^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

29 December 2011

Home » , , , , , , , , , » *Aaron Aziz @ Hall of Fame 2011*

*Aaron Aziz @ Hall of Fame 2011*

Aaron Aziz menduduki carta PERTAMA untuk 'Hall of Fame 2011'
jom baca cerita selanjutnya.....


Hero baru idaman Malaysia! Sebut saja nama Aaron Aziz, namanya ada di mana-mana saja. Baik di kaca televisyen, layar perak mahu pun di pentas teater. Anehnya, kemunculan pelakon kelahiran Singapura ini tidak pernah membosankan peminatnya.

Tahun 2011 boleh dikatakan tahun Aaron Aziz! Filem lakonannya, KL Gangster mengutip kutipan pawagam sebanyak RM11.75 juta sekaligus memegang takhta filem paling laris di Malaysia buat masa ini.

Drama lakonannya, Nora Elena pula berjaya meledakkan rating tertinggi di TV3, termasuk tontonan di portal Tonton.

Panggung Sari, Istana Budaya pula turut merasai tempias populariti Aaron sewaktu teater Badai Semalam dipentaskan. Teater itu kini memegang rekod penonton teater paling ramai dalam sesebuah produksi.

Hampir menjengah ke tahun baru, filem Ombak Rindu pula kini sedang rancak ditayangkan. Sehingga kini, sebanyak RM10.25 juta telah berjaya dikumpul.

Jangan terkejut jika Aaron Aziz muncul sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2011 mengenepikan penyandang gelaran tersebut, Shaheizy Sam.



selain dari Aaron Aziz, dalam carta tersebut juga menyenaraikan Yuna, Ombak Rindu, Khairul Fahmi Apek, Lisa Surihani, Astro First, Nora, Johan As'ari, Datuk Siti Nurhaliza dan Nasi Lemak 2.0 sebagai suatu yang menjadi sebutan ramai di tahun 2011.


2 comments

December 29, 2011 at 9:35 PM

adoiiii editing wajah aaron tuu menikam kalbu

adeer mimpikan aaron layie mlm nie ahaksssssssssssssssss

December 29, 2011 at 10:00 PM

adehh...lirikan mata dia...menikam kalbu...hahaha

Post a Comment