^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

30 November 2011

*Jemputan Perkahwinan Sabtu*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

seperti dijanjikan..... heheh, ada orang tunggu ker..... xper, kengkawan x yah jawab yerk, aku nak jugak tunaikan janji aku tu..... last Saturday kami sekeluarga kecil telah memulakan perjalanan untuk balik ke Johor, Kota Tinggi..... sebelum tu, kami singgah ke Ayer Keroh, Melaka atas jemputan perkahwinan bekas officemate hubby masa kerja di Kuantan dulu yang mengahwinkan anak beliau.....

masa kami sampai di sana lebih kurang jam 2.30 petang, hujan sangat2 lah lebat, nasib baik Pn Jamilah (officemate hubby) buat di Dewan Seri Bestari, Jalan Ayer Keroh Lama..... nak cari dewan senang, nak parking pon agak mudah (mungkin time tu orang dah mula balik)..... disebabkan hujan, hubby turunkan aku di porch depan pintu dewan kemudian baru hubby cari parking di sebelah dewan jerk..... xder pakcik Rela nak marah coz ujan kan..... so, kami diberi kelonggaran untuk parking dalam kawasan dewan.....

time tu, pengantin pon dah selesai bersanding n tengah ambik2 gambo dengan photographer..... dewan pon dah agak lengang dengan tetamu2 yang dah mula balik.....

so, kami pon jumpalah mak pengantin, salam2 tanya khabar, borak lebih kurang n mintak izin nak makan..... lapor siut coz kami dari KL jam 11.00 pagi (terbukti apa yang aku taip dalam ENTRY INI adalah benar), hubby x singgah memana pon cari breakfast..... padahal aku n my lil Aisha dah bangun seawal 7.30 pagi coz ingat hubby nak gerak jam 9.00 pagi..... rupa2nya 11.00 pagi jugak dia gerak dari rumah..... ingat on the way tu hubby nak singgah McD beli breakfast take away..... boleh pula dia cakap "alamak, drive through panjang lah, kita makan kat kenduri je lah"..... hoho, perut aku dah nak menyanyi rap dah nie..... aku bagitau hubby supaya berentilah memana cari makanan..... sampai di hentian sebelah Nilai, ingat hubby nak berhenti, rupanya tak jugak..... "Tak payah berhenti mama, parking penuh lah, nanti kita cari stesyen minyak beli jajan"..... aku pon mengharap apa yang hubby katakan itu akan dikotakan..... last2 sampai ke dewan kenduri, sati hape x masuk dalam perut aku kecuali biskut Cipsmore mini yang aku bekalkan untuk Aisha..... huhu

 so, jom layan pic kami yang tengah makan..... lapo2 pon sempat snap2..... wat kenangan, tapi pic x brape clear..... guna BB jerk mah, snap pon guna tangan kiri coz tangan kanan penuh ngan nasi kenduri..... haha


 hah, ni group orang Johor panggil 'kendarat', semua berbaju biru.....


aku nak ambil gambar pelamin sebenonyer, tapi disebabkan malas bangun dari kerusi, so inilah jadinya..... 
tapi aku suka pelamin dorang..... penuh dari kiri sampai kanan, xder la setonggok jerk atas stage tu.....
erm, tengok bayaran lah pulah kan..... hehe


 owh anak omak.....makan cream cupcake macam makan ais krim.....
habis comot mulut sampai ke hidung penuh dengan cream.....


 my hubby yang sebenarnya lapo tapi x nak ngaku.....


 see, dalam pinggan penuh dengan lauk..... kata x berapa lapo kan masa dalam perjalanan tadi.....


 last, ofkos lah aku nak enterprem jugak.....
my lil Aisha, mata tengok pengantin tengah posing2 kat pelamin, tangan sibuk kopek telur nak makan.....

tamat.....

perjalanan kami diteruskan untuk menuju ke rumah Wak Amat & Mak Junah (abah ngan mak aku lah)..... lebih kurang jam 6.00 petang kami sampai di rumah..... sepanjang perjalanan Aisha tidur kekenyangan makan telur..... dah sampai rumah abah, baru bangun.....

