^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label rawang. Show all posts
Showing posts with label rawang. Show all posts

09 March 2015

jalan jalan kedai lampu di rawang

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
assalamualaikum, 

alhamdulillah, apa yang dihajatkan dalam entry  'misi mencari buaian' telah terlaksana..... buaian macamana yang kami beli?..... inshaa Allah ada masa nanti aku share kat sini ye..... ini nak buat entry pon berbulan amek masa..... awal2 tahun ni masa agak terhad..... entry nak share kemasukkan Aisha ke tahun satu awal tahun ritu pon x terbuat..... dah nak cuti sekolah pon kan..... tapi entry masuk sekolah x buat..... haha, suka ati kau lah maszmadi..... yang penting kau bahagia n x menyusahkan orang lain..... hikhikhik

hah, yang ni pon satu hal..... pi jalan2 kedai lampu..... kejadian awal bulan 2, 2015 ritu..... konon2 nak cari mentol bilik air je, sebab dah rosak..... tapi dok dalam kedai tu berjam-jam jugak lah kami suami isteri ni..... apek kedai tu pn layan ye..... terima kasih la sanggup layan kami, lagipon masa tu xder customer lain pon, so dia boleh la layan kami sepanjang masa..... hihi

so, jom jalan jalan dalam kedai lampu.....


nama kedai, Uni Bath & Lighting Gallery, Batu 16, Rawang.....




teringin nak letak rak kaca macam dalam gambar kanan tu dalam toilet, tapi ruang x berapa nak mengizinkan.....


 

harga dia boleh tahan kan..... tempat gantung tisu dalam toilet.....



 
penyangkut dalam toilet boleh, dalam bilik boleh, kat dapur pon boleh jugak..... ikut sesedap rasa nak letak kat mana..... hihi



 
cermin idaman, tapi x tau nak letak kat mana kat rumah tu.....



 
pelbagai jenis kepala paip..... pilih! pilih! pilih!



 
macam best je kalau kat umah ada rain shower ni kan, macam mandi air terjun x rasa dia.....



 
jenis-jenis kepala shower.....


 

kepala kunci pintu umah pon ada..... berkenan dengan yang gambar kanan tengah-tengah tu..... tapi rege dia x berapa nak berkenan lah..... huhu



 
lampu dinding.....


 

lampu dinding lagi.....



 
dan lampu dinding lagi.....



 
lagi-lagi lampu dinding..... comel x yang bawah belah kanan tu..... macam berkenan, Hubby pon dah macam nak beli letak kat bilik Aisha, tapi last2 x jadi..... belum jadi keperluan, so kita tangguh dulu.....


 

lampu siling..... chandelier



 
chandelier pink..... sweet jer kalu gantung kat atas meja makan kan.....


 

lampu chandelier comel.....





ha, dah abes jalan dah..... kalu ikut banyak je lampu dalam kedai ni..... tapi x larat dah nak amek gambar..... so kita tengok Hubby tengah buat apa pulak ye.....
 

owh, tengah tengok tauke test mentol.....

ha, dah setel test, n puas hati dengan keterangan mentol tu, apa lagi..... bayar la kan, lepas tu jom balik..... hihi
singgah kedai nasi ayam kat tepi Laman Kenanga, Rawang..... sedap nasi ayam kat situ, kena dengan selera kami..... Aisha pon suka, siap tanya "bila Mama nak masak nasi ayam macam ari tu?, sedap lah"..... hihi, masak sangat khennn, padahal beli je..... sebab masa beli tu Aisha x ikut, dia sekolah..... balik umah, salin kat dalam mangkuk semua, tu yang dia x tau nasi tu sebenarnya beli, bukan masak.....

 maka, moralnya, seronok jugak jalan2 dalam kedai tu..... dah lama x jalan2 dalam kedai kan..... sejak dah xder nak survey2 barang rumah ni..... memang jarang sangat jalan jalan tempat deko2 rumah ni..... sekarang ni fokus pada sekolah anak pulak..... inshaa Allah, lain kalu kalu jalan jalan lagi, aku share ekk..... sebagai panduan kengkawan nak survey harga kan.....

oh, ya, harga atas tu semua boleh runding lagi tau..... hehe

k, sekian


10 January 2014

*kadar yuran bulanan tadika 6 tahun*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, saje je buat entry ni.....
bukan nak compare, tapi sebagai rekod kami di masa akan datang.....



