^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts
Showing posts with label kenduri kahwin. Show all posts

05 July 2013

*my dear Hubby ~ pembaca doa meraikan pengantin lagi*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

kejadian malam 22 Jun 2013 yang lepas.....

my dear hubby sekali lagi dijemput untuk mengetuai bacaan doa sempena majlis menyambut menantu rakan sekerja..... sebelum ni Hubby dah baca doa kat majlis kahwin kawan opis, walau bukan satu bahagian kan..... kali ini khidmat Hubby dicurahkan untuk majlis menyambut menantu kawan opis Hubby (kawan opis adalah mak pengantin).....

tahniah Kak Sani dah dapat menantu..... moga mereka berbahagian hingga ke akhir hayat yer kak.....

 
 

gambar secara kolektif ye kengkawan..... sebab pic x berapa clear..... ntah camera yang x cukup mgp atau aku yang memang x pandai nak snap..... aku pon x tau..... huhu, tak nak ngaku kekurangan diri..... ngeh3

majlis di buat di Restoran Al-Rawsha..... oho, apa tugas no 129 dalam gambo tu yerk..... itu adalah no bertuah yang semua tetamu dapat..... dan Alhamdulillah aku salah sorang yang bertuah itu..... hadiah adalah wall deco gambar bunga 2 keping..... x gantung lagi sebab anak dara dah cop nak letak kat bilik dia..... bilik kecik tapi nak letak sume bende..... so, biar je lah dulu..... hehe


k, sekian

30 May 2013

*makan secara exotic nasi kenduri*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

erm, 2 hari bercuti sebab anak dara x sihat..... bila naik keje, memacam nak kena setel, maklum jiran sebelah aku outstation, so aku kena cover sensorang..... seb baik lah akak bling2 ada back up aku 2 hari tu, kalu x, haru jugak lah jadinye..... huhu

so 3 hari xder entry, agak2 kengkawan windu x kat aku..... muahaha windu lah, windu lah..... aku windu seh nak baca blog2 kengkawan yang rajin datang sini..... x per, keje aku da setel jap jap lagi, nanti aku jengah umah kengkawan yerk.....
hehe

so, sebagai pengubat windu kengkawan pada aku.....ngeh3

aku sajikan anak dara yang makan secara exotic di majlis kenduri kahwin.....
kejadian berlaku di Kuantan, dah 2 kali dah dia buat macam tu..... 1st time masa kenduri umah kawan my dear Hubby, then 2nd time last weekend kenduri kat taman perumahan my PIL.....

bahan yang diperlukan adalah :
nasi kenduri (nasi putih, beriani, minyak dsb)
buah tembikai a.k.a semangka (orang pahang panggil buah timun cina)
 buah sunkis atau limau

macamana dia makan.....
jom layan



memula cari tempat duduk dulu..... haha
ok, ambil buah tembikai n potong kecik2 ikut saiz mulut memasing.....
pehtu ambil sunkis atau limau, mana yang disediakan oleh tuan rumah.....
perahkan air limau tersebut pada tembikai yang dah dipotong kecik2 tadi.....
dan seterusnya, gaulkan dengan nasi ikut banyak mana yang kita nak makan.....
dan makan.....




ha, sungguh berselera anak dara makan dengan cara macam tu..... sampaikan mak mertua lalu kat belakang pon dia x sedar..... hehe

pelik x?
erm, ada anak2 kengkawan yang makan dengan cara macam ni x?..... atau ada lagi pelik dari ini..... meh kongsi meh..... hehe

pada aku memula memang pelik, tapi biarlah dia makan ikut selera dia, janji dia nak makan..... kan

k, sekian


pssst : kecewa dengan pokok bunga (kecuali pokok kaktus Mai), aku bertukar kepada pokok herba.....


