^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

15 March 2013

*berhati2 dengan Boy yang suka menipu*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,
~untuk renungan kita bersama~

 

Girl: Awak merokok?
Boy: Tak...
Girl: Minum?
Boy: Tak...
Girl: Ada kereta?
Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...
Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950,000 je...
Girl: Dah pernah pegi haji?
Boy: Umrah baru 3 kali...haji 2 kali..
Girl: Wah...[Calon suami mithali]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..
Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: Tipu orang... :P
sumber : facebook
 
k, sekian


11 March 2013

*layan je lah yerk kengkawan*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


ADI : sakit hati betul.aku kena buang kerja lagi
KAMAL : laa kenapa plk?
ADI : sbb aku mintak naik gaji je kot.tu pun nk dipecatnya aku.bangang punya bos
KAMAL : tak patut.berapa lama ko dh kerja situ?
ADI : baru 1 hari
KAMAL : cehh ko tu yg bangang. -.-




ANAK : Papa, nak phone baru ?
PAPA : 8A dulu.
ANAK : Papa, nak baju baru ?
PAPA : 8A dulu.
ANAK : Papa2, Nak mama baru ?
PAPA : bila nak ??!!
ANAK : tunggu saya dapat 8A dulu.
PAPA : :(






Pada suatu hari, Abu berada di dalam bas utk ke bandar. Dia memegang
sebuah gambar. Tiba-tiba, gambar itu pun terjatuh di bawah kain seorang
makcik.
ABU : Makcik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar.
MAKCIK : Apa kamu ckp?!
Tiba-tiba…. PANG!!!


ABU : pakcik,berapa harga sebiji pisang ni?
PENJUAL : seringgit je
ABU : boleh tak jual kt saya 60 sen je?
PENJUAL : kalau 60 sen tu boleh beli kulit je dik oii
ABU : kalau kulitnya 60 sen saya beli isinya la 40 sen kn?pakcik boleh simpan kulitnya

sumber

k, sekian


pssst : erm ada rupanya kengkawan sekolah aku dulu yang baca blog kecik aku nieh..... terima kasih bebanyak yerk, miss korang sume.....

03 March 2013

*kamu tak ada otak ke?*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

jom layan lawak pepagi nieh sebelum memulakan apa2 kerja.....


Mak : Lesen ! tolong beli santan !!
Lesen : Lesen tgh main PSP la mak !
Mak : Otak ! tolong mak beli santan !
Otak : Otak tgh berak la , mak !
Mak : Kad pengenalan , tolong beli santan !
Kad pengenalan : Kad pengenalan tgh main facebook la mak !
Mak: Gila , tolong beli santan !
Gila: Ok , mak !

-Dalam perjalanan , Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !

Gila : Ada apa , encik ?
Polis : Mana lesen ?
Gila : Lesen tak ada dgn saya , dia tgh main PSP.
Polis : Kad pengenalan kamu mana ?
Gila : Kad pengenalan tgh main facebook .
Polis : Kamu tak ada otak ke ?
Gila : Otak tgh berak , Polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama adik beradik saya encik tahu .
Polis : Awak ni gila , ya ?
Gila : Nama saya memang Gila . :P



sumber : facebook

k, sekian

21 December 2012

*pakcik, cium bontot saya*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 
lama dah x buat entry lawak kat blog ni..... hehe jom layan lawak di pagi jumaat ni..... 


Di sebuah bustop, seorang budak nakal bertanya waktu kepada Pak Cupit...

Budak: Pakcik pukul berapa sekarang?

Pak Cupit: Pukul 3:45 petang.

Budak: Terima kasih

Pak Cupit: Sama-sama

Budak: Pakcik mintak tolong sikit boleh?

Pak Cupit: Tolong ape?

Budak: Nanti bila dah pukul 4:00 petang boleh tak pakcik cium bontot saya?

Pak Cupit: Celaka punya budak!

Budak nakal tersebut terus lari meninggalkan Pak Cupit sambil ketawa berdekah-dekah. Pak Cupit yang berang mengejar budak nakal itu sampai ke sebuah gerai menjual jambu.

Penjual jambu: Kenapa termengah-mengah ni pak cik?

