^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label ragam anak di taska. Show all posts
Showing posts with label ragam anak di taska. Show all posts

12 October 2012

*Video ~ Gajah Si Kaki Empat by Aisha*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,
hari Jumaat sudah.....

hurm,
lama dah x upload video kan..... hehe, harap2 family kat Johor nuun kalu bukak entry ni, leh tunjuk kat Nyai ngan Yai yerk buat lepas rindu, sebelum jumpa next week..... hehe

jom layan
 



 lirik Gajah Si Kaki Empat

Gajah Si Kaki Empat
Gelek Gelek
Gajah Si Badan Besar
Gelek Gelek
Telinga Macam Kipas
Ada Satu Belalai Panjang
Gelek Gelek


ha, kalu xder lirik ni agak2 dapat faham x apa yang anak dara aku ni nyanyi..... maklum lah pelat dia tu kadang2 susah nak faham..... hehe
pape pon Mama n Papa terhibur sangat ngan persembahan Aisha nie.....
actually ni rasanya lagu last yang Aisha belajar masa kat school lama.....
so selamat terhibur yerk.....

k, sekian
 

05 October 2012

*tecer, nak tawer*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

alhamdulillah, sampai sudah hari Jumaat penghulu segala hari.....
ha, hari ni jugak dah cukup 1 minggu Aisha a.k.a Umairah dok kat school baru, selain dari kejadian x best ari tu kat Aisha..... sekali lagi alhamdulillah, coz dia dah sangat2 ok kat school baru nieh..... dah xder drama air mata dah, dia ok jerk bila bibik ambik dari dokongan aku..... berkat doa kengkawan jugak kan.....

so, nak cerita Aisha n her teacher..... setiap petang time kami sampai kat school tu, dari jauh dia dah nampak kami..... terjerit2 lah dia, "tektu, mama datang! tektu, mama datang!" sambil lompat2..... haha, anak dara oh anak dara.....

then ari selasa lepas, 2nd day dia di school baru..... petang, lepas salam ngan bibik, lepas salam ngan teacher tetiba Aisha minta sesuatu dari aku..... "mama, nak tawer"..... sambil tangan dok tunjuk kat halaman school..... aku tanya dia nak apa..... "nak tawer" tangan still lagi tunjuk kat halaman school tapi lebih specific kat pokok Ixora a.k.a pokok bunga siantan..... aku terus lah suruh dia mintak kat teacher..... dia pon pi kat pintu n mintak izin.....

"tecer, nak tawer"..... 3 4 kali lah dia cakap gitu kat teacher tu n teacher tu x berapa paham dia nak apa..... so aku jadilah perantara..... "Aisha nak flower puan"..... oho, barulah teacher tu paham..... n mendapat keizinan untuk ambik..... then Aisha pi kat pokok bunga siantan tu n ambik flower.....

maner flower tu?

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

 TADA!!! inilah flower ixora yang Aisha ambik kat school petang ritu.....

hehe, ni nak kira sebatang ker, sebutir ker camner nieh..... sampai kat umah, Aisha try selit bunga ni kat rambut aku..... "mama, tantik x mama?"..... aku pon iyekan..... "cantik"..... hehe

Aisha semakin bijak untuk mencantikkan diri..... tu belum lagi sibuk nak ber'make-up tiap kali nak kuar umah..... padahal aku x pakai pon segala make-up2 tu sekarang ni, dah malas wooooo.....
pape pon, moga Aisha semakin bijak dan bijak dan bijak dalam segala hal..... Ameen

nak minyak wangi murah, klik sini

k, sekian

02 October 2012

*drama air mata*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

~1stly nak ucap syukur kerana perniagaan kecil2an ku mendapat sambutan, walau x semeriah mana, tapi buat permulaan ini, alhamdulillah~
~sesiapa yang berminat boleh KLIK SINI~


wokeh, balik pada tajuk, kalau semalam ada drama air mata yang berlaku di waktu pagi..... petangnya pulak kami dihidangkan dengan drama yang menggembirakan hati kami..... sesampai jerk kat Taska Aida, aku tengok ada budak2 tengah main2 kat luar..... kelihatan jugak Aisha yang terlompat2 sambil baling2 belon kat luar dengan bebudak lain...... nampak jerk kami, terus jerk dia terjerit2 panggil cikgu, "cikgu! mama datang!..... cikgu! mama datang!"..... wah! kembang semangkuk dan berbunga riang hati kami tengok kegembiraan Aisha..... cikgu pon menoleh pada kami n sedia ambikkan beg Aisha.....

borak2 sikit dengan cikgu pasal kelakuan Aisha, kami dimaklumkan Aisha nangis semalam sekejap jerk, bila dia tengok dah makin ramai bebudak datang, dia dah ok dah..... hehe, Alhamdulillah so dia teruskan aktiviti seharian kat school baru tu, x der aktiviti pape pon, just main jerk coz cikgu x bagi lagi, tunggu dia dah ok betul2 nanti baru cikgu bagi.....

