^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label bukit fraser. Show all posts
Showing posts with label bukit fraser. Show all posts

17 December 2013

*cuti cuti @ Fraser's Hill [GAMBAR]*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


eh eh, kata semalam dah last entry pasal cuti2 fraser' hill..... tup2 ada lagik.....
hehe sorry yerk..... saje, godeh2 album, tengok ada lagi pic rasa macam nak share kat sini..... asal macam nak share 1 gambar jerk yang paling penting la kan dalam trip holiday ni which is picture all our family yang join trip ni..... tapi bila tengok2, macam nak share lebih dari 1 pulak.....

so, jom lah aku merajinkan jejari runcing ni untuk resize pic n taip ala kadar untuk entry khas gambar yang di snap guna incikNik my dear Hubby yerk..... x banyak pon pic nyer sebab Hubby malas nak snap, kalu lah incikNik tu kat tangan aku, kompem banyak gambo yang bukan2 aku snap..... meriah sikit nak memilih..... hihi

jom layan.....


bunga apakah ini.....
Taman Flora Bukit Fraser

 

bunga misai kucing
Taman Flora Bukit Fraser

 

bunga kekwa
Taman Flora Bukit Fraser



three family
Allan's Water Fraser's Hill
 


red bench
Lady Guillemard Road



three family
Fraser's Hill Golf Club background
 


playing golf
 Fraser's Hill Golf Club



 my USU's family
menara jam Bukit Fraser



free style
menara jam Bukit Fraser

 

cuti cuti @ Fraser's Hill family trip
 menara jam Bukit Fraser



ok, ni betul2 dah setel dah.....
nak tengok pic lain2 sepanjang 2 hari 1 malam kami di Bukit Fraser boleh klik SINI

k, sekian
 

16 December 2013

*cuti cuti @ Fraser's Hill ~ makan makan souvenirs*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

 erm, biasalah kalau kita ke sesuatu tempat samada untuk bercuti atau bekerja sekalipon, mesti akan cari 2 bende ni..... tempat makan n tempat beli souvenir..... betul x?..... terutama kalau tempat tu 1st time kita jejak.....

so, kat Bukit Fraser ni, yang x sebesar mana pon..... jom aku share tempat2 makan yang kami terjah n kedai untuk beli souvenir.....



TEMPAT MAKAN

Food Garden
tempat makan utama kat atas nuun..... banyak restoran yang ada kat sini, tinggal pilih je nak mana satu.....


Restoran Puncak
salah satu restoran yang kami terjah..... katanya, mereka ni orang Johor, sebab tu lah menu yang ada tu Nasi Campur Ala Johor..... bangga jap sebab ada orang Johor berniaga kat atas ni..... hihi



Restoran Mimi Strawberi
betul2 terletak seberang Hotel Puncak Inn..... rasanya restoran ni buka sebelah malam jerk, sebab kami lalu keesokkan harinya di waktu pagi x buka..... atau mereka start berniaga sebelah petang kut.....



sebahagian menu yang ada..... air jerk, menu makanan x sempat snap..... sebab nak jalan2 jalan kaki..... hihi



Restoran D Olio
terletak di Puncak Inn Hotel..... penginap hotel ni dapat pakej breakfast kat sini lah..... masa kami breakfast, menu yang ada : nasi goreng, meehoon goreng, roti bakar, bubur nasi, telur omelet, kacang panggang, kentang goreng campur sosej, buah tembikai ngan limau, air panas kopi n teh, dan air sejuk oren n anggur..... 



menu lain yang ada untuk di order..... steamboat pon ada.....



KEDAI CENDERAMATA

Kedai Cenderamata (Gift Shop)
 terletak dekat ngan clock tower..... seberang jalan tu boleh nampak FHGC



suasana dalam kedai..... banyak juga pilihan t-shirt yang cantik2..... saiz dari S - XXXL pon ada..... harga ikut saiz, untuk dewasa lebih kurang RM29.90 - RM39.90..... untuk kanak2 x survey pulak sebab t-shirt Aisha dah beli kat kedai lain..... beli 2 helai dapat diskaun 5%, beli 5 helai ke atas dapat 10% diskaun.....