ni masa hari pembayaran yuran kat Tadika Sri Terentang.....
kami bayar 3 hari sebelum sesi persekolahan bermula..... tapi dah bayar wang pendaftaran RM20 awal2 dah sebagai duit booking konon2 nya kat tadika ni.....


lepas bayar yuran full untuk 1st semester..... terus kami ke Parkson Selayang Mall untuk beli kelengkapan sekolah..... masa pi bayar yuran tanya siap2 kat cikgu tu, apa yang perlu di bawa n di pakai ke tadika..... semua pon beli kecuali baju uniform putih merah tu yang dibekalkan oleh pihak tadika..... semua pon nak kaler pink, kecuali kotak kasut tu..... beli last minit, so no choice, ambil jer apa yang ada n berkenan di hati anak dara n dompet kami..... hihi



yuran penuh untuk pendataran di tadika..... total RM507.90 + uniform [RM27 x 2] + lencana [RM1.00 x 2] = RM563.90

hurm..... ok lah tu kan, masih dalam kemampuan kami demi pembelajaran anak.....
so, nak tengok lah yuran2 Aisha setakat berumur 6 tahun ni kan..... ni kira kos yang perlu kami peruntukkan siap2 untuk di bayar setiap bulan.....
umur 2 - 3 tahun = RM300 (rumah pengasuh)
umur 4 tahun = RM350 (play school + taska @ Temanku)
umur 5 tahun = RM270 (tadika + taska @ Aida)
umur 6 tahun = RM385 (tadika @ Sri Terentang + taska n mengaji @ Aida + transport)

maka, dengan ini, penjimatan perlu dilakukan sejajar dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan ke atas barangan2 di Malaysia pada masa kini..... haha, ape kaitan pon aku x tau.....
tapi yang penting, kena ingat jumlah itu n perlu asingkan siap2, takut terguna pulak..... walau setakat ni memang alhamdulillah, boleh kontrol perbelanjaan bulanan kami.....
hidup dalam kesederhanaan.....

k, sekian

09 January 2014

*Aisha di tadika baharu [bergambar]*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,
 

"TEASER"
 Tadika Sri Terentang
Usaha Pasti Berjaya

ahah, teaser la sangat kan..... bajet bagus macam retis aku ni ber'teaser2 plak..... hihi
mau kena marah dengan orang tu sebab cerita sikit jerk..... isk3, aku suruh dia buat blog x mor, sudahnya tiap2 ari skodeng blog aku tunggu cerita baru, bila xder cerita, dimarahnya aku sebab dia dok ulang2 baca tajuk yang sama jerk kat blog aku bila aku x update..... grrrrr pembawakkan sungguh la hai..... haha

ok lah..... ni sambungan cerita entry sebelum ni..... wah ada sambungan2 pulak..... kelas ko jah... haha, saje jerk nak memeriahkan blog aku yang dah rasa suam2 sikit nieh.....

erm, pada 06.01.2014 ritu, bermulalah sesi persekolahan Aisha di Tadika Sri Terentang, Rawang..... kalau sekolah2 lain rasanya kebanyakkan start sekolah pada 1 @ 2 hb kan termasuk sekolah rendah n menengah..... tapi tadika ni ambil inisiatif untuk start sesi pada 6hb atas sebab :
1. x nak ibu bapa bersesak2 di jalan raya sebab semua pon nak antar anak sendiri ke sekolah (walau sekolah ni bukan berada di lokasi hot spot)
2. bagi peluang ibu bapa yang ada anak baru nak sekolah rendah pi hantar anak di sekolah tersebut (waktu tidak bertindan)

ha, siap bersebab lagik aku senaraikan..... hihi
dah, jom tengok sekolah tadika Aisha.....

 
















Aisha sedang menikmati sarapan pagi hasil air tangan aku.....

hah, coco crunch jerk tu pon..... hehe
kami suami isteri ambik cuti hari 1st n 2nd day Aisha sekolah sebab nak tengok dia ke sekolah n nak arrange transport dia tiap2 hari.....
mujur la anak dara ni mudah bangun pagi walau kena geletek2 dulu biar dia segar sebelum pi mandi..... hihi



suka dia sebab nak pi sekolah.....