malam tu xder aktiviti pape, kecuali makan2 sambil borak2 ngan family yang dah lama x jumpa..... lepas kami sampai, family Uteh sampai, lepas tu Usu pulak sampai, x lama lepas tu Kak Yah balik dari kerja dan diikuti family Kak Long sampai, last sekali adalah family Mak Uda sampai n kami sambung borak2 kat meja makan..... gambo nan hado, yelah dah sampai kampung, xder nyer sibuk nak bergambo2..... borak n berkongsi cerita lebih penting dari bergambo..... haha

esoknya, kami buat barbeque sempena anniversary mak n abah yang ke 42 tahun..... lain n3 yerk..... insyaallah

k, sekian

*Jawapan INI, INI mungkin DI ENTRY INI*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

ingat x last week aku ada up n3 pasal keyword yang ntah2 hape2 orang search kat blog aku ni kan.....
yang first n3 adalah.....

dan second n3 adalah.....

dan yang terbaharu dari Nuffnang adalah
(nampak x? kalu x nampak sila klik yerk..... memang saje kecikkan saiz pic nie)
maka,
mungkin aku dah jumpa jawapannya di sini.....
dan ia mungkin adalah.....


mungkin la kut kan.....
sebab dalam entry tu ada perkataan yang seakan akan sebutan dan ejaan seperti yang dicari oleh pencari itu.....
kalu korang nak tau n3 apa, korang klik jerk link tu.....
aku xmor taip dah kat sini.....
nanti lagi ntah hape2 pulak yang di search oleh orang2 yang x bertanggungjawab kan.....
bukan mahu menidakkan penggunaan search engine di zaman IT ni, tapi aku rasa seram pulak.....
maklumlah, dunia tanpa sempadan ni kan, kita x tahu apa yang orang pikir, apa yang orang cari, apa yang orang buat.....
tapi boleh tersebar dengan sekejapan saja..... (wah tetiba keluar bahasa DBP laks.. hehe)

so,
harap lepas ni xder la lagik keyword yang pelik2 singgah kat blog aku nieh.....
tapi kalu ada.....
aku nak halang macam mana kan.....
huhu


29 November 2011

*keyword nuffnang paling panjang.....*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 *..... di blog aku setakat ini*
(hah, baca perkataan di atas bersambung dengan tajuk n3 yerk kengkawan)


huh,
orang cerita Nuffnang nieh sume pasal Bufferd Earning = BE
atau
cerita pasal Pendapatan Terumpuk = BE

kalu x pon,
cerita pasal dah cash out kali ke 6,7,10
atau
cerita pasal RMxxx yang di cash out bulan nieh

tapi aku,
asik ler share pasal keyword, keyword, keyword
dan
kali nieh keyword lagik

maklumlah, BE xder, RM pon x banyak.....
so, ini jel lah yg aku nak share.....
haha

jom layan keyword apa lak kali nieh.....


 'peribahasa allah turunkan hujan tetapi selepas itu ade pelangi yg indah'

hah, x ker panjang nak taip keyword kat search engine tu.....
tabah betul orang yang taip keyword tu kan.....
tahniah buat beliau.....

n3 tersebut adalah merujuk kepada

erm..... masih teringat2 ngan drama Nora Elena yang dah lama abis tu kan.....
erk!! ada lagi ker kengkawan yang ingat?
walopon aku tengok drama tu ada yang mis2 jugak.....
tapi part yang paling best adalah episod (jgn tanya aku episod berapa yerk) masa Seth ngan Nora balik dari honeymoon n sampai jerk kat umah, Nora buka bonet kereta n.....
tada! banyak nyer bunga ros dalam bonet tuh.....
(sampai ari nieh aku mengharap hubby buat macam tuh...tapi nan hado... huhu)

erm, jiwang ker aku nieh?....

k, sekian


*Cerita hujung minggu kami*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

nak cerita, tapi pic xder lagik.....
nak masuk pic, tapi pic dalam BB lagik.....
nak upload pic, tapi cable BB x bawak.....

nak share moment kat kampung, tapi xder pic.....
eh!! pic ada, tapi dalam memory card kamera hubby.....
nak copy pic, tapi x bawak memory card.....

last2
nanti2 lah aku upload cerita hujung minggu kami yerk.....
sorry

hehehehe


*Resepi - Telur Rebus Pelangi*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

