^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

27 March 2014

jalan jalan Primaland Resort PD :: bbq di tanjung biru

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

ni sambungan pic pengenalan ritu yerk..... erm, still lagi x tau nak mula macamana sebab hati masih rasa sedih dengan tragedi yang berlaku di negara kita kan..... apa pun kehidupan perlu diteruskan, yang penting kita harus berdoa supaya mereka yang terlibat mendapat rahmat dariNya..... amiin

so, last weekend pada 22 - 23 Mac 2014, aku n family dari Johor seramai 17 orang dari empat (5) buah keluarga telah mengadakan aktiviti bbq..... actually plan asal hanya my akak nak bawa anak dia mandi kolam..... so dah alang2 mandi kolam, kami plan skali wat bbq + birthday celebration 3 orang yang di sambut dalam bulan March ni..... itu nanti cerita yerk.....

memula ni cerita perjalanan kami dulu..... family dari Johor dari hari Jumaat lagi dorang dah berkumpul kat rumah myUsu, yelah, Johor kan cuti hari Jumaat, so dorang dah gerak awal sambil prepare apa2 yang patut kat rumah myUsu yang dok kat Sendayan.....

aku gerak dari KL dalam pukul 12.00 tengahari, singgah makan kenduri jap kat Taman Bukit Lela, Gombak..... Alhamdulillah, perjalanan agak mudah n jalan x sesak sebab kami ikut jalan KLIA..... so xder la jem nak lalu PLUS kat area seremban tu kan.....



 jalan ikut signboard dan berpandukan GPS..... terus set Tiara Beach Resort, Port Dickson.....



tara!!!!! dah sampai


erm, sejak aku google pasal Tiara Beach Resort (TBR) ni, setahu aku dorang dah tukar kepada nama Best Western Prima Inland Sea Resort sejak tahun 2012 kalu x silap..... x der la terkejut sangat bila x jumpa pon signboard TBR tu kan.....

tapi bila sampai tu, yang aku nampak adalah signboard Primaland Resort Convention Centre (PRCC) Port Dickson..... erm, bertukar nama lagi ke resort ni..... iyelah kut kan..... sebab GPS tunjuk jalan dah sampai..... aku tengok Hubby pon confident je drive masuk dalam kawasan tu..... n tanya kat guard tempat tujuan (nama blok tempat menginap)..... guard tu pon ok jerk..... maknanya betul lah kan.....

rasanya pengurusan resort ni adalah syarikat Best Western dan nama resort ni adalah PRCC, nama panjang dia rujuk perenggan atas tu yerk..... hihi nak pi direct website ke Primaland Resort KLIK SINI.....



lepas check in..... eh, xder check in pon, terus pi bilik sebab kami dapat bilik yang guna kombinasi nombor untuk buka kunci bilik..... sebenarnya apartment..... bersihkan apartment (lantai rasa pasir), solat n rehat..... sementara tunggu family2 lain sampai, kami makan jajan yang kami bekal dari KL..... hehe

bila dorang sampai, rehat jap..... then dalam pukul 6 petang kut..... kami cari port untuk aktiviti pertama kami di sini..... cari pantai untuk bbq.....

memula cadang nak buat kat Tanjung Tuan, tapi ramai orang..... so tukar ke Tanjung Biru, dekat jugak ngan Tanjung Tuan tu..... dah sampai tempat tujuan..... apa lagi..... jom bbq.....




memula, kita set up tempat lepak2 rehat, bentang tikar n pasang khemah..... terima kasih makLong sponsor khemah, walau tuannya x sampai, tapi khemah sampai pon dah ok dah kan..... hihi



lepas tu kita idupkan api untuk aktiviti bako2 sambil buat asap untuk halau nyamuk..... tapi alhamdulillah, xder pon nyamuk..... hehe
time ni ada lagi satu group yang buat bbq jugak x jauh dari kami..... so ada geng..... hehe




lepas tu apa lagi..... serahkan pada yang pakar untuk menjalankan tugas bakar membakar.....
kepada sesiapa yang x tahu, pantai ni boleh je kalu nak buat aktiviti bbq a.k.a bakar2, janji buat api tu bukan direct atas pasir, kena ada alas tau..... kalu x karang, x pasal2 nak gumbira2 tetiba kena saman.....




selain dari kumpulan yang bako2 kat atas tu..... ada jugak yang mengelat pi wat aktiviti lain sementara tunggu waktu makan2.....
pic kiri : CikDin (hubby myUteh) bawa anak bujangnya jalan2 keliling pokok sambil ditemani Aida anak myUda.....
pic tengah : daktembun Teha (anak myUsu) tengah menikmati seedless grape yang aku bawa dari KL.....
pic kanan : my dear Hubby ajak Aisha pi port tepi pantai nak main layang2.....




