^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

18 September 2013

*wordless wednesday ~ berkursus kita yerrr*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 




Kursus Pemprosesan Data Dan Analisa Data Menggunakan Komputer (SPSS)
18-20 September 2013
8.30pg - 5.00ptg
Institut Kraf Negara, Rawang

dokek yo ngan umah den tompek kursus ni.....
yeay!!!

k, sekian
 

28 June 2013

*coklat dari Langkawi*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 


sebelum ni ada entry WW langkawi then ada pulak entry pantun langkawi.....
ari ni nak share pasal cokelat langkawi pulak.....

ahah, Langkawi dan coklatmemang x dapat dipisahkan kan..... tapi sempena berkursus 4h3m kat sana ritu..... aku xder la memborong coklat banyak, sebab aku x berapa gemar coklat..... lagipun yang my dear Hubby pi ke sana sebelum tu pon ada lagi coklat dalam esbok x habis..... so kali ni aku pegi beli sikit2 jerk..... buat puas hati tengok orang membeli, aku pon nak membeli jugak kan..... ngeh3..... dasar pompuan suka shopping.....



 coklat yang aku beli adalah dari Chocolate Shop Haji Ismail Group (HIG)..... itu adalah tempat persinggahan kedua kami selepas Idaman Suri.....mencari coklat Pepero yang kehabisan stok..... so kat sini aku beli tiga jenis coklat sahaja.....



Barnsberry Chocolate RM6.90

puas lah aku pusing2 satu HIG coklat nieh..... satu pon x menarik perhatian aku..... maklum bukan penggemar coklat kan..... so 1st aku ambik Barnsberry Chocolate campur2 punya..... RM6.90 satu, kalu ambik 2 pack jadi RM10.00..... so aku ambik lah 2 pack..... hehe samapi entry ini ditaip, ada terletak elok jerk dalam esbok..... ntah bila nak makan..... huhu


Gold Coin Chocolate RM5.90

coklat duit khas untuk anak dara aku..... hehe dan memang dia jerk yang makan..... aku jamah sikit2 jerk, tapi kena marah jugak dengan Aisha sebab dia kata ni coklat dia..... huhu
keluarlah dialog best dari dia.....
"Mama, kenapa Mama beli coklat 2 ringgit kat Aisha?"..... ha aku nak jawab apa (coklat 2 ringgit merujuk pada no. 2 yang ada kat coklat tu)..... senyum je la sambil jawab, "tak per, Aisha makan je la coklat tu..... sedap kan"..... x menjawab soalan kan..... huhu


Hanuta Minis RM13.90
 hurm..... x taulah aku kalu coklat Hanuta ni ada yang besar punya..... sebab yang ni versi mini kan..... ha coklat ni jerk yang aku makan..... tapi makan sikit2 jerk sebab comel, sayang pulak nak makan..... sebab apa aku suka, sebab dia x fully coklat, ada wafer yang engapit coklat tu, so xder la manis sangat kan.....

dah..... tu jerk coklat yang aku beli..... hehe janji beli.....


actually banyak jugak tempat persinggahan untuk bershopping masa di sana ritu, tapi sekejap2 jerk sebab masa x mengizinkan kan.....

tapi ada benda yang aku rasa ralat sikit la masa shopping tu..... ada beli set sudu garfu yang letak atas meja tu kan..... beli kat Idaman Suri dengan harga RM52.00 satu set..... ingat dah murah kat situ..... rupa-rupanya ada lagi satu tempat yang murah untuk dapatkan barangan keperluan rumah..... bukan HIG tapi di Rams..... dekat dengan Pekan Rabu.....

Rams Home Decor Sdn Bhd

set sudu garfu yang aku beli sebijik design dia kat Rams ni hanya RM40.00 sahaja..... beza RM12.00 tau..... dan ramai jugak makcik2 yang sekali masuk dengan aku ke Rams ni, tapi rombongan lain la..... pon bercerita bende yang sama sesama mereka (aku tukang dengar jerk dorang bercerita)..... tapi barang dah beli kan..... redha je lah.....

so lepas ni kalu tersesat ke Langkawi..... nak membeli barangan rumah, pinggan mangkuk, sudu garfu, kuali periuk, senduk,aku akan ke Rams ni lah..... tapi untuk coklat aku x tau sebab aku x survey coklat kat sini..... hehe

hurm, bila nak ke sana lagi yerk..... jeng jeng jeng.....

k, sekian

19 September 2012

*sibuk sangat ker?*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

erm, memang sibuk..... semalam aku agak sibuk..... walau x jadi keluar outstation ke Putrajaya coz transport opis non hado..... tapi dok opis aku tetap sibuk, ke buat2 sibuk..... huhu aku memang sibuk lorrrrrr..... nak jenjalan umah kengkawan dengan sewenang2 nya pon x sempat tau, sori yerk kengkawan..... ni sume gara2 last2 minit ada plan nak buat kursus macam sebelum nie..... minggu lepas decide untuk buat n kena laksanakan awal bulan 10..... maknanya aku ada 3 minggu nak prepare sume benda..... seb baik la just follow jerk kursus sebelum ni but still kena buat dari awal la kan..... agak remeh tapi kerja berpasukan itu perlu untuk selesaikan satu2 kerja.....