 Bahan : Telur Ayam, Air & Periuk untuk merebus


 Rebus telur ayam sehingga masak


 Ketuk kulit telur yang dah direbus supaya retak


 Seperti ini


 Sediakan pewarna makanan yang dikehendaki dan plastik


 Masukkan telur yang telah diretakkan kulit ke dalam plastik, dan tuang pewarna ke atas telur tersebut


 Tutup plastik tersebut supaya pewarna rata ke seluruh bahagian telur, biarkan sebentar


 Cuci telur tersebut untuk membuang lebihan pewarna pada kulit telur


 Kupas kulit telur


 Telur Rebus Pelangi sedia untuk dihidang.....
dah macam telur dinasor ye jugak kan.....


 Bahagian dalam telur rebus setelah dipotong

 p/s : jangan tanya lebih2 pasal resepi ni coz aku C&P dari email yang tiada penerangan apa2, aku yang memandai letak description pada setiap gambar.....



25 November 2011

*Ya ALLAH, permudahkan perjalanan kami*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

Hari Sabtu
perancangan aku untuk join VFT, di Sunway Pyramid Convention Center x menjadi coz ada urusan lain yang menuntut keutamaan.

esok kami akan bertolak ke Melaka, hubby ada urusan di sana, aku x pasti apa
katanya bertolak dari rumah lepas bangun dari tidur..... hah! pukul 11 tghari lah tu.. haha
\\hari ini (Jumaat) hubby balik lewat coz ada nak ken wat persiapan tempat dewan di opis, so dia balik malam karang baru boleh tanya betul2 perancangan untuk esok//

dari Melaka, kami akan teruskan perjalanan ke Kota Tinggi, Johor..... 
BALIK KAMPUNG!.... ooo BALIK KAMPUNG!.....
lama giler weh x jenguk mak n abah yang dah pon sambut anibersari ke 42 semalam.....

Hari Ahad
mak n abah ada rewang kat umah Cik Timah.....
kami adik beradik ada plan nak buat majlis kecil2an untuk sambut anibersari MAK & ABAH lepas mereka balik rewang.....
\\hoho, korang jangan bagitau mak ngan abah aku tau, pecah rahsia nanti x best arr kan, x surprise..... hehe//

Hari Isnin
xder plan pape lagik
tapi yang penting dah kena siap2 nak balik KL lorrrrr



semoga perjalanan dan urusan kami di hujung minggu ini, sempena cuti Awal Muharam akan dipermudahkan oleh-NYA..... Ameen


 *Salam Maal Hijrah*
buat umat Islam di seluruh dunia


*2012 = 2*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 pergh!!!!! tajuk..... agak2 ada yang faham x?......
hehe

okeh,

 ini klu pertama

cerita penuh boleh baca kat SINI



ini pula klu kedua

 maklumat lanjut boleh tengok SINI pula


so, maknanyer.....
pada tahun 2012
aku akan dapat 2 orang anak kembar sedara
tu yang jadi
2012 = 2

sorang dari KAK MAS (mokda Aisha) dijangka lahir pada bulan April 2012 (anak kedua)
n
sorang dari UTEH (mokteh Aisha) baru semalam tahu dan dijangka lahir pada Ogos 2012 (anak pertama)

TAHNIAH!!!
aku tumpang gembira untuk mereka berdua.....
aku? erm, masih lagi berusaha untuk mencari adeeq Aisha n cucu mak n abah



24 November 2011

*Delete URL blog tidak aktif dari blog manager di akaun Nuffnang*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
erm... sebelum ni aku mmg x pernah up n3 pasal nuffnang kan..... maklumlah, aku nyer RM gerak macam siput walau dah setahun letak iklan tu,  BE pon x penah dapat,tp aku x berapa nak kisah sgt coz tujuan aku tulis blog memula dulu sampai sekarang adalah untuk SOMETHING TO SHARE WITH..... tapi kalu ada, itu bonus kan.....