so hari ni, tiada lagi drama air mata macam semalam, adakah dia dah mula serasi dengan school baru atau dia masih lagi tidur masa di hantar ke school aku x dapat pastikan..... sebab masa hantar tadi, aku main angkat jerk, nak say 'good morning' macam biasa kat Aisha pon hubby x bagi, takut dia terjaga n x nak pi school.....huhu, masa transfer kat bibik pon dia masih mamai2, mata separuh terbuka..... terus jerk bibik bawak masuk dalam rumah..... kami pon terus lah pi kerja kan..... harap2 Aisha ok2 jerk hari ni.....

owh, sedikit perbezaan panggilan diantara school lama n school baru untuk Aisha:

Panggilan
School lama
School baru
Tenaga pengajar
CIKGU
TEACHER
Penyelia
NENEK
BIBIK
Anak Mama
AISHA
UMAIRAH

tapi bila kami panggil dia Umairah, dia marah pulak..... "ni Aita la mama, Aita"..... sambil tangan tepuk dada tanda tunjuk diri sendiri..... hehe so sweet walau pelat 'T' dia x hilang lagi..... ha, sebab apa teacher dia panggil Umairah, coz kat taska dah ada 3 orang yang nama lebih kurang sama..... Aisyah, Alisha, Khalisha..... so teacher dia decided panggil Umairah untuk x mor konfius.. hehe, aku ok kan je lah untuk kebaikkan apa salahnya kan.....

erm, moga hari ini n hari mendatang akan lebih bersinar buat kami sekeluarga..... ameen

k, sekian

01 October 2012

*perlu ker aku call?*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 
~entry cecepat coz hati x tenang, so xder gambar~ 

erm ari ni 1st day my lil Aisha di hantar ke school baru di Taska Aida, TRP Rawang..... pepagi tadi masa hantar, dari rumah dia masih mamai2 tidur..... then sampai ke school dia dah sedar coz dekat jerk kan..... 

turun motor, tengok school jerk dia dah nak nangis..... suruh masuk school dia dah start nangis, beria nangis..... "tak nak!, tak nak!" aku try pujuk, sambil dalam hati dah nak mengalir air mata.....

 then ada bibik (pembantu rumah owner yang dok taska) keluar n ambik Aisha..... meronta2 dia x nak bibik ambik..... "tak nak!, tak nak!" aku dok jerk lat luar pintu tengok dia camner.....

sampai lah bibik tu bawak masuk dalam school, dia tetap nangis n sebut perkataan yang sama..... "tak nak!, tak nak!" 

pehtu aku nak paling ke belakang pi keluar pagar, tetiba dia menerpa kat aku mintak dokong..... huhu terus aku ambik dia, pujuk2, n suruh dia masuk dalam..... dia dah ok sikit, tapi bila nampak bibik, dia nangis semula..... "tak nak!, tak nak!"..... time ni aku dah rasa luluh jantung n nak jerk aku dokong n bawak dia pi keje atau aku cuti dok umah jaga dia..... huhu

terus aku cakap ngan bibik, bawak je lah dia masuk..... n bibik pon bagitau aku, "x per, nanti saya pujuk, dia ok lah tu kejap lagi"..... huhu..... owh, time ni hubby yang tunggu kat motor pon dah turun nak tengok keadaan anak dara dia yang nangis sekuat2 nya kat dalam.....

so lepas babai2 dari grill luar pintu, kami terus keluar pagar x paling kebelakang dah..... menharapkan bibik pujuk dia, aku ada bekalkan solivite (Aisha panggil air tegen), harap2 dia makan pujuk dengan bekal tu..... 

erm, hubby suruh aku call school dalam pukul 10 pagi nanti untuk tau keadaan dia..... n aku masih berkira2 nak call ke tidak?..... masa memula hantar ke school Taska Temanku setahun yang lepas pon Aisha cenggini jugak, n ak x call pon..... dalam masa 1 minggu dia dah mula serasi dok situ (boleh jerk tengok entry aku tahun lepas)..... kat school ni x tahulah pulak kan, harap2 sama jerk atau lebih cepat dari sebelum ni..... so, perlu ke aku call atau petang nanti jerk masa ambik aku tanya kat teacher keadaan dia.....

k, sekian

20 July 2012

*full FREE diaper*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

~pagi tadi ada assembly, so lambat sikit bersiaran~

ermmmmm.....
ingat lagi x entry pasal FREE diaper bulan lepas..... ala, entry yang tajuk macam nak bagi diaper percuma tu kan, tapi rupanya tidak..... hehe sorry yerk kengkawan.....