menu kami petang/malam tu selain dari bbq ayam, bbq sosej, bbq sotong, ada juga nasi impit, sambal kacang, sambal goreng jawa n air oren special made by myUsu, x dilupakan juga buah anggur n jagung bakar, selain dari tu ada kek batik, cream puff dan juga jajan.....




hampir ke waktu Maghrib baru lah semua berkumpul untuk makan2 sampai agak2 kenyang..... alhamdulillah, sambil borak2 sambil bincang aktiviti untuk esoknya..... apa aktiviti esoknya, tunggu next entry la yerk..... x larat nak upload gambo banyak2 n taip panjang2..... faktor usia kut kan..... huhu




last but not least..... ayam bakar last session sebelum kami siap2 nak balik apartment rehat..... sampai apartment x der la rehat mana pon, sambung borak2 santai sambil tengok tv, sambil makan kudap2 jajan yang ada..... hihi

k, sekian


#doauntukMH370
semoga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan tragedi itu tabah sentiasa
amiin


25 March 2014

short holiday to port dickson

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 



alhamdulillah, selesai hasrat nak cuti2 malaysia tahun ni..... erm, nak bercerita pasal cuti ujung minggu lepas kami ke PD sekeluarga, termasuk keluarga Johor..... tapi tunggu masa yang betul2 lapang sebab nak kena setelkan kerja dulu kat opis nieh..... kalu kerja dah setel, boleh lah mengarang dengan senang hati.....

alahai, cuti 2H1M je pon..... tapi dah lama x mengomel panjang2 kat sini..... so kena cari masa yang sesuai untuk mengarang ayat..... hihi

sebelum tu, meh jamu mata dengan pic tuan tanah masa kat sana ritu ekk.....



v


v


v


v


v


v


v


v


v


v




macam comel jer
macam cantik jer

hikhikhik
gatalll

k, sekian


#tragediMH370
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎, takziah diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pesawat MH370 itu, semoga roh mereka dicucuri rahmat, Al-Fatihah


20 March 2014

hasil kerja seni Umairah

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


hurm, kadang-kadang kat umah panggil si anak dara tu Aisha, kadang-kadang Umairah..... mana yang sedap tekak nak memanggil..... tapi sekarang banyak guna Umairah sebab kat taska n tadika cikgu n pengasuh panggil dia Umairah..... so dengan panggil Umairah, dia lebih allert n bagi tindak balas dengan cepat kalau di panggil.....
ha, nampak x permainan di situ..... persekitaran di sekolah kena di bawa ke rumah untuk mendidik anak2..... hihi..... kekadang kalu x der tindak balas jugak aku panggil nama penuh siap binti lagik..... baru dia toleh..... "ye Mama, nak apa Mama?" dia jawab dengan lembut sambil buat muka selamba macam baru sekali di panggil nama tu..... huhu

baru sorang anak kan..... tapi yang baru sorang ni la berkobar2 rasa nak ada anak lagi, nak tengok jugak perangai dorang ni..... mesti best kan..... moga dikurniakan zuriat lagi kepada kami dalam waktu terdekat ni..... amiin.....




haha, ni pic terbaru hasil air tangan Umairah..... "orang lidi" katanya..... 
kalu aku sekolah dulu orang lidi macam kat bawah ni:
 


 betul x..... tapi budak2 sekarang dah advance..... orang lidi dah pakai baju n ada rambut (rujuk pic kanan bawah).....
yang pic guna pen oren tu, dia lukis kat buku nota opis aku..... so, setiap kali aku tulis nota kat opis akan terpandanglah lukisan ni..... tersenyum lah aku sensorang sebelum mula menulis catatan..... hihi
yang pic kiri tu, bunga, baru nak belajar lukis bunga..... siap ada rumput lagi..... semua lukisan ni dia buat kat opis masa aku n hubby kena kerja ujung minggu ritu..... nak ilangkan boring, bagi lah dia kertas n pensil..... belum lagi dia buat aktiviti gunting tampal, bersepah2 meja aku..... 

tapi x perlah, itu adalah salah satu perkembangan kognitif kanak2 kan..... janji x mencederakan diri sendiri sudah.....

k, sekian


#inshaallah hujung minggu ni sempena cuti sekolah, kami nak berlibur bersama keluarga, termasuk keluarga dari Johor, dalam negara jer..... moga semua dipermudahkan..... amiin#


18 March 2014

ceritera Tadika Sri Terentang #1

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


hurm, sekali sekala jerk aku update sekarang ni..... bukan xder mood, tapi x der bende nak share..... dah sibuk kat opis ni, xder la jalan, xder jalan2 maka xder apa nak diceritakan..... hihi

 so, time2 xder cerita ni, meh la aku coretkan kisah2 Aisha pasal sekolah tadika dia.....