02 July 2012

*Pilih-Pilih Bunga Telur ^entry buat UTEH^*

17 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

erm, macam yang aku cerita kat opis aku sedang berlangsung Promosi Kerja Kahwin 2012 sampai 2hb Julai nanti baru habis..... maka tetiba aku dapat tugasan dari my UTEH untuk dapatkan bunga telur sebanyak 50 batang..... untuk apa, nanti kalu kompem baru aku cerita di entry lain lepas raya nanti yerk..... haha,boleh gitu kan.....

makanya, setelah di survey kat bawah nuun, hanya ada 1 jerk kedai bunga telur kraf yang ada menyediakan bunga telur macam yang digunakan masa beliau berkahwin tahun 2010 yang lepas..... setelah perbincangan dilakukan menggunakan SMS..... erm, banyak jugaklah kredit aku habis di situ..... haha, berkira kakak kau ni UTEH yerk..... di sini disertakan beberapa design bunga telur yang boleh dipilih oleh beliau.....

erm, kalu kengkawan nak tolong pilihkan pon boleh jugak..... di setiap gambar, ada kenyataan..... ngehngehngeh, kena cakap cam stail Yuna tau..... ok, jom kita pilih.....


 1. Bunga Pinang Padi
(RM9.00 sebatang termasuk bekas telur, warna boleh tukar)
bunga pinang disusun memanjang macam bunga padi, agak berat n besar n sarat dengan reben


 2. Bunga Pinang Kembang
(RM6.00 sebatang termasuk nett telur, warna boleh tukar)
erm, ni macam yang beliau guna dulu..... sila rujuk gambar bawah
v
v
v
v
v
abaikan dayang 3 orang tu yerk..... sila lihat bunga telur warna purple + hijau yang dimaksudkan itu sahaja



 3. Bunga Daun Getah Kudup
(RM5.00 sebatang termasuk nett telur, warna boleh tukar)
bunga berbentuk memanjang seperti kudup bunga, panjang bunga lebih kurang 3 inci


 4. Bunga Daun Getah Jambak
(RM3.50 sebatang termasuk nett telur, warna boleh tukar)
yang ni sweet jerk bunga dia, ada kuntum bunga kecil yang dicantum menjadi kuntum besar


 5. Bunga Daun Getah Rose
(RM3.50 sebatang termasuk nett telur, warna boleh tukar)
kudup bunga rose 3 kuntum digabung jadi satu


untuk makluman, nama2 setiap bunga tu aku saje letak untuk memudahkan pemilihan..... erm, tapi kan ada lagi 1 jenis bunga la lupa nak snap..... bunga daun getah jugak, patern lebih kurang sama dengan bunga yang No. 5 tu cuma bentuk bunga ros tu sekuntum jerk n baru nak kembang..... 

so, agak2 yang mana lah pilihan hati yerk..... tuan punya badan, sila beri komen untuk memilih yerk..... kengkawan yang nak bagi pandangan pon boleh jugak, bagi jerk NOMBOR mana yang berkenan n KALER apa yang cantik....... mana tau boleh dapat adiah pada sesiapa yang bertuah..... hehe

aku bagi masa sampai hari ISNIN jam 12.00 tengahari untuk pemilihan sebelum ditutup untuk proses seterusnya..... haha, dah macam nak masuk tender betulkan bangunan pejabat pulak..... so, jom pilih yang mana agak2 cantik di mata n sesuai di poket yerk..... boleh cadangkan kaler jugak untuk bunga2 tu..... 

k, sekian


p/s : cadang nak guna untuk majlis berkaitan dengan baby.....
hah, kebetulan, hari Isnin tu adalah hari ulangtahun UTEH yang ke..... erm, berapa yerk?..... hehe

02 May 2012

*Usu's Big Day #6 - Finale*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

salam,

erm, camaner cuti semalam.....
apa program kengkawan.....
aku?.....
nanti2 aku share yerk.....