aku nak share kegembiraan dengan kengkawan boleh kan...... actually dalam umur 3 tahun 6 bulan, my lil Aisha dah fully free diaper..... Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2..... siang dah x pakai, malam dah x pakai, tidur dah x pakai, kuar umah pon dah x pakai, even kat taska pon dah x pakai jugak.....bajet lagi 2 3 bulan baru nak full free tapi rupanya boleh direalisasikan dalam waktu yang singkat jerk..... good girl la Aisha nieh..... kekadang dia nak mintak jugak, "Mama, nak patai pempos"..... so kena la pepandai bagi alasan untuk elak dia x pakai kan..... hehe


but, stok diaper ada lagi kat umah tu..... agak2 nak buat aper yerk?..... nak simpan untuk adik Aisha ker? huhu, bayang adik pon xder lagi..... x kan nak bagi kat baby baru UTEH kut..... saiz 'L' tuh, ofkso lah x muat kan..... ala, bukan banyak pon...... ada la dalam 14 keping macam dalam gambar bawah ni.....




so agak2 nak buat aper yerk?..... ada sesapa nak ker?.....
cuba bagi idea nak buat apa ngan diaper lebih ni?.....

k, sekian


p/s : my UTEH tengah tunggu jam nak deliver baby dia..... semoga semuanya selamat..... :)

18 July 2012

*Berita Sedih.......... LAGI*

21 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

 cuci mata dengan gambar ni dulu erk.....

 erm, seksi ker?..... x kan
ini adalah belakang badan Aisha.....


zoom sikit.....
nampak x bulatan merah2 tu.....
itu adalah bekas gigitan di belakang badan Aisha, dia perolehi bekas gigitan itu semalam petang lepas kelas mengaji kat Taska.....

hurm, ingat lagi x cerita pasal Aisha kena cakar last 2 weeks..... luka tu baru jerk nak baik..... semalam petang nak ambik dia dari Taska, cikgu bagitau yang Aisha kena gigit pulak..... Astaghfirullah, mengucap panjang aku..... FYI budak yang sama yang cakar Aisha ritu tau..... upss pembetulan, nama budak tu bukan Sa** tapi *zara..... kecik molek jerk budak nya, umo lebih kurang 3 ke 4 tahun sama ngan Aisha jugak, mak pak budak tu pon comel jerk, tapi perangai Nauzubillah, "dia memang suka buli budak lain", kata cikgu.....

aku difahamkan oleh mak *zara tu yang anak dia akan bertindak luar jangkaan bila ada sesuatu/ baby baru kat sekeliling dia..... yelah, kalu ada baby baru pon, x kan anak aku yang dah 4 tahun jadik mangsa..... x patutlah kan..... n kejadian dia gigit Aisha adalah kerana sebelum kelas mengaji semalan, dia dah kena gigit dengan sorang lagi budak lain, Bal***..... mungkin dia nak lepas geram, so dia gigit Aisha pulak..... hukhukhuk..... anakku jadi mangsa keadaan lah ni kiranya.....

jom kita cari maklumat sikit.....
Kenapa Anak Suka Menggigit?


Anak suka menggigit sebenarnya ada sebab dan mengikut peringkat umur.

Anak 1 ke 2 tahun
Perkara biasa, bayi sekitar 1 tahun suka menggigit. Tumbuh gigi menyebabkan dia ingin menggigit dan bila dia penat, mereka lebih ingin menggigit. Anak ini, sebenarnya tidak bermaksud tidak elok. Ketika umur ini, masih tidak tahu menunjukan perasaan dalam perkataan, jadi dia lepaskan dengan cara primitif iaitu menggigit. Dia pun tak tahu itu menyakitkan orang lain.

** Ibu bapa atau penjaga boleh beritahu dengan lembut, “Itu menyakitkan. Berlembut”. Keluarkan dia daripada kumpulan dia sedang bermain sebentar. Tujuannya memberitahu , kita tidak gembira apa dia buat walaupun dia masih belum faham.

Anak 2 ke 3 tahun
Tentukan samada kerap berlaku dan lihat kelakuan anak itu. Jika dia nampak tegang dan tidak gembira sepanjang masa dan suka menggigit kanak-kanak lain, itu tanda terdapat sesuatu tidak kena.
Mungkin displin di rumah terlalu ketat, mungkin tidak biasa dengan kanak-kanak lain jadi rasa mereka bahaya. Mungkin juga kerana perasaan cemburu pada bayi di rumah dan terbawa-bawa perasaan tu kepada anak kecil lain, mengganggap mereka juga saingannya.

Jika suka menggigit diikuti dengan kelakuan yang agresif dan merisaukan, tanda simpton masalah lebih besar.
** Perlu elak sebelum mula gigit. Adakah boleh jangka bila berlaku? Jika ya, perlu buat pantauan bila masa kerap berlaku itu. Jika dia kerap kecewa kerana contohnya limit yang tidak tetap, ubah rutin hariannya. Berikan perhatian yang positif bila dia berbuat baik.

Jika semakin besar kekecewaaan anak itu, alih perhatian kepada aktiviti lain. jika anak sudah boleh faham, boleh bincang di masa lain mengenai masalah itu.

