^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

08 September 2014

Home » , , , » gathering episod 1 ~ setelah 13 tahun x jumpa.....

gathering episod 1 ~ setelah 13 tahun x jumpa.....


assalamualaikum,

hah, cerita 31 ogos yang lepas..... aku n geng satu batch satu course kat UiTM Shah Alam bertemu buat pertama kali setelah 13 tahun..... wah lama betul kami x jumpa kan..... ye lah, lepas abes belajar je, memasing ikut halian masing2 ada yang balik negeri, ada yang terus terima pinangan orang, ada yang sambung belajar tempat lain..... rasanya aku pernah cerita yang nak buat gathering ngan kawan2 masa belajar dulu, tapi x ingat dalam entry mana satu, malas plak nak korek..... huhu

maka pada 31 Ogos 2014, terciptalah sejarah pertama kali kami bertemu..... aku yang arrange, maka lokasi aku tetapkan kat umah aku..... kali ni x ramai yang boleh join sebab masing2 ada hal, x per, janji dah start 1st step, nanti yang lain akan menyusul..... betul x..... 

so, petang ahad tu, kami berkumpul 5 orang berserta pasangan n anak masing2..... asalnya 8 orang, tapi last minit mereka x dapat datang..... 

sambil tu, Hubby pon nak tumpang panggil kawan2 dia datang rumah, aku ok jer, janji sama2 buat persediaan untuk sambut kawan2 datang umah..... berat sama dipikul ringan sama dijinjing..... betul kan.....




 time ni, rumah dah agak penuh sebab dah ramai kawan2 yang datang.....

hari tu, ada yang aku masak, ada yang order..... aku masak yang senang2 je, maklum sorang2 je kelentang kelentung kat dapur, Papa n Aisha kemas kat depan..... sesi makan2 start pukul 2.30 petang - 6.00 petang.....





 menu utama..... Makaroni Bolognese..... masak sendiri, kuah pon sendiri tau, bukan yang segera tau..... isk, macam belagak plak..... alah, ikut resepi dalam buku 365 Chef Hanieliza, tu yang boleh buat tu...... hihi




sate ayam n daging, tempah kat Taman Pelangi, Rawang.....




chicken sosej salad, buat sendiri jugak, ikut resepi kat internet..... x ingat website mana.....

 


Aiskrim Mat Kool n kek coklat moist tempah ngan kakak opis.....

selain dari tu, ada juga buat soto nasi, then ada kawan bawa kek batik..... air aku sedia air sarsaparila a.k.a air sarsi..... n buah anggur sebagai penyeri.....


 


Cikgu Fiza, Cikgu Che'A, Zira (lecture), aku, Cikgu Nana
 hah, atas ni la kengkawan aku yang dah 13 tahun x jumpa tu..... gambar x berapa clear kan.....





ha, yang ni clear sikit, tapi anak2 plak x semenggah...... hihi

walau 5 orang je yang ada, tapi dia punya havoc, memang x hengat..... kami siap ada persidangan gosip kat dalam bilik tetamu umah aku..... haha, sampaikan tinggal laki n anak masing2 kat luar..... aku sebagai tuan umah pon x sempat nak layan tetamu2 yang lain (kawan2 Hubby) sebab melayan dorang ni...... maklumlah 13 tahun simpan cerita, tu pon x abes lagi nak cerita..... hehe

 maaf lah kengkawan Hubby yang datang ye, Mai, Mira, abg Norlizan..... erm, sapa lagi ye yang datang, x perasan..... sori sebab x layan korang bebetul..... just wakilkan Hubby je untuk melayan..... x per kan.....





ni antara kawan Hubby yang sempat aku snap, yang lagi sorang, kat luar nuun.....  perlu taip nama dorang kat sini ke, hihi x payah la kan..... pepandailah korang letak nama sendiri, rosli ke, karim ke, john ke..... boleh je..... ;)





ni jiran2 depan umah..... jiran sebelah umah pon ada, tapi x snap pic.....

malam nye pon ada lagi kawan opis yang datang..... terima kasih la semua yang hadir..... asal nak buat gathering, tapi dah jadi jamuan terlajak raya n sambutan merdeka..... hehe, x per, aku suke je..... 

 alhamdulillah, makanan semuanya habis kecuali makaroni, sebab aku rebus terlebih, x pandai bajet lagi nak masak banyak mana kan..... tapi x per, esoknya aku buat makaroni bakar, ikut buku 365 Chef Hanieliza jugak..... gambo x der..... hihi

 lepas ni, kami plan nak buat gathering episod 2 pulak..... kawan yang x dapat datang hari tu ajak buat kat umah dia kat Semenyih..... erm, rasanya aku ok je kut kalau xder urusan apa2..... harap episod 2 tu nanti bertambah ahli kami yang dapat berjumpa..... inshaa Allah



wokeh, last but not least..... jom tengok merpati dua sejoli ni


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


 
 mydearHubby n Aisha menghirup air hingga ke titisan terakhir bersama.....
ni sehari sebelum buat majlis kat atas tu..... balik shopping barang2 singgah Pizza Hut Rawang, makan, nak balik masak dah malas, so kita makan luar je..... hihi

k, sekian

9 comments

September 8, 2014 at 8:10 AM

bila lama tak jumpa mmg best sgt kan.akak pun inshaallah akan join reunion sekolah rendah nnt.rasanya dah 27 thn xjumpa.kebanyakannya hanya jumpa dlm fb je.

September 8, 2014 at 8:44 AM

assalamualaikum
selamat pagi
singgah pagi isnin :)

September 8, 2014 at 9:09 AM

seronok kan dapat jumpa kawan2 lama semula..heaven sgt..mesti kecoh riuh rendah kan..kami pun ada wat reunion ex-sek men dan ex-sek ren aritu..best giler

September 8, 2014 at 10:27 AM

sedap makan2..
satu tempoh y cukup lama..
mmg bestkan jumpa..mesti byk borak...

September 8, 2014 at 11:11 AM

13 tahun lama kan. Bila jumpa masing-masing ada ada 'hand-bag' yg pandai menyanyi mestilah kecoh...

Seronoklah mereka dpt jamu makanan sedap-sedap:)

September 8, 2014 at 1:12 PM

pic last tu sangat sweet...nnti dia dah besar, bleh tunjuk semula dekat dia..

PS...sedap nampak sosej sald tu...

September 8, 2014 at 1:17 PM

memangs onok kalo dpt jumpa kawan lama kan~
mcm2 bende nak digosipkan.. hehehe

September 9, 2014 at 8:24 AM

akak...pn zira tue batch akak ke..alahai...kecik eh dunia.

September 9, 2014 at 10:38 AM

murah rezeki masz jamu tetamu makan...menu pun sedap2 tuh...

seronok dpt jumpe geng lame kan...byk bende nak borak tu sambil makan2...

Post a Comment