ni ha nak finalkan cerita my Usu's Big Day bulan lepas nieh.....
ni kira last entry pasal big day tu yerk.....
tapi entry ni memang 100% tiada gambar pengantin.....
muehehe, boleh gitu.....
ni kira ala2 di sebali tabir lah kan.....
hehe

jom layan.....

 owh ini gambar buat aku tergelak.....
aku sibuk nak shoot baju pengantin, my lil Aisha sibuk nak pose kat depan aku.....
 

reaksi my lil Aisha masa 1st time tengok pic ni dalam lappy hubby.....
"mama, Aisha buat ape tu?" sambil kepala berkerut.....
(aku terkejut sikit, bleh tetiba dia tanya gitu)
"ha, Aisha buat apa tu?"
"tak auu, mama, Aisha makan ape tu?" lagi dia tanya x puas hati.....
(aku dah tergelak di sini, memang sungguh dia nak tahu apa dia buat time tu)
"Aisha makan tisu la sayang"
"ooo makan tisu, sedap mama?" 
(muahaha, lagi aku tergelak)
"eh, Aisha yang makan, sedap tak?"
"ermmmmm, tak auu....."
hehe
Aisha oh Aisha.....


sebahagian tetamu yang hadir semasa majlis pernikahan pada petang 14.04.2012


 kami kakak2 n anak sedara pengantin.....


persiapan sebelum majlis bermula pada 15.04.2012



 orang kuat di dapur.....


 diantara tetamu yang hadir.....





dan





kami tuan rumah berbaju biru.....


terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.....
kira ini adalah yang terakhir dalam famili kami meraikan pengantin.....
kalau ada pon, mungkin lambat lagi coz cucu yang mak abah jaga sekarang ni masih bersekolah.....
mesti kami rindu saat2 havoc sebegini.....
hehe

maaf jika ada sesuatu yang tidak enak berlaku di sepanjang majlis ini berlangsung.....
pape pon, kami sangta hargai kedatangan para tetamu di hari itu.....


k, sekian


p/s: nak tengok cerita terdahulu :>

24 April 2012

*Usu's Big Day #2*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

sambung cerita majlis kahwin my Usu yerk.....
malam 14hb diadakan majlis berinai.....
just a simple majlis jerk.....
gambar plak hubby yang snap, thanx dear.....


 kedua mempelai siap sedia untuk majlis.....
siram2, tabur2, celet2.....
hehe


wakil dari pihak lelaki ada 5 orang semuanya yang diketuai oleh bapa pengantin sendiri.....
yang lain2 mungkin mak2 sedara n kakak/abang ipar pengantin kut.....
tidaklah ku kenal.....
haha


 wakil dari pihak perempuan pon 5 orang semuanya dan diketuai oleh mak pengantin.....
actually aku pon sempat merasa merenjis pengantin ni, tapi xder gambo.....
padahal hubby yang jadi PG nyer, tapi gambo istri sendiri x disnap pon.....
huhu kecewa tau.....


lepas tu ada sesi bergambar2 an pulak kedua pengantin.....
huh kejap mempelai, kejap pengantin aku panggil adik aku nieh.....
xper la kan, janji paham.....
ye dak..... hehe.....
time ni aku dah dok kat dapur siap2 kan barang untuk majlis cukur jambul plak.....
oh ya, untuk majlis berinai ni.....
bahan yang kami sediakan adalah
  • air mawar
  •  bunga rampai (ganti beras kunyit)
  • air bedak + daun sepulih
  • inai tumbuk


 pose ala ala manja oleh pengantin malam tu.....


sekali pandang cam model, dua kali pandang.....
owh adik2 aku rupanya.....
hehe
(hah, perasan lah Usu aku tu...)


habis dorang posing2, majlis diteruskan dengan cukur jambul Aida Marlisa Binti Mohd Shafie yang lahir pada 26 Februari yang lalu.....
owh lupa.....
sebelum tu ada majlis berzanji oleh pengantin perempuan n warga wanita di kejiranan Blok A6, Felda Adela.....
tapi xder gambo la masa berzanji tu coz aku kat dapur, hubby pulak malu nak ambik gambo di kalangan wanita2.....