Marina's Gift Shop &  Umiee Kids Centre
kedua2 kedai ni terletak di Food Garden..... kena jalan ke hujung sekali baru sampai kedai ni..... my Hubby awal2 dah grap sweater FH kat sini masa baru sampai sebab x tahan sejuk..... harga sweater bulu tebal RM35.00 kut (ada diskaun, tp x ingat berapa)..... t-shirt FH dewasa RM23.00 satu, beli 3 helai RM60.00 (still boleh nego, hihi)..... t-shirt kanak2 yang aku beli RM12.00..... ada lagi harga lain ikut saiz n jenis kain.....



di sini ada keychain, fridge magnet, t-shirt, aksesori, mainan kanak2..... harga standard..... xder la sampai offer 10 FM dapat 10 ketul macam kat CH kan.....



Gift Shop
ni kat Puncak Inn Hotel..... sama jerk ada keychain, fridge magnet, t-shirt, aksesori, mainan kanak2..... cuma tambahan kat sini jual makanan n minuman ringan.....

so overall harga kat atas ni semua sama jerk untuk kebanyakkan kedai..... barang yang ada pon lebih kurang sama..... ye lah, mungkin supplier yang sama kut kan..... hihi

maka, ikut lah selera n kemampuan masing2 yerk..... kami ke sini x banyak pon duit yang dikeluarkan..... rasanya kalu nak percutian budget boleh lah ke sini..... kami spent dalam RM5xx untuk semua sekali termasuk hotel, makan minum, minyak, cenderamata sendiri, cenderamata kawan2, cenderamata Mak Abah n yuran permainan kat atas ni, tol xder yer..... ini adalah untuk 2 hari 1 malam... murah bagi kami tapi x tahulah kalu kawan2 ada cadangan tempat bercuti yang lagi murah dengan pakej semua ni kan..... kongsilah ngan kami..... hihi

k, sekian


pssst : dah selesai entry cuti cuti Fraser's Hill, lepas ni entry lain pulak yerk..... hihi


13 December 2013

*cuti cuti @ Fraser's Hill ~ little pink riding hood*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

eceh..... peginyer 2h1m jerk, tapi cerita berentry2..... kalau holiday 4h3m, ntah berapa banyak entry agaknya yerk..... huhu..... bukan apa, aku ni jenis malas nak menaip panjang2 n meng'upload gambo banyak2 sekali gus..... tu yang holiday kejap tapi entry banyak part..... x per kan..... hehe

ini adalah tempat last yang kami pergi kat Bukit Fraser sebelum balik ke Rawang..... tapi ni bukan entry last tau, sebab aku nak share tempat2 untuk makan, n souvenir2 yang ada kat atas ni..... 

ha, jom layan my 'little pink riding hood' dulu yerk.....



tengok peta, cari gambar kuda.....
dan..... jom jalan..... eh, naik kereta lah.....
 


my Mak n Abah sebagai model The Paddock Fraser's Hill


 
ha, yang ni bukan nak snap pic orang2 kat depan tu tau..... tapi nak snap pic merpati 2 sejoli kat belakannnggg nuunnn, Mak n Abah jalan berduaan berpegangan tangan..... so sweet.....
 


bayaran untuk menunggang
dewasa : RM5.00
kanak2 : RM4.00
dewasa & kanak2 : RM8.00

waktu operasi
 Ahad - Jumaat : 9.00 pg - 4.30 ptg
Sabtu : 9.00 pg - 7.00 mlm


my little pink riding hood
eh, bukan little red riding hood ker..... ye lah, Aisha pakai baju pink, so tukar lah kan..... kalu dia pakai baju merah, baru sesuai guna 'red' tu.....
yang lain2 x mor naik kecuali C.Din n her son Amar..... tapi sayang, Amar nangis bila dah nak sampai ke garisan penamat..... hihi, x per, nanti dah berani sikit Amar ajak Mama n Daddy naik kuda lagi yerk..... hehe



The Paddock juga ada tempat memanah..... erm, bayaran RM8.00 untuk seorang dengan 10 anak panah.....
ingat boleh kongsi2 nak main, rupanya x boleh..... kalu x, aku suruh jer anak sedara aku tu cuba, tapi orang yang jaga tu x bagi..... so, C.Din sorang je lah yang main walau memula banyak yang ke laut tanah..... but its ok, practise make perfect.....

lepas habis aktiviti di sini, kami ke Food Garden semula untuk makan tengahari sebelum turun Bukit Fraser untuk balik..... 

sebelum perjalanan turun, aku dah ingatkan Hubby untuk stanby berhenti kat satu signboard besar Fraser's Hill..... tertoleh lah kiri kanan kami mencari signboard tu..... akhirnya my Usu jumpa kat jalan bawah sekali di persimpangan kiri ke Raub n kanan ke Kuala Lumpur.....



 kenangan kami di sini.....
sweet memory.....