tapi sejak minggu lepas aku ada hadapi masalah yg sama ngan beberapa blogger iaitu status Glitterati dah xder pada aku, n xder la plak aku nak tanya2 pd pihak Nuffnang pasal mende nieh, x reti lor..... huhu, tu lah, orang join, aku pon nak join..... orang letak iklan, aku pon nak letak iklan..... tapi x tau buat mende2..... iskiskisk

okeh, balik ke pangkal jalan..... so, bila dah ada beberapa blogger yang up cerita nieh, maka aku pon try buat macam yang dorang sarankan..... delete URL blog yang x aktif dari blog manager di akaun nuffnang

n
alhamdulillah status aku kembali kepada Glitterati..... tapi still xder BE..... muahaha

so,
kepada blogger INTAN dan IZAN aku ucapkan tq bebanyak coz korang adalah wakil Nuffnang pada aku..... hehe 


*gambar tetek sapa pulak kali nie?*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 sebelum ni *gambar tetek chexxx ana* yang di cari



hari ni *gambar tetek yatt* pula yang terpampang kat Keywords Analytic Nuffnang aku nieh.....
apa lah kejadahnya aku nak up gambar2 macam nieh.....
ada pulak orang yang search perkataan tu yerk..... huhu

aku x tau sapa cik atau puan YATT tu...
tapi aku nak mintak maaf kalu ada sesapa yang bernama YATT di luar sana

n
kepada pencari itu, aku nak tanya, ada jumpa ker gambar yang dicari itu.....?
udah2 ler tu.....
bawak la cari mende lain.....

p/s: cari design 'serving brass metal tray' lagik bagus, leh tolong aku wat design produk untuk taun depan.....


*Happy Anniversary*

14 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 lanjutan n3 INI.....


pada tarikh ini, 24 November, dalam tahun 1969, pukul berapa aku x tau... hehe
sepasang kekasih
Muhamad Bin Osman dan Zunainah Binti Jikan@Rajikan 
telah diijabkabulkan secara sah di Kampung Parit Raja, Gersik, Muar, Johor.

setelah mengharungi bahtera rumahtangga yang ada gaduh2 manja gitu pasang surut, mereka telah dikurniakan dengan 7 orang cahaya mata yang comel2 belaka, 6 perempuan, 1 lelaki. namun pada tahun 2005, seorang dari anak perempuan mereka telah dijemput Illahi kerana jangkitan kuman di kepala.

kini, pada tahun 2011, bahtera mereka telah memasuki ke 42 tahun dengan pertambahan cucu2 tersayang seramai 7 orang. insyaallah tahun 2013 akan bertambah cahaya kegembiraan mereka dengan kehadiran seorang lagi cucu yang bakal diterima.

semoga kebahagian mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat dengan kaletah anak cucu yang ntah pape tu dan terus terus terus ke syurga



 ABAH & MAK
happy 42th anniversary

windu sangat sangat sangat sangat sangat sangat
muah muah muah muah
semoga kebahagian, kesihatan, kemewahan dan ketakwaan mengiringi perjalanan loving couple kami ini sentiasa selamanya
"tayang yai, tayang nyai" Aisha (please change 'T' to 'S')



dari kami nan jauh,
(nak edit ala2 kak eB tp x jadik, hehe)


p/s : nak bagi adiah aper yerk?..... hehe
any idea?.....
2nd p/s : ralat, kehadiran cucu baharu adalah pada tahun 2012..... hehe (thanx uteh coz menjelmakan diri akhirnya)
dan bukan seorang, tetapi 2 orang..... insyaallah..... ameen (update : 05.04pm)



*Cara update BLOG ala2 FB*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin






 morning friends, hari ni x smpat nak cerita panjang..... busy weh..... :)


23 November 2011

*Wordless Wednesday - Malaysia Art Book Fair 2011*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin





source : BSLN


*PIRING ASTRO TIDAK MENGHADAP QIBLAT @ KAABAH(pembetulan) *

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,
aku pernah keluarkan artikel *betulkah piring astro menghadap kaabah*  sebelum ni yang di copy paste dari satu blog lain..... dan di bawah ni ada lagi satu artikel yang menyangkal dakwaan tersebut, jom baca

