^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

11.3.12

Home » *Selamat Bertunang Ika & Amir*

*Selamat Bertunang Ika & Amir*

salam,

erm, baru balik dari majlis pertunangan anak jiran sebelah. hadir tanpa Hubby coz dia kerja. Alhamdulillah, selesai dengan selamat. 1st time ni aku hadiri majlis pertunangan n saksikan sendiri dari awal hinggalah majlis selesai.

opsss tipulah kalau aku bgtau yg aku x pernah hadiri majlis pertunangan kan. tapi biasanya aku jadi orang dapur jerk. kali ni aku jadi jemputan, duduk sebelah pelamin lagik you. so dptlah aku saksikan dari keluarga pihak lelaki sampai. lepas tu memasing ambil tempat duduk memasing sambil hantaran diatur oleh keluarga wanita di pihak rombongan.

majlis dimulai dengan ucap selamat n terima kasih atas kedatangan rombongan oleh wakil perempuan. then bertanya apa hajat, siapa yang nak meminang n siapa pula yang nak dipinang. lepas tu persetujuan tarikh dibincangkan n begitu juga berapa hantaran serta mas kahwin yang dipersetujui.

tanpa pantun berbalas, tanpa seloka berbicara, majlis berjalan dengan ceria diselangi oleh lawak jenaka dari wakil pihak perempuan. ye lah, rombongan datang dari jauh Kedah nuun, so kalu semua orang serius jerk, maka bertambah penatlah dorang kan.

doa di baca tanda selesai perbincangan kedua belah pihak. majlis diakihiri dengan izin untuk semua keluarga pihak perempuan melihat cincin pertunangan sebelum disarungkan ke jari manis si dia yang berhak.

lepas tu apa lagi, makan time. Alhamdulillah rezeki di hujung minggu dan begitu indah dan simboliknya majlis mengikut adat Melayu yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. moga ia kekal hingga ke generasi yang akan datang walau kini kita dihujani dengan dunia IT dan metropolitan.

k, sekian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments

March 11, 2012 at 6:51 PM

Teringat pulak kisah pertunangan ym dulu2,huhu

March 12, 2012 at 9:04 AM

uhuk2 time usu tunang kak ija x balik. bln depan kene jadi org kuat nih....

Post a Comment