ha, lepa sni ingat tau, ada entry random pasal tempat makan n souvenir yer..... lepas tu baru entry lain2 akan menyusul..... hehe

k, sekian

12 December 2013

*cuti cuti @ Fraser's Hill ~ welcome to Allan's Water*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

  tengok peta Fraser's Hill lagi.....


next destination kami adalah "tempat nak naik bot", kata Aisha..... hihi



welcome to Allan's Water Fraser's Hill.....
 senyum lebar anak dara jalan2 tempat sejuk yerk.....
anak gembira, Mama Papa bahagia..... hehe



dengan bayaran RM6.00 untuk satu bot (2 orang) boleh lah naik selama 15 minit.....
waktu operasi
Ahad - Jumaat : 9.00 pg - 4.30 ptg
Sabtu : 9.00 pg - 7.00 mlm



ketinggian minima untuk naik paddle bot ni adalah 107cm.....
my lil Aisha ngam2 jerk tinggi dia kan..... so boleh lah naik..... hihi
Aisha naik ngan Papa kat belakang sana nun..... C.Lan (husband Usu) ngan C.Din (husband Uteh) naik berdua..... aku naik ngan sepupu Aisha, pic xder..... huhu


seronok tengok Aisha time ni..... beria2 dia nak mengayuh paddle tu, tapi apakan daya kaki x sampai..... sekejap kedepan, sekejap kebelakang dia cuba untuk mengayuh..... hehe macam comel je, macam cantik je.....



pemandangan tasik Allan..... macam menyeramkan, tapi bila dah dok atas bot dalam air tu ramai2..... ok jerk, rasa x puas tapi penat mengayuh..... so rasanya x sampai 15 minit, kami stop..... 
aku naik bot ngan anak sedara..... bagi dia pengalaman sementara cuti sekolah ni kan..... nak suruh my Mak n Abah naik, tapi dorang x mor..... just nak tengok anak menantu dari tepi jerk..... kalu dorang naik, mesti lagi best..... hehe



fish feeding.....
aktiviti lain yang boleh di buat kat sini..... makanan dijual kat kaunter, harga x ingat, RM1.00 sepaket..... erm kalu ikut ada permainan baru kat sini, water ball, tapi time kami pi x di buka..... tengah selenggara kut..... alah, mainan yang orang masuk dalam belon then boleh berjalan atas air tu.....

so, overall tempat ni ok lah, kalu ramai2 naik paddle bot tu meriah lah sikit, siap nak berlumba antara kami..... tapi kalu sorang atau berdua jerk, macam kureng sikit meriahnya..... hehe

apa pon, we had enjoyed here.....

k, sekian

11 December 2013

*cuti cuti @ Fraser's Hill ~ taman permainan di fraser's hill food garden*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

 salah satu port kegemaran kanak-kanak walau di mana juga..... tentulah taman permainan kan..... hanya melihat pada kertas peta, my lil princess Aisha dapat cam di mana kedudukan taman permainan.....



ha, cher tengok peta kat atas tu..... ada dapat cam x kat peniti ijou tu adalah taman permainan..... hehe, kat situ ada gambar jongkang jongket, so Aisha dapat tau itu adalah taman permainan..... ahah, jom kita ke sana.....


jumpa mende alah ni, maka confirm sampai dah ke Fraser's Hill Food Garden yang sebelahnya ada taman permainan.....


bangunan sana tu adalah food garden yang menempatkan gerai2 makanan dan juga cenderahati..... sebelah sini pula taman permainan.....

kami cari port tempat makan petang.....


inilah port pilihan kami..... pondok untuk menikmati kuih karipap dan kasturi yang di bawa dari rumah..... siap dengan air soya buat penghilang dahaga.....


anak dara puas main kat sini sebab time kami sampai orang x ramai..... hari Jumaat kan..... tapi keesokan hari kami datang lagi ke sini untuk makan tengahari kat bangunan food garden tu..... pergh hampir penuh kawasan taman ni.....


lepas satu mainan, dia pi ke mainan yang lain..... hampir semua permainan nak di jelajahnya..... Aisha n her cousin yang sedang menunggu keputusan peperiksaan PMR.....


ha, ada mini golf dengan bayaran RM6.00 untuk 30 minit permainan di sini..... tapi kami x sempat nak suruh Aisha main sebab waktu operasi adalah.....
Ahad - Jumaat : 9.00 pagi - 4.30 ptg
Sabtu & Cuti Umum : 9.00 pagi - 7.00 petang

dah tutup lorrrrr..... esoknya repeat ke sini time tengahari, rehat pulak.....
maka, adakah nak kena repeat ke sini lagi di masa akan datang untuk rasa main golf?..... hihi berangan dulu x salah kan.....