Homework
hurm, setiap kali balik dari taska di petang hari aku akan tanya pada Aisha....
"Aisha, ada homework x hari ni"
dan dengan selamba dia akan balas.....
"entahla Mama, cuba Mama tengok"
huhu, aku pulak yang disuruh tengok..... ok lah Nak, Mama tengok.....

kekadang, balik je dari Taska, time mood dia baik, terus je dia bagitau.....
"Mama, hari ni ada 2 buku"
ha, 2 buku tu maknanya ada 2 buku untuk di buat homework..... 




 Bahasa Cina
ha, aku ada bagitau ujung taun lepas kut kan..... yang kat tadika Aisha ni ada belajar Bahasa Cina.....
setakat ni Aisha dah boleh sebut beberapa perkataan dalam bahasa Cina.....
contoh nombor..... dari nombor 1 - 8 dia dah boleh sebut..... (huh, aku pon boleh sebut nombor tu dalam bahasa cina, hihi)
keluarga pon dia dah boleh sebut..... nenek, atuk, mak, ayah, abang, adik lelaki.....
tapi dia lebih kepada menghafal sebutan daripada membaca perkataan..... sebab bila aku tunjuk perkataan yang ada dalam buku, dia x tau nak sebut, tapi bila aku tanya "atuk dalam bahasa Cina apa?"
"ye' ye"..... "adik perempuan dalam bahasa Cina apa?"
"me'i mei"
ok, so kalau ada homework bahasa cian yang di bawa balik, setel buat homework aku akan tanya dia perkataan2 yang di buat dalam buku..... walau aku x tau, tapi kena tahu jugak.....
mana yang ada translation je la aku akan ajar..... selain dari tu, aku mintak dia tanya kat Lousen (cikgu) dia..... ntah apa sebutan yang betul ekk, setiap kali aku sebut Lousen tu, mesti Aisha betulkan..... aku rasa same jerk apa yang aku sebut dengan yang dia sebut tu..... huhu sedey


Logo Halal
ha, lagi cerita pasal logo halal..... siri yang dulu dah ada dah cerita ni, ni ada lagi.....
 setiap kali pi supermarket, especially kat area makanan, Aisha akan pesan kat aku..... "Mama, yang ni ader logo halal, boleh beli" aku iyakan ajer.....
"Mama, tengok ni, logo halal besar" sambil tunjuk logo halal kat pack cereal.....
"Mama, cikgu pesan, kalau x der logo halal, x boleh makan kan Mama"..... hurm, bagus anak Mama, apa yang cikgu pesan, semua dia ikut..... tapi kalu aku yang pesan, erk, sikit2 la dia nak ikut..... kena cakap "cikgu yang bagitau" baru dia nak percaya.....
anak oh anak.....

hurm, x per lah..... harap2 banyak lagi ilmu yang Aisha akan timba kat Tadika tu sebelum ke sekolah rendah tahun depan.....

k, sekian

#doauntukMH370
 "Ya Allah, sesungguhnya engkau maha berkuasa, kami memohon jika MH370 masih di langit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah pencarian kami, hanya kepadamu kami memohon pertolongan.
Amiin yarabbal al-amin"

13 March 2014

*nak letak tajuk apa pon x tau, huhu*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


erm lama x coret2 kat sini..... last adalah ujung bulan lepas..... aku xder ke mana2 pon..... ada jerk kat sini..... cuma 2 minggu ni sibuk ngan promosi yang berlangsung kat opis aku ni..... so x sempat nak update blog..... ada kelapangan, cuma baca blog kengkawan jerk, komen pon tidak, sori ye kengkawan.....

di tambah pulak dengan keadaan jerebu yang makin teruk aku rasa..... menambah ketidakadaan mood untuk update blog..... dah macam kat musim sejuk dah, tapi cuaca panas..... huhu..... moga turunlah hujan dalam 1 2 hari ni.....

dan sekarang ni kan tengah sibuk dengan MH370 kan..... walau aku x terlibat secara langsung dengan kehilangan pesawat tu, tapi tetap rasa bercelaru dalam fikiran ni memikirkan kemana menghilangnya pesawat tu kan..... apa2 pon, berbalik kepada yang satu "kun fayakun", jika ia menghendaki jadi, maka jadilah.....

last but not least
"Ya Allah, sesungguhnya engkau maha berkuasa, kami memohon jika MH370 masih di langit turunkanlah, jika di bumi keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah pencarian kami, hanya kepadamu kami memohon pertolongan. Amiin yarabbal al-amin"

k, sekian