so, ini je lah pic yang sempat aku snap masa majlis cukur jambul malam tu, lepas hubby serah camera kat aku.....

time cukur jambul tu pula.....
barang2 yang kami sediakan adalah

  •  bunga rampai (ganti beras kunyit)
  • air bedak + daun sepulih
  • air kelapa (untuk isi rambut yang sudah dipotong)

Alhamdulillah, semua majlis berjalan dengan selamat walau agak kelam kabut coz memasing nak kejar masa.....
maklumlah dah malam kan.....
lepas majlis selesai, memasing sibuk ke dapur pulak untuk siap2 keperluan esok hari.....
doa kami supaya hujan tidak turun seperti hari sebelumnya (hari pernikahan).....
malam tu jugak, ramai lah sedara mara kami sampai dan bergelimpangan lah kami tidur di ruang yang ada.....
so, jumpa lagi lepas ni di episod lain yerk.....
hehe

k, sekian


cerita sebelum :>

22 February 2012

*Shopping At Plaza GM, Chow Kit*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

sebelum kengkawan terus baca kat bawah nieh.....
nak pesan yang pic kali ni aku letak kecik2 jerk.....
bukan aper, pic ni aku snap guna BB jerk, so x berapa nak clear.....
aku x reti nak set2 sebelum snap pic.....
aku main tekan jerk la.....
haha
so, redha je k dengan pic kali ni yang shumel2 saiznyer.....

actually aktiviti ini kami lakukan pada 11.02.2012.....
erm, kira 2 minggu lepas lah kan.....
adik aku datang KL ngan her fiance untuk Pre-Wedding Photoshoot.....
pagi sebelum sesi shoot2 bermula.....
kami shopping barang2 keperluan perkahwinan dia di Plaza GM kat Lorong Haji Taib @ Chow Kit.....
ni kali kedua aku datang, 1st time datang bulan lepas untuk survey.....
hehe

kat sini adalah surga bagi mereka yang nak membeli keperluan harian secara borong.....
ada pelbagai barang macam T-shirt, tudung, beg, aksesori wanita & kanak2, jam, seluar, perfume dan ada juga alat make-up.....
kain ela/pasang jerk x der, kalu ada mesti meriah mata aku kan..... hehe
kuantiti minima untuk dapat harga borong kat sini adalah 6 barang.....
so kalu ada adik beradik @ kawan2 sejumlah 6 orang yang berkenan dengan barang yang sama (lain2 kaler @ perisa pon x per) boleh lah shopping kat sini.....

apa yang kami borong?.....

hehe
adalah sikit2 keperluan untuk kami 1 family.....


gembira dengan hasil borongan kami sambil tunggu lift nak ke parking.....
Aisha, main game kat HP Moksu.....


pose kami anak beranak dengan beg hitam.....
Aisha still dengan HP Moksu dia.....


puas aku panggil dia pusing tengok BB.....
huh, idok di pedulinyer.....


dah penat berdiri, mencangkung la plak layan game.....


owh, lepak lagi tunggu lift kat tingkat 8.....
actually ada insiden berlaku..... hehe


hasil borongan, penuh 1 bonet JHG si maroon aku.....


hah! kereta naik lift.....


stanby masuk lift.....


stanby keluar lift.....


