^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label taska tadika temanku. Show all posts
Showing posts with label taska tadika temanku. Show all posts

17 July 2014

Taska Temanku, Menara PJD - apa kaitan dengan aku.....

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

 erm, buka2 FB, terbaca pasal berita Luahan Hati Ibu Bayi Dianiaya Taska Temanku, Menara PJD



ape kena mengena dengan aku..... eh, tak!!!!! aku bukan owner taska tu, aku bukan pekerja kat situ..... anak aku pon xder antar kat situ..... tapi aku pernah hantar my lil princess Aisha kat situ.....

terkejut kejap aku. sebab masa aku hantar Aisha kat situ. Alhamdulillah, semuanya ok, masa tu Aisha umur 3 tahun..... tapi sekarang macam teruk jerk..... owner masih sama iaitu Encik Husin.....

dah macam2 cerita pasal kejadian di taska keluar kat media sosial..... tapi tetap ada jugak kes2 yang x diingini..... yang ni pulak jadi kat taska tempat Aisha pernah duduk selama setahun sebelum tukar ke taska sekarang..... isk3..... takut pulak.....

nak baca berita penuh pasal kejadian ini..... KLIK SINI
nak baca pengalaman Aisha kat taska ni..... KLIK SINI

harap2 ada lah kesedaran pemilik taska dan juga pengasuh2 yang kerja cari pendapatan halal kat taska untuk jaga seeloknya anak2 manusia nieh..... jaga dengan penuh kasih sayang, insyaa Allah, Allah pon akan sayang kat kita juga.....

k, sekian


10 January 2014

*kadar yuran bulanan tadika 6 tahun*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, saje je buat entry ni.....
bukan nak compare, tapi sebagai rekod kami di masa akan datang.....



ni masa hari pembayaran yuran kat Tadika Sri Terentang.....
kami bayar 3 hari sebelum sesi persekolahan bermula..... tapi dah bayar wang pendaftaran RM20 awal2 dah sebagai duit booking konon2 nya kat tadika ni.....


lepas bayar yuran full untuk 1st semester..... terus kami ke Parkson Selayang Mall untuk beli kelengkapan sekolah..... masa pi bayar yuran tanya siap2 kat cikgu tu, apa yang perlu di bawa n di pakai ke tadika..... semua pon beli kecuali baju uniform putih merah tu yang dibekalkan oleh pihak tadika..... semua pon nak kaler pink, kecuali kotak kasut tu..... beli last minit, so no choice, ambil jer apa yang ada n berkenan di hati anak dara n dompet kami..... hihi



yuran penuh untuk pendataran di tadika..... total RM507.90 + uniform [RM27 x 2] + lencana [RM1.00 x 2] = RM563.90

hurm..... ok lah tu kan, masih dalam kemampuan kami demi pembelajaran anak.....
so, nak tengok lah yuran2 Aisha setakat berumur 6 tahun ni kan..... ni kira kos yang perlu kami peruntukkan siap2 untuk di bayar setiap bulan.....
umur 2 - 3 tahun = RM300 (rumah pengasuh)
umur 4 tahun = RM350 (play school + taska @ Temanku)
umur 5 tahun = RM270 (tadika + taska @ Aida)
umur 6 tahun = RM385 (tadika @ Sri Terentang + taska n mengaji @ Aida + transport)

maka, dengan ini, penjimatan perlu dilakukan sejajar dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan ke atas barangan2 di Malaysia pada masa kini..... haha, ape kaitan pon aku x tau.....
tapi yang penting, kena ingat jumlah itu n perlu asingkan siap2, takut terguna pulak..... walau setakat ni memang alhamdulillah, boleh kontrol perbelanjaan bulanan kami.....
hidup dalam kesederhanaan.....

k, sekian

08 January 2014

*Aisha di tadika baharu*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


assalamualaikum,
 

erm, nampaknya untuk tahun 2014 ni dah masuk kali ke-3 Aisha bertukar tadika dalam masa 3 tahun..... ini adalah disebabkan Tadika Aida yang Aisha belajar tahun lepas dah x buat tadika untuk tahun ni..... macamana boleh jadi 3 kali?..... 

memula dulu, masa Aisha berumur 4 tahun, kami hantar Aisha sekolah + nursery sebenarnya..... kat Tadika Temanku kat Menara PJD..... dengan bayaran RM350.00 sebulan, Aisha kami masukkan dalam projek Playschool..... alah, yang belajar main2 tu..... tapi alhamdulillah, banyak bende baru yang Aisha belajar…. masa tu kami duduk kat Sentul (rumah sewa), so on the way ke opis, boleh drop Aisha kat taska tu….. dia pon seronok belajar kat situ cuma kena tahan selalu di buli oleh beberapa kawan2 yang agak ganas di situ…..