1st day kami hantar dia direct ke tadika, lagipon nak jumpa tuan punya tadika nak serah dokumen yang tertinggal.....


Tadika Sri Terentang, Rawang

gambar di ambil 3 hari sebelum hari persekolahan bermula, snap dari dalam kereta di waktu petang masa hujan renyai turun.....
(nak bagitau kenapa gambar tu ada bintik2 n x clear..... hihi)


masuk kelas

Aisha yang kat kanan gambar tu, time ni cikgu xxx (tak tau nama) merangkap cikgu Bahasa Inggeris tengah tunjukkan tempat duduk pada Aisha.....


Kelas 6 Tahun Alamanda

ha, ni lah senarai nama murid kat kelas Aisha..... Pn Khamsiah a.k.a Cikgu Ham adalah guru kelas untuk 6 tahun, Alamanda ngko nama kelas dia..... x yah susah2 kami ke putrajaya nak pi Alamanda, datang tadika ni, dah boleh sampai..... hihi

sekolah ni x ambil ramai murid, 6 tahun ada 20 orang (macam kat atas tu), 5 tahun ada lebih kurang gitu jugak ramainya..... total ada 2 kelas jerk..... tapi x tau lah kalau lepas 1st day ritu ada tambah2 murid lagi kan..... biarlah mereka yang pakar uruskan..... yang aku harap, my lil princess Aisha dapat mengutip ilmu sebanyak mungkin kat sekolah ni.....


aktiviti pagi sebelum mula belajar.....

murid2 beratur kat luar bangunan sekolah, beratur untuk senaman, nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor n lagu 1 Malaysia..... yang nyanyi lagu 1 Malaysia tu siap ada tarian lagi..... tapi tarian simple je la, ulur kaki kedepan kiri kanan, ulur tangan ke tepi, angkat tangan tunjuk2 atas..... alah macam senaman regangan otot gitu lah..... seronok pulak tengok..... hihi


lawatan sambil belajar ke kawasan sekolah

 lepas tu murid1 di bawa jalan2 keliling sekolah, untuk tunjuk tandas, dapur, bilik guru, bilik makan dll.....
blur plak pic ni kan, Aisha dah elok dah buat peace tu.....



sesi perkenalkan diri

ha, tu lah Cikgu Ham, guru kelas 6 Tahun..... time ni sorang2 di panggil ke depan untuk sebut nama penuh n umur masing2..... Aisha dapat giliran no 3 sebab dalam senarai nama tu, nama dia di kedudukan ke tiga..... n aku rasa lepas ni, apa2 pon dia akan menjadi orang yang ketiga di panggil untuk apa2 aktiviti kalau ikut turutan abjad nama..... atas pengalaman aku masa sekolah dulu..... hihi

subject kat tadika yang di ajar : Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Cina, Pendidikan Islam/Jawi, Pertukangan Tangan.....

semua rasa ok, tapi yang Bahasa Cina tu, aku macam ngeri sikit, 2nd day balik dari sekolah Aisha bawa balik buku bahasa Cina..... bila aku tanya cikgu suruh buat apa dengan buku tu, Aisha jawab "cikgu suruh baca"..... gulp, arghhhhh camner nak baca, sepatah haram pon aku x tau..... sape nak tolong ni?..... huhu


kat luar kelas

ibu bapa memasing masih lagi setia menunggu, ni ramai yang seangkatan dengan kami di mana anak 1st time masuk sekolah sini, mana yang anak dia dah masuk masa umur 5 tahun tahun lepas, dah tinggal jerk anak dorang sebab dah biasa kan..... lebih kurang 1 jam jugak lah kami menunggu dari jam 8.00 pagi..... lepas tu Hubby dah ngadu perut dia lapar sebab x breakfast..... so, jomlah kita beransur..... nanti tengahari datang semula untuk tengok dia naik van sekolah.....