1st time nieh aku naik kereta, kereta naik lift.....
sedikit jakun masa nieh.....
hehe
Plaza GM nih ada sediakan khidmat parking untuk kereta di tingkat 8 dan ke atas.....
 dari bawah, ada lift yang dikhaskan untuk kereta naik terus ke tingkat 8, then baru lah ada laluan kereta ke parking seperti biasa.....
ambik tiket di tingkat 8 yerk kengkawan, bayar parking pon di tingkat 8 jugak, x perlu keluar kereta jugak.....
yang pasti kena sedia wang kertas kecil.....
kadar bayaran parking kat sini adalah 2 jam pertama RM4, lepas tu setiap jam tambah RM1.....
erm, not bad lah kan.....
sebab banyak kami beli barang dan dapat harga borong.....
kalau setakat nak beli 1 @ 2 barang, baik pi kedai biasa je la kan.....
harga sama jerk.....

so,
semoga barang2 yang kami borong ritu dah selamat sampai ke kampung.....
lepas aktiviti memborong.....
kami ke Taman Tasik Metropolitan.....
untuk sesi shoot2.....

cerita outstation?.....
huhu x byk gambo coz lebih tumpu pada kerja kan (eceh, yo lah tu).....
nanti aku cerita la yerk.....

k, sekian


21 February 2012

*Tahniah buat pengantin baru*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

last Saturday aktiviti kami adalah makan free.....
hehe
ada dua jemputan kahwin kawan2 opis.....


 jemputan pertama dari
 DANIEL + AISYAH

daniel adalah kawan opis aku.....
dah selamat bernikah pada 11hb yang lepas.....
sabtu ritu adalah majlis di pihak pengantin lelaki.....


manakala jemputan kedua dari
 HAZIQ + FIDA

majlis dorang sebelah pengantin perempuan kami datang jugak masa kami balik Kuantan last 2 week.....
gambar kat sini.....
yang ni majlis sebelah pengantin lelaki pulak kat Ampang.....

so,
kepada kedua2 mempelai.....
aku sekeluarga ucapkan selamat pengantin baru n semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.....
selamat melalui alam perkahwinan dengan aman damai.....

k, sekian

gambar ehsan : hubby madi

08 February 2012

*Perkahwinan Fida & Haziq di Kuantan*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

 ingat entri ini?.....

so start hari ni aku akan cerita sedikit demi sedikit apa aktiviti kami sepanjang tarikh tersebut.....
xder lah banyak sangat aktiviti.....
tapi, biasa lah, mungkin 1 aktiviti boleh mengambik masa berhari2 nak ditamatkan.....
coz.....
tengok keadaan kerajinan tuan punya badan a.k.a Maszmadi a.k.a aku ler tu..... hehe

so, kita mulakan aktiviti pertama kami di Kuantan.....
balik ari sabtu, terus ke kenduri kawan hubby merangkap ex-kawan aku.....


 pengantin yang dirai.....

yang lelaki tu, 1 opis ngan kami, kawan main game hubby kat opis
yang pompuan tu pulak ex-office mate aku.....
sekarang ni keje kat UMP, Gambang.....
dia menjadi kegilaan bebudak opis masa dia keje kat KL dulu.....
sekarang dah sampai jodoh dia dengan lelaki itu.....
Alhamdulillah
bertuahnya lelaki itu.....
hehe
hah! nama pengantin.....

Irfan Haziq
&
Affida

"semoga mereka berkekalan hingga akhir hayat, ameen"


 erm, tuan blog nak menyibuk gak.....

hubby x mor bergambar.....
my lil Aisha tengah bad mood time tu coz dah start batuk2.....
aku plak yang tersengih lebih.....
hehe
lama dah x bergambo ngan pengantin nieh.....

k, sekian


fida - bukan artis yang sebelum ni bercinta dengan mamat sepah yang ada kontroversi nampak rambut tu yerk.....
haziq - juga bukan artis yang lahir dari AF tu k.....
mereka tiada kena mengena dengan dunia artis samada dulu dan kini, x tahu lah akan datang kan.....
hehe