Jika sudah berlaku menggigit, beri perhatian kepada yang kena gigit dahulu. Selepas tenangkan mangsa,beritau pada yang mengggigit perbuatan tu buat kita tidak gembira. Beritahu jangan buat lagi. Elak bebel panjang. Peluk dia. Jangan ajar anak yang kena gigit, balas balik.

Anak 3 tahun ke atas.
Biasa akan berhenti selepas 3 tahun. Ketika ini anak mula guna perkataan untuk luah perasaannya. Jika ketika ini masih suka menggigit, tanda masalah kelakuan. Perlukan bantuan.

erm, maknanya budak tu ada tanda masalah kelakuan.....
jom kita tengok beberapa penyelesaian yang aku dapat kat mforum.cari.com.my.....

"bila dia gigit u, u gigit dia balik on the spot....lepas tu angkat jari kata, jgn buat lagi..."
"dulu my baby pon suke geget... how did i stop him? bile die geget i, i tepuk mulut die... lama2 he got the message - sile jgn geget kalu x nk sakit!"
"slow talk jer dengan dia .... cakap elok elok... lenkali kalu geram jangan gigit tangan kawan.... cuba suruh dia gigit tangan sendiri... rasa sakit ker tak.... :D"

n apa yang pihak Taska dah lakukan adalah dengan mengasingkan budak tu di bilik lain lepas dia buli budak lain..... moga ada perubahan n pengajaran buat budak tu..... Ameen
 
semalam sampai umah, aku pesan kat Aisha..... "Aisha, x mor kawan ngan *zara lagi yer, Aisha kawan dengan budak lain, kawan dengan Mei Mei, kawan dengan Aisya. yer" dia hanya mengangguk, moga2 dia faham..... *sigh
maklumlah Aisha adalah budak yang sangat taat n tidak suka melawan, walau kekadang suka memerintah bila dia tengah syiok melakukan aktiviti yang dia suka kat rumah, terutamanya masa tengah main 'tame tak tipon' (game kat telefon) dia.....huhu


 k, sekian


28 June 2012

*berita sedih.....*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

 nak share berita sedih nie..... kejadian petang semalam..... aku balik keje jam 6.30 petang, balik lewat coz ada duty sempena promosi kat opis.....

sampai kat school Aisha, aku masuk ruang menonton tempat bebudak berkumpul sementara tunggu ibu bapa ambil anak2 masing2..... aku panggil la Aisha nak ajak balik, time tu dia tengah main2 dengan kawan dia..... tetiba aku nampak macam ada sesuatu yang asing kat muka Aisha..... terkejut aku coz nampak ada luka kat bawah mata kiri dia..... rasa macam nak nangis time tu bila tengok anak luka, kat muka pulak tu.....


 see, bawah mata kiri Aisha ada luka.....


aku tanya cikgu yang ada kat situ apa berlaku, (cikgu yang jaga Aisha dah balik time tu)..... dorang cakap ada budak cakar sebab berebut mainan..... kut ye pon berebut mainan janganlah sampai main cakar2..... cikgu tu kata kuku budak tu panjang..... isk, mak pak x tengok ker anak dia camner.....


 zoom sikit


Aisha bukan mangsa pertama yang kena cakar dengan budak tu.....adoi..... sian la aku tengok Aisha, mesti pedih kan coz bukan setakat calar jerk..... kulit tu terkoyak tau, walau x dalam tapi untuk budak sekecil Aisha mesti lah sakit..... tapi Aisha memang kuat, cikgu kata dia nangis jugak masa mula2 kena tu, tapi lepas tu dia ok dah lepas cikgu sapu minyak..... Aisha x melawan balik pon budak tu..... n boleh main2 lagi dengan kawan2 dia, kawan yang lain la kan.....

sebelum ni Aisha pernah jugak cedera (bengkak kaki) masa kat school sebab dia jatuh sendiri masa main slider..... aku x kisah sangat kalau anak aku cedera sebab sendiri, tapi kalau orang lain yang menyebabkan anak aku cedera, aku emo la jugak kan.....

pagi tadi masa pi antar Aisha kat school, aku tanya kat cikgu yang jaga dia, apa yang berlaku sebenarnya..... cerita masih yang sama, then aku tanyalah, mak pak budak tu tau x yang anak dia cakar Aisha..... cikgu tu dah bagitau n dah marah pak budak tu (yang antar n ambik budak tu ke school adalah pak dia)..... hurm, moga pak budak tu sedar akan keganasan anak dia, pompuan tau anak dia tu..... nama dia Sa*a..... tengok2 lah anak kita punya kuku tu panjang atau x..... nak main boleh, tapi jangan sampai mencederakan orang lain..... kalau ini kali pertama, mungkin boleh consider lagi (sebenarnya x boleh jugak), ini dah 3 4 kali terjadi, maknanya 3 4 orang jugak lah budak dah jadi mangsa dia..... maka mak pak kenalah peka ngan perangai anak kan.....

isk, x tahu lah nak cakap apa..... cuma aku harap budak pompuan tu berubah jadi lebih baik lepas ni..... moga luka Aisha cepat sembuh n tidak tinggalkan bekas yang ketara lepas ni.....

k, sekian

p/s : krim gamat dah abis stok kat umah, kena pi beli jap lagi nak sapu kat luka Aisha tu.....


