^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

08 January 2014

Home » , , » *Aisha di tadika baharu*

*Aisha di tadika baharu*



assalamualaikum,
 

erm, nampaknya untuk tahun 2014 ni dah masuk kali ke-3 Aisha bertukar tadika dalam masa 3 tahun..... ini adalah disebabkan Tadika Aida yang Aisha belajar tahun lepas dah x buat tadika untuk tahun ni..... macamana boleh jadi 3 kali?..... 

memula dulu, masa Aisha berumur 4 tahun, kami hantar Aisha sekolah + nursery sebenarnya..... kat Tadika Temanku kat Menara PJD..... dengan bayaran RM350.00 sebulan, Aisha kami masukkan dalam projek Playschool..... alah, yang belajar main2 tu..... tapi alhamdulillah, banyak bende baru yang Aisha belajar…. masa tu kami duduk kat Sentul (rumah sewa), so on the way ke opis, boleh drop Aisha kat taska tu….. dia pon seronok belajar kat situ cuma kena tahan selalu di buli oleh beberapa kawan2 yang agak ganas di situ…..

then bila kami pindah dok umah sendiri di Rawang, Aisha terpaksalah ikut pindah sebab jarak perjalanan yang jauh dari rumah kami ke sekolah masa tu….. so 2nd tadika adalah di Tadika Aida, dekat jerk dengan rumah kami….. kat sini kami bayar RM270.00 sebulan….. walau pembelajaran macam slow sikit, tapi kami xder pilihan lain….. kat rumah, kami buat sesi pembelajaran x formal pulak buat Aisha….. tapi disebabkan tahun ni tadika dah x dibuat disini sebab teacher x sihat n xder pengganti untuk mengajar, maka kami kena cari alternative lain…..

so, terkini….. kami dah pon masukkan Aisha ke Tadika Sri Terentang, hari Isnin ritu bersamaan 06.01.2014 adalah 1st day dia bersekolah, nampak dia seronok di sekolah tu..... erm detail nanti aku cerita yerk pasal Aisha di sekolah baru ni, biasalah aku ni, kalu xder gambo memng x tahu nak cerita..... hihi

so tunggu yerk (erk, ada ker yang nak tunggu)..... orang ain dah berhari2 cerita pasal anak masuk sekolah kan, aku baru nak cerita... x per kan..... hehe

k, sekian

4 comments

January 8, 2014 at 3:24 PM

Harap2 tadika baru nie tak jadi la mcm yg sblm nie lagi.. kesian jugak kat aisha kalau asyik bertukar tadika jer kan..

January 8, 2014 at 4:24 PM

yg pntg x de pembuli di tadika baru..sian aisha...

January 8, 2014 at 4:44 PM

selamat belajar ditempat baru.
Anis dh masuk darjah 1 dh. pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan.

January 9, 2014 at 9:51 AM

letih jugak pindah2 taska ni kan masz....aisha pun baru nak baik ngan member dah kene pindah....tapi takpe laa tu semua tuk kemudahan bersame kan....hope kali ni okey dan berkekalan yeak....

Post a Comment