Pak Cupit: Budak celaka tu kenakan aku! Ada ke patut dia suruh aku cium bontot dia pukul 4:00 petang?

Penjual jambu: La yeke? Tapi sekarang baru pukul 3:50 ada sepuluh minit lagi, kenapa tergesa-gesa?

Pak Cupit: &%$$%#@!


-sumber-


muahahahahahaha

kompem ingat ngan watak kat bawah ni kan.....


k, sekian

08 February 2012

*Wordless Wednesday - buah bergaduh di FB*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


 erm... tebu tu buah ke bukan erk?????



07 December 2011

*Wordless Wednesday - Curved Yellow Fruit*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin




08 August 2011

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
BERITA GEMPAR,
Baca sampai habis, sedih rasanya. Apa nak jadikkkk dengan Malaysia hari ini… berita 3 tahun lalu... bagaimana kesudahannya...
 ______________________________


Monday, September 15, 2008 10:31:38 AM
Subject: Haramkan Pemakaian Tudung

Haramkan tudung?? Baca sampai habis, pastu komen isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan.

Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di Hospital Selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.

Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini yang dulu begitu marah terhadap Singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.

Apa sudah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan. sekarang apa sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.

Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.

Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di Malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.

MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. Isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... .

pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan
menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus, antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI

2)TUDUNG PERIUK

3)TUDUNG TERMOS

4)TUDUNG CAT

dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.
 
k, sekian

05 August 2011

*Mengapa hanya gadis Melayu dirasuk?*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya........ Kita ikuti percakapan antara bomoh Melayu dan syaitan.

Kes histeria disekolah kat BSB......

Misteri di Asrama Puteri terjawab!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!! Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."

""Aduhai... kekekeekeeee. ..""

03 August 2011

*Wordless Wednesday - 4 madu bersama di atas katil (18sx)*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

19 July 2011

*Nama Baby Boy atau Baby Girl untuk bakal ibu/mama/munny/umi dysd*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.


Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”


Cikgu Ajoi :@$%&#^%



********** bit.ly/iLPtS8 ********** http://bit.ly/iAUmnM **********

24 June 2011

Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada  petang semalam (hari khamis) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya 
“Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,
”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. 
Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ” tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Takpe Bang, kalau nak putih bersinar macam ni..... Pakai aje le Breeze colour baru!!!”
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. 
Sekianlah aje… ..


Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak

*Tetiba teringat kat cerita tin minyak yuyi*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
owh..... ini cerita 3 hari lepas..... kut..... kejadian yang berlaku ni nak aku kata sadis pon ye jugak..... nak kata kesian pon kesian..... nak cakap kelaka pon aku nak gelak..... ok aku cerita eh!! tapi kalau silap skrip jangan marah tau..... (korang yang x tau xper, tapi tuan punya badan ni kadang2 baca blog aku ni secara senyap)..... bajet nak jadi silent reader la tu kan, tapi lepas baca dia bagitau aku yang dia baca blog aku..... hm, tu nak bagi kategori silent reader jugak ker..... huhu, ok stop bebel..... jom baca skrip kat bawah:

di suatu petang yang hening.....
A : kak masz, ada minyak angin x?
Kak Masz : minyak angin?? minyak ape?
A : ala..... x kisah lah minyak apa, A sakit perut nie.....
Kak Masz : hm, (sambil garu kepala yang diselaputi tudung)..... minyak Yu Yi ada la
aku memang stanby minyak yuyu kat opis, takut2 la time aku bawak my lil Aisha ke opis ujung minggu nak guna.....

A : ha..... boleh lah, nak sikit.....
aku pon bagi la minyak tu kat A n dia pon berlalu ke toilet untuk urusan tertentu..... nak tau ke urusan ape? x yah la, setakat tau dia sakit perut dah la kan.....
aku pon sambung keje..... hoho, keje ke? ye lah, keje.....