 
Baru baru ini saja ada terbaca satu artikel yang berbunyi "Mengapa Piring Astro Menghadap Kaabah/Qiblat". Apabila membaca artikel tersebut palbagai teori sains yang dikaitkan dengan Kaabah telah dikupas. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah artikel tersebut mengatakan kebanyakan piring astro menghadap ke arah Qiblat lantas saya terkejut dengan kenyataan ini kerana dari pandangan mata kasar saya sendiri piring astro tersebut tidak langsung menghadap ke arah qiblat malah jauh terpesong ke arah lain. Kecuali orang yang tidak mengambil tahu arah qiblat yang betul mempercayai perkara ini yang mana jika dibiarkan ia boleh merosakkan aqidah umat Islam. Sebab apa saya berkata demikian?, ya berdasarkan komen sama ada di dalam forum, facebook mahupun blog, ramai yang percaya perkara tersebut dan ada yang mengaku apabila ke tempat yang tidak tahu arah qiblat mereka hanya melihat arah piring astro tersebut dah arah tersebutlah qiblat mereka. Sesungguhnya orang yang menyiarkan artikel ini memang akan merosakkan aqidah umat Islam dan beliaulah bertanggungjawab apabila ada orang sembahyang berqiblatkan arah piring astro.

Saya telah membuat siasatan dan kajian saya menunjukkan arah qiblat dan arah piring astro jauh berbeza. Bukan sedikit perbezaan malah sangat jauh dan jelas dilihat dengan mata kasar. Mungkin orang yang menyiarkan artikel ini tidak prihatin atau mengambil berat dengan arah Qiblatnya.... cuba lihat gambar di atas dan saya nasihatkan agar mereka yang percaya arah astro sama dengan arah qiblat tolong ambil kompas dan buat eksperimen seperti yg saya buat.. untuk mengetahui kedudukan arah qiblat dari tempat anda sila rujuk laman web Jakim http://www.e-solat.gov.my/ ...Wallahu a'lam......


kat umah aku xder piring ASTRO, so aku x boleh nak sah kan betul atau tidak, tapi blogger lya dah sahkan dalam komen box aku dalam n3 lepas n kawan opis aku pon mengiyakan yang piring Astro kat umah dia memang ngadap Kiblat..... so, sesiapa yang ada kemudahan atau sumber sahih berita tersebut silalah bkongsi2 yerk.....

p/s : aku kat umah guna kompas jerk masa mula2 nak tentukan arah Kiblat dulu,
kalu pi memana pon aku bawak kompas untuk tujuan yang sama.


*Review Makan Makan - Sate Kajang Hj Samuri Selayang Mall*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

hurm lama aku x buat n3 review tempat2 makan kan..... bukan apa, aku rasa macam terajin pulak nak masak kat umah, kalu kuar pi memana, aku pasti kan kami akan makan dulu kat umah atau balik dari jenjalan kat luar, aku akan pastikan aku sempat masak untuk kami makan bila sampai umah nanti.....

so sambung pada n3 semalam, 'misi mencari kain batik sarung'..... kami teruskan dengan misi hubby belanja kami makan Sate Kajang Hj Samuri di Selayang Mall..... sebelum ni pernah makan di R&R Awan Besar, Taman Melati, so kali ni makan di Selayang Mall pulak.....

jom layan gambar sambil aku cerita..... okeh.....


hoho, dak tecik sedang order ngan abang hemsem.....
apa yang di order tu yerk.....
 sate ayam 10 batang..... sate perut 5 batang......
air milo ais untuk papa..... air sirap bandung untuk mama n Aisha.....
nasi impit kongsi2 n free timun yang hanya menjadi hiasan tanpa ada sape2 usik.....
kami x mkn timun..... huhu


 papa layan sate perut sensorang..... mama x makan, Aisha apatah lagik.....


 Aisha sedang menikmati sate ayam yang lembut.....
x macam yang kat Tmn Melati tu, ada keras sikit.....