30 November 2011

*Jemputan Perkahwinan Sabtu*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

seperti dijanjikan..... heheh, ada orang tunggu ker..... xper, kengkawan x yah jawab yerk, aku nak jugak tunaikan janji aku tu..... last Saturday kami sekeluarga kecil telah memulakan perjalanan untuk balik ke Johor, Kota Tinggi..... sebelum tu, kami singgah ke Ayer Keroh, Melaka atas jemputan perkahwinan bekas officemate hubby masa kerja di Kuantan dulu yang mengahwinkan anak beliau.....

masa kami sampai di sana lebih kurang jam 2.30 petang, hujan sangat2 lah lebat, nasib baik Pn Jamilah (officemate hubby) buat di Dewan Seri Bestari, Jalan Ayer Keroh Lama..... nak cari dewan senang, nak parking pon agak mudah (mungkin time tu orang dah mula balik)..... disebabkan hujan, hubby turunkan aku di porch depan pintu dewan kemudian baru hubby cari parking di sebelah dewan jerk..... xder pakcik Rela nak marah coz ujan kan..... so, kami diberi kelonggaran untuk parking dalam kawasan dewan.....

time tu, pengantin pon dah selesai bersanding n tengah ambik2 gambo dengan photographer..... dewan pon dah agak lengang dengan tetamu2 yang dah mula balik.....

so, kami pon jumpalah mak pengantin, salam2 tanya khabar, borak lebih kurang n mintak izin nak makan..... lapor siut coz kami dari KL jam 11.00 pagi (terbukti apa yang aku taip dalam ENTRY INI adalah benar), hubby x singgah memana pon cari breakfast..... padahal aku n my lil Aisha dah bangun seawal 7.30 pagi coz ingat hubby nak gerak jam 9.00 pagi..... rupa2nya 11.00 pagi jugak dia gerak dari rumah..... ingat on the way tu hubby nak singgah McD beli breakfast take away..... boleh pula dia cakap "alamak, drive through panjang lah, kita makan kat kenduri je lah"..... hoho, perut aku dah nak menyanyi rap dah nie..... aku bagitau hubby supaya berentilah memana cari makanan..... sampai di hentian sebelah Nilai, ingat hubby nak berhenti, rupanya tak jugak..... "Tak payah berhenti mama, parking penuh lah, nanti kita cari stesyen minyak beli jajan"..... aku pon mengharap apa yang hubby katakan itu akan dikotakan..... last2 sampai ke dewan kenduri, sati hape x masuk dalam perut aku kecuali biskut Cipsmore mini yang aku bekalkan untuk Aisha..... huhu

 so, jom layan pic kami yang tengah makan..... lapo2 pon sempat snap2..... wat kenangan, tapi pic x brape clear..... guna BB jerk mah, snap pon guna tangan kiri coz tangan kanan penuh ngan nasi kenduri..... haha


 hah, ni group orang Johor panggil 'kendarat', semua berbaju biru.....


aku nak ambil gambar pelamin sebenonyer, tapi disebabkan malas bangun dari kerusi, so inilah jadinya..... 
tapi aku suka pelamin dorang..... penuh dari kiri sampai kanan, xder la setonggok jerk atas stage tu.....
erm, tengok bayaran lah pulah kan..... hehe


 owh anak omak.....makan cream cupcake macam makan ais krim.....
habis comot mulut sampai ke hidung penuh dengan cream.....


 my hubby yang sebenarnya lapo tapi x nak ngaku.....


 see, dalam pinggan penuh dengan lauk..... kata x berapa lapo kan masa dalam perjalanan tadi.....


 last, ofkos lah aku nak enterprem jugak.....
my lil Aisha, mata tengok pengantin tengah posing2 kat pelamin, tangan sibuk kopek telur nak makan.....

tamat.....

perjalanan kami diteruskan untuk menuju ke rumah Wak Amat & Mak Junah (abah ngan mak aku lah)..... lebih kurang jam 6.00 petang kami sampai di rumah..... sepanjang perjalanan Aisha tidur kekenyangan makan telur..... dah sampai rumah abah, baru bangun.....

