^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

12 March 2015

cuci kura-kura

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, lama x cerita pasal kura-kura yang dua (2) ekor kat rumah tu kan..... tup tup dah nak masuk 3 tahun dah kura-kura tu bersama kami..... sampai sekarang mereka x der nama, sebab tengok dedua pon sama je, kalu letak nama kang x tau nama tu hak milik yang mana satu..... so, x bernama lah kura-kura kami..... huhu

hurm, masa memula Aisha dapat dari Nyai dulu, adalah saiz dia sebesar syiling 20sen, sekarang ni dah sebesar tapak tangan aku dah..... Alhamdulillah, mudah je nak jaga, makan pon ok je..... cuma sekarang ni, dorang sibuklah nak keluar dari rumah tu..... nak bersiar2 kut kan..... hihi..... adalah 2 3 kali kejadian balik dari kerja, nak bagi makan, tetiba tengok penutup rumah dorang dah senget / terbuka, n satu kura-kura dah x der kat dalam..... cari punya cari, rupanya ada kat tepi kabinet, ada sekali tu kat celah labu sayong, ada sekali tu kat dalam bilik air..... hamboi, jauh tul dia berjalan..... seb baik jumpa balik.....

tapi apa pon, nak buang letak kura-kura ni kat tempat lain a.k.a jauh dari rumah, rasa sayang pulak..... so, selagi boleh jaga, inshaa Allah akan kami jaga dorang..... Aisha pon rajin je tolong bagi makan n mandikan dorang setiap ujung minggu bila kami x kemana-mana.....




Aisha sedang memberus cengkerang kura-kura masa mandikan dorang..... siap mandi shower kura-kura tu ala2 mandi kat air terjun..... hihi.....




**********
Antara teknik-teknik penjagaan kura-kura :

Pertama
-Tempat Tinggal-

Jika anda beli kura-kura yang kecil anda boleh menggunakan ruangan besar seperti akuarium atau bekas kecil yang tersedia ada dijual di kedai haiwan atau anda boleh menggunakan bekas kecil seperti Tupperware. Pastikan bekas yang mempunyai sisi yang tinggi supaya kura-kura tak memanjat keluar atau tutup dekat penutup yang ditebuk lubang untuk bernafas juga sediakan sedikit batu untuk kura-kura tidur kerana kura-kura lebih suka tidur dikelilingi batu kerana sifatnya yang pemalu jadi mereka suka menyorok. Jika anda menggunakan bekas,isikan air pada paras yang menenggelamkan separuh cengkerang kura-kura dan bagi yang menggunakan akuarium sediakan daratan seperti batu dan gunakan anti-chlorine bagi memastikan air yang baik untuk haiwan air anda. 


Kedua
-Pemakanan- 

Kura-kura adalah jenis omnivor jadi mereka makan sayur-sayuran,serangga dan haiwan. Kebiasaanya anda perlukan makanan berupa pellets yang boleh didapati di kedai haiwan. Pellets amat menting kerana ia merupakan makanan yang mempunyai vitamin dan makanan yang mempunyai segala zat yang diperlukan. Anda boleh beri kura-kura anda sayur,ikan atau serangga tetapi sayur memang susah untuk mereka makan mungkin kerana tidak biasa. Mengikut pengalamn saya,kura-kura saya tidak mahu makan sayur,saya berikan pellet seperti biasa dan kadang-kadang nyamuk atau kupu-kupu yang berkeliaran di rumah. Gambar 


Ketiga 
-Kebersihan-

Kura-kura tidak suka air kotor. Jadi rajin-rajinlah menukar airnya. Jika anda malas untuk bersihkan dan menukar air. Anda boleh asingkan kura-kura anda dengan cara anda adakan satu lagi bekas untuk kura-kura anda makan dan buang bahan buangan. Kura-kura biasakan akan buang air besar selepas beberapa minit selepas makan jadi selepas anda beri makan kura-kura anda dibekas yang berasingan tunggu beberapa minit sebelum anda letakkan ke bekas asal supaya mereka tidak buang air besar di bekas asal. Kura-kura juga perlukan kebersihan,anda perlu memberus cengkerang kura-kura dengan lembut seminggu sekali bagi membersihkan cengkerang dari lumut atau fungi. JANGAN gunakan sabun gunakan air biasa kerana sabun boleh merosakkan cengkerang mereka. 


Keempat

-Kasih Sayang- 

Belailah kura-kura anda sekurang-kurangnya seminggu sekali di atas cengkerang lembut mereka bagi mereka mengenali tuan mereka dan elakkan dari mencium mereka kerana mereka membawa penyakit seperti haiwan lain tetapi kura-kura membawa penyakit Samonella. 


Kelima
-Berjemur atau basking-


Kura-kura perlu berjemur untuk kesihatan mereka. Mereka mungkin taknak berjemur walaupun ada batu/tempat untuk berjemur. Jadi sediakanlah satu lagi bekas kering untuk mereka berjemur dibwah lampu. Setakat ini saya gunakan lampu 11watt yang berwarna oren untuk mereka berjemur selama beberapa jam. Pastikan bekas yang mempunyau sisi yang tinggi jika tidak mereka akan keluar

**********


 moga kami diberi kekuatan n kemudahan untuk terus menjaga mereka..... aamiin.....
Aisha asek lah berzikir nak bela kucing..... tapi belum ada kekuatan lagi nak bela..... banyak kena fikir kalu nak bela kucing ni, inshaa Allah, satu hari nanti akan cari juga seekor dua kucing, cuma tunggu masa yang sesuai.....

k, sekian


dapatkan free voucher dengan hanya jawab soalan mudah..
DAFTAR FREE DISINI



01 August 2013

*bersihkanlah diriku dari segala aib*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


uweeehuuu!
I'm back.....

agak lama menyepi, ada yang merindu.....
ecececeh... hihi
baru balik oustation dari Terengganu malam tadi.....
pagi ni kena pi Putrajaya pulak, mungkin sampai ke petang.....
hurm.. nak lepas rindu update sikit lah yerk.....


jom.....
doa hari ini.....