 Aisha dengan air sirap bandung yang x berapa manis..... i like.....
nampak x ada luka kecil di jari kelingking Aisha tu, ari jumaat ritu balik dari taska, dia tunjuk kat aku.....
"Mama..... takit....." sambil tunjuk jari dia.....
aku x tau napa, so aku just sapu krim gamat jerk, harap2 ilang macam luka kat mata Aisha masa kena mercun raya ritu.....

erk!! gambo aku xder ker?..... huhu inilah nasib sang blogger kan..... keje asik ler ambik gambo orang, last2 gambo sendiri xder..... lupe nak suruh hubby ambikkan.....


 hah!! apa pulak lah anak dara aku buat nieh?.....


 dengan kaki kat atas penyandar seat, dengan mulut terlopong.....

owh, kat sini ada 2 ruang, bahagian dalam kedai yang ber'aircond dan ada tv, bahagian luar open air untuk mereka yang merokok.....
so, my lil Aisha tengah layan BoboiBoy kat tv.....

 ini total kami makan ari tu..... hubby belanja.....
makan xder la byk sangat..... tkut x abis lak kalu order banyak2 kan.....
membazir amalan syaitan.....

so, secara keseluruhan aku puas hati makan kat sini, better than yang kat Taman Melati tu coz makan kat situ ada sikit bau masak2..... harga same jerk kat sume cawangan Sate Kajang Hj Samuri kan.....
walopon kedai kat sini kecik jerk tapi selesa bagi mereka yang bawa anak yang suke berjalan macam Aisha nieh..... pintu sentiasa tertutup, maklumla..... air cond kan.....
sampai jerk kat pintu, ada sorang waiter dah tunggu, boleh order kat kaunter n trus bayar atau trus duduk kat meja n ada orang ambil order..... tapi sebelum menu sampai, kena bayar dulu di kaunter yerk..... hehe

so, i like to have a meal here.....
hubby..... bila nak belanja makan sate lagik?.....

p/s : tetiba terbayang nasi kukus ikan keli Taman Melati



# Khasiat Manggis # Rahsia Duit Online # New Rich Club #

22 November 2011

*Misi mencari Kain Batik Sarung*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

last Sunday sepagian dok kat umah jerk..... dah mula rasa bosan coz ari sabtu seharian dok kat umat jerk..... maklumlah ujan kan..... huhu
ingat nak pi jimba2 kat Tasik Titiwangsa, dah lama x ajak Aisha main kat playground situ..... tapi hajat x kesampaian coz hujan hujan dan hujan.....

so, petang Ahad tu memang dah x boleh tahan, pepagi dah cakap ngan hubby.....
"Jom kuar, pi survey kain batik yang mak nak tu"
"Kan ker mama dah bagitau UMI suruh cari" (UMI = my MIL)
"Dah bagitau dah ari tu, tapi umi cakap kat SANA mahal, lagipon sekarang ni KEDAI tu anak dia yang ambil alih, tu yang umi cakap mahal....."  (SANA = Kuantan, KEDAI = tokey tempat MIL ambil stok kain buat jual)
"ooooo..... hah jom lah, tapi petang lah, papa nak basuh kereta dulu....."
"ok....."

dah sampai tengahari, hubby x kuar pi basuh kereta pon.....
last2 bila di tanya, "Malas lah, nanti ujan, rugi jerk basuh..... karang kotor balik"
huhu, 
kalu tau dari pagi tadi kami dah kuar.....

so, petang tu, lepas Aisha bangun tidur sesi petang, lepas Aisha tengok Wonderpets, Lepas Aisha tengok Go Diego Go..... owh! Dora The Explorer x sempat tengok, aku dah angkut Aisha mandi n siap2 nak kuar.....
lambat2 karang ujan lak, x mor arr plan cancel lak kan..... huhu

memula plan nak ke Pusat Pakaian Hari Hari, x mor pi yang kat KL..... susah parking
then decide pi belah2 selayang..... ada Hari2 tapi kena menyongsang arus lah plak.....
bajet nak pi pasaraya yang ada jual barang borong lah kan.....
so, pi Sakan..... kat Selayang Point..... x banyak pilihan.....

at last sebelum hubby ajak makan kat kedai Sate Kajang Hj Samuri, Selayang Mall.....
tetiba mata aku ternampak 1 signboard..... baik punya.....

