assalamualaikum,
"TEASER"
Tadika Sri Terentang
Usaha Pasti Berjaya
ahah, teaser la sangat kan..... bajet bagus macam retis aku ni ber'teaser2 plak..... hihi
mau kena marah dengan orang tu sebab cerita sikit jerk..... isk3, aku suruh dia buat blog x mor, sudahnya tiap2 ari skodeng blog aku tunggu cerita baru, bila xder cerita, dimarahnya aku sebab dia dok ulang2 baca tajuk yang sama jerk kat blog aku bila aku x update..... grrrrr pembawakkan sungguh la hai..... haha
ok lah..... ni sambungan cerita entry sebelum ni..... wah ada sambungan2 pulak..... kelas ko jah... haha, saje jerk nak memeriahkan blog aku yang dah rasa suam2 sikit nieh.....
erm, pada 06.01.2014 ritu, bermulalah sesi persekolahan Aisha di Tadika Sri Terentang, Rawang..... kalau sekolah2 lain rasanya kebanyakkan start sekolah pada 1 @ 2 hb kan termasuk sekolah rendah n menengah..... tapi tadika ni ambil inisiatif untuk start sesi pada 6hb atas sebab :
1. x nak ibu bapa bersesak2 di jalan raya sebab semua pon nak antar anak sendiri ke sekolah (walau sekolah ni bukan berada di lokasi hot spot)
2. bagi peluang ibu bapa yang ada anak baru nak sekolah rendah pi hantar anak di sekolah tersebut (waktu tidak bertindan)
ha, siap bersebab lagik aku senaraikan..... hihi
dah, jom tengok sekolah tadika Aisha.....
Aisha sedang menikmati sarapan pagi hasil air tangan aku.....
hah, coco crunch jerk tu pon..... hehe
kami suami isteri ambik cuti hari 1st n 2nd day Aisha sekolah sebab nak tengok dia ke sekolah n nak arrange transport dia tiap2 hari.....
mujur la anak dara ni mudah bangun pagi walau kena geletek2 dulu biar dia segar sebelum pi mandi..... hihi
suka dia sebab nak pi sekolah.....
1st day kami hantar dia direct ke tadika, lagipon nak jumpa tuan punya tadika nak serah dokumen yang tertinggal.....
Tadika Sri Terentang, Rawang
gambar di ambil 3 hari sebelum hari persekolahan bermula, snap dari dalam kereta di waktu petang masa hujan renyai turun.....
(nak bagitau kenapa gambar tu ada bintik2 n x clear..... hihi)
masuk kelas
Aisha yang kat kanan gambar tu, time ni cikgu xxx (tak tau nama) merangkap cikgu Bahasa Inggeris tengah tunjukkan tempat duduk pada Aisha.....
Kelas 6 Tahun Alamanda
ha, ni lah senarai nama murid kat kelas Aisha..... Pn Khamsiah a.k.a Cikgu Ham adalah guru kelas untuk 6 tahun, Alamanda ngko nama kelas dia..... x yah susah2 kami ke putrajaya nak pi Alamanda, datang tadika ni, dah boleh sampai..... hihi
sekolah ni x ambil ramai murid, 6 tahun ada 20 orang (macam kat atas tu), 5 tahun ada lebih kurang gitu jugak ramainya..... total ada 2 kelas jerk..... tapi x tau lah kalau lepas 1st day ritu ada tambah2 murid lagi kan..... biarlah mereka yang pakar uruskan..... yang aku harap, my lil princess Aisha dapat mengutip ilmu sebanyak mungkin kat sekolah ni.....
aktiviti pagi sebelum mula belajar.....
murid2 beratur kat luar bangunan sekolah, beratur untuk senaman, nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor n lagu 1 Malaysia..... yang nyanyi lagu 1 Malaysia tu siap ada tarian lagi..... tapi tarian simple je la, ulur kaki kedepan kiri kanan, ulur tangan ke tepi, angkat tangan tunjuk2 atas..... alah macam senaman regangan otot gitu lah..... seronok pulak tengok..... hihi
lawatan sambil belajar ke kawasan sekolah
lepas tu murid1 di bawa jalan2 keliling sekolah, untuk tunjuk tandas, dapur, bilik guru, bilik makan dll.....
