salam, -entry panjang tanpa gambar-
'
rasa hari ini macam hari isnin pula..... semalam aku bercuti kerana 'umi' aisha bercuti untuk renew pasport dia di Pejabat Kedutaan Thailand, Putrajaya.
'
pagi tadi, masa hantar Aisha ke rumah 'umi', dia bercerita la kejadian semalam..... begini ceritanya..... cheewah, macam best jer kan nak cerita nie..... hehe
'
semalam pagi, 'umi' Aisha pi la ke Pejabat Kedutaan Thailand, Putrajaya bersama suami untuk memperbaharui pasport dia..... suami dia yang susah nak minta cuti dengan majikan sanggup ambil juga cuti untuk teman sekali..... sampai di Pejabat Kedutaan jam 8.30 pagi, ye lah, takut2 kalau sampai lewat x sempat pula nak berurusan..... 2 jam menunggu, jam 10.30 pagi barulah nama di panggil..... bila masuk ke bilik urusan, 'umi' dimaklumkan bahawa pasport dia x boleh diperbaharui kerana tiada dokumen sokongan iaitu surat daftar nikah Malaysia walaupon dia dah bawa sijil nikah sementara..... kecewa la.....
'
actually 'umi' Aisha adalah warganegara Thailand yang telah berkahwin dengan warganegara Malaysia, hm.. lama jugak la, sejak Aisha aku hantar untuk dia ngasuh 3 tahun lepas, dia dah pon berkahwin dengan orang Malaysia, suami dia la tu kan, lebih kurang 3 tahun..... maknanya dah 6 tahun lebih kurang dia berkahwin kan..... sejak itu, yang aku tahu, setiap 6 bulan, dia akan balik ke Thailand untuk perbaharui pasport..... tapi sejak tahun ini, warga Thailand yang nak renew pasport kena bermalam di negara tersebut, barulah boleh dapat pasport yang hayatnya 6 bulan..... kalu x, setiap 3 bulan kena renew..... so, itulah yang terjadi pada 'umi' Aisha, dia x bolehlah bermalam di sana kerana hari bekerja itu, dia perlu bekerja di sini juga..... maklumlah, nak mengasuh anak2 yang seramai 4 orang..... termasuk anak aku ler tu.....
'
so, lepas kecewa di Pejabat Kedutaan..... dia terus balik ke Johor untuk dapatkan Sijil Nikah Malaysia yang dah tertangguh hampir setahun..... dia berurusan di Pejabat Agama Daerah dotdotdot, Johor untuk dapatkan Sijil Nikah Malaysia yang sepatutnya dah siap kan.....
'
tapi bila sampai ke Pejabat Agama tersebut, 'umi' difahamkan bahawa sijil tersebut belum siap lagi..... [x la pulak aku tanya kenapa x siap lagi]..... mungkin dalam seminggu lagi baru pejabat akan panggil untuk urusan selanjutnya..... lepas tu baru boleh proses untuk keluarkan sijil tu.....
'
owh..... agaknya kalau 'umi' Aisha x datang ke pejabat tu, ntah bila pulak kena tunggu..... dah hampir setahun, xder pulak pejabat tu nak telefon maklumkan proses selanjutnya..... mereka datang ke sana, barulah diberitahu yang mereka akan telefon..... so kenalah tunggu lagi seminggu untuk urusan selanjutnya.....
'
banyak dah kita dengar cerita yang tidak enak berkaitan urusan di Pejabat Kerajaan kan..... adakah semua Pejabat Kerajaan begitu????? aku..... bekerja dengan pejabat badan berkanun, kadang2 ada juga rungutan sebegitu..... semua bergantung kepada orang yang bekerja tu kan, jangan "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".....
'
sudahnya 'umi' Aisha terpaksa menangguhkan urusan memperbaharui pasport dia sehingga ke bulan 6 katanya, coz x bolehlah nak ambil cuti lagi kan..... nanti kena potong gaji pulak oleh mak n ayah anak2 yang di ngasuh kan..... hehe
'
k, sekian
'
'
5 comments
tah la aku yg keja kerajaan pun rasa cam tu ...
cth cam smlm pi klinik gomen... slamba je depan aku yg jaga kaunter tu blah bila member wat isyarat jompi merokok .......heeeeeee hangin aku ....
erkkk..payahnya..mmg agk leceh especially melibatkan negara lain..byk birokrasi n SOP..tp its good actually..ye la klu mudah nnti berleluasa plak org yg berniat xbaik..hmmm just positive je la..
eima;
hm, cam tu kan.. iskiskisk terul tul
suziey;
tu lah.. so, kita sebagai pengguna ni, kena redha je la.. huhu
gomen memang susah.. jarang yang senang... terutamanya kat klinik. huu banyak ke hampeh... lembap... staf asik sembang je.. penat betul nak tunggu diorang setel sembang