TADA!!!!!

apa lagik..... hasutlah hubby ajak singgah.....
hehe lagipon kedai ni seberang jalan jerk ngan Selayang Mall tempat nak makan sate tu kan.....

so, di situ, aku terus dengan misi.....
misi mencari kain batik sarung untuk kenduri kahwin USU taun depan
aku telah ditugaskan untuk mencari cenderamata untuk orang2 blok yang akan rewang nanti.....
dengar kata nak kena cari t-shirt pulak.. huhu tp x kompem lagik.....

ok, jom terjah apa yang aku jumpa.....

kain batik sarung buatan terengganu jenama Nur Kasih RM112.50 (10 helai)
saiz 118cm x 200cm, siap jahit
 kain batik sarung made in malaysia jenama Kerang Mas RM120.00 (10 helai)
saiz 115cm x 200cm, x ingat dah jahit ke x


 kain batik sarung made in malaysia jenama Madu Manis RM105.00 (10 helai)
saiz 45inci, rasanya dah siap jahit

 so, nak kena bagitau pada puan yang order, nak yang mana satu.....
kalu bagi kat aku, aku pilih yang 1st tu coz corak n warna dia cantik dari yang lain.....
ada lagi banyak pilihan kat sini..... cuma x larat nak ambil gambar sume, lagi pon abangla2 kat situ sibuk tengah susun2 barang..... malu lorrr...... huhu
harga pon boleh tahan, tinggal sedia duit jerk nak yang mahal ker nak yang murah.....
yang penting kualiti kena jaga.....

dah habis misi aku.....
misi hubby pulak cari seluar slack n belt nak pakai keje.....

sambil2 hubby test seluar dalam kotak kecik.....
aku layan Aisha lak dengan misimencari cotton bud.....

jom layan.....

 hoho, sebelum tu, ambik Pet Pet dulu yerk.....
"erm, yang kecik dah la yerk mama, kat umah stok ada lagik kan....."
(jangan betulkan mata anda, memang gambar ni yang blurrrrr)


 la..... bila la pulak anak aku ni hangkut payung tu..... huhu
see, Pet Pet tetap menjadi pilihan hatiku.....


 pilih pilih pilih..... kualiti itu penting.....


 ambik letak, ambik letak, ambik letak..... 
banyak pulak kaler, x tau nak pilih mana satu.....


 penat pilih, sampai terduduk anak dara aku sorang nieh memilih cotton bus yang berkenan di hati.....


last2, payung ntah ke mana, Pet Pet ntah ke mana, cotton bus ntah kemana.....
sume aku letak balik kat tempat asal.....
muahaha tunggu mama gaji yerk sayang.....

di situ, cuma hubby jerk yang melangsaikan misi dengan membawa balik seluar slack 1 helai n belt 1 (helai, gulung, batang, utas erk..... apa penjodoh bilangan untuk belt yerk.....?)
 dan kami rembat juga stok2 makanan n minuman di tingkat bawah.....
wajib yerk shopping makanan walau di mana kami berada.....
hehe
lepas tu kami ke misi seterusnye.....
hubby belanja.....
thanx hubby
sayang mmuahhhh mmuahhh

cerita? next entry okeh.....
hehe


*TIHANY minggu akhir [] TAHNIAH harimau muda*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,
FB bola!, TWITTER bola!, BLOG bola! BBM bola! RADIO bola!..........
dari malam tadi x habis2
aku dah lambat kut nak up cerita nieh tapi
aku nak jugak cerita.....
ada yang sudi baca ker?
terima kasih bebanyak.....

sebelum tu aku nak cerita pasal

 minggu ni minggu akhir kan.....
adakah Tihany akan berubah semula dan kembali kepada Azman?
camane pulak dengan Imran yang dah mula nak berubah jadi baik tu?
apa pula bukti2 yang ada pada Katrina?
bila Suraya nak terima balasan atas kesalahan dia selama nie?

huhu, x sabar nak tunggu episod malam ni
nak tengok kesudahan drama slot Ratu di TV9 nieh.....

 sekarang cerita pasal
 Bernama


aku cuma nak cakap
TEAM Malaysia Hebat..... apa rahsianya?
kerana MALAYSIA ada seorang MUSLIM, ada seorang TAMIL, ada seorang GURU.....
dan yang penting Team Malaysia ada khairul fahmi che mat yang sentiasa cermat menangkap BOLA.....
dan Malaysia juga ada baddrol bakhtiar yang sentiasa berikhtiar menjaringkan gol dari jarak jauh.....
dan yang paling HEBAT adalah kerana Malaysia ada ONG
(Ong Kim Swee)
hehe