09 April 2012

*Homework from school*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

erm, camaner kengkawan, dah review dah keputusan penuh ABPBH.....
dah tengok dah baju2 artis masa red carpet malam tadi.....
dah dengar semula dah lagu2 yang dipersembahkan sempena majlis tersebut.....
aku paling suka persembahan kak Ziana ngan Azlan, best n happening sangat.....
hehe
TAHNIAH lagi sekali buat semua yang menang yerk.....
yang x menang, boleh cuba lagi next year atau anugerah yang lain.....

ok, last Jumaat Aisha bawa balik buku ke rumah.....
tu kira homework la kan.....
ok la tu, kat school ni, hampir tiap minggu Aisha ada homework.....
so bolehla teruskan apa yang dipelajari kat school sambung kat rumah pula.....
xder la asik mewarna jerk kat rumah.....


 ha, ni hasil work Aisha sebelum nieh.....

tapi ada beza sikit.....
kalu dia buat work kat school, dia hanya gunakan pensil.....
tapi kalu buat work kat rumah.....
hehe
warna warni lah jadinya buku itu.....
nampakkan yang pic belah kanan bawah tu.....
ha, tu dia buat work kat rumah lah tu.....
nak mewarna jerk kerjanya.....
aku redhakan jer la daripada dia x nak buat langsung kan.....

ini pula work Aisha yang terbaharu.....

semalam baru buat coz ari sabtu kami kuar jenjalan cari barang untuk Maksu's big day.....
erm, puas jugak la aku x mor bagi dia kaler.....
rupanya terlepas jugak kaler tu kat dia.....
maka jadilah kambing warna biru.....
huhu

erm,
setakat ni Aisha dah boleh ingat beberapa huruf.....
alhamdulillah,
dan huruf yang paling dia ingat n kenal adalah huruf 'Z'.....
aku pon pelik camaner dia boleh ingat huruf paling last tu yerk.....
minggu ni x tahulah ada homework ke tak coz dari hari rabu kami dah cuti n balik kampung.....
moga xder la pelajaran serius yang Aisha tertinggal.....
 kalau ada pon, harap2 Aisha boleh catch-up semula.....

Mama n Papa sentiasa doakan yang terbaik untuk Aisha.....

k, sekian


p/s : mood balik kampung dah berkobar2 nieh, hehe.....

08 November 2011

*5th Day My Lil Aisha @ Taska Temanku*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

dah waktu lunch kan..... selamat lunch kengkawan, ari ni kat opis nieh hanya 1 daripada 4 kedai makan yang buka..... so aku x tau nak makan ape, seb baik kawan belakang (si ND) ada bawa lemang jagung..... baik punyooooo import dari perak...... so bedal tu je la kut... hehe

pagi tadi aku rasa lapang sangat dada ni..... nak tahu nape? coz my lil Aisha dah boleh berdikari..... pagi tadi sekali lagi kau kena datang kerja drive sendiri n macam biasa, aku angkut jerk my lil Aisha masuk dalam kereta, time ni dia dah start nak bangun..... sepanjang dalam kereta dia senyap jer, sambil layan mata yang baru nak segar..... aku tunggu juga dia sebut 'umi', tapi sampai lah kereta berhenti di depan school, dia x sebut..... Alhamdulillah.....

so, sampai depan school, aku bgtau Aisha untuk pakai kasut, dia turut jerk..... aku pon kuar kereta n pe seberang..... dokong Aisha, ambil beg n pi ke pintu school..... sampai di pintu, aku tengok cikgu sorang pon x der..... mungkin memasing ada tengah uruskan kedatangan kanak2 lain di dalam.....

so, aku masuk dalam, turunkan Aisha n suruh di buka kasut n letak di tempatnye..... Aisha masih lagi menurut, time ni my lil Aisha seperti nak menangis tapi dia tahan, aku pon trus puji..... 'pandai Aisha.....' trus aku bagi beg suruh Aisha bawa..... 'Aisha, nak bawa beg nieh..... masuk dalam cari cikgu sue yerk..... Aisha pandai kan' Aisha ambil beg n trus nak masuk..... aku panggil dia semula 'Aisha, meh salam mama dulu'..... 'erm, sayang'..... Aisha datang balik n salam tangan aku, cium pipi kanan, cium pipi kiri..... 'ok pandai..... Aisha masuk dalam cari cikgu sue yerk.....' Aisha, jalan trus n cari cikgu..... dia jalan trus  jerkn masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk kanak2 tidur..... aku terfikir, agaknya di situ lah selalu setiap pagi cikgu ada yerk...