ada sesiapa nak tolong x?????.....

so, moga2 apa yang dirancang akan berjalan dengan baik..... ameen

hujung minggu ni umah Mak ada plan nak buat kenduri potong jambul si dak tecit Amar..... hurm, boleh balik kampung ke x yerk?..... agak2 mummy Amar nak sponsor tol ngan minyak MakLang x yerk?..... *wink*
maklum, gaji belum kunjung tiba lagik nieh.....

k, sekian

07 September 2012

*aku adalah seorang guru*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

nak share sikit info masa aku pi kursus lagik ari tu.....
ops, sebelum tu nak berterima kasih pada kengkawan yang bagi feedback pasal entry aku pagi tadi..... nampaknya ramai para isteri yang x bersetuju bahawa suami memasing akan singgah ke mana2 sebelum sampai ke rumah lepas balik kerja..... kalu ikut aku pon, my dear Hubby pon xkan singgah ke mana2 lepas balik kerja..... tapi kan, x boleh jugak cakap kan, mungkin suami kita ni semua baik2 belaka kan, Alhamdulillah..... tapi mungkin juga ada segelintir suami atau lelaki bujang yang berbuat begitu kan.....

ok, balik pada tajuk semula.....
kali ni nak share pasal
Kepimpinan & Komunikasi Dalam Keluarga.....

apa2 jenis pendidikan pon akan bermula dari rumah..... ibu bapa sebagai guru pertama kepada anak2 di rumah sebelum mendapat pendidikan formal di sekolah..... dan seterusnya mendapatkan pendidikan universal melalui kehidupan selepas persekolahan yang dipengaruhi persekitaran.....

ada tiga (3) tahap / kaedah praktikal dalam mendidik anak di rumah iaitu:-



Tahap 1 :-
dari anak berumur sehari selepas lahir hingga mereka berusia 7 tahun, anak2 kita harus di didik dengan cara senda gurau, x boleh bertegas sangat coz anak2 kita ni baru nak kenal dunia dan tahap ini adalah proses pembelajaran melalui penglihatan, perbuatan, dan perkataan yang diperhatikan oleh anak2.

Tahap 2 :-
apabila anak berumur 8 - 14 tahun, kita perlu tegas dalam mendidik kerana masa ini, anak2 akan cuba untuk mencari alasan untuk tidak melakukan apa yang di arahkan.  takut nanti bila kita teruskan dengan kaedah senda gurau, anak akan hilang hormat pada ibu bapa n menyebabkan mereka tidak mengikut peraturan kehidupan yang sepatutnya.

Tahap 3 :-
pada umur anak mencecah 15 - 21 tahun, ibu bapa perlu menjadi kawan kepada anak2 kerana pada waktu ini anak2 akan selalu ingin seseorang yang boleh berkongsi semua yang dirasai daripada pengaruh persekitaran.  ibu bapa perlu tahu untuk mengawal pergerakan anak2 dengan cara pendekatan sebagai kawan yang membuatkan anak kita selesa untuk duduk di rumah dan berkongsi perjalanan kehidupan yang baik.

maka, pemimpin yang baik datangnya dari anak yang taat di mana pembinaan peribadi manusia di bentuk daripada 3 faktor iaitu:
1. Ibu Bapa
2. Sekolah
3. Persekitaran

so, ibu bapa semua (termasuklah aku) jom sesama kita gunakan kaedah 3 peringkat mendidik anak agar anak2 kita menjadi bakal pemimpin yang kita semua impikan di masa akan datang.....

betul x kengkawan?.....


k, sekian

 

*lelaki suka lepak kat luar sebelum balik rumah*

14 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

alhamdulillah, semalan dah selesai tugasan yang perlu dilakukan..... tugasan apa x perlulah aku cerita..... pada kengkawan yang dah tahu ok lah, yang x tahu lagi, x perlah, so sekarang tinggal tunggu keputusan jerk..... ada rezeki alhamdulillah, x der pon alhamdulillah..... hehe

aku nak share antara apa yang aku dapat masa aku attended kursus selama 3 hari awal minggu ritu yang ada menyebut 

"67% lelaki akan singgah ke tempat lain dahulu (contohnya kedai kopi n lepak ngan kengkawan) sebelum sampai ke rumah semasa balik dari kerja"
kajian oleh Dato' Sidek Noh (ntah betul ke x ejaan ni yerk)

hurm, ada yang setuju x?..... hehe

k, sekian