TETIBA
5 minit lepas tu aku dengar orang berjalan masuk ke opis dengan terkocoh2 n kelam kabut.....
A : kak masz..... (aku toleh sambil rasa pelik coz tengok A tutup mata sebelah)
Kak Masz : kenapa?..... (aku tanya dengan dahi berkerut sepuluh ribu....)
x dapat aku nak bayangkan muka aku time tu macamana...... huhu

A : mata A masuk minyak yuyi.....
Kak Masz : hah!!!!!
A : mata A kena minyak yuyi, minyak tumpah dalam mata A
maka dengan kata2 dari A itu telah menyebabkan beberapa orang dalam opis ini dengan segera datang ke lubuk kami..... sumenya berebut2 tanya kat A serupa wartawan melodi mendapat gosip panas artis.....
"macamane boleh kena A?", "apa yang jadi A?", "macamana boleh jadi macam tu?", "sakit x A?" (hah, soklan apakah ini.....), "ko buat apa sampai minyak tu masuk mata?", "dah cuci dengan air x?", "jangan gosok mata tu, nanti lagi pedih", "ada airmo x?", "banyak ke kena?"

TETIBA..... tetiba lagi.....
bos datang bertanyakan apa yang berlaku pada anak buahnya itu.....
BOS : kenapa A?
A : mata A masuk minyak yuyi, minyak tu tumpah dalam mata A
BOS : ha!?, isk pedih tu..... kipas kan, letak kat kipas biar cepat kering.....
hm, betul ke petua kalau nak ilangkan cepat rasa pedih tu, kipaskan mata kita?..... erm..

A dengan sungguh2 pon meraba la kipas yang memang ada kat sebelah dia, idup kipas n hulur kepala kat kipas tu, bajetnak ilang pedih mata dengan cepat dan menurut sahaja kata cadangan bos yang prihatin.

kawan2 opis lain mula beransur2 ke tempat masing2 coz tengok si A dah mula tenang setelah bos membuat lawatan mengejut dek kerana kecoh2 kat lubuk kami..... x lama lepas tu, loceng punch card pon bunyi..... bos pon balik ke tempat dia semula lepas puas hati tengok anak buah dia dah ok sikit walaupon mulut still lagi bebel2 pasal minyak tumpah tu.....

A : camaner A nak balik nie..... nampak ker jalan ni karang..... bla bla bla..... mata buta..... bla bla bla..... hantaran..... bla bla bla..... pedih mata..... bla bla bla..... toilet bau minyak..... bla bla bla..... hilang bau minyak wangi A
Kak Masz : A, ko ok ke?
A : tu lah, dah ilang sakit perut, x sempat sapu lagi dah ilang sebab minyak masuk mata..... separuh minyak tu tumpah kak masz
tu dia..... separuh botol tu, aku baru jerk guna minyak tu sekali kut masa HKK awal taun ari tu.....

ok tamat..... oh ye, ari tu satu toilet bau minyak yuyi dek kerana A..... n alhamdulillah, mata A dah ok sekarang dan xder effect hantaran kawin dia kan..... hehe


moral cerita : TETIBA teringat cerita ni lepas tengok tin minyak yuyi dalam bakul atas meja ni yang hanya tinggal tin..... aku simpan lagi tin tu walaupon x der isi, mengharap kut2 lah TETIBA minyak tu boleh muncul semula..... haha, boleh ker??
k, sekian

21 June 2011

*Jam Budak Punk*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "Apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak

20 June 2011

*'tajupakalee*

14 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Lepas habis presentation kat kelas tadi perot aku jadi lapar tak tentu arah.(hah, tetiba aku ada kelas kan).  Terus aku 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas. 

Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order aku iaitu roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais. (pest taim dalam idup ni minum milo ais, huhu)

 
Selesai urusan nafkah perot, aku ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, aku syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.

Sebagai customer, aku rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop aku prompt "satu window tanya password"..

 
"Dey mamak, sini kejap" Aku memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.

 
"Yes boss?"

 
"Sini wifi aper dia punya password?"

 
"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan aku masuk wifi sampai ada prompt "window mintak password".

 
"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"

 
"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam  nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.

 
Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan."
Lantas gua tekan 'OK'

 
Ting..tong.. laptop canggih aku prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati aku dah start panas, mentang-mentang aku makan roti canai 2 keping ajer, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus aku panggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.

 
"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"

 
"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"

 
"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Aku tengok mata mamak tu tepat2  sebagai tanda marah, mamak tengok mata aku sambil geleng kepala.

 
"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya  tulis ini macam 'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.
 
Aku terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi.  Lain kali sebut betul-betul
'tujuh empat kali' boleh tak?"