Alhamdulillah, Aisha memang anak yang mengikut kata n mudah untuk di suruh..... aku masih setia menunggu di luar pintu sambil intai2 apa yang berlaku di dalam, sampai jerk Aisha depan pintu bilik tidur tu aku dengan cikgu sue panggil..... 'Aisha..... dah sampai ye...' so, aku dah rasa lega kerana cikgu dah nampak Aisha sampai n aku pun keluar untuk teruskan perjalanan ke tempat kerja..... sementara tu, sempat aku menjeling di sebelah pintu kelas ada stage, n atas stage tu ada kanak2 yang sedang tidur di situ, mungkin mak ayah dorang nak cepat ke tempat kerja, so main letak je lah anak yang tengah tidur di situ, sian mereka..... ada juga anak2 yang duduk di situ sambil pegang beg, aku x tau dorang tunggu apa.....

bagi Aisha, aku rasa lega sesangat hari ni kerana Aisha dah boleh berdikari sendiri, boleh buka kasut n letak di tempat yang dikhaskan, boleh bawa beg sendiri dan boleh masuk school sendiri sampai jumpa cikgu..... memang dari rumah aku dah ajar my lil Aisha untuk setiap tindakan yang dilakukan perlu ikut peraturan.....

  • nak masuk rumah, buka kasut n letak di rak kasut
  • bila dah habis minum susu, botol letak di dalam sinki (nak suruh basuh botol tu, karang habis 1 rumah banjir)
  • nak mandi, buka baju n masukkan baju dalam mesin basuh
  • lepas buka petpet, bagi kat aku @ hubby untuk gulung, ambil semula petpet n masukkan dalam tong sampah
jom layan pic my lil Aisha yang aku snap semalam ondaway balik dari Kuantan.... dah nak balik baru MIL tegur, bawak camera berat balik, tapi x ambik gambo yerk... huhu


 susahnye nak snap pic budak ni sekarang, x mor pandang camera..... 


 memanjang lah kena ambik gambar candid ini budak..... but i like.....


kalu pandang camera, kompem pic akan blurrrrr

yang paling best sekali, sekarang setiap kali nak masuk dalam rumah Aisha akan bagi salam..... 'Ah...lamlekum.....'

selagi xder orang jawab salam tu..... selagi tu lah dia akan tercegat depan pintu x masuk rumah, walau pintu dah memang terbuka..... dan selagi x dijemput masuk pon dia x akan masuk dalam rumah..... so, kalu nak jawab salam kena lengkap.....
'Walaikumsalam, jemput masuk.....' hehe

cuma aku masih mengharapkan yang Aisha dah semakin serasi dengan kawan2 n dah x senyap jerk macam minggu sebelumnye.....

k, sekian

p/s: perkataan baru dapat semalam.....
TO'PI - stand for topi
ekoran balik dari Kuantan terbiasa dengan panggilan To' Ki dan To' Mi.....
tu yang dapat perkataan To' Pi


# Khasiat Manggis # Rahsia Duit Online # New Rich Club #

04 November 2011

*4th Day My Lil Aisha @ Taska Temanku*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam jumaat,

owh dah hari jumaat dah kan, lagi 2 hari insyaallah kita akan sambut Hari Raya Aidiladha n hari ini juga adalah merupakan hari ke4 my lil Aisha aku hantar ke Taska & Tadika Temanku, Menara PJD, Titiwangsa.  dan aku bersyukur sangat2 berkat doa aku suami isteri n doa kengkawan jugak my lil Aisha dah semakin ok n selesa di school tu.....

masa hantar pagi tadi dah x menampakkan kaca di mata..... cuma dalam kereta (aku pi keje sendirian naik kereta hari ni coz ada urusan yang perlu diselesaikan) sebelum turun ke taska, tetiba Aisha panggil aku..... 'Mama, nak umi.....' terkejut aku dengar dia cakap macam tu..... huhu dia masih teringat kat umi lor..... ingat sabtu @ ahad raya haji ni aku nak bawa Aisha pi jumpa umi dia..... tu pon kalu dorang x balik kampung la kan..... sedih lak aku dengar dia tiap2 hari sebut umi..... umi..... umi.....

aku dah rasa seronok hantar dia gi school, tapi ada sedikit x seronok coz tiap kali aku jemput dia balik, dia akan nangis, penyelia kat situ cakap dia nangis tiap kali loceng pintu bunyi, n tengok bukan aku yang masuk so dia akan nangis..... lorrr dia takut aku x ambil dia kut, so lepas ni aku rasa aku x boleh ambil dia lewat la kan..... sampai lah dia rasa betul2 selesa n ada kawan di situ..... 'Papa, jangan balik lambat tau.  sharp pukul 5 kita balik n ambil Aisha kat school. k'

semalam balik dari taska, atas motor lagi dia dah senget benget, aku ingat kenapa, tengok2 dia dah pejam mata..... 'La ngantuk ker anak mama nieh, sian..... kat school x tido ye.....'

