^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label tadika aida. Show all posts
Showing posts with label tadika aida. Show all posts

05 June 2014

DIY hadiah HARI GURU dari Aisha untuk cikgu

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

 da janji kan dalam entry HARI IBU sebelum ni, aku nak share apa yang aku buatkan untuk cikgu2 Aisha sempena hari guru 16 Mei ritu.....
alah bende simple ja, janji ada hasil kerja tangan Aisha di situ.....

disebabkan anak dara suka dengan princess, maka aku google la gambar princess, adjust sikit biar sesuai untuk dijadikan souvenir..... print then bawa balik untuk anak dara warnakan.....




hasil setelah diwarnakan oleh Aisha.....
peminat princess, dengan warna pink n purple.....

pehtu aku suruh Aisha tulis 'Selamat Hari Guru' dan nama 'Dizaaisha Umairah'.....
 pehtu, kat opis, aku adjust sikit hasil kerja tangan Aisha guna AI.....




inilah hasilnya..... simple kad setelah digunting bentuk bulat..... Aisha gunting 1 jerk, selebihnya..... "Mama lah buat, Mama kan pandai"..... haha, dialog anak dara nak suruh mama dia gunting..... boleh tahan pandai bodek anak dara nieh.....

 


ha, ni aku tempah kat kawan opis, Alynn..... warna request by Aisha, ofkoslah yang warna pink tu kan..... yang warna hijau biru tu aku request..... hihi
masukkan dalam uncang transparent yang disediakan oleh Alynn.....

lepas tu, ikatkan round card atas tadi tu kat tali uncang.....

 

TADA!!!

 dah siap pon.....
dah pon selamat diterima oleh cikgu2 Aisha.....
Cikgu, Teacher n Loushe kat tadika, Teacher, Mak (pengasuh) n Kak Fiza (kakak ngajar Iqra') kat taska.....

alhamdulillah, walau simpel, janji ada hasil kerja tangan Aisha buat sendiri..... semangat dia nak bawa hadiah ni ke sekolah masa hari guru 16 Mei ritu..... next time apa yang boleh di buat..... bergantung pada rezeki n kesempatan, kalau ada, inshaallah dikongsi bersama..... kan.....

k, sekian

10 January 2014

*kadar yuran bulanan tadika 6 tahun*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, saje je buat entry ni.....
bukan nak compare, tapi sebagai rekod kami di masa akan datang.....



ni masa hari pembayaran yuran kat Tadika Sri Terentang.....
kami bayar 3 hari sebelum sesi persekolahan bermula..... tapi dah bayar wang pendaftaran RM20 awal2 dah sebagai duit booking konon2 nya kat tadika ni.....


lepas bayar yuran full untuk 1st semester..... terus kami ke Parkson Selayang Mall untuk beli kelengkapan sekolah..... masa pi bayar yuran tanya siap2 kat cikgu tu, apa yang perlu di bawa n di pakai ke tadika..... semua pon beli kecuali baju uniform putih merah tu yang dibekalkan oleh pihak tadika..... semua pon nak kaler pink, kecuali kotak kasut tu..... beli last minit, so no choice, ambil jer apa yang ada n berkenan di hati anak dara n dompet kami..... hihi



yuran penuh untuk pendataran di tadika..... total RM507.90 + uniform [RM27 x 2] + lencana [RM1.00 x 2] = RM563.90

hurm..... ok lah tu kan, masih dalam kemampuan kami demi pembelajaran anak.....
so, nak tengok lah yuran2 Aisha setakat berumur 6 tahun ni kan..... ni kira kos yang perlu kami peruntukkan siap2 untuk di bayar setiap bulan.....
umur 2 - 3 tahun = RM300 (rumah pengasuh)
umur 4 tahun = RM350 (play school + taska @ Temanku)
umur 5 tahun = RM270 (tadika + taska @ Aida)
umur 6 tahun = RM385 (tadika @ Sri Terentang + taska n mengaji @ Aida + transport)

maka, dengan ini, penjimatan perlu dilakukan sejajar dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan ke atas barangan2 di Malaysia pada masa kini..... haha, ape kaitan pon aku x tau.....
tapi yang penting, kena ingat jumlah itu n perlu asingkan siap2, takut terguna pulak..... walau setakat ni memang alhamdulillah, boleh kontrol perbelanjaan bulanan kami.....
hidup dalam kesederhanaan.....

k, sekian

08 January 2014

*Aisha di tadika baharu*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


assalamualaikum,
 

erm, nampaknya untuk tahun 2014 ni dah masuk kali ke-3 Aisha bertukar tadika dalam masa 3 tahun..... ini adalah disebabkan Tadika Aida yang Aisha belajar tahun lepas dah x buat tadika untuk tahun ni..... macamana boleh jadi 3 kali?..... 