van bas sekolah 

 1st day tengahari tu, Aisha telah lulus naik bas sekolah..... pagi kami hantar, tengahari tu kami tengok dari jauh jerk Aisha naik bas untuk ke Taska Aida (transit)..... alhamdulillah, Aisha senang nak urus..... sebab masa kat tadika, ada sorang murid ni yang nangis2 x mor naik bas sebab dah nampak mak dia, maknya datang nak tengok je dia naik transport yang betul ke tidak (kat sini ada 3 transport yang berlainan kalu x silap, ikut lokasi), tapi bila si anak ternampak jer kelibat mak, maka nangis2 lah dia x mor naik bas..... tapi tidak bagi anak dara kami, Aisha relax jerk dok dalam bas, bila nampak kami, dia siap boleh lambai2 kami lagi dari dalam van tu..... hehe, senang hati kami.....

so keesokkan harinya, pagi kami hantar dia ke Taska Aida, n tunggu sampai bas pick up dia ke tadika..... ok lah aku tengok dia..... dah boleh berdikari cuma memula ni kena ada cikgu atau pengasuh kat taska guide untuk kenal transport tu, sebab transport ni lain, kadang van kat atas tu, kadang van putih jerk..... ye lah, company dia kan, suka hati dia la nak guna yang mana kan, janji murid2 sampai ke sekolah.....

harap2 nya, Aisha terus selesa n makin serasi kat tadika ni.....

k, sekian

25 June 2013

*Rawang Burger Bakar - Batu 16*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


kejadian awal bulan ni..... makam malam kat kedai sebab malas nak masak..... so dinner lah kita kat restoran ape erk..... alahai x ingat lah pulak aku..... tapi kat Batu 16, Rawang, kedai dia lot hujung sekali berdepan ngan Nagoya baru sebelah Tesco Rawang..... hah tu dia..... ada dapat bayangkan x kedudukan kedai tu kat mana..... padahal dah 2 3 kali makan kat sini..... ngeh3..... x per, nanti aku pi sekali lagi aku snap nama kedai dia yerk kengkawan.....



untuk anak dara..... makan fries + mayonis + air sirap bandung.....

 1st time ni dia makan mayonis, kalu cicah sos dia kata pedas, so bagi lah dia cicah mayonis..... ok pulak dia makan.....


 
chicken grill

pilihan my dear Hubby chicken grill..... bermenu western kami malam tu..... siap ada potongan buah oren lagik, Aisha yang makan oren tu sebab Hubby x makan buah..... sedap chicken grill dia..... tetiba terliur pulak tengok menu ni..... huhu



 burger bakar madu tiga + cheese

ambik cheese sebab anak dara penggemar cheese..... so cheese tu memang bagi kat dia sehelai gitu..... RBB, dah lama kami mencari di mana Rawang Burger Bakar nieh, rupa2nya ada di kedai yang kami pegi..... so aku saje nak try, orang beria2 bercerita kan..... erm, boleh lah, agak muak sikit sebab daging dia sangat2 tebal (homemade tau) dan portion dia agak besar untuk aku yang sedang2 jerk badan nieh..... rasanya lepas ni kalu nak order, kena kongsi 2 3 orang baru habes.....

dia ada bagi kad yang belakang dia ada kotak2 untuk kumpul cop..... setiap kali datang, bagi kad kat owner stall n dia akan cop, bila cop dah penuh (dalam 10 kotak) so boleh dapat percuma Burger KLCC yang super duper tinggi, macam dalam gambar kat business kad atas tu.....



pelbagai pilihan burger bakar.....
 


satey

selain daripada tu, kat kedai tu ada jugak satey..... sedap satey dia, lembut jerk..... besar pon besar, x macam satey sekarang kan, comel lote jerk.....

erm, menu lain2 jugak pon ada kalu nak, nak goreng2 ada, nak nasi putih ada, nak CKT pon ada, tapi kami x pernah rasa lagik..... nanti kalu pi sini lagi, nak try CKT dia pulak..... kalu best, nanti aku share kat sini.....

k, sekian
 

04 April 2013

*dah dapatkan pengesahan dari sekolah*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


sambungan dari entry INI.....
 erm, actually cerita ni xder la pon buat episod kan..... tapi sebab yang dibuat aritu x selesai lagi, so ini kira entry sambungan la kan.....

hari tu dah buat permohonan online masuk tahun satu untuk Aisha, so oleh keranasemalam ada kelapangan sikit n lepas dapat kebenaran dari bos nak masuk lambat ke opis..... kami decided untuk pi ke sekolah yang dipilih untuk dapatkan pengesahan permohonan dengan mengecop surat beranak Aisha kat sekolah tu..... lagipon, proses ni kena buat dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online yang dibuat.....

