^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

07 May 2010

Home » » *Misteri Laci*

*Misteri Laci*

Sepasang suami isteri baru melangsungkan perkahwinan. Si suami bertanya isterinya samada dia boleh mempunyai sebuah laci khas untuk dirinya sahaja. Si isterinya pun tanpa memikirkan yang bukan-bukan terus sahaja bersetuju.

Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi pun teringat kepada laci persendirian suaminya dan bila diintainya didapati didalamnya terdapat 3 biji bola golf dan duit sebanyak RM 2000.00.
Si isteri tadi terus mendapatkan suaminya untuk penjelasan. Setelah dipaksa dengan bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya.

Dia menjelaskan, "Setiap kali abang buat curang di luar, abang akan simpan sebiji bola golf di dalam laci".

Si isteri berfikir, "30 tahun kahwin baru ada 3 biji bola?.. Hmm taklah jahat sangat".

Si isteri bertanya lagi, "Habis tu apa kena mengena dengan duit RM 2000.00 tu?"

Dengan bangganya si suami menjawab, "Setiap kali bola golf tu cukup sedozen, abang akan jual!".

p/s: berhati hati bagi wanita yang mengahwini suami peminat golf..

9 comments

May 7, 2010 at 5:19 PM

dlm maksud nya tuhh...
tq da pngajaran di sebalik citer ~

May 7, 2010 at 6:55 PM

hoho.. banyak tu.. huhuu..

bahaya kan? kene jaga suami betul2!

May 7, 2010 at 8:44 PM

Huhuhu..Mmg kena jaga sentiasa ni.. :)

May 8, 2010 at 12:04 PM

fieza79: tu, kn beringat..

chugie: hrap2 suami kita x mcm tu kan..

mummyqistina: betul tu lily..

May 9, 2010 at 1:03 PM

selamat hari ibu..
semoga kt menjadi ibu y terbaik dunia & akhirat buat ank2 kita..
amin..

May 9, 2010 at 1:25 PM

firstly, slmt hr ibu pd k.mas..semoga menjd mama yg trideal 4 aisha n bby2 yg seterusnyer..hurm sib baik hamza xminat main golf lg pun sport nie mahal belnjanyer tp xtau lar akan dtg nanti..hik2

May 9, 2010 at 1:28 PM

May 9, 2010 at 2:11 PM

lyafrina : tq tq ameen

alynnz: tq yerk.. haha seb baik, tp kalu minat pon jgn jd camtur la kan..

Post a Comment