Aisha menikmati biskut Oreo Vanila sebagai pelepas penat bermain sebelum balik hotel untuk berehat.....



haha, pic toilet pon nak snap.....
bukan apa, biasa kat toilet ada pokok segar kan..... kat sini dorang letak sticker bunga2 sebagai penyeri..... nak masuk kena bayar RM0.30 tapi xder orang jaga pon, dorang just sedia tabung jerk untuk pengunjung yang nak guna toilet nieh.....



last but not least.....
haha, pasangan romantik pose ala2 kat oversea gitu kan.....
miss this place.....
mujur lah my dear Hubby x bawa incikNik ke sini..... kalu x, harus lah aku n my sisters posing banyak2 kat sini kan..... hish, rugi tul.....

ok, sambung entry lain pulak lepas ni..... penat mengadjust gambo n menaip nieh..... see u'olls next entry yerk.....


k, sekian

09 December 2013

*cuti cuti @ Fraser's Hill ~ Taman Flora Bukit Fraser*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


erm, jalan di Bukit Fraser adalah sesuatu yang menennangkan jiwa dan raga..... jauh dari kesibukan kota, jauh dari kesesakan lalulintas, jauh dari bau asap2 dan bangunan2 tinggi mencakar langit..... relax jerk jalan2 kat sini..... kalu nak jalan kat tengah jalan pon no hal lah..... macam kami yang ambik gambo kat tengah2 jalan..... hehe tu nanti cerita yerk.....

sekarang ni nak cerita destinasi jalan2 kami..... Bukit fraser ni x der lah besar, so dari satu destinasi ke satu destinasi adalah sangat dekat..... tapi kami boleh sesat 1st time nak ke satu tempat ni, sebab jalan dia bengkang bengkok..... x tahu mana satu simpang mana satu selekoh..... so kemana2 kami akan bawa bekal peta yang di download dari internet..... itu pon sesat lorrrrr haha.....

1st destination kami adalah Taman Flora Bukit Fraser..... kami datang masa 1 day kami sampai ke puncak..... masuk free jerk, buka dalam pukul 10.00 pg - 6.00 petang..... tu anggaran aku jerk sebab kami sampai situ dah agak petang, tapi still buka.....
 

dari Clock Tower / Puncak Inn Hotel..... ambil simpang ke atas bukit sebelah kiri..... taman ni sebelah kanan jalan sebelum sampai Alan's Water.....



masa kami sampai xder orang pon..... kat tepi main entrance dia ada kiosk jualan hasil tanaman kat sini..... keledek, kentang, labu, kobis dan lain2.....
 


ini ruang untuk jual beli pokok bunga..... erm rasanya harga macam sama jerk ngan kat kedai bunga yang kami selalu pegi kat Rawang.....hihi



ubi bit pon ada..... haha, seb baik tengok Masterchef, kalu x, idok ler teman tau mende ke name nuah ni..... hihi



bunga..... ?

 

bunga..... ? lagi
 


dan bunga..... ? lagi

haish..... sume jenis bunga pon aku x tahu..... huhu, gambar bunga2 tu sume anak dara yang snap..... aku terpaksa relakan je lah dari dia jerit guling2 dalam taman tu kan.....



pokok strawberry yang belum berbuah di dalam sangkar..... yang dok bergayut kat luar pon belum masak..... erm, wrong timing lorrrrr..... tetiba teringat lawatan kami ke Genting Strawberry Leisure Farm last year..... what a wonderful family time together.....


rasanya tempat ni lebih kepada tapak semaian dan penanaman bunga2an dan sayur2an..... bukan taman..... sebab pokok yang dorang tanam ni boleh di beli oleh pelawat..... sepanjang ada kat dalam, akan ada pekerja yang follow n entertain kalu kut2 lah kita nak membeli kan..... hurm, dalam 10 minit kami kat sini..... tetiba masuk satu rombongan berbangsa Cina (1 bas), dari mana tidak di ketahui..... so untuk tidak menyesakkan keadaan dalam taman tu, kami pon pakat2 keluar, lagi pon dah nak malam dah.....

so nak balik bilik, bersihkan diri, solat, rehat n nak kuar cari makan malam.....



pasangan bahagia milik kami.....
Abah n Mak.....
mereka redha jerk ngikut anak2 suruh posing camner..... hehe
sayang Mak Abah.....

tempat2 lain, menyusul nanti yerk.....

k, sekian