malam tu xder aktiviti pape, kecuali makan2 sambil borak2 ngan family yang dah lama x jumpa..... lepas kami sampai, family Uteh sampai, lepas tu Usu pulak sampai, x lama lepas tu Kak Yah balik dari kerja dan diikuti family Kak Long sampai, last sekali adalah family Mak Uda sampai n kami sambung borak2 kat meja makan..... gambo nan hado, yelah dah sampai kampung, xder nyer sibuk nak bergambo2..... borak n berkongsi cerita lebih penting dari bergambo..... haha

esoknya, kami buat barbeque sempena anniversary mak n abah yang ke 42 tahun..... lain n3 yerk..... insyaallah

k, sekian

17 October 2011

*Menyesal Kahwin.....*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
peringatan : bayangkan diri anda seorang lelaki bila membaca n3 ini.....
____________________________________________________

Ini cerita aku..... Aku (bukan nama Aku) baru jerk kahwin ngan pilihan mak aku.  Aku x pernah pon kenal dia (bukan nama Dia).  Tapi mak punya pasal kan, aku terpaksa follow je la..... Arghh, nyesal giler kahwin.....

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku jerk nak tidur pukul berapa.  Pastu kadang2 sampai tengahari tido, sampai terlepas kuliah..... haha, x der orang marah pun, lecturer pun x marah.....
Tapi sekarang, nak tido lewat sikit je ada orang sound "Jom lah Bang, tido.....". Pastu kalau x bangun Subuh, memang kompem kena cubit lah peha aku nie.....

Kesian kena buli.....

Kalau dulu masa belum kahwin, ikut suka aku jer nak makan pukul brape, nak makan ape.  Boleh makan best2 sebab beli kay kedai..... tapi sekarang, huhu
Macam budak kecik jerk, kena ikut jadual makan.  Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la..... pastu kadang2 dia bagi aku makan sayur je bebanyak..... tak makan kang kecik ati pulak..... pastu tulis kat FaceBook dia..... Arghhh nyesal gila kahwin.....

Kalau dulu masa belun kahwin, ikut suka aku jerk nak shopping bila, kat mana, nak beli apa..... kira berbelanja tanpa was was lah kan.  Tu yang shopping kejap jerk, melayang 2 3 ratus sekelip mata..... hohoho
Tapi sekarang, nak pi shopping, dia dah siap2 ngan list barang nak beli.  Takde dalam list, x bleh ambik..... Dah la berjam2 pusing.  Leceh betul la orang perempuan nie..... Muka dia x yah cerita la, memang ceria jerk bila masuk shopping mall, aku jerk yang muka tension..... Arghhh nyesal betul kahwin

Kalau dulu masa belum kahwin, rambut aku ni macam2 pesen lah boleh buat. Ala korea boleh buat, ala Carles Puyol (kapten Barcelona) pon boleh buat, takde orang sound..... 
Tapi sekarang ni, panjang sikit jerk kena sound..... panjang sikit jerk kena sound, dia kata x hemsem la, x kemas la..... Tak potong kang dia x nak ironkan baju aku lak..... Haishhh

Ada 1 hari tu makan kat Jusco, ada la sorang awek comel melintas depan kitaorang.  Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan x berdosa lah kan?)..... ADEH!!!!! terus kena cubit peha aku dari bawah meja.  Cemburu buta lak bini aku (mentang2 la aku hemsem).  Apa lagi, mejerit la aku kat situ..... Maunya x kuat, 1 food court tengok kitaorang termasuk awek tadi.....