then bila kami pindah dok umah sendiri di Rawang, Aisha terpaksalah ikut pindah sebab jarak perjalanan yang jauh dari rumah kami ke sekolah masa tu….. so 2nd tadika adalah di Tadika Aida, dekat jerk dengan rumah kami….. kat sini kami bayar RM270.00 sebulan….. walau pembelajaran macam slow sikit, tapi kami xder pilihan lain….. kat rumah, kami buat sesi pembelajaran x formal pulak buat Aisha….. tapi disebabkan tahun ni tadika dah x dibuat disini sebab teacher x sihat n xder pengganti untuk mengajar, maka kami kena cari alternative lain…..

so, terkini….. kami dah pon masukkan Aisha ke Tadika Sri Terentang, hari Isnin ritu bersamaan 06.01.2014 adalah 1st day dia bersekolah, nampak dia seronok di sekolah tu..... erm detail nanti aku cerita yerk pasal Aisha di sekolah baru ni, biasalah aku ni, kalu xder gambo memng x tahu nak cerita..... hihi

so tunggu yerk (erk, ada ker yang nak tunggu)..... orang ain dah berhari2 cerita pasal anak masuk sekolah kan, aku baru nak cerita... x per kan..... hehe

k, sekian

02 October 2012

*drama air mata*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

~1stly nak ucap syukur kerana perniagaan kecil2an ku mendapat sambutan, walau x semeriah mana, tapi buat permulaan ini, alhamdulillah~
~sesiapa yang berminat boleh KLIK SINI~


wokeh, balik pada tajuk, kalau semalam ada drama air mata yang berlaku di waktu pagi..... petangnya pulak kami dihidangkan dengan drama yang menggembirakan hati kami..... sesampai jerk kat Taska Aida, aku tengok ada budak2 tengah main2 kat luar..... kelihatan jugak Aisha yang terlompat2 sambil baling2 belon kat luar dengan bebudak lain...... nampak jerk kami, terus jerk dia terjerit2 panggil cikgu, "cikgu! mama datang!..... cikgu! mama datang!"..... wah! kembang semangkuk dan berbunga riang hati kami tengok kegembiraan Aisha..... cikgu pon menoleh pada kami n sedia ambikkan beg Aisha.....

borak2 sikit dengan cikgu pasal kelakuan Aisha, kami dimaklumkan Aisha nangis semalam sekejap jerk, bila dia tengok dah makin ramai bebudak datang, dia dah ok dah..... hehe, Alhamdulillah so dia teruskan aktiviti seharian kat school baru tu, x der aktiviti pape pon, just main jerk coz cikgu x bagi lagi, tunggu dia dah ok betul2 nanti baru cikgu bagi.....

so hari ni, tiada lagi drama air mata macam semalam, adakah dia dah mula serasi dengan school baru atau dia masih lagi tidur masa di hantar ke school aku x dapat pastikan..... sebab masa hantar tadi, aku main angkat jerk, nak say 'good morning' macam biasa kat Aisha pon hubby x bagi, takut dia terjaga n x nak pi school.....huhu, masa transfer kat bibik pon dia masih mamai2, mata separuh terbuka..... terus jerk bibik bawak masuk dalam rumah..... kami pon terus lah pi kerja kan..... harap2 Aisha ok2 jerk hari ni.....

owh, sedikit perbezaan panggilan diantara school lama n school baru untuk Aisha:

Panggilan
School lama
School baru
Tenaga pengajar
CIKGU
TEACHER
Penyelia
NENEK
BIBIK
Anak Mama
AISHA
UMAIRAH

tapi bila kami panggil dia Umairah, dia marah pulak..... "ni Aita la mama, Aita"..... sambil tangan tepuk dada tanda tunjuk diri sendiri..... hehe so sweet walau pelat 'T' dia x hilang lagi..... ha, sebab apa teacher dia panggil Umairah, coz kat taska dah ada 3 orang yang nama lebih kurang sama..... Aisyah, Alisha, Khalisha..... so teacher dia decided panggil Umairah untuk x mor konfius.. hehe, aku ok kan je lah untuk kebaikkan apa salahnya kan.....