Bismillahirrahmanirrahim

amin ya rabbal al-amin


k, sekian


pssst : nok jengjalang ghumoh kengkawang..... dok dang ari ni..... kito jumpo esok.....

24 July 2013

*bergembira, aktif dan berfikiran positif*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 





wooot!!!
hikhik cumel plak kartun untuk 15 Ramadhan ni kan.....
so kengkawan yang cumel2 belaka macam aku kat luar sana.....
be happy, active and positive


 dan.....
doa untuk hari ini.....
 
 Bismillahirrahmanirrahim

Amin

k, sekian

23 July 2013

*ramadhan ke-14 hari ini*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


Bismillahirrahmanirrahim

Amin


k, sekian


pssst : kebizian melanda..... huhu
hurm, dah macam entry WW plak kan..... hihi
 

22 July 2013

*alhamdulillah, jom cari ilmu*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


alhamdulillah, selamat sampai di KL tengah malam tadi dari JB.....
urusan untuk rumah di JB dan bakal penyewa pon dah setel, tinggal tunggu duit deposit je lagi sebelum dorang masuk sepenuhnya awal bulan depan.....

 cerita penuh rumah nanti aku cerita lain kali ye.....
x der mood nak berceloteh panjang2 bulan ramadhan ni.....
lagipon tengah mencari mood beraya ni, x datang lagi.....
huhu




 untuk hari ini.....
jom berdoa.....


Bismillahirahmanirrahim


amin

k, sekian

 

19 July 2013

*doa hari ini*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


as salam,


salam jumaat kengkawan.....
hari ni dah masuk hari ke-10 kita berpuasa kan..... Alhamdulillah, moga ibadah yang dilakukan di terima-Nya.....
Amin.....
 
doa untuk hari ini.....
 
 
Bismillahirrahmanirrahim
 
 amin
 
 
selain berdoa.....
jangan lupa solat.....
 

terutamanya solat Jumaat hari ni ye kengkawan jejaka hemsem semua.....


k, sekian


pssst : petang ni inshaa Allah nak gerak balik Johor..... moga selamat n urusan kami di sana dipermudahkan..... Amin..... 
hurm, my dear Hubby dah pesan awal2 untuk sedia makanan untuk perjalanan kami nanti, sebab dia kalu ke mana2 memang jarang sekali singgah di mana2 RnR untuk rehat / makan kecuali untuk isi minyak atau buang air..... maka berbuka dalam kereta la jawabnya kami nanti..... hihi


18 July 2013

*gunakan masa sebaiknya*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,




jom berdoa.....

Bismillahirrahmanirrahim


Ameen

k, sekian


pssst : hujung minggu ni ada 2 hari nak setel pasal rumah kat JB, separuh hari dah guna untuk perjalanan KL-JB-KL..... moga masa itu dapat kami gunakan sebaiknya.....

17 July 2013

*rezeki kasih sayang*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 


semalam terdengar kat radio..... erm, radio ERA kut, untuk kita berikan baju2 yang mana masih elok tapi kita dah x pakai lagi untuk disedekahkan kepada rumah anak yatim.....

untuk hari ini, jom kita berdoa.....

 
Bismilahirrahmanirrahim
Amin

 




moga dengan adanya perasaan kasih sayang kita kepada anak yatim..... maka kita pon ikhlas untuk bersedekah bukan saja dari segi wang ringgit, tapi dalam bentuk lain juga macam pakaian, makanan, dan mungkin juga kasih sayang kepada mereka yang memerlukan.....setakat yang kita mampu kan.....

bagi aku, setakat ni kan, bila ke mana2, asal nampak je tabung derma, mesti Aisha akan minta aku duit untuk masukkan dalam tabung derma tu..... kalau ada 3 tempat pergi dalam sehari n ada tabung tu, maka 3 kalilah dia akan minta duit..... aku x kisah pon, alhamdulillah, tapi aku bagi mana yang ada dalam purse lah kan, seikhlasnya..... moga amalam yang sedikit itu diterima oleh-Nya..... dan dia tau tabung tu adalah untuk derma, bukan macam tabung itik dia kat umah..... hihi

so, kengkawan..... jom bersedekah

k, sekian

16 July 2013

* I'm sorry.....*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,




ha, kalau boleh bukan je hari ni dan bukan je hari raya nantikita bermaaf-maafan yer..... biarlah dalam hati kita ada perasaan ini dan lafazkan kat bibir bila2 masa di perlukan..... biar tenang n senang je hati ni dengan persekitaran dan keadaan yang berlaku..... ok



 layan kartun jap.....


 hihi



doa sempena hari ke-7 Ramadhan.....
jom baca.....

