as salam,
nak share pasal anak nak masuk darjah satu bagi sekolah kat Selangor nieh..... erm, rasanya dah ramai yang tau pasal mende ni kan..... x per, aku nak share lagi.....
semalam dah pon buat permohonan untuk Aisha masuk sekolah darjah satu (1) bagi sesi sekolah tahun 2015..... weehu, dah nak darjah satu dah anak dara Mama nieh..... erm, aku gunakan sistem permohonan online melalui website eSPPSEL..... ker semua dah guna online dah sekarang nieh..... tapi link tu untuk sekolah kat selangor jer, mungkin negeri lain ada link lain kan.....
untuk memudahkan cerita, tengok gambar kat bawah ni yerk.....
v
ada 4 step semuanya.....
1. Pengesahan - alah, ini untuk sahkan kita ni warganegara Malaysia atau tidak.
2. Maklumat Pemohon - ini kena isi maklumat anak dan kita sebagai pemohon termasuk sekolah tadika yang anak kita attend sekarang.
3. Sekolah dipohon - ini pulak kita boleh pilih sekolah mana yang kita nak mohon (senarai sekolah di negeri selangor boleh KLIK SINI).
4. Cetak senarai semak - bila semua dah isi, last page akan keluar macam kat gambar atas tu n perlu cetak untuk di bawa ke sekolah bagi proses perakuan kat sekolah pulak (untuk dapatkan cop daftar kat belakang surat beranak)
dah siap semua, then tekan button TAMAT.....
dah selesai, then kita akan dapat email pengesahan dari pihak jpn Selangor berserta no ID n no PIN untuk semakan keputusan permohonan.....
lagi satu, kena buat pengesahan kat sekolah (cop belakang surat beranak) dalam masa 14 hari dari tarikh email diterima.....
erm, yang ni aku x buat lagi..... kena ambik coooti nieh..... hehe
so, seperti yang tertera di atas..... sekolah pilihan kami untuk Aisha nanti adalah.....
v
v
v
v
v
Sek Keb Bukit Rawang Jaya, Rawang, Selangor
lebih kurang 2.5 km dari rumah..... pic ni ambik masa pi servey ujung minggu lepas, alah, lepas kami di interview oleh wartawan Harian Metro tu..... hehe
moga Aisha nanti serasi n selesa dengan sekolah nie.....
Sek Keb Tun Teja, Rawang, Selangor
satu lagi sekolah yang kami survey ari tu..... sekolah baru kut ni sebab bangunan dia cantik n moden..... jarak dari rumah n taska sekarang ni kalu ikut GPS lebih dekat dari sek kat atas tu, tapi kena lalu jalan besar, baru sampai..... erm, x per lah, kami dah decided untuk hantar Aisha bersekolah kat atas tu.....
sedikit peringatan dari JPN Selangor
TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN
Permohonan
Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat
melalui Aplikasi Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh
melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian
internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah. Permohonan
ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel/ Selepas tarikh tersebut permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya.
so, kengkawan yang belum buat permohonan, boleh la buat sekarang kan.....
k, sekian
6 comments
masa wat permohonan utk kakak last year pun secara online jugak. lebih mudah. kalau nak walk-in kat sekolah pun boleh, tapi bnyk borang nak kena isi. kitorg prefer sek area kampung (sbb dekat ngan rumah). environment pun best juga
da nk darjah 1 da aisha..... da besar da anak sedara mak su ni.
selalu teringat dulu2 main2 dgn aisha masa kecik, skang main dgn anak sendiri plak huhuhu
cepatnya masa berlalu
kejap je kan...daftar online...senang je kan skrg nie...
sekarangni semua online.. kalau mak bapak yang tau ITtu payahler sikit yerk..
saya lambat lagi qaysara baru umur 4 tahun abang tahun ni darjah satu...
mudahkan apply online..