blur plak pic ni kan, Aisha dah elok dah buat peace tu.....
sesi perkenalkan diri
ha, tu lah Cikgu Ham, guru kelas 6 Tahun..... time ni sorang2 di panggil ke depan untuk sebut nama penuh n umur masing2..... Aisha dapat giliran no 3 sebab dalam senarai nama tu, nama dia di kedudukan ke tiga..... n aku rasa lepas ni, apa2 pon dia akan menjadi orang yang ketiga di panggil untuk apa2 aktiviti kalau ikut turutan abjad nama..... atas pengalaman aku masa sekolah dulu..... hihi
subject kat tadika yang di ajar : Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Cina, Pendidikan Islam/Jawi, Pertukangan Tangan.....
semua rasa ok, tapi yang Bahasa Cina tu, aku macam ngeri sikit, 2nd day balik dari sekolah Aisha bawa balik buku bahasa Cina..... bila aku tanya cikgu suruh buat apa dengan buku tu, Aisha jawab "cikgu suruh baca"..... gulp, arghhhhh camner nak baca, sepatah haram pon aku x tau..... sape nak tolong ni?..... huhu
subject kat tadika yang di ajar : Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Cina, Pendidikan Islam/Jawi, Pertukangan Tangan.....
semua rasa ok, tapi yang Bahasa Cina tu, aku macam ngeri sikit, 2nd day balik dari sekolah Aisha bawa balik buku bahasa Cina..... bila aku tanya cikgu suruh buat apa dengan buku tu, Aisha jawab "cikgu suruh baca"..... gulp, arghhhhh camner nak baca, sepatah haram pon aku x tau..... sape nak tolong ni?..... huhu
kat luar kelas
ibu bapa memasing masih lagi setia menunggu, ni ramai yang seangkatan dengan kami di mana anak 1st time masuk sekolah sini, mana yang anak dia dah masuk masa umur 5 tahun tahun lepas, dah tinggal jerk anak dorang sebab dah biasa kan..... lebih kurang 1 jam jugak lah kami menunggu dari jam 8.00 pagi..... lepas tu Hubby dah ngadu perut dia lapar sebab x breakfast..... so, jomlah kita beransur..... nanti tengahari datang semula untuk tengok dia naik van sekolah.....
1st day tengahari tu, Aisha telah lulus naik bas sekolah..... pagi kami hantar, tengahari tu kami tengok dari jauh jerk Aisha naik bas untuk ke Taska Aida (transit)..... alhamdulillah, Aisha senang nak urus..... sebab masa kat tadika, ada sorang murid ni yang nangis2 x mor naik bas sebab dah nampak mak dia, maknya datang nak tengok je dia naik transport yang betul ke tidak (kat sini ada 3 transport yang berlainan kalu x silap, ikut lokasi), tapi bila si anak ternampak jer kelibat mak, maka nangis2 lah dia x mor naik bas..... tapi tidak bagi anak dara kami, Aisha relax jerk dok dalam bas, bila nampak kami, dia siap boleh lambai2 kami lagi dari dalam van tu..... hehe, senang hati kami.....
so keesokkan harinya, pagi kami hantar dia ke Taska Aida, n tunggu sampai bas pick up dia ke tadika..... ok lah aku tengok dia..... dah boleh berdikari cuma memula ni kena ada cikgu atau pengasuh kat taska guide untuk kenal transport tu, sebab transport ni lain, kadang van kat atas tu, kadang van putih jerk..... ye lah, company dia kan, suka hati dia la nak guna yang mana kan, janji murid2 sampai ke sekolah.....
harap2 nya, Aisha terus selesa n makin serasi kat tadika ni.....
k, sekian
2 comments
good girl lah Aisha..
senang hati mama dia tengok anak pandai jaga diri sendirik.
balajar rajin2 yer Aisha.
hah.. lepas ni, Aisha kena rajin2 belajar tau!