Bismillahirrahmanirrahim

Amin

k, sekian


pssst : aku nak minta maaf sebab entry bulan ramadhan ni, xder berkisar sangat pasal what going around with me n my family yer..... kalu ada pon, sikit2 jerk yang mana perlu..... 
pssst 1 : aku nak mintak maaf kalu aku x sempat nak berkunjung ke umah kengkawan..... banyak pulak keje bulan ni nak kena sedia data..... so kalu ada masa nanti aku buat kunjungan balas yerk.....
 

12 July 2013

*as salam .....*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin



salam Jumaat.....
salam 3 Ramadhan.....



jom berdoa.....


Amin Ya Rabbal Al-Amin



k, sekian


03 May 2013

*jangan join AKPK*

129 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

opsss, jangan buat kesimpulan terus dengan tajuk tu yerk..... entry bi bukan aku x bagi kengkawan join AKPK, tapi sila BACA SAMPAI HABIS dulu apa yang aku nak share nieh..... lepas tu baru uat kesimpulan..... wokeh.....


erm, ritu saje la berdiskusi dengan member opis, asalnya dia cerita nak buat loan, then berjangkit pasal camner nak langsai hutang dengan cara cepat, then tercerita pulak pasal AKPK..... so, tergoogle lah aku pasal AKPK nieh.....




kengkawan pernah dengar apa itu AKPK?
ker ada yang dah join?.....
AKPK adalah satu agensi yang boleh membantu kita dalam pendidikan kewangan, memberi kaunseling kewangan dan cara menguruskan kredit dengan bahasa mudah macamana kita nak mengawal hutang.....
agensi ni ada kaitan yang sangat rapat dengan Bank Negara Malaysia ye kengkawan.....

 dari carian aku, orang yang banyak gunakan khidmat AKPK ni adalah orang yang ada hutang kad kredit..... ada yang 5 kad, ada yang 8 kad, ada yang sampai 10 kad pon ada.....

aku x boleh la nak komen lebih2 pasal ni sebab aku x guna khidmat agensi ni.....
so jom kita tengok baik ke buruk ke AKPK ni kat kita.....

sedikit dari pembacaan aku pasal AKPK.....

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NEGATIF

Saya dan keluarga benar2 mahu membeli rumah atau kalau boleh membina rumah, masalahnyer saya sukar untuk membuat pinjaman oleh kerana saya ader AKPK, buat masa ini saya dan keluarga masih lagi menumpang dirumah bapa saya, ialah bak kata perpatah baru2 tu memang lah bau ewangi, lama2 tu bau taik...

Saya terlibat dengan AKPK tu pun pasal kad kredit, bukan saya tak bayar , tapi saya mengurangkan bayaran setiap bulan dari RM1200 kepada RM340 dan Alhamdullilah tiada gangguan lagi dari bank2 yang berkenaan.

Dan sekarang pula timbul lagi satu masalah untuk mencari tempat tinggal untuk kami sekelurga...tak tido malam dibuatnya memikir.KWSP akaun 2 tu aderlah RM38K kalau campur ngan bini tu ader lah RM 40K, isteri lak lama dah tak kerja kerana menjaga anak.
  
**********
mmg rugi g AKPK.. sume loan kena freeze..

**********
 1. Akan kena blacklist oleh bank2 selama tempoh perlindungan Bank Negara (via AKPK)
2. Bank2 akan tau kita pernah minta tolong Big Brother sb tak mampu bayar hutang…bank akan take note benda ni..
3. Financial kita terikat atas telunjuk AKPK….
Klu kantoi bayar settlement … klu tak silap 2 kali…ke atau sekali… you’re out from the program…
Dan back to square one…

**********
Jgn apply AKPK sebab :
1) Ko akan kena blacklist selama-2nya…
2) Akan kena blacklist selagi masih hidup.
3) Nak apply loan PASTI kena reject selama-2nya sebab nama dah blacklist.
4) Pendek kata jgn apply AKPK.
Sebabnya member aku sendiri call officer AKPK dan dia mengakui akan hal blacklist ni.
Tq.

**********
but kalau ada positif dia sure ada negatif dia…
kadar bayaran tetiap bulan akan ditetapkan oleh AKPK..
segala maklumat kewangan kita akan direkod…
sory la nak melancong2 ke.. ape ke…
plan nak buat pinjaman apa sorry skit…
setel bagi habis semua hutang dulu…
kesimpulan, akpk nie hanya sesuai bagi yang betul2 dah xde jalan nak pusing, pastu tido pun dah x lena.. kiranya tahap paling kritikal la.. elok lah ke AKPK… pada yang ada peluang lagi tue.. cuba usahakan dulu…

**********
memanglah akpk bagus dapat membantu tapi selepas habis bayar akpk, saya tak dapat membeli apa2 misalnya kereta, motor atau rumah, sekarang nie saya tersesak.. tak tahu nak buat macam mana!! saya tanya akpk kenapa tak boleh apply loan, akpk jawab terpulang kepada bank… saya tanya bank kenapa tak boleh apply loan, bank cakap u ada apply akpk dulu so susah nak apply mana2 bank!!