erm, moga hari ini n hari mendatang akan lebih bersinar buat kami sekeluarga..... ameen

k, sekian

28 September 2012

*taska sekarang DAN taska akan datang*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

hari Jumaat yang penuh keberkatan..... insyaallah hari ni adalah hari terakhir Aisha kami hantar ke taska sekarang iaitu Taska & Tadika Temanku..... kami kan sekarang dah berpindah ke Teratak Kami di TRP, Rawang..... so rasanya untuk keselamatan n kemudahan kami decided untuk tukarkan Aisha ke school baru di Rawang.....

dah pi school tu 2 kali, memula Aisha macam x ok jerk, tapi datang kali kedua dia dah mula 'macam' ok coz ada tempat main2 kat luar taska tu..... kami decided untuk tukarkan Aisha ke Taska Aida, alamat aku x ingat, selang 4 5 lorong jerk dari Teratak Kami..... nanti kalu aku ingat nak share kat sini, aku up entry khas yerk..... hehe

rasanya sangat berbaloi kami tukar penempatan school Aisha ni..... selain dari keselamatan travel jauh naik motor..... pengaliran udara yang lebih baik..... kami juga dapat buat penjimatan pengaliran wang yuran bulanan..... aku ada buat sikit perbandingan diantara taska sekarang dengan taska akan datang..... akan datang tu bulan depan jerk a.k.a minggu depan bermula 1 Oktober 2012 (Isnin).....


 ini yuran taska sekarang..... bayaran bulanan tau (x kira masa mula2 daftar dulu)



 ini pula yuran taska akan datang..... bayaran bulanan jugak x termasuk yuran daftar


ada nampak perbezaan x?..... hehe
ok
ok
meh aku bagi clear sikit.....


Umur
Taska Sekarang
Taska Akan Datang
2 bln – 2 thn
RM350.00
RM270.00
2 thn – 4 thn
RM320.00
+ RM30.00 (ot bulanan)
RM210.00
4 thn – 6 thn
RM330.00
RM180.00
Tadika
RM340.00
RM220.00
Transit
RM80.00 (tahun 2010)
RM120.00
Overtime
RM5.00 / jam
RM4.00 / jam
  ha yang warna merah tu adalah bayaran yang sedang & akan kami bayar secara bulanan.....


untuk pengetahuan sekarang aku bayar bulanan RM350.00. itu x termasuk RM5.00 sehari sejam kalu kami ambik Aisha lebih dari pukul 7mlm..... padahal dah bayar bulan2 tambahan RM30.00 untuk duit ot kan..... 

bila kami pi ke taska akan datang nie..... kami sangat2 bersyukur coz dah banyak penjimatan yang kami boleh buat..... RM140.00 jimat..... memacam boleh buat dengan duit tu selain menabung untuk Aisha..... erm, nak kumpul duit untuk buat KC jugak..... hehe

so buat masa sekarang (start minggu depan) kami akan bayar RM210.00 + RM50.00 (pendaftaran sekali jerk) kat taska akan datang a.k.a Taska Aida..... but bermula Januari 2013, Aisha dah masuk Tadika (5 tahun), so yuran adalah RM220.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran)..... masih lagi rendah dari yuran semasa.....

erm, agak2 ada x yang curious kenapa x kena bayar RM180.00 untuk umur 4 - 6 tahun kan..... actually itu yuran untuk nursery jerk..... kalu ambik pakej Tadika + nursery maka bayaran adalah RM220.00..... kalu ot kena RM4.00/jam.....

lagi satu kat Taska Aida ni, hari sabtu pon dorang boleh terima anak2, tapi bayar ikut jam la kan..... aktiviti lebih kurang sama jerk..... pembelajaran pon same jerk..... ada BM, BI, Math, Jawi..... petang boleh main kat luar rumah..... owh taska sekarang ni Aisha x akan nampak pokok coz bangunan memang fully tertutup buat di taska baru Aisha boleh lah cuci mata tengok pemandangan luar.....

cuma Taska ni dok kat area Selangor..... so cuti kena ikut negeri Selangor lah kan..... aku keje KL..... ha camner tu?..... x per la, cuti Selangor ngan KL xder la jauh beza kan..... yang beza pon cuma Hari Wilayah, Hari Nuzul Quran n Hari Keputeraan Sultan Selangor..... x per, itu boleh di adjust..... hehe

so, apa2 hal pon, kami sebagai ibu bapa tentu inginkan yang terbaik untuk anak2 membesar kan..... semoga Aisha cepat sesuaikan diri di tempat baru n dapat belajar dengan selesa di tambah dengan kawan2 baru kat school baru nanti..... episod hari isnin, nanti kita tengok yerk..... mak meleleh ker anak meleleh..... huhu

k, sekian