Arghh 1st time kut rasa malu giler macam tu.  Rasanya muka aku lagi merah dari sos cili yang ada atas meja.  Sakit wooooo bini aku cubit, huhu..... kesian la kat bakal anak2 kami nanti..... huhu


TAPI yang bestnyer..... aku dah x yah basuh baju sendiri..... x payah iron baju sendiri..... Sume dah ready made..... hehe, bab2 iron baju ni memang aku x berapa nak gemar sikit..... Kalau dulu masa belum kahwin, sekali iron baju, sebulan aku pakai..... haha Malas basuh sebab taknak iron lagi (ops!!! kantoi.....) Pastu baju2 bergelimpangan atas katil.  Aku memang suka tidur atas kain baju nie (padahal malas kemas) Sekarang..... hehehe

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke..... rasa maca diri ini dihargai jerk..... Ye la, kira ada orang take care la..... Totalcare!! hehehe..... kalau masa belum kahwin dulu, pandai2 lah bawa diri kalau demam..... huhu sadis2

Pastu kan, sekarang kehidupan aku kira tersusun la..... maklum lah, dah ada PA..... kalau bandingkan dengan dulu, x produktif sangat la kehidupan aku.....

Sekali sekala dia kejut aku bangun solat malam, kadang2 dia tegur kalau aku lama x baca Quran..... hm, sejuk hati ku..... maklum lah, kita ni bukan malaikat, iman turun naik.  Jadi kena ada yang tolong ingatkan..... inilah pentingnya sari isteri solehah.....

"Buat isteriku yang comel dan tercinta..... Terima kasih kerana marah kalau abang tidur lambat..... Boleh la abang bangun awal2 pagi..... then kita solat Subuh sesama..... tapi kalau abang x bangun gak, sayang cubit jerk abang..... Abang x kan murka..... lagi abang sayang ada la....."


"Buat isteriku yang comel dan tercinta..... Terima kasih kerana jaga makan minum abang..... tengok sekarang abang da nak gemuk dah..... x de la kurus je macam mula2 kahwin dulu..... ke memang nak abang jadi gemuk nie?..... Sayang takut orang lain berkenan kat abang yer?..... jangan bimbang atau ragu okeh, cintaku ekslusif hanya untuk mu sayang....."

"Buat isteriku yang comel dan tercinta..... Terima kasih kerana tolong iron baju abang..... sebab abang memang menang allergic sikit sebab iron2 baju nie.....
Jangan risau la, nanti abang potong rambut..... sekarang abang dah x selekeh macam dulu..... rambut da kemas, baju da kemas..... senyum memanjanggggggg..... hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon terisi juga....."
Arghhhhh..... menyesal kahwin LAMBAT!!!!!




05 October 2011

*Wordless Wednesday - makan telur je ke bang?*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

motif :
lapar tahap gaban
telur pon telur lah, janji dapat alas perut.....



*Wordless Wednesday - posing di Dewan Besar UTM, Jln Semarak*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


motif:
x dpt bergambar atas pelamin dalam dewan,
kita posing kat luar dewan pon jadiklah yerk.....


15 December 2010

*Kejadian 27 November 2010, baru hari ini terbongkar*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
hm, baru ari ni ada kekuatan nak upload pic n kuarkan cerita..... x mor taip bebanyak, kengkawan tengok la koleksi gambar kat bawah ni yerk,
hehe
'
occasion : Majlis persandingan adik perempuan
Izatul Rohayu Binti Muhamad [Ayu]
&
Shaifuddin Bin Zainal [Din]
tarikh : 27.11.2010
tempat : Rumah kediaman Wak Amat & Kak Junah
Felda Adela, Kota Tinggi, Johor
'
'
Gambar intro, tentulah gambar kami kat pelamin.....
teringat laks peristiwa 5 taun lepas..... ahaks
'
'
'' '
'
'
'

'
'

'
'

'
'

'
'

'
'

'
'

'
'

lastly, so sweet la anak mama posing cenggitu, yang berdiri kat tepi tu kakak sepupu aisha [Nurul Farah Irdina]
'
nampak x tulisan kat setiap pic kat atas nu?? kalu x nampak, try klik pic tu, musti ok dah,
maaf atas kesulitan yang dihadapi.....
'
k, sekian












'