POSITIF

 AKPK… ianya merupakan suatu rahmat kepada penghutang!!!
Jika someone dah duduk bawah AKPK dia tidak boleh disentuh oleh bank, diishtiharkan bangkrap… dan boleh lah tido lena skit daripada dulu… kalau join AKPK nie kira nya mcm dapat lesen besar la dari Bank Negara… bank semua x boleh kacau dah…

 **********
bro and sis…saya sudah join akpk. total hutang saya untuk 8 credit card ialah rm24k. memang saya gila..terlalu memboros..sekarang akpk telah menetapkan bayaran rm400..untuk lebih kurang 70bulan. interest from 18% jatuh ke 5%. sekarang saya bebas dari panggilan dari bank yang megejar untuk duit. tapi syarat setiap bulan kena bayar sebelum akhir bulan..kepada acc akpk. bagi pendapat saya akpk banyak membantu..terutama mengurangkan bunga

**********
aku rasa bukan blacklist, BNM akan masukan nama kita kedalam satu list yang ikut program ni. program ni bagus utk yg dah lepas paras hidung (bernafas dalam lumpur ) sebab dia akan restructure semua hutang korang.

**********
AKpk adalah satu badan kerajaan yang ditubuhkan oleh bank negara untuk membantu mereke yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman. x silap saya AKPK dah banyak membantu orang dan kebanyakkan berjaya menyelesaikan masalah mereka. akpk cuma orang tgh diantara penghutang dan bank. akpk akan cube memujuk bank supaya mengurangkan interst dari 18% untuk kredit card sehingga ke 8% untuk kredit kad. kite akan bayar ke AKPK dan AKPK yang akan mengagihkan bayaran kepada bank, jadi Kawan saya hanya tumpu kepada 1 bank sahaja. kawan saya sendiri sudah 2 tahun dalam Program DMP yg disediakan oleh AKPK. kawan saya ada 10 kreditkad, dan sebelum tahu akpk kawan saya kena bayar kat bank sebanyak lebih dari 3000.00 sebulan untuk 10 kredit kad untuk setiap bank, tp alhamdullillah sejak akpk bantu, dia hanya bayar 1100.00 sebulan untuk 10 bank. terima kasih akpk. kini dia telah selesaikan 4 bank dengan membayar habis. tinggal 6 bank saje lagi, dan pembayaran ke akpk menurun sebanyak 580.00 sebulan.insyaallah dia akan selesaikan sikit2. kini pembelanjaan kawan saya itu lebih teratur dan dia sekeluarga bahagia, harus diingat AKPK TIDAK BLACKLISTKAN ORANG. hanya membantu dan bagi pendapat kepada orang awam. dan tiada cas dikenakan.

**********
Just nak share pengalaman kawan bf sy. Commitment dia sblm ke akpk adalah RM5800/sbln, enrol dmp akpk tinggal RM2700. Br 3 thn, sy tgk dia tukar keta…dpd honda civic ke skrg ni ford focus platinum+ yg baru tu. Dia straight away join akpk sbb kena retrench with very minimal compensation. Sementara akpk settle dgn bank2, the process can buy him at least 2 months to survive.
Sy tnya bf sy, mcmmana dia blh buat loan keta sedangkan dia under akpk sbb org dok kata klu masuk akpk takleh dah wat loan bagai…bf sy bgtau, mana ada blacklist2 ni. terpulang pd budi bicara pihak bank la nk bg loan ke tak. Gaji dia pun dah naik dpd 9000++ (co lama yg retrench dia) kpd 12k++ di co skrg. Of course b4 dia trade in keta dia tu, bf sy kata kwn dia dah ada settle a few accounts.
So, all in all, as long as income kita “mencukupi” ( that is, mengikut budi bicara pihak bank) & takder commitment2 lain yg “makan” gaji bersih kita, maybe bank blh approve.
I think, akpk ni beneficial klu dah ada rumah & keta kot. Sbb, klu takleh wat loan pun takper, dah ada keperluan asas tu. Tp klu masuk akpk b4 beli rumah & keta, then gaji pun tak baper nak cantik…..maybe bank dah tak “trust” sbb bkn kerana u dah ada history dgn akpk…tp u dah ada history takleh manage ur debt.

**********
Sedar tak sedar, dah lebih tiga tahun saya di bawah bantuan AKPK. Setiap bulan tak miss bayaran AKPK, alhamdulillah. Ada bank yang hantar statement, ada yang tak, jadi agak sukar untuk melihat secara keseluruhan akaun hutang saya di bawah AKPK. Tapi memandangkan bank-bank pun dah tak ganggu saya melalui telefon, jadi saya pun kurang mengambil peduli sangat mengenai baki pinjaman di bank.

Untuk mempercepatkan lagi tempoh untuk saya mencapai hidup bebas hutang, saya telah menggunakan RM50 yang kurang dari AKPK itu untuk dibayar secara terus ke bank pinjaman yang lain. Dengan ini, bank-bank lain pun akan lagi cepat habis hutangnya.

**********
Kalau dikira dari segi konsepnya, kita langsung tidak berhutang apa-apa dengan AKPK. AKPK hanyalah satu badan yang mewakili kita, menjaga hak kita sepanjang tempoh kita menyelesaikan hutang dengan bank. AKPK menjanjikan bank untuk memastikan kita membayar hutang bank mengikut kemampuan kita melalui perjanjian kita, disebabkan itu, AKPK menanggung sedikit risiko untuk kita membuat bayaran hutang ke bank. Dengan ini, bank mungkin bersetuju mengurangkan kadar faedah disebabkan AKPK menanggung sebahagian dari risiko ini. Kaedah pembayaran hutang pula, kita menyalurkan keseluruhan bayaran ke AKPK. AKPK memastikan kita membuat bayaran dan kemudiannya mereka menyalurkan bayaran tersebut ke bank berkenaan tanpa cas apa-apa ke atas kita. Selain bayaran melalui AKPK, kita juga bebas untuk buat bayaran tambahan sendiri ke bank berkenaan untuk mempercepatkan penjelasan hutang.