so, hari tu, lepas siap2 kan Aisha pi school, kami pon pi lah sekolah..... sebelum tu pekena breakfast kat kedai mama jap sambil tunggu kedai photostate buka, sebab ada dokumen yang x sempat nak buat copy lagi.....



 nasi lemak pilihan aku untuk breakfast ritu.....

hubby makan roti telur, air aku pilih air limau panas, hubby minum air nescafe tarik.....
lepas breakfast, pi kedai photostate jap.....
n kami pon gerak lah ke sekolah pilihan.....



 sekolah kebangsaan bukit rawang jaya, rawang

terasa macam aku pulak yang nak masuk sekolah..... huhu gila lama tinggal zaman sekolah, windu waktu itu.....
erm, kat sekolah ni, opis dia kat tingkat atas, signboard tersorok sikit, seb baik la ada guard yang tengah duduk2 kat situ, so tanya kat dorang..... terus kami menuju ke pejabat sekolah.....

pi kat kaunter, cerita lah sikit kat kerani sekolah tu..... bla bla bla
kena bayar RM1.00 sebab tak bawa sampul surat bersetem 60sen..... mana kami tau, kat online x bagitau pon kena sedia..... hehe
x per, bayar je lah, janji urusan selesai.....
dokumen asal n salinan kami beri kepada kerani tersebut.....
bla bla bla
owh, masa kami sampai tu xder oang lain pon kat situ kecuali cikgu cikgi yang stanby nak masuk kelas memasing..... sume muda2 lagi..... hehe

bla bla bla..... dokumen asal pon dipulangkan kepada kami.....



 cop yang tertera di belakang surat beranak Aisha.....

Alhamdulillah, dah selesai.....
so, moga2 Aisha diterima masuk ke sekolah ni untuk sesi 2015 nanti..... n Aisha pon cepat serasi belajar kat sini..... nak tau pasal sekolah ni..... boleh KLIK SINI..... aku pon baru nak terjah nie..... hehe


k, sekian

29 March 2013

*permohonan online kemasukkan ke tahun 1 sesi 2015*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

nak share pasal anak nak masuk darjah satu bagi sekolah kat Selangor nieh..... erm, rasanya dah ramai yang tau pasal mende ni kan..... x per, aku nak share lagi.....

semalam dah pon buat permohonan untuk Aisha masuk sekolah darjah satu (1) bagi sesi sekolah tahun 2015..... weehu, dah nak darjah satu dah anak dara Mama nieh..... erm, aku gunakan sistem permohonan online melalui website eSPPSEL..... ker semua dah guna online dah sekarang nieh..... tapi link tu untuk sekolah kat selangor jer, mungkin negeri lain ada link lain kan.....

untuk memudahkan cerita, tengok gambar kat bawah ni yerk.....


v

 

ada 4 step semuanya.....
1. Pengesahan - alah, ini untuk sahkan kita ni warganegara Malaysia atau tidak.
2. Maklumat Pemohon - ini kena isi maklumat anak dan kita sebagai pemohon termasuk sekolah tadika yang anak kita attend sekarang.
3. Sekolah dipohon - ini pulak kita boleh pilih sekolah mana yang kita nak mohon (senarai sekolah di negeri selangor boleh KLIK SINI).
4. Cetak senarai semak - bila semua dah isi, last page akan keluar macam kat gambar atas tu n perlu cetak untuk di bawa ke sekolah bagi proses perakuan kat sekolah pulak (untuk dapatkan cop daftar kat belakang surat beranak)

dah siap semua, then tekan button TAMAT.....
dah selesai, then kita akan dapat email pengesahan dari pihak jpn Selangor berserta no ID n no PIN untuk semakan keputusan permohonan.....
lagi satu, kena buat pengesahan kat sekolah (cop belakang surat beranak) dalam masa 14 hari dari tarikh email diterima.....

erm, yang ni aku x buat lagi..... kena ambik coooti nieh..... hehe


so, seperti yang tertera di atas..... sekolah pilihan kami untuk Aisha nanti adalah.....

v

v

v

v

v


 Sek Keb Bukit Rawang Jaya, Rawang, Selangor

lebih kurang 2.5 km dari rumah..... pic ni ambik masa pi servey ujung minggu lepas, alah, lepas kami di interview oleh wartawan Harian Metro tu..... hehe
moga Aisha nanti serasi n selesa dengan sekolah nie.....