Balik umah pakai akunyer BB lagik bagus walopon kena bayar bulan2.. kan

_____________________________
k, sekian
ps : get it from email..... n tacap sikit2..... hehe

13 June 2011

*Bob Kerbau, ko ingat aku takut ngan ko...!*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


13 December 2010

*Kemalangan paling ngeri*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasarsaya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".
'
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
'
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ketempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
'
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramaimengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.
'
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik k erumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.



25 October 2010

*DIFFICULT QUESTIONS AND INTELLIGENT ANSWERS!*

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam pepagi sebelum mula kerja..... sesekali wat n3 dalam bahasa inggeris pon ok gak kan, leh improve english kita kan..... tp n3 ni aku kopi n pasta dr email jerk..... hehe, tapi x per kan, yang penting, leh baca n faham apa yang nak di sampaikan..... so, check it out ya!!.....
**********n3 in english**********
1st story:
Question and the Answer given by Candidates, oh sorry they are IAS (Indian Administrative Services - THE most difficult examination in India. Candidates are graduate Officers now.)


Q. How can you drop a raw egg onto a concrete floor without cracking it?
A. Concrete floors are very hard to crack! (UPSC Topper)
Q. If it took eight men ten hours to build a wall, how long would it take four
men to build it?
A. No time at all it is already built. (UPSC 23 rd Rank Opted for IFS)
Q. If you had three apples and four oranges in one hand and four apples and
three oranges in the other hand, what would you have?
A. Very large hands.(Good one) (UPSC 11 Rank Opted for IPS)
Q. How can you lift an elephant with one hand?
A. It is not a problem, since you will never find an elephant with one hand.
(UPSC Rank 14 Opted for IES)
Q. How can a man go eight days without sleep?
A. No Probs, He sleeps at night. (UPSC IAS Rank 98)
Q. If you throw a red stone into the blue sea what it will become?
A. It will Wet or Sink as simple as that. (UPSC IAS Rank 2)
Q. What looks like half apple?
A. The other half. (UPSC - IAS Topper)
Q. What can you never eat for breakfast?
A. Dinner.
Q. What happened when wheel was invented?
A. It caused a revolution.
Q. Bay of Bengal is in which state?
A. Liquid (UPSC 33 Rank)

****************************************
2nd story:

Interviewer said "I shall either ask you ten easy questions or one really difficult question. Think well before you make up your mind!"
The boy thought for a while and said,"my choice is one really difficult question."

"Well, good luck to you, you have made your own choice! Now tell me this".
"What comes first, Day or Night?"

The boy was jolted into reality as his admission depends on the correctness of his answer, but he thought for a while and said, "It's the DAY sir!"

"How" the interviewer asked,

"Sorry sir, you promised me that you will not ask me a SECOND difficult question!" He was selected for IIM!
**********thank you**********
dah, pi buat keje memasing.....
k, sekian

14 October 2010

*Macam ni pon ader jugak ker??*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
hm, silap printing company @ pelanggan yang bagi maklumat..... x mor taip panjang2..... renungkan.....
********************copy n paste from email********************









********************senyum menjelang tengahari********************




13 October 2010

*Alamak, dah salah faham la.....*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

Ada dua org adik beradik kembar, seorang bernama Tam dan seorang lagi bernama Toni. Mereka sudah dewasa dan masing masing telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yang sangat usang. Kebetulan suatu hari, isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam.
.
Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpa Tam dan menyangkakan Tam adalah Toni yang baru kehilangan isteri.
.
Wanita itu berkata kpd Tam “Saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan. Tentu anda merasa sedih”.
.
Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “Tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya….. dah tua, lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk, lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali saya menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. Saya rasa yang paling merosakkanya adalah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 yang keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah di tengah2.”
.
Mendengar kata2 itu wanita tua itu pun pengsan… .. huhuhu…




12 October 2010

*Makna disebalik bunyi 'HON' kenderaan*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…

.
Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!

.
Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

.
Percaya atau tidak…

.
Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.
.

.

.
Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe ?

.

1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI” ?

.

2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI” ?

.

3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan) ?

.

1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan ?

.

2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE” ?

.

4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

********************

hihi, senyum pagi