**********
Bank nak duit dr customer, jd dorang akan ambil customer yg ada duit dan boleh dipergunakan utk dapat keuntungan. Meraka yg sedang atau telah melalui AKPK, bukan sahaja mempunyai sejarah yg berisiko dari segi duit, tp juga telah diberi pendedahan oleh AKPK mengenai nilai wang. Jd bank takut sikit nak dekat org2 yg pernah AKPK sbb susah dorang nak tipu kita ngan servis2 dorang utk dptkan duit kita.

**********
loan masih boleh buat....

tapi secara implicit agak sukar nak dapat...sebab banks nak reduce risks...so customer with poor record nih dorang try to avoid ler...lagi2 kalau kerja swasta...current condition memang tak favour dorang...

macam kawan bono yang kerja gomen tuh dapat loan sebab as usual lah kerja gomen high security...

**********
sumber : www.majalah.com, www.bebas-hutang.com, moneymatter7.blogspot.com, www.bicarajutawan.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


ha, tu sebahagian yang aku ambil dari website tertentu, nak lagi terang dan jelas boleh jer taip AKPK, lepas tu klik butang 'search'..... so lagi macam2 n banyak ilmu yang akan kita dapat.....
xder la dari satu sumber jerk n kita terus buat kesimpulan AKPK x bagus, AKPK jahat dan lain2 lagi kan.....
setiap apa yang kita buat mesti lah ada pro n kontra nya.....
orang kata, sebelum buat sesuatu, ukur baju di badan sendiri dulu.....

so, renung renungkan dan selamat beramal.....
eceh, pinjam quote Prof Izi jap.....
hehe

k, sekian


pssst : setakat ni cukuplah dulu loan yang ada, x mor tambah dah..... lama lagi tu nak abes..... huhu

15 April 2013

*Tips kenal jantina kura2 dari blog Cik Tom*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


jenjalan umah kengkawan, tetiba tertengok tajuk

"Tips Mengenali Jantina Kura-kura"

kat blog Cik Tom.....

hah, ape lagi..... aku kan ada bela 2 ekor kura2 kat umah hadiah dari Nyai untuk Aisha raya taun lepas..... so haruslah aku klik link tu sebab nak tau kan.....

jom tengok apa tips yang cik tom collect dari google.....

1) Kura-kura jantan lagi panjang dan tebal ekornya berbanding kura-kura betina.



2) Kura-kura jantan mengeluarkaan bunyi garau manakala kura-kura betina menghasilkan bunyi berdesir.
~ x pernah pulak aku dengar kura2 tu keluarkan bunyi, huhu



3) Kura-kura jantan lebih panjang cakar (kuku) dari kura-kura betina.



4) Kalau masih kecil, pola berbentuk bulat (tompok) dibawah cengkerang kura-kura itu banyak dan rapat bermakna itu kura-kura jantan.



5) Kebiasaannya saiz kura-kura betina lagi besar dari saiz kura-kura jantan.



6) Bentuk cengkerang jantan berbentuk convex manakala kura-kura betina concave.

bentuk convex dan concave untuk cengkerang kura2 (atas)


so, dah boleh tentukan kut kura2 Aisha kat umah tu yang mana satu jantan n yang mana satu betina..... sampai sekarang xder nama lagi kura2 tu..... sebba x pasti jantina dorang..... haha


RM3798.20 masih perlu direbut oleh blogger
jom klik


k, sekian


pssst : sedang menyenaraikan penuh peserta GA Perfume sebelum undian di buat..... tunggu..... mana yang aku x sempat terjah, mintak mahap sesangat, tapi kalu ada dalam list (page kat bawah header) tu maknanya dalam senarai lah yerk.....

12 April 2013

*sujudlah dengan sempurna*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


saling ingat mengingati diri kita yerk..... mana lah tau kita x perasan.....
aku sedar pasal mende ni pon masa kat umah MIL masa balik kampung bulan lepas kut.....
sebelum ni x ambil kisah pon, tapi bila MIL tegur adik ipar, so aku pon join la sekali dengar penerangan dia.....


"Bahawasanya Nabi saw apabila sujud, ia meletakkan kedua tanannya dengan tidak terlalu mengembangkannya dan tidak menggenggamkannya serta menghadapkan jari tangan dan kakinya ke arah Qiblat. (R Al-Bukhary)"


 jom kita tengok kesalahan ketika sujud yang mungkin kita x sedar.....


 
Aurat terdedah.
Tapak tangan tidak melekap di bumi.



 Tidak melekapkan anggota sujud ke bumi (tapak tangan & jari kaki).
Tidak meletakkan kedua tangan setentang dengan bahu.
Mengenakan kedua siku ke bumi.
Tidak merapatkan jari-jari tangan.Sujud terlalu cepat seperti burung mematuk.