 Sek Keb Tun Teja, Rawang, Selangor

satu lagi sekolah yang kami survey ari tu..... sekolah baru kut ni sebab bangunan dia cantik n moden..... jarak dari rumah n taska sekarang ni kalu ikut GPS lebih dekat dari sek kat atas tu, tapi kena lalu jalan besar, baru sampai..... erm, x per lah, kami dah decided untuk hantar Aisha bersekolah kat atas tu.....


sedikit peringatan dari JPN Selangor
TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN
Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi  Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer  yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah.   Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor  http://apps.moe.gov.my/esppsel/ Selepas tarikh tersebut permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya. 


so, kengkawan yang belum buat permohonan, boleh la buat sekarang kan.....

k, sekian
 

26 March 2013

*Aisha join aktiviti kolaj, kami suami isteri dalam harian metro*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

last Sunday, kami sekeluarga telah memenuhi undangan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) melalui school my lil Aisha, Tadika Aida untuk aktiviti kolaj kanak2 tadika sempena pembukaan library baru di tempat kami..... baru je kami berdiskusi pasal tadika tempat Aisha belajar ni xder buat aktiviti lawatan macam school lama dia dulu, dah ada jemputan, dan aku pon ada niat dalam hati untuk bawa Aisha ke library ni hujung minggu lepas sempena perasmian dia.....
Alhamdulillah, doa kami termakbul melalui undangan tersebut.....

so, apa yang kami buat kat situ, jom tengok.....



 ini lah rupa bangunan PPAS tu.....
bangunan ni belakang jer dengan Klinik Kesihatan Rawang menghala ke Taman Rawang Perdana.....



keadaan dalam PPAS.....
agak selesa dengan masa memula kami sampai x ramai lagi orang masuk dalam, tapi bila dah ramai macam tu, uhuh, sampai yang duduk kat lantai pon ada jugak.....



antara kemudahan yang disediakan.....
bilik komputer dengan kadar barayan RM0.50/setengah jam yang siap boleh print dokumen..... ada wifi free juga..... bilik air, surau, ruang menonton dan zon kreatif (untuk kanak2)



 playground.....
kat luar ada lah playground kecil je untuk lepas lelah kanak2..... mak pak dok tepi je yerk..... hehe



Zon Kreatif

 

dalam bilik ni lah aktiviti kolaj yang aku cerita masa kat atas tadi tu.....
alah, yang dapat jemputan dari PPAS melalui Tadika Aida tu.....
gambar kiri tu, Aisha tengah salam maskot PPAS, gambar blur sebab aku kat luar di sebalik cermin, mak pak kena tunggu kat luar sebab nanti perasmi nak masuk dalam..... kalu x, mesti gambar ni clear kan.....
 
 

 dah selesai aktiviti kolaj (tampal kertas warna yang dah dipotong kecil2 pada lukisan gambar ikan).....
 dapat lah hadiah setiap peserta yang join..... nampak x kertas yang budak tu pegang ada gambar ikan warna merah tu, Aisha punya warna oren.....
untuk aktiviti ini, cuma dua (2) sekolah tadika yang dijemput iaitu Tadika Aida (school Aisha) n Tadika Rimba Rias kut nama dia.....



 sebelum balik sempatlah amik gambar dengan Teacher Aida (tuan punya Tadika Aida merangkap cikgu tadika Aisha - tudung purple)..... aku, Aisha (baju putih) n kawan Aisha kat school, Duratun kut nama dia.....



majlis perasmian PPAS tu dilaksanakan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Selangor..... orang selangor kenal x nieh..... hehe

lepas ni, kalu ada apa2 aktiviti anjuran school Aisha, in shaa Allah akan kami penuhi kalau xder apa aktiviti lain, terutama yang melibatkan kerja.....

oho, masa majlis tu, kami suami isteri telah di interview oleh wartawan Harian Metro, so sesiapa yang beli akbar Harian Metro keluaran 25 Mac 2013 (semalam) di column Setempat m/s22, in shaa Allah boleh baca apa yang kami komen pasal PPAS ni..... hehe


k, sekian