^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

10 December 2013

Home » , , , , » *wishlist 2013 tercapai, alhamdulillah*

*wishlist 2013 tercapai, alhamdulillah*


assalamualaikum,

erm, pejam celik pejam celik, dah setahun 4 bulan kami duduk di rumah sendiri..... masa sebelum masuk dulu memang dah siap sedia untuk melengkapkan rumah dengan water heater..... maklum, aku ni x tahan sejuk..... so sebelum masuk rumah, kami dah beli water heater untuk letak bilik air utama (bilik mai lah tu)..... nanti bilik air lain2 tu kami tambah la kemuudian, ikut kemampuan kan..... tapi disebabkan kejadian yang x disangka dulu..... water heater yang kami beli x dapat di pasang.....

so awal tahun lalu, aku nekad n masukkan dalam wish list sendiri..... by this year, aku kena jugak ada water heater..... cuaca kat Rawang sangat sejuk lagi2 lah time pertukaran monsun di hujung n awal tahun..... haha, masih feeling bukit fraser lagi nieh.....

dan, dengan tekad dan niat untuk kemudahan seisi keluarga, ecewah..... alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku untuk memiliki apa yang aku hajatkan walau dah penghujung tahun..... siap ada tambahan peralatan lain lagi..... apa yang aku dapat?..... jom tengok.....



 aha, inilah dia apa yang aku hajatkan, dah dapat..... water heater Sharp dengan pump..... harga asal kedai letak RM750.00 tapi dapat diskaun katanya, so kami hanya perlu bayar RM500..... kena tambah RM150  untuk installation sebab kami xder suis n wire untuk heater..... tu lah, owner dulu dah buat, ko pi gatal bukak, sekarang dah kena extra charge untuk wiring semula..... ;)

orang yang install siap pesan, kalu pasang water heater ni, jangan pasang aircond, dan juga sebaliknya..... sebab kalau pasang kedua2 nya sekali, akan menaikkan bil elektrik..... ok, kami ambil nasihat itu..... ;)



 barang kedua yang kami beli adalah peti sejuk 2 pintu dengan kapasiti 430L jenama Sharp..... harga asal RM2,090, tapi sebab kami ambil banyak barang n pelanggan tetap kedai ni, dia bagi diskaun lagi untuk barang ni, so kami just bayar RM1,500 untuk peti sejuk yang mempunyai ciri hybrid cooling system, electronic control, nano-deodorizer, plasmacluster ion n cylinder handle..... 

nampak x star yang ada kat peti sejuk tu..... orang kedai tu kata, kalau ada kertas tampal star kat barang elektrik yang kita beli, maka barang tu jimat letrik, lagi banyak bintang lagi jimat..... lagi banyak star lagi bagus barang tu..... n nasihat orang kedai tu, lepas barang sampai kat rumah, selepas 2 jam baru boleh on suis, dan selepas 8 jam suis di on, baru boleh masukkan barang2 yang nak disimpan di dalam peti sejuk..... ini untuk stabilkan dan penyesuaian suhu peti sejuk..... erm, kami ikut nasihat kedai tu..... ;)



 barang ketiga ni pulak adalah hajat by my dear Hubby..... televisyen untuk ruang menonton di atas..... sebenarnya kat atas dah ada tv dah macam yang aku cerita sebelum ni..... tapi Hubby x puas hati sebab x puas tengok tv yang cumel tu..... kalu time dia nak tengok bola, kompem x nampak bola tu..... tau2 jerk dengar orang dalam tv jerit gol!!!!!..... haha, so aku yang sangat baik n lembut hati ni, x nak mengecewakan hati Hubby, setuju dengan cadangan dia nak beli tv 1 lagi..... dengan harga RM900 dari harga asal RM1,090..... so dapatlah kami tv 32" LED Philips..... yang tv cumel kat umah tu Aisha dah cop nak letak kat bilik dia..... ;)
 
alhamdulillah..... dengan bayaran deposit RM50..... pada keesokkan harinya barang2 ni sampai ke rumah kami..... dan balance RM3,000 kami beri pada wakil kedai setelah semua barang selamat sampai.....


inilah kedai pilihan kami..... WellWell Trading kat bandar baru rawang..... setakat ni kalau nak shopping haha shopping la sangat kan barang elektrik kat Rawang, memang kami akan pilih kedai ni..... orang kedai tu pon dah kenal kami.....

ha, nak tau x..... sebenarnya tujuan asal kami ke kedai ni adalah untuk membeli peti sejuk, sebab peti sejuk sediada dah rosak selepas hayat 5 tahun bersama kami, dari duduk rumah flat kat Taman Melati, pindah ke rumah sewa di Sentul n terakhir di rumah kami sendiri di sini..... banyak jugak lah jasa peti sejuk LG kami dulu tu..... sekarang kami bertukar ke peti sejuk jemana Sharp, orang kedai tu pesan, kalu dapat lagi bagus beli barang dari Jepun, kalu barang dari Korea, dorang buat kat Indonesia, so x original..... erm, alang2 dah beli peti sejuk, aku grap lah sekali water heater untuk langsaikan wish list tu kan, sekali Hubby pon nak join beli tv.....

ok, still dalam bajet n kami realisasikan ia menjadi milik kami..... hehe
simpanan dah berkurang, so kena top up banyak sikit untuk simpanan kami di masa akan datang.....

k, sekian



 pssst : bukan nak menunjuk, tapi nak share n as my future info.....

8 comments

December 10, 2013 at 8:44 AM

bestnye - serba baru

December 10, 2013 at 8:45 AM

alhamdullilah

December 10, 2013 at 9:41 AM

Alhamdulillah,bestnya.

December 10, 2013 at 10:04 AM

wow.. mmg semua barang yang dibeli beri diskaun.. Alhamdulillah..

Anonymous
December 10, 2013 at 10:44 AM

Salam daripada Zalora Malaysia,
Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

December 10, 2013 at 10:54 AM

..lepas ni blh la Aisha nyorok dlm peti ais..hehe

December 10, 2013 at 12:36 PM

Bestnye...thanks for the share..

July 11, 2014 at 9:14 AM

nice and good information on this post,. thanks for share this post.
Jawa Cyber www.jawacyber.com - Jawa Cyber

Post a Comment