 Jari jemari kaki tidak diletakkan di atas bumi dan tidak dihalakan ke Qiblat.
Tidak ada thumakninah (diam / tenang seketika)

rujukan : Ust Abd Rahman Mohamed (Buku Panduan Lengkap Menghalusi Solat)


kepada mereka yang dah lakukan yang terbaik, tahniah..... pada yang belum tu, jom sama2 kita perbaiki diri yerk..... moga solat kita diterima Allah.....

k, sekian


GA Perfume by maszmadi.blogspot.com
08-14.04.2013

25 March 2013

*rentetan entry Rota dan **bi*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 


aku pasal Halal makan tu memang allert sikit sejak tahu ada Halal yang x diiktiraf oleh Halal Jakim dulu..... siap aku print kod E yang dulu pernah aku jumpa dalam tenet, n simpan dalam wallet, memula dulu kalu nak beli barang, aku akan cek dulu bahan2 dia, sekarang ni aku just berwaspada je di mana kalua da kod E, then ada dalam kurungan (berasaskan tumbuhan) aku beli lah barang tu, tapi kalu ada kod E yang tersenarai n dalam kurungan tu ada tulis kandungan haiwan, maka tanpa was2 aku letak semula kat rak..... daripada dalam hati rasa x tenteram kan..... so x yah lah nak belek satu2 kod E yang tersenarai tu.....

ada sesiapa ingat x aku pernah up cerita pasal keropok Rota yang ada kandungan **bi minggu lepas..... ada sorang blogger yang prihatin bagi komen macam kat bawah nie.....


so, untuk tahu kebenarannya..... aku pi lah kat link yang Ujie tinggal tu kan..... dan di sini aku share lah beberapa info untuk kita guna bersama.....

Apa itu Kod 'E'?
Kod 'E' yang tertera pada label pembungkusan makanan (contohnya: E100, E471) adalah kod-kod yang digunakan di Eropah untuk bahan aditif dalam makanan (emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan lain-lain). Rujukan tambahan, sila klik INI.
Ia boleh dibahagikan kepada DUA kumpulan-bahan tidak kritikal dan bahan kritikal. 
  1. BAHAN TIDAK KRITIKAL, contohnya kod E100 ialah bahan pewarna dari sumber tumbuhan. 
  2. BAHAN KRITIKAL, contohnya kod E422 ialah lecithin (bahan pengemulsi/emulsifier) yang berkemungkinan dari sumber haiwan (yang mungkin tidak halal, perlu dikaji sumber asal untuk status halal).

Untuk artikel penuh dari Ujie, sila klik SINI dan info dari Halal Malaysia DI SINI.

so, kita sebagai pengguna, harus berhati2 n berwaspada tiap apa info yang kita perolehi..... aku akan share info yang aku dapat dan rasa perlu di share kat sini, n kengkawan kalu ada yang perlu dibetulkan, jangan malu2 tegur, semua ni untuk kebaikkan kita bersama yer.....

k, sekian


pssst : esok nak outstation ke Pahang..... nak pi ke depoh TUDM..... apa buat kat sana, nanti kalu perlu, aku share yerk..... hehe

21 March 2013

*baju bajan ~ bila lah nak setel daaa.....*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

kejadian hari sabtu lepas selepas 2 minggu tiada di rumah pada hujung minggu disebabkan bekerja pada hujung minggu..... haha, banyak betul minggu..... menguruskan baju bajan (erk, ada ker istilah nie) yang dah bertimbun kat ruang atas pada pagi sabtu lepas.....




memula uruskan baju bajan di penyangkut..... yang dah kering dah pon aku angkat, so dah kosong tempat penyidai..... alhamdulillah.....




baju bajan yang dah penuh dalam mesin basuh, dah selamat di cuci dan selamat di sidai pada penyangkut baju macam kat atas tadi tu..... alhamdulillah.....




hah, baju batik yag dah penuh dalam karung tu pun dah aku bereskan pagi tu jugak, dan dah pon selamat aku sidai pada cloth hanger yang di beli kat Houses Lighting Puchung, PWP RM99.00..... alhamdulillah

TIPS : biar baju batik tahan lama
~ini adalah berdasarkan info dari pembuat/ pengusaha batik sendiri~

  • sebelum rendam pakaian batik, pastikan cuci dulu bahagian2 yang perlu (aku cuci guna sabun wangi n berus guna berus gigi), terutamanya pada kolar baju untuk hilangkan kotoran yang melekat.
  • rendam pakaian batik dengan pelembut kain, tapi jangan lebih dari 5 minit, nanti boleh mereputkan kain.
  • cuci pakaian batik dengan menggunakan tangan, biar senang nak iron.
  • masa sidai tu jangan perah, ambil dari dalam bekas rendaman, letak kat hanger n terus gantung.
  • jangan sekali kali menjemur pakaian batik di tempat panas, nanti warna cepat luntur.



humangaih..... cuma satu mende ni jerk yang aku rasa kecewa sikit..... sebab belum sempat diuruskan sepenuhnya..... huhu
biasanya aku uruskan baju bajan ni waktu pagi sebelum si anak dara bangun..... tapi bila separuh jalan sedang aku melipat baju bajan yang dah penuh atas sofa di ruang menonton tu, si anak dara dah bangun pulak..... kalau dia dah bangun, maka kerja2 berkaitan baju bajan perlu di ketepikan sebab, dia rajin sangat nak menolong aku lipat2 nieh..... hehe, rajin anak Mama kan, tapi kalau dia lipat, kompem aku kena lipat semula, nak kena bagi kursus melipat lagi kat anak dara tu..... next week nak buka kelas lah..... haha

tapi seb baiklah baju bajan yang menimbun tu kat tingkat atas, so kalu orang datang rumah, eh ada ker orang datang?..... x per, kalu ada orang datang, x der lah malu sangat bila nampak rumah yang penuh macam stor kain tu kan.....

