^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

07 September 2012

Home » , , » *aku adalah seorang guru*

*aku adalah seorang guru*

as salam, 

nak share sikit info masa aku pi kursus lagik ari tu.....
ops, sebelum tu nak berterima kasih pada kengkawan yang bagi feedback pasal entry aku pagi tadi..... nampaknya ramai para isteri yang x bersetuju bahawa suami memasing akan singgah ke mana2 sebelum sampai ke rumah lepas balik kerja..... kalu ikut aku pon, my dear Hubby pon xkan singgah ke mana2 lepas balik kerja..... tapi kan, x boleh jugak cakap kan, mungkin suami kita ni semua baik2 belaka kan, Alhamdulillah..... tapi mungkin juga ada segelintir suami atau lelaki bujang yang berbuat begitu kan.....

ok, balik pada tajuk semula.....
kali ni nak share pasal
Kepimpinan & Komunikasi Dalam Keluarga.....

apa2 jenis pendidikan pon akan bermula dari rumah..... ibu bapa sebagai guru pertama kepada anak2 di rumah sebelum mendapat pendidikan formal di sekolah..... dan seterusnya mendapatkan pendidikan universal melalui kehidupan selepas persekolahan yang dipengaruhi persekitaran.....

ada tiga (3) tahap / kaedah praktikal dalam mendidik anak di rumah iaitu:-



Tahap 1 :-
dari anak berumur sehari selepas lahir hingga mereka berusia 7 tahun, anak2 kita harus di didik dengan cara senda gurau, x boleh bertegas sangat coz anak2 kita ni baru nak kenal dunia dan tahap ini adalah proses pembelajaran melalui penglihatan, perbuatan, dan perkataan yang diperhatikan oleh anak2.

Tahap 2 :-
apabila anak berumur 8 - 14 tahun, kita perlu tegas dalam mendidik kerana masa ini, anak2 akan cuba untuk mencari alasan untuk tidak melakukan apa yang di arahkan.  takut nanti bila kita teruskan dengan kaedah senda gurau, anak akan hilang hormat pada ibu bapa n menyebabkan mereka tidak mengikut peraturan kehidupan yang sepatutnya.

Tahap 3 :-
pada umur anak mencecah 15 - 21 tahun, ibu bapa perlu menjadi kawan kepada anak2 kerana pada waktu ini anak2 akan selalu ingin seseorang yang boleh berkongsi semua yang dirasai daripada pengaruh persekitaran.  ibu bapa perlu tahu untuk mengawal pergerakan anak2 dengan cara pendekatan sebagai kawan yang membuatkan anak kita selesa untuk duduk di rumah dan berkongsi perjalanan kehidupan yang baik.

maka, pemimpin yang baik datangnya dari anak yang taat di mana pembinaan peribadi manusia di bentuk daripada 3 faktor iaitu:
1. Ibu Bapa
2. Sekolah
3. Persekitaran

so, ibu bapa semua (termasuklah aku) jom sesama kita gunakan kaedah 3 peringkat mendidik anak agar anak2 kita menjadi bakal pemimpin yang kita semua impikan di masa akan datang.....

betul x kengkawan?.....


k, sekian

 

9 comments

September 7, 2012 at 2:19 PM

berangan dulu nak jadi cikgu ..
skrg baru tahu kenapa akk x leh jadi cikgu ;))

September 7, 2012 at 3:03 PM

kesabarb tu penting tuk mendidik dlm ke 3 3 fasa ni kan..;)

September 7, 2012 at 3:10 PM

ibu bapa sebenarnye main peranan dlm mendidik guru di sekolah hanya membantu

September 7, 2012 at 3:23 PM

IBU BAPA LAH CIKGU SEBENARNYA

Anonymous
September 7, 2012 at 6:06 PM

adik yang dalam kategori 8-14thun tu la yang paling degil...geram je rasa....

September 7, 2012 at 6:42 PM

btulla kak. sy ni ngajo bdk sek men. mmg gtula gaye kn buat.

September 8, 2012 at 9:38 AM

ya..ibu bapa pendidik sebenarnya..
dari mula anak2 diajar..

mornink akak, dah sarapan ke..hehe

http://lobaksusue.blogspot.com/2012/09/rumah-baru-tempat-baru-suasana-baru.html

Anonymous
September 10, 2012 at 10:36 AM

betul tu antara yg KA praktikkan jad kawan terbaik pada anak2

September 10, 2012 at 11:02 AM

bile dh besar mmg anak2 perlukan perhatian lebih sbb masa tue lah dia perlu membuat keputusan untuk dirinye...

Post a Comment