memang aku ada dimaklumkan oleh penyelia yang di taska, waktu anak2 akan ditidurkan jam 12 tghari n bangun jam 1 ptg..... mungkin Aisha x biasa lagi dengan waktu di school tu, yelah kat umah umi masa xder la ketat sangat kan..... tido boleh 3 4 jam sehari, tapi kat school ni ada jadual kan, so kenalah ikut..... my lil Aisha tido malam pon asik terjaga n nangis..... aku check, perut kosong, sian lak anak aku..... x kan kat school kurang makan kut..... huhu

dalam seronok ada sedihnyer la kan kehidupan ini..... moga hari esok lebih baik dari semalam..... x sabar nak tunggu hujung minggu nak spend time with my lil princess the whole day.....

jom layan pic my lil Aisha yang tidur balik taska semalam


 sila telengkan kepala kengkawan untuk lihat gambar ini.....


 sweet nyer anak mama tidur.....


 tidur ye sayang, mama nak tengok cerita soffiya..... hehe

p/s: x sempat nak sumbat Aisha ngan home made chocolate pudding aku..... dia dah tidur.....
cuti raya haji ni x tahu lagi arah tujuan ke mana..... huhu



03 November 2011

*3rd Day My Lil Aisha @ Taska Temanku*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam khamis,


entry ini akan berlanjutan sehingga my lil Aisha rasa betul2 selesa berada di Taska Temanku (tempat baharu setelah 'umi' pengasuh pulang ke kampung Langkawi untuk memulakan hidup beliau di sana).

alhamdulillah, hari ni adalah hari ketiga dan aku rasa lega sedikit coz my lil Aisha dah ada perkembangan yang sedikit baik masa hantar dia ke Taska & Tadika Temanku pagi tadi..... pagi ini tak banyak drama yang berlaku cuma dia still teringat 'umi' pengasuh bila bangun pagi..... apa lagi, aku pon bagitau yang 'umi' dah balik kampung...... dan Aisha terima apa yang aku bagitau kat dia..... sian aku tengok dia, sedey jerk muka, 3 hari x jumpa, dia still rindu kat 'umi'.....

dah siap semua keperluan, kami pon siap2 naik moto n vrooommm vrooommm, geraklah kami ke taska..... 

sampai di taska, macam biasa, salam papa, cium papa, babai papa, flying kiss papa..... sampai depan pintu taska, aku masuk dalam coz cikgu sue ada kat dalam kelas..... 'mama, nak tudok.....'  slow jerk suara Aisha minta kebenaran untuk duduk di sofa yang ada di situ..... 'Aisha nak duduk? ha.. duduklah, jap lagi cikgu datang, k'..... Aisha duduk di sofa sambil tunggu kawan cikgu sue panggilkan dia.....

'Aisha..... jom' cikgu sue keluar n panggil Aisha ajak masuk dalam kelas..... memula Aisha macam tak nak ikut cikgu masuk dalam, dah berair juga lah mata dia nak nangis..... cikgu trus ambil n dokong Aisha, so dia dah ok n tak jadi nangis..... Alhamdulillah, dalam hati aku doa x putus supaya Aisha x nangis.....

on da way nak masuk kelas tu, Aisha sempat lagi babai kat aku, aku pon balas babai n buat flying kiss lagi kat my lil Aisha buat kuat semangat..... sampai lah Aisha hilang dari pandangan mata..... n aku pon keluar dari taska pi kat hubby..... macam semalam hubby tanya, 'Aisha nangis x?'..... 'macam nak nangis, tapi x jadi lepas cikgu ambil dia masuk dalam...' aku membalas dengan sedikit senyuman dalam kerisauan..... 'ok lah tu.....'

so, jom layan pic Aisha malam tadi.....

 satu.....


 satu Malaysia


 muncung2 tu bukan cakap apa2 pon, memang saja buat aksi macam tu


 see, buat jelir2 lidah pulak, aku layankan aje


 apsal la anak aku suka buat jelir lidah kat camera sekarang nieh


 see, aku masih berbaju kurung time ni, my lil Aisha asik ler melekat kat aku, tapi aku suka sebagai lambang yang aku still sayang kat dia walau aku hantar dia ke taska waktu siang

so, diharapkan hari2 mendatang semakin baik dan selesa lah my lil Aisha di Taska & Tadika Temanku..... buat masa sekarang nieh, Aisha hanya dihantar ke nursery jerk dengan bayaran RM320.00 sebulan (kakitangan JKR ada diskaun tp aku x tahu berapa... ada kakitangan JKR hantar anak di sini?)..... start tahun 2012 baru lah Aisha akan didaftarkan ke program Playschool yang ada sesi pembelajaran ringan, ada uniform, ada buku rekod, ada lawatan dan lain2 program yang aku x ingat lah pulak apa dia..... huhu

next month penyelia kata ada sambutan untuk kanak2 yang sambut hari lahir..... so hari lahir Aisha yang ke-3 jatuh pada 23.12.2011, agak2 AIsha tersenarai x yerk, camane lah gaya mereka sambut hari lahir yerk..... dah macam teruja sikit aku coz Aisha dah ok nak pi school.....

k, sekian

p/s: x sabar nak balik umah n serve Aisha dengan puding coklat yang aku buat malam tadi.....