so misi hujung minggu ni adalah melipat baju bajan itu.....

k, sekian

07 December 2012

*jom ke Muzium Coklat @Kota Damansara*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 


Muzium Coklat Di Kota Damansara Dibuka Kepada Orang Ramai  

KUALA LUMPUR: Muzium Coklat pertama di Asia Tenggara kini dibuka di Kota Damansara oleh syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn Bhd.
Muzium itu dibuka kepada orang ramai secara percuma mulai 9 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu, kata penolong pengurus besar syarikat itu, Mohd Khairudin Abdul Jalil.
Beliau berkata muzium itu yang dibuka sejak tiga minggu lepas, bukan sahaja mendidik orang ramai mengenai asal-usul coklat tetapi juga manfaat coklat untuk kesihatan.
Demonstrasi membuat coklat buatan tangan turut diadakan oleh pembuat coklat syarikat itu, katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Mohd Khairudin berkata pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan coklat daripada pelbagai jenama termasuk coklat keluaran syarikat tersebut antaranya Fidani dan Danson dengan harga yang lebih murah.
"Di samping itu, pengunjung yang datang ke sini boleh membuat tempahan terus kerana kami menyediakan perkhidmatan membuat coklat untuk majlis perkahwinan,harijadi dan majlis korporat," katanya.
Beliau berkata pihaknya optimis muzium itu dapat menambah produk pelancongan negara serta setanding dengan muzium coklat di luar negara. BERNAMA -sumber-


try lah pi kat google n bukak la website dia.....

menatang ni jerk yang ada..... mungkin x update lagi kut kan.....


hurm..... macam best jerk kan.....
 buka setiap hari Isnin hingga Sabtu.....
pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.....
yang penting masuk FREE.....
hehe


diantara coklat keluaran mereka yang ada.....

coklat jenama Fidani..... sumber


coklat jenama Danson, perasa durian you..... sumber


dah, nak jamu mata lagi dengan coklat2 nieh walau bukan dari website muzium.....


k, sekian


 pssst : dah WhatsApp ngan hubby pasal muzium ni, tapi xder balasan lagi..... agak2 kertas kerja ni diterima x yerk..... huhu

07 September 2012

*aku adalah seorang guru*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

nak share sikit info masa aku pi kursus lagik ari tu.....
ops, sebelum tu nak berterima kasih pada kengkawan yang bagi feedback pasal entry aku pagi tadi..... nampaknya ramai para isteri yang x bersetuju bahawa suami memasing akan singgah ke mana2 sebelum sampai ke rumah lepas balik kerja..... kalu ikut aku pon, my dear Hubby pon xkan singgah ke mana2 lepas balik kerja..... tapi kan, x boleh jugak cakap kan, mungkin suami kita ni semua baik2 belaka kan, Alhamdulillah..... tapi mungkin juga ada segelintir suami atau lelaki bujang yang berbuat begitu kan.....

ok, balik pada tajuk semula.....
kali ni nak share pasal
Kepimpinan & Komunikasi Dalam Keluarga.....

apa2 jenis pendidikan pon akan bermula dari rumah..... ibu bapa sebagai guru pertama kepada anak2 di rumah sebelum mendapat pendidikan formal di sekolah..... dan seterusnya mendapatkan pendidikan universal melalui kehidupan selepas persekolahan yang dipengaruhi persekitaran.....

ada tiga (3) tahap / kaedah praktikal dalam mendidik anak di rumah iaitu:-



Tahap 1 :-
dari anak berumur sehari selepas lahir hingga mereka berusia 7 tahun, anak2 kita harus di didik dengan cara senda gurau, x boleh bertegas sangat coz anak2 kita ni baru nak kenal dunia dan tahap ini adalah proses pembelajaran melalui penglihatan, perbuatan, dan perkataan yang diperhatikan oleh anak2.

Tahap 2 :-
apabila anak berumur 8 - 14 tahun, kita perlu tegas dalam mendidik kerana masa ini, anak2 akan cuba untuk mencari alasan untuk tidak melakukan apa yang di arahkan.  takut nanti bila kita teruskan dengan kaedah senda gurau, anak akan hilang hormat pada ibu bapa n menyebabkan mereka tidak mengikut peraturan kehidupan yang sepatutnya.

Tahap 3 :-
pada umur anak mencecah 15 - 21 tahun, ibu bapa perlu menjadi kawan kepada anak2 kerana pada waktu ini anak2 akan selalu ingin seseorang yang boleh berkongsi semua yang dirasai daripada pengaruh persekitaran.  ibu bapa perlu tahu untuk mengawal pergerakan anak2 dengan cara pendekatan sebagai kawan yang membuatkan anak kita selesa untuk duduk di rumah dan berkongsi perjalanan kehidupan yang baik.

maka, pemimpin yang baik datangnya dari anak yang taat di mana pembinaan peribadi manusia di bentuk daripada 3 faktor iaitu:
1. Ibu Bapa
2. Sekolah
3. Persekitaran

so, ibu bapa semua (termasuklah aku) jom sesama kita gunakan kaedah 3 peringkat mendidik anak agar anak2 kita menjadi bakal pemimpin yang kita semua impikan di masa akan datang.....

betul x kengkawan?.....


k, sekian

 