memula dulu, masa Aisha berumur 4 tahun, kami hantar Aisha sekolah + nursery sebenarnya..... kat Tadika Temanku kat Menara PJD..... dengan bayaran RM350.00 sebulan, Aisha kami masukkan dalam projek Playschool..... alah, yang belajar main2 tu..... tapi alhamdulillah, banyak bende baru yang Aisha belajar…. masa tu kami duduk kat Sentul (rumah sewa), so on the way ke opis, boleh drop Aisha kat taska tu….. dia pon seronok belajar kat situ cuma kena tahan selalu di buli oleh beberapa kawan2 yang agak ganas di situ…..

then bila kami pindah dok umah sendiri di Rawang, Aisha terpaksalah ikut pindah sebab jarak perjalanan yang jauh dari rumah kami ke sekolah masa tu….. so 2nd tadika adalah di Tadika Aida, dekat jerk dengan rumah kami….. kat sini kami bayar RM270.00 sebulan….. walau pembelajaran macam slow sikit, tapi kami xder pilihan lain….. kat rumah, kami buat sesi pembelajaran x formal pulak buat Aisha….. tapi disebabkan tahun ni tadika dah x dibuat disini sebab teacher x sihat n xder pengganti untuk mengajar, maka kami kena cari alternative lain…..

so, terkini….. kami dah pon masukkan Aisha ke Tadika Sri Terentang, hari Isnin ritu bersamaan 06.01.2014 adalah 1st day dia bersekolah, nampak dia seronok di sekolah tu..... erm detail nanti aku cerita yerk pasal Aisha di sekolah baru ni, biasalah aku ni, kalu xder gambo memng x tahu nak cerita..... hihi

so tunggu yerk (erk, ada ker yang nak tunggu)..... orang ain dah berhari2 cerita pasal anak masuk sekolah kan, aku baru nak cerita... x per kan..... hehe

k, sekian

30 December 2013

*keputusan akhir Aisha, tadika 5 tahun*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


erm, lama dah dapat bende ni..... awal bulan Nov dah dapat..... tapi nak cerita x tercerita.....
ni ha, keputusan final exam Aisha untuk tadika 5 tahun di Tadika Aida.....




Alhamdulillah, walaupun ada yang naik n ada yang turun dari result pertengahan tahun..... Mama bangga dengan Aisha..... cuma subject English tu kena usaha lebih sikit..... ke Mama nak kena cakap omputih kat umah ni..... hihi
untuk hujung tahun ada pertambahan subject iaitu Agama Islam..... total markah, ada peningkatan di situ.....
 harap dapat teruskan untuk tadika 6 tahun pulak nanti ye sayang.....




hadiah buku cerita dari teacher..... dah habis pon Aisha baca, tapi Mama yang tolong ejakan kat sebelah..... hehe

sekarang ni dalam proses menggalakkan Aisha membaca, salah satu cara yang agak berkesan adalah dengan main cikgu2 dengan dia.....
tapi
bukan aku yang jadi cikgu.....
Aisha jadi cikgu, aku jadi anak murid.....
so, dengan cara itu, anak murid (aku) akan sentiasa bertanya pada cikgu, "cikgu, ni tulis apa cikgu?"
then Aisha pon akan mengeja n membaca perkataan tersebut untuk anak murid dia ni..... "b.. e.. n.. ben.. t.. u.. k.. tuk..... bentuk"
lepas tu anak murid tanya lagi, "cikgu, yang ni apa cikgu?"
Aisha jawab lagi apa perkataan yang aku tunjuk tu..... "b.. i.. s.. bis.. k.. u.. t.. kut.. biskut"
semua perkataan akan aku tanya seolah2 anak murid ini x tahu apa2.....

dengan cara ini, walau perkataan tu pada asalnya dia akan cakap "yang ni saya x tahu eja", tapi dia akan berusaha untuk mengeja n membaca sampai dapat..... ye lah, dah jadi cikgu, kena lah jawab kalau anak murid bertanya kan.....
hehe, sejak dari itu, kalau Aisha ajak main cikgu2, aku layankan aje..... janji dia nak belajar.....

k, sekian

18 October 2013

*Exam next week*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,


erm, next week start 21 - 25 Oktober 2013 my lil Aisha akan ada exam kat tadika dia..... untuk setengah tahun ritu, alhamdulillah keputusan yang memuaskan..... dapat 5A 1B..... untuk hujung tahun ni, aku xder mengharap tinggi sangat, yelah, baru umur 5 tahun kan..... so, harap2 Dizaaisha Umairah dapat buat yang terbaik untuk exam minggu depan..... amin


 Bismillahirrahmanirrahim


********** 
Doa Ibu Bapa Untuk Anak Yang Menduduki Peperiksaan

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah, 

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah, 

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak kami.
Ya Allah, 

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, 

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, 

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

sumber : http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com


**********

Aminn

k, sekian

03 July 2013

*wordless wednesday ~ anakku belajar bawah meja*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,





dah belikan meja tulis, tetap nak buat homework bawah meja.....
but.....
Alhamdulillah, keputusan memuaskan untuk penggal 1 nieh.....
good job Aisha.....
harap2 ia berterusan untuk akhir tahun nanti.....