02 November 2011

*2nd Day My Lil Aisha @ Taska Temanku*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

huhu, semalam punya entry aku rasa tabah lagi nak menulis menaip, tapi untuk 2nd day ni aku rasa sebak sesangat..... 

pagi tadi, kami dah siap2 nak pergi kerja, Aisha masih lagi tidur..... bila aku buka jerk pintu nak keluar dia tersedar dari tidur (kami tidur di ruang tamu jer akhir2 ni)..... aku tengok dia ok jerk, tapi tetiba "Umi....." alamak betul ke apa aku dengar nie, "Apa Aisha?" aku minta kepastian "Nak umi....." hoho, time ni aku dah risau n rasa sebak coz tetiba dia teringat kat 'umi' pengasuh..... "Umi tak der la sayang, umi balik kampung"..... aku cuba pujuk my lil Aisha dengan dokong dia letak atas kerusi..... "Nak susu....." alhamdulillah, dia dah minta yang lain selain dari 'umi'..... "Aisha nak susu?, nanti mama buatkan yerk" aku tanpa berlengah takut lambat sampai opis, trus buat susu untuk Aisha.....

siap buat susu, aku pakaikan sweater pada Aisha n angkut jerk dia naik motor..... so, hari ini dalam sejarah my lil Aisha minum susu atas motor..... huhu

sepanjang atas motor aku cuba pujuk Aisha untuk pergi ke school, 

'Aisha ari ni pi school yer...'
'Nanak...'

'Ari ni Aisha dok ngan nenek ye'
'Nanak...'

'Kat school ada cikgu, ada nenek. Aisha pi school ye'
'Nanak...'

'Aisha pi school la, kat sana boleh main, main dengan kengkawan, kawan ramai kan'
'Nanak...'

alorrr, aku dah risau dah time ni, sume apa yang aku cakap dia balas dengan 'Nanak...' so aku diam jerk lepas tu sampai lah ke taska. di taska, turun dari motor, Aisha nampak macam biasa, salam papa, cium papa, babai papa, flying kiss kat papa..... so aku bawa trus ke taska

nampak je cikgu depan pintu, my lil Aisha masih ok, x menampakkan riak2 untuk menangis, siap hulur tangan nak pergi kat cikgu, tapi.....

bila cikgu sue (hari ni baru aku tahu nama cikgu yang jaga Aisha adalah cikgu sue) ambil dia dari dokongan aku..... trus dia menangis..... 'Mama..... Mama.....' sambil nangis sungguh2..... huhu, aku dah x tahan sebak dah time nie, mengalir jugak sikit air mata aku tengok dia nangis (mana boleh nangis lebih2 kan, nanti cair mekap... hehe) 'Mama..... Mama.....' nangis lagi dia sambil tangan hulur kat aku nak mintak aku ambil..... so, cikgu sue trus jerk bawa Aisha masuk dalam bilik n pujuk. aku pon x nak lah dok lelama kat situ, karang banjir lak pintu taska tu..... huhu

lepas tu, aku trus pi kat hubby n siap untuk pi keje..... 'Aisha camane?' tanya hubby..... 'Dia nangis jugak tadi, tapi cikgu dah bawa dia masuk dalam, x tau lah macamana.....'

so, itulah episod 2nd day my lil Aisha @ Taska Temanku..... sampai sekarang kat opis aku masih terpikir2 camaner la Aisha lepas ketiadaan aku..... harap2 dia boleh dipujuk coz semalam penyelia cakap yang Aisha dok kat taska tu dia ok jerk, suruh makan dia makan, suruh mandi dia mandi tapi sepanjang hari dia senyap jerk, mungkin tempat baru kan..... iyer ker?..... huhu

so, moga2 hari ni Aisha semakin ok n dah sedia nak berkawan..... dah, x mor sedey2 dah..... jom layan pic Aisha malam tadi.....

 'hai auntie n uncle..... nama saya Aisha'


 'sebelum ni saya duduk dengan umi, umi panggil saya chacha'


 'tapi mula semalam mama n papa antar saya kat school'


 'kat school ada ramai cikgu, ada ramai kawan'


 'semalam saya baik je kat school, tapi balik rumah saya nangis jerk sepanjang jalan sampai ke rumah'


 'hari ni, saya nangis lagi masa mama saya antar saya kat school'


 'auntie n uncle doakan Aisha rasa seronok duduk kat school ye, Aisha nak school tapi belum biasa lagi, bagi masa untuk Aisha suaikan diri yerk, Aisha sayang mama n papa'


 p/s: semoga hari ini lebih baik dari semalam