16 August 2012

*perjalanan menakluk pantai timur*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,

~blog pon rasa sunyi jerk, maklum dah ramai yang mula bercuti balik kampung kan..... hehe~

 insyaallah sempena cuti sambutan Aidilfitri ni, kami sekeluarga akan pulang ke kampung untuk sambutan...... malam ni atau sok pagi  dari Rawang, Selangor kami akan bergerak ke Kuantan, Pahang, umah parent hubby, then lepas solat aidilfitri nanti akan ke Kuala Terengganu, Terengganu untuk bertemu family abang hubby n to'ki hubby serta family..... pada hari raya ketiga, kami akan bertolak balik ke Kota Tinggi, Johor  melalui Mersing untuk bertemu dengan my family pulak.....

sebelum memulakan perjalanan, jom sama2 kita ingatkan semula doa yang dah patut jadi kebiasaan pada kita semua setiap kali memulakan perjalanan samada jauh atau dekat kan.....

jom baca.....


bi–smi–`allaahi `alr-rahmaani `alr-rahiymi.
ertinya:
Dengan–nama–Alläh Maha-Pengasih [lagi] Maha-Penyayang.
 
bi–smi–`allaahi majri—haa wa mursa—haa. `inna rabbi—y, la ghafuwrun rrahiymun.
ertinya:
Dengan–nama–Alläh keberangkatan | bertolak—nya dan kedatangan | berlabuh—nya [kendaraan ini].
Sesungguhnya [tuhan]-pengasuh—ku, sungguh Maha-Pengampun lagi Maha-Penyayang
[do’a nabi Nüh — Al-Qur`än, Hüd, 11:41]


 semoga perjalanan kami dan anda semua dipermudahkan n selamat pergi n pulang..... Ameen

k, sekian 


p/s : taun ni x sempat nak buat n berpos kad raya..... sibuk ngan urusan rumah yang baru kami duduki sejak last saturday..... nanti jemput datang umah pada kengkawan yang berhajat untuk bertemu yerk..... cuma still ada kekurangan di rumah kami, moga tidak menjadi penghalang pada perhubungan persahabatan kita.....

28 June 2012

*berita sedih.....*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

 nak share berita sedih nie..... kejadian petang semalam..... aku balik keje jam 6.30 petang, balik lewat coz ada duty sempena promosi kat opis.....

sampai kat school Aisha, aku masuk ruang menonton tempat bebudak berkumpul sementara tunggu ibu bapa ambil anak2 masing2..... aku panggil la Aisha nak ajak balik, time tu dia tengah main2 dengan kawan dia..... tetiba aku nampak macam ada sesuatu yang asing kat muka Aisha..... terkejut aku coz nampak ada luka kat bawah mata kiri dia..... rasa macam nak nangis time tu bila tengok anak luka, kat muka pulak tu.....


 see, bawah mata kiri Aisha ada luka.....


aku tanya cikgu yang ada kat situ apa berlaku, (cikgu yang jaga Aisha dah balik time tu)..... dorang cakap ada budak cakar sebab berebut mainan..... kut ye pon berebut mainan janganlah sampai main cakar2..... cikgu tu kata kuku budak tu panjang..... isk, mak pak x tengok ker anak dia camner.....


 zoom sikit


Aisha bukan mangsa pertama yang kena cakar dengan budak tu.....adoi..... sian la aku tengok Aisha, mesti pedih kan coz bukan setakat calar jerk..... kulit tu terkoyak tau, walau x dalam tapi untuk budak sekecil Aisha mesti lah sakit..... tapi Aisha memang kuat, cikgu kata dia nangis jugak masa mula2 kena tu, tapi lepas tu dia ok dah lepas cikgu sapu minyak..... Aisha x melawan balik pon budak tu..... n boleh main2 lagi dengan kawan2 dia, kawan yang lain la kan.....

sebelum ni Aisha pernah jugak cedera (bengkak kaki) masa kat school sebab dia jatuh sendiri masa main slider..... aku x kisah sangat kalau anak aku cedera sebab sendiri, tapi kalau orang lain yang menyebabkan anak aku cedera, aku emo la jugak kan.....

pagi tadi masa pi antar Aisha kat school, aku tanya kat cikgu yang jaga dia, apa yang berlaku sebenarnya..... cerita masih yang sama, then aku tanyalah, mak pak budak tu tau x yang anak dia cakar Aisha..... cikgu tu dah bagitau n dah marah pak budak tu (yang antar n ambik budak tu ke school adalah pak dia)..... hurm, moga pak budak tu sedar akan keganasan anak dia, pompuan tau anak dia tu..... nama dia Sa*a..... tengok2 lah anak kita punya kuku tu panjang atau x..... nak main boleh, tapi jangan sampai mencederakan orang lain..... kalau ini kali pertama, mungkin boleh consider lagi (sebenarnya x boleh jugak), ini dah 3 4 kali terjadi, maknanya 3 4 orang jugak lah budak dah jadi mangsa dia..... maka mak pak kenalah peka ngan perangai anak kan.....

isk, x tahu lah nak cakap apa..... cuma aku harap budak pompuan tu berubah jadi lebih baik lepas ni..... moga luka Aisha cepat sembuh n tidak tinggalkan bekas yang ketara lepas ni.....

k, sekian

p/s : krim gamat dah abis stok kat umah, kena pi beli jap lagi nak sapu kat luka Aisha tu.....