k, sekian
 

26 March 2013

*Aisha join aktiviti kolaj, kami suami isteri dalam harian metro*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

last Sunday, kami sekeluarga telah memenuhi undangan dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) melalui school my lil Aisha, Tadika Aida untuk aktiviti kolaj kanak2 tadika sempena pembukaan library baru di tempat kami..... baru je kami berdiskusi pasal tadika tempat Aisha belajar ni xder buat aktiviti lawatan macam school lama dia dulu, dah ada jemputan, dan aku pon ada niat dalam hati untuk bawa Aisha ke library ni hujung minggu lepas sempena perasmian dia.....
Alhamdulillah, doa kami termakbul melalui undangan tersebut.....

so, apa yang kami buat kat situ, jom tengok.....



 ini lah rupa bangunan PPAS tu.....
bangunan ni belakang jer dengan Klinik Kesihatan Rawang menghala ke Taman Rawang Perdana.....



keadaan dalam PPAS.....
agak selesa dengan masa memula kami sampai x ramai lagi orang masuk dalam, tapi bila dah ramai macam tu, uhuh, sampai yang duduk kat lantai pon ada jugak.....



antara kemudahan yang disediakan.....
bilik komputer dengan kadar barayan RM0.50/setengah jam yang siap boleh print dokumen..... ada wifi free juga..... bilik air, surau, ruang menonton dan zon kreatif (untuk kanak2)



 playground.....
kat luar ada lah playground kecil je untuk lepas lelah kanak2..... mak pak dok tepi je yerk..... hehe



Zon Kreatif

 

dalam bilik ni lah aktiviti kolaj yang aku cerita masa kat atas tadi tu.....
alah, yang dapat jemputan dari PPAS melalui Tadika Aida tu.....
gambar kiri tu, Aisha tengah salam maskot PPAS, gambar blur sebab aku kat luar di sebalik cermin, mak pak kena tunggu kat luar sebab nanti perasmi nak masuk dalam..... kalu x, mesti gambar ni clear kan.....
 
 

 dah selesai aktiviti kolaj (tampal kertas warna yang dah dipotong kecil2 pada lukisan gambar ikan).....
 dapat lah hadiah setiap peserta yang join..... nampak x kertas yang budak tu pegang ada gambar ikan warna merah tu, Aisha punya warna oren.....
untuk aktiviti ini, cuma dua (2) sekolah tadika yang dijemput iaitu Tadika Aida (school Aisha) n Tadika Rimba Rias kut nama dia.....



 sebelum balik sempatlah amik gambar dengan Teacher Aida (tuan punya Tadika Aida merangkap cikgu tadika Aisha - tudung purple)..... aku, Aisha (baju putih) n kawan Aisha kat school, Duratun kut nama dia.....



majlis perasmian PPAS tu dilaksanakan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Selangor..... orang selangor kenal x nieh..... hehe

lepas ni, kalu ada apa2 aktiviti anjuran school Aisha, in shaa Allah akan kami penuhi kalau xder apa aktiviti lain, terutama yang melibatkan kerja.....

oho, masa majlis tu, kami suami isteri telah di interview oleh wartawan Harian Metro, so sesiapa yang beli akbar Harian Metro keluaran 25 Mac 2013 (semalam) di column Setempat m/s22, in shaa Allah boleh baca apa yang kami komen pasal PPAS ni..... hehe


k, sekian



22 January 2013

*pening kepala tengok nombor*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 x sempat lagi nak bercerita panjang lebar kat sini..... sebab kebizian yang melampau di tengah2 bulan..... karang ujung bulan nak kena update maklumat baru pulak..... kalu sume same jerk dari taun lepas x per, ni nak kena masukkan yang baru, tiap2 bulan ader jerk maklumat bertukar keluar masuk..... kalu sebelum ni aku dah ada pengalaman keje sekarag ni, cuma dulu aku jaga 1 projek jerk, tapi taun ni aku nak kena cover 4 projek yang memerlukan aku key-in beribu2 data setiap bulan..... ok aku tipu, setiap bulan aku kena key-in data 1,900 lebih jerk, tapi tu x campur yang dikatakan tahun ni akan ada tambahan 1,000 lagi data yang akan kena aku masukkan..... huhu

x derlah mengeluh sangat sebab keje ni sebulan sekali jerk, macam orang yang buat gaji tu kan..... tapi kalu salah key-in, memang masalah besar sebab ia melibatkan laporan ke peringkat kementerian..... inshaAllah akan aku buat demi tugas..... cume pening2 tengok nombor tu biasa lah kan, kalu pening ada isi ok jugak kan, upsssss tapi belum lagi pulak..... hehe

dah, x mor taip panjang2..... nanti bertambah pening pulak aku..... meh cuci mata tengok pic my model sepanjang hayat...... sape lagi, Aisha lah..... haha



senyum paksa di pagi hari.....


sebelum pi school, Mama paksa ambik gambo dulu.....


 hehe.....
dah, nak tengok nombor pulak.....

k, sekian