^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

12 August 2011

Home » , , » *Perkahwinan Noraniza Idris secara besar-besaran *

*Perkahwinan Noraniza Idris secara besar-besaran *


Noraniza dan Jeffri ketika mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.
KUALA LUMPUR - Penyanyi etnik kreatif yang pernah popular dengan lagu Awallah Dondang, Noraniza Idris, 43, memilih tarikh 29 September depan sebagai tarikh perkahwinan dengan bilal dari Singapura, Jeffri Hudi, 52.

Menurut Noraniza, majlis perkahwinannya diadakan secara besar-besaran di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru jam 12 tengah hari, malah persandingannya itu boleh disaksikan orang ramai yang hadir.

“Sebenarnya, perkahwinan ini diadakan serentak dengan ‘Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011’,” katanya pada satu sidang media di Menara Yayasan Tun Razak, di sini, kelmarin.

“Walaupun saya pernah berkahwin sebelum ini, tetapi majlis ini tetap akan diraikan secara besar-besaran dan bagi saya ia tidak salah kerana bertujuan meraikan perkahwinan saya bersama bakal suami,” katanya.

Menurut Noraniza, pintu hatinya masih terbuka untuk mendirikan rumahtangga biarpun pernah kecewa dengan dua perkahwinannya yang lalu dan memberitahu kesediaannya mendirikan rumah tangga kerana dia benar-benar mengenali hati budi bakal suaminya.

“Saya yakin Jeffri jodoh saya kerana dia suka berterus terang dan menyokong setiap perkara yang saya lakukan,” katanya.

Kata Noraniza, hubungan yang dibina mereka bermula sejak tahun lalu ketika bertemu pada satu urusan jualan amal anak yatim di bazar Ramadan.

“Selepas setahun berkenalan kami mengikat tali pertunangan pada 22 April lalu dan seterusnya hari ini (kelmarin) menetapkan tarikh perkahwinan kami,” katanya.

Sementara itu, Jefri berkata, antara sebab dia memilih Noraniza sebagai isterinya adalah kerana melihat pada kewibawaannya.

“Saya senang dengan sikap ditunjukkan Noraniza dan perkara paling saya tidak dapat lupakan adalah memakan tat nanasnya. Saya bersyukur kerana semua merestui dan gembira dengan perkahwinan kami,” katanya.

Perkahwinan yang dilangsungkan itu adalah yang ketiga bagi Noraniza dan kedua buat Jeffri.

Noraniza mempunyai dua anak lelaki manakala Jeffri yang menduda sejak 13 tahun lalu mempunyai empat anak berusia antara 15 dan 26 tahun.

Selain perkahwinan pasangan itu, lima lagi pasangan pelbagai keturunan turut serta dalam majlis diadakan di tempat yang sama anjuran Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.  - sumber radiokita

p/s :  semoga jodoh mereka berkekalan, ameen

6 comments

August 12, 2011 at 1:53 PM

jodoh :)

August 12, 2011 at 2:30 PM

wah2 sgt2 meriah nie .. hermm semoga mereka kekal lah hendaknya .. aminnn :)

August 12, 2011 at 7:34 PM

harap2 kekal lama la mereka... huhuhu...

August 13, 2011 at 12:45 PM

semoga kekal jodohnya kan.. :)

August 15, 2011 at 7:19 AM

perghh kali ke 3 pon besar2an tu..rezeki kan

August 16, 2011 at 8:32 AM

harap jodoh yg nie mbawa keberkatan..

Post a Comment