^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

6.2.11

Home » *Akhirnya hajat bawa Aisha berbasikal di tasik tercapai, TAPI.....*

*Akhirnya hajat bawa Aisha berbasikal di tasik tercapai, TAPI.....*

~entry panjang tanpa gambar, harap jangan bosan~
'
'
tu lah kan, dari sehari ke sehari aku bercadang n merancang nak bawa my lil aisha ke Taman Tasik Titiwangsa, KL untuk berbasikal walaupon dia x pandai mengayuh lagi, tapi aku rasa selamat sikit kalu bawa dia berjalan ngan basikal tu di taman coz dia x der la terkejar2 nak main kat playland yang tersedia kat setiap taman yang ada kan.....
'
macam2 halangan yang datang, ekceli bukan halangn sangat pon tapi, dengan jalan sesak la, dengan ujan turun la, dengan hubby keje x balik la, dengan x der parking la n memacam lagi la.....
'
n semalam, akhirnya hajat itu tercapai..... Alhamdulillah, lepas tengok Wonderpets, memang jadi kebiasaan aisha akan tidur, n hubby pon x pi keje kan..... so, sambil layan aisha tengok Wonderpets sambil la aku n hubby siap2 kan diri nak gerak pi Taman Tasik Titiwangsa..... apa yang kami siapkan...... siapkan diri kami jerk, pi mandi, solat, panas enjin kereta..... hehe
'
habis jerk Wonderpets kat tv, aku pon siap tukar baju aisha, time ni mata dia dah kuyu nak tido dah..... huhu, then bile kami siap tutup sume tingkap nak kuar aisha dah tido pon..... x kan la nak batalkan hajat kami nak pi Taman Tasik Titiwangsa kan, mane boleh..... x kira, aku angkut jugak aisha masuk dalam kereta, seb baik dia x terjaga..... nak jadi alasan biar aisha tido lama, hubby ambil kesempatan singgah opis jap tengok status khemah for Hari Kraf Kebangsaan yang jadi tanggungjawab dia..... so, lama jugak la aisha tido.....
'
sampai di Taman Tasik Titiwangsa, kami rasa seronok sangat..... cheh! cam x penah sampai jerk..... bukan ape, parking memang clear, x payah nak round 2 3 kali cari parking..... ye lah, baru jam 4 petang, time ni musti orang lain tengah siap2 but kami dah sampai..... hehe sampai, trus jerk kami pilih parking kat Restoran Nelayan, dekat sikit ngan playground, kut2 la aisha nak main kan..... n secara otomatik aisha bangun, macam terbau2 jerk Taman Tasik Titiwangsa kat idung dia..... trus segar bugar n stanby nak turun kereta.....
'
ok, hajat kami tercapai sudah, Alhamdulillah, sampai jugak kami kat Taman Tasik Titiwangsa ni nak bawa aisha main basikal walaupon dengan bantuan kami baru basikal tu bergerak..... haha, so kami pon mulakan aktiviti berjalan di sekeliling tasik,
TAPI.....
'
sesampai di seberang sana, awan2 mendung mula menjengah, kami jalan lagi, doa moga2 hujan x turun..... dah memang suratan Ilahi yang hujan akan turun petang tu, renyai2..... kami jalan lagi..... tetiba..... air yang memula renyai tadi menjadi semakin banyak n kami jalan cepat2 coz dah nampak tempat persingahan yang strategik di depan itu..... Mamam D'Cafe Titiwangsa, sesampainya kami di cafe, hujan pon turun dengan lebatnya..... so, x dapat la kami teruskan perjalanan..... huhu
'
lebih kurang 1 jam jugak kami tunggu sambil minum2 n makan kat cafe tu..... nak tunggu ujan berenti..... ramai jugak orang yang tumpang berteduh di situ n bertambah la rezeki tuan punya cafe tu coz orang menambah2 order sambil tunggu ujan berenti.....
'
bila ujan berenti jerk, kami pon menggerakkan diri kami nak balik umah..... takut2 ujan kembali turun..... perjalan balik, kami lalu kat playground..... bagi peluang aisha nak main2 kat situ..... TAPI..... sume mainan basah..... so, x bolehla biarkan aisha main sewenang2nya kan.....
'
sekejap jerk biar aisha lepas kat playground tu, n kami ambil keputusan balik umah coz mendung macam nak menjengah lagi..... but aku puas ati coz dapt jugak akhirnya bawa aisha main kat Taman Tasik Titiwangsa ni yang dah seminggu tertangguh..... walaupon ujan.....
'
k, sekian
'
'

1 comment

February 6, 2011 at 12:35 PM

mas--
ayu tak bosan pun baca entry nie
maklumlah ayu mmg nak tau ttg si cilik tu belajar berbasikal..

em..tak apa...hari nie ujan..esok2 mana tau ada mentari..leh pi sana lagi..
(tasik titiwangsa) ayu belum pernah sampai sana....

Post a Comment