^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

16.12.13

Home » , , , , , » *cuti cuti @ Fraser's Hill ~ makan makan souvenirs*

*cuti cuti @ Fraser's Hill ~ makan makan souvenirs*


assalamualaikum,

 erm, biasalah kalau kita ke sesuatu tempat samada untuk bercuti atau bekerja sekalipon, mesti akan cari 2 bende ni..... tempat makan n tempat beli souvenir..... betul x?..... terutama kalau tempat tu 1st time kita jejak.....

so, kat Bukit Fraser ni, yang x sebesar mana pon..... jom aku share tempat2 makan yang kami terjah n kedai untuk beli souvenir.....



TEMPAT MAKAN

Food Garden
tempat makan utama kat atas nuun..... banyak restoran yang ada kat sini, tinggal pilih je nak mana satu.....


Restoran Puncak
salah satu restoran yang kami terjah..... katanya, mereka ni orang Johor, sebab tu lah menu yang ada tu Nasi Campur Ala Johor..... bangga jap sebab ada orang Johor berniaga kat atas ni..... hihi



Restoran Mimi Strawberi
betul2 terletak seberang Hotel Puncak Inn..... rasanya restoran ni buka sebelah malam jerk, sebab kami lalu keesokkan harinya di waktu pagi x buka..... atau mereka start berniaga sebelah petang kut.....



sebahagian menu yang ada..... air jerk, menu makanan x sempat snap..... sebab nak jalan2 jalan kaki..... hihi



Restoran D Olio
terletak di Puncak Inn Hotel..... penginap hotel ni dapat pakej breakfast kat sini lah..... masa kami breakfast, menu yang ada : nasi goreng, meehoon goreng, roti bakar, bubur nasi, telur omelet, kacang panggang, kentang goreng campur sosej, buah tembikai ngan limau, air panas kopi n teh, dan air sejuk oren n anggur..... 



menu lain yang ada untuk di order..... steamboat pon ada.....



KEDAI CENDERAMATA

Kedai Cenderamata (Gift Shop)
 terletak dekat ngan clock tower..... seberang jalan tu boleh nampak FHGC



suasana dalam kedai..... banyak juga pilihan t-shirt yang cantik2..... saiz dari S - XXXL pon ada..... harga ikut saiz, untuk dewasa lebih kurang RM29.90 - RM39.90..... untuk kanak2 x survey pulak sebab t-shirt Aisha dah beli kat kedai lain..... beli 2 helai dapat diskaun 5%, beli 5 helai ke atas dapat 10% diskaun.....



Marina's Gift Shop &  Umiee Kids Centre
kedua2 kedai ni terletak di Food Garden..... kena jalan ke hujung sekali baru sampai kedai ni..... my Hubby awal2 dah grap sweater FH kat sini masa baru sampai sebab x tahan sejuk..... harga sweater bulu tebal RM35.00 kut (ada diskaun, tp x ingat berapa)..... t-shirt FH dewasa RM23.00 satu, beli 3 helai RM60.00 (still boleh nego, hihi)..... t-shirt kanak2 yang aku beli RM12.00..... ada lagi harga lain ikut saiz n jenis kain.....



di sini ada keychain, fridge magnet, t-shirt, aksesori, mainan kanak2..... harga standard..... xder la sampai offer 10 FM dapat 10 ketul macam kat CH kan.....



Gift Shop
ni kat Puncak Inn Hotel..... sama jerk ada keychain, fridge magnet, t-shirt, aksesori, mainan kanak2..... cuma tambahan kat sini jual makanan n minuman ringan.....

so overall harga kat atas ni semua sama jerk untuk kebanyakkan kedai..... barang yang ada pon lebih kurang sama..... ye lah, mungkin supplier yang sama kut kan..... hihi

maka, ikut lah selera n kemampuan masing2 yerk..... kami ke sini x banyak pon duit yang dikeluarkan..... rasanya kalu nak percutian budget boleh lah ke sini..... kami spent dalam RM5xx untuk semua sekali termasuk hotel, makan minum, minyak, cenderamata sendiri, cenderamata kawan2, cenderamata Mak Abah n yuran permainan kat atas ni, tol xder yer..... ini adalah untuk 2 hari 1 malam... murah bagi kami tapi x tahulah kalu kawan2 ada cadangan tempat bercuti yang lagi murah dengan pakej semua ni kan..... kongsilah ngan kami..... hihi

k, sekian


pssst : dah selesai entry cuti cuti Fraser's Hill, lepas ni entry lain pulak yerk..... hihi


4 comments

December 16, 2013 at 8:52 AM

best cuti2

December 16, 2013 at 2:26 PM

Dulu pernah pergi...masa kecik kecik . Itulah pertama kali peergi

December 16, 2013 at 2:51 PM

wahhh.. good info..
ade rezeki boleh jejak ke sini jugak nanti..:)

December 16, 2013 at 4:46 PM

saya tak pernah sampai Fraser Hill lagi, teruja pulak nak pegi lepas tengok entry ni :)

Post a Comment