x yah lah nak belek satu2 kod E yang tersenarai tu.....
ada sesiapa ingat x aku pernah up cerita pasal keropok Rota yang ada kandungan **bi minggu lepas..... ada sorang blogger yang prihatin bagi komen macam kat bawah nie.....
so, untuk tahu kebenarannya..... aku pi lah kat link yang Ujie tinggal tu kan..... dan di sini aku share lah beberapa info untuk kita guna bersama.....
Apa itu Kod 'E'?
Kod 'E' yang tertera pada label pembungkusan makanan (contohnya: E100, E471) adalah kod-kod yang digunakan di Eropah untuk bahan aditif dalam makanan (emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain). Rujukan tambahan, sila klik INI.
Ia boleh dibahagikan kepada DUA kumpulan-bahan tidak kritikal dan bahan kritikal.
- BAHAN TIDAK KRITIKAL, contohnya kod E100 ialah bahan pewarna dari sumber tumbuhan.
- BAHAN KRITIKAL, contohnya kod E422 ialah lecithin (bahan pengemulsi/emulsifier) yang berkemungkinan dari sumber haiwan (yang mungkin tidak halal, perlu dikaji sumber asal untuk status halal).
so, kita sebagai pengguna, harus berhati2 n berwaspada tiap apa info yang kita perolehi..... aku akan share info yang aku dapat dan rasa perlu di share kat sini, n kengkawan kalu ada yang perlu dibetulkan, jangan malu2 tegur, semua ni untuk kebaikkan kita bersama yer.....
k, sekian
pssst : esok nak outstation ke Pahang..... nak pi ke depoh TUDM..... apa buat kat sana, nanti kalu perlu, aku share yerk..... hehe
3 comments
mmg nak kena sentiasa berwaspada kan.
betul tu...kalu nk senang cite...jgn beli..hilang trus rs waswas tu
takpe.. yang penting kita kena sentiasa waspada.