^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

2.11.11

Home » , , » *2nd Day My Lil Aisha @ Taska Temanku*

*2nd Day My Lil Aisha @ Taska Temanku*

salam,

huhu, semalam punya entry aku rasa tabah lagi nak menulis menaip, tapi untuk 2nd day ni aku rasa sebak sesangat..... 

pagi tadi, kami dah siap2 nak pergi kerja, Aisha masih lagi tidur..... bila aku buka jerk pintu nak keluar dia tersedar dari tidur (kami tidur di ruang tamu jer akhir2 ni)..... aku tengok dia ok jerk, tapi tetiba "Umi....." alamak betul ke apa aku dengar nie, "Apa Aisha?" aku minta kepastian "Nak umi....." hoho, time ni aku dah risau n rasa sebak coz tetiba dia teringat kat 'umi' pengasuh..... "Umi tak der la sayang, umi balik kampung"..... aku cuba pujuk my lil Aisha dengan dokong dia letak atas kerusi..... "Nak susu....." alhamdulillah, dia dah minta yang lain selain dari 'umi'..... "Aisha nak susu?, nanti mama buatkan yerk" aku tanpa berlengah takut lambat sampai opis, trus buat susu untuk Aisha.....

siap buat susu, aku pakaikan sweater pada Aisha n angkut jerk dia naik motor..... so, hari ini dalam sejarah my lil Aisha minum susu atas motor..... huhu

sepanjang atas motor aku cuba pujuk Aisha untuk pergi ke school, 

'Aisha ari ni pi school yer...'
'Nanak...'

'Ari ni Aisha dok ngan nenek ye'
'Nanak...'

'Kat school ada cikgu, ada nenek. Aisha pi school ye'
'Nanak...'

'Aisha pi school la, kat sana boleh main, main dengan kengkawan, kawan ramai kan'
'Nanak...'

alorrr, aku dah risau dah time ni, sume apa yang aku cakap dia balas dengan 'Nanak...' so aku diam jerk lepas tu sampai lah ke taska. di taska, turun dari motor, Aisha nampak macam biasa, salam papa, cium papa, babai papa, flying kiss kat papa..... so aku bawa trus ke taska

nampak je cikgu depan pintu, my lil Aisha masih ok, x menampakkan riak2 untuk menangis, siap hulur tangan nak pergi kat cikgu, tapi.....

bila cikgu sue (hari ni baru aku tahu nama cikgu yang jaga Aisha adalah cikgu sue) ambil dia dari dokongan aku..... trus dia menangis..... 'Mama..... Mama.....' sambil nangis sungguh2..... huhu, aku dah x tahan sebak dah time nie, mengalir jugak sikit air mata aku tengok dia nangis (mana boleh nangis lebih2 kan, nanti cair mekap... hehe) 'Mama..... Mama.....' nangis lagi dia sambil tangan hulur kat aku nak mintak aku ambil..... so, cikgu sue trus jerk bawa Aisha masuk dalam bilik n pujuk. aku pon x nak lah dok lelama kat situ, karang banjir lak pintu taska tu..... huhu

lepas tu, aku trus pi kat hubby n siap untuk pi keje..... 'Aisha camane?' tanya hubby..... 'Dia nangis jugak tadi, tapi cikgu dah bawa dia masuk dalam, x tau lah macamana.....'

so, itulah episod 2nd day my lil Aisha @ Taska Temanku..... sampai sekarang kat opis aku masih terpikir2 camaner la Aisha lepas ketiadaan aku..... harap2 dia boleh dipujuk coz semalam penyelia cakap yang Aisha dok kat taska tu dia ok jerk, suruh makan dia makan, suruh mandi dia mandi tapi sepanjang hari dia senyap jerk, mungkin tempat baru kan..... iyer ker?..... huhu

so, moga2 hari ni Aisha semakin ok n dah sedia nak berkawan..... dah, x mor sedey2 dah..... jom layan pic Aisha malam tadi.....

 'hai auntie n uncle..... nama saya Aisha'


 'sebelum ni saya duduk dengan umi, umi panggil saya chacha'


 'tapi mula semalam mama n papa antar saya kat school'


 'kat school ada ramai cikgu, ada ramai kawan'


 'semalam saya baik je kat school, tapi balik rumah saya nangis jerk sepanjang jalan sampai ke rumah'


 'hari ni, saya nangis lagi masa mama saya antar saya kat school'


 'auntie n uncle doakan Aisha rasa seronok duduk kat school ye, Aisha nak school tapi belum biasa lagi, bagi masa untuk Aisha suaikan diri yerk, Aisha sayang mama n papa'


 p/s: semoga hari ini lebih baik dari semalam

5 comments

November 2, 2011 at 2:08 PM

mesti sayu jer kan dgr dia nangis..
Takpe..nanti lama2 ok lah tu..

November 2, 2011 at 2:18 PM

aisyah lom biasa x pe nnt lama2 dia akn ok

November 2, 2011 at 3:35 PM

mmg payah masa baru2..

sama cam anak sya...

doa byk2 k...insyaAllah esok lusa lebih baik

November 2, 2011 at 4:52 PM

owhh cikgu sue ye...

kalo cikgu sue tu comel mcm mak sue die mesti x nanges hehe

November 3, 2011 at 11:50 AM

alamak aii kak..bab nanges2 nie yg letih kita dibuatnyer..lau alynn pun x bley tahan silap2 ari bulan dgn2 alin2 skali dok kat taska tu..tapi lau ikut cara alin tu pai biler pun x selesai masalah..pai biler pun anak kite xkan biasa dgn taska n anak2 kat taska tu..ye lar dari kecik aisha kenal umi..mmg kena amik masa sket utk biasakan diri..

aisha, mama alin harap aisha akan hepi kat taska yer..aisha good gurl..

Post a Comment