TAHNIAH Harimau Muda.....
Auuummmmm!!!!!!!!!!

x pernah2 aku tengok bola kat TV tetiba malam tadi macam ada aura yang mengatakan Malaysia akan menang..... so aku boleh layan bola Malaysia vs Indonesia sorang2 jerk kat umah lepas drama Tihany..... hubby keje balik lewat coz buat persiapan Malam Media di Kraftangan Malaysia..... my lil Aisha tetiba malam tadi tidur awal..... Alhamdulillah, x sia2 aku tertengok bola sampai akhir lak tu (sebelum ni kalu tengok pon 1/2 masa aku dah bosan.....huhu)..... kan hubby kan.....


p/s : erm, Malaysia menang bola
Johor cuti.....
KL bila nak cuti yerk?..... (mood jeles nieh)



21 November 2011

*Umur 3 tahun pertama anak - bermain itu penting*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Bermain adalah penting dalam tempoh tiga tahun pertama kehidupan kanak-kanak. Belajar melalui bermain dalam tahun-tahun awal boleh merangsang perkembangan otak kanak-kanak.

Carrie Lupoli, pengasas pembelajaran pakar
Live and Learn Asia (www.liveandlearnasia.com/), berkata bahawa terdapat banyak penyelidikan baru tentang kuasa permainan dan bagaimana ia berkaitan dengan perkembangan otak.

"Mengapa kita memberi tumpuan kepada aktiviti bermain? Ini adalah kerana pembangunan otak di kalangan kanak-kanak adalah begitu kritikal, "katanya.

Lupoli memaklumkan penyelidikan yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan permainan, membangun dan mengukuhkan hubungan dan pendawaian sebenar dalam otak kita.

Beliau menyamakan perisian muatan pada
“hardware” atau otak kanak-kanak.

"Anda perlu memasang perisian yang betul supaya ia boleh digunakan untuk program yang betul."

Lupoli berkata bagi pembangunan yang sihat, kanak-kanak perlu:
  • Pemakanan pranatal;
  • Makanan, pakaian dan tempat tinggal;
  • Hubungan Selamat - hubungan awal mempengaruhi perkembangan bayi;
  • Interaksi Sosial; 
  • Peluang untuk meneroka;
  • Tekanan yang rendah.
Menurut beliau “must do’s” untuk otak yang sihat adalah:
  • Sentuhan;
  • Hubungan - kanak-kanak perlu tahu bahawa apabila ibu bapa mereka pergi (ke tempat kerja atau untuk beberapa jam) bahawa mereka akan kembali;
  • Harga diri - ibu bapa harus memuji usaha anak-anak mereka untuk meningkatkan keyakinan diri mereka; 
  • Komunikasi - ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak mereka walaupun bayi kecil tidak akan bertindak balas dalam kata-kata;
  • Bermain - membina kemahiran sosial, perkembangan kognitif.

Untuk membantu ibu bapa memilih mainan yang baik, Lupoli memberikan ibu bapa garis panduan ini:
  • Pilih pelbagai alat permainan;
  • Permainan kanak-kanak bukan hanya "menghiburkan"  (mainan yang membuat bunyi yang banyak dan mempunyai imej bergerak);
  • Sentuhan (sesuatu yang mereka dapat merasakan);
  • Tidak semua sekali gus! (tidak terlalu banyak mainan dan mainan menghiburkan pada masa yang sama kerana ini mungkin overstimulate bayi);
  • "Real" item vs Flashcards (ia sentiasa lebih baik untuk menggunakan epal yang sebenar daripada Gambar epal, kerana ia membantu kanak-kanak itu merasa, meneroka, menimbang, rasa, dll);
  • Pretend play (ini membantu kanak-kanak itu menjadi kreatif dan menggunakan imaginasi mereka);
  • Buku Tebal (satu lagi pilihan untuk dimainkan);
  • Puzzles (baik untuk kemahiran menyelesaikan masalah); 
  • Cari cara-cara baru untuk bermain dengan objek yang tetap.