^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label taman teratak40. Show all posts
Showing posts with label taman teratak40. Show all posts

21 March 2016

deko deko terataKami :: projek taman balkoni - water fountain

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

sekarang ni tengah buat projek Taman Balkoni di terataKami..... kisah ni bermula bila ada haiwan peliharaan yang kami bela dan kami tempatkan di balkoni rumah kami.....

ha, ada sesiapa berani letak haiwan peliharaan di balkoni rumah..... sebelum ni aku dah cerita kan pasal arnab yang kami bela..... sekarang ni concern kami adalah kepada si arnab anak beranak..... ikan n kura2 masih lagi dalam peliharaan kami, cuma perhatian lebih kepada arnab sebab ikan ngan kura2 senang control, dok je dendiam dalam akuarium..... tapi tidak bagi arnab, dorang nak space untuk lari2..... so, moh ler kita buat taman untuk dorang lari2 yer.....

oleh yang demikian (eceh ayat skema), berdasarkan drawing yang aku conteng2 n bagi kat mydearHubby bulan lepas, dalam taman kami akan ada air terjun.....
pic from google

 lebih kurang macam gambar kat atas ni lah air terjun a.k.a water fountain yang digambarkan.....

so, sekarang ni aku tengah survey mana nak dapat air terjun yang murah n x besar sangat, muat untuk balkoni kami yang luas nya cuma lebih kurang 20' x 10' jer..... tapi suku dah bagi kat arnab untuk dorang lari2.....

selain dari air terjun, nak cari juga pokok2 berdaun yang senang di jaga..... nak letak kat balkoni juga..... kalau dulu, kat balkoni ada pokok lavendar n pokok zebra, tapi kedua2 dah mati, mungkin x cukup kasih sayang dari kami..... huhu
sekarang yang tinggal cuma pokok kaktus Mai jer... itu pon macam dah x terjaga, nak tukar ke pasu besar x dapat2, hurm, kena ke nursery lah baru boleh nak deko deko semula kat balkoni nieh.....

moga2 dipermudahkan lah hasrat kami nak menjadikan balkoni kami sebagai taman demi haiwan peliharaan kami nieh..... hihi

secara adilnya sekarang, kami 3 beranak ada haiwan jagaan memasing. aku lebih kepada penjagaan kura2, mydearHubby lebih kepada penjagaan ikan n mylilPrincess Aisha lebih kepada penjagaan arnab, upsss belaian sebenarnya, bagi makan, cuci sangkar tetap tugas Papa hehe..... siap baby arnab yang 2 ekor tu tu di bawa main kat atas katil tau..... hehe, x pe la nak, janji jangan sampai kencing berak sudah.....

so, misi sekarang adalah hunting for somehitng @ taman balkoni terataKami.....

k, sekian


17 March 2016

haiwan peliharaan :: kisah kiki & kaka

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,
~awas, cerita tanpa gambar~


 hari ini, hampir 2 minggu rumah kami diserikan dengan baby baru..... upsss bukan baby aku ye, tapi baby arnab yang baru kami bela di awal tahun hari tu.....

memula baby ada 7 ekor, tapi dari sehari ke sehari, seekor demi seekor mati. aku x tau sebabnya, tapi yang pasti ibu si arnab yang diberi nama Anna, x mahu menyusukan baby beliau..... sedih juga kami anak beranak bila balik kerja, tengok dalam sangkar (sangkar yang berasingan dengan Anna) ada baby arnab yang dah x bergerak..... huhu

lpas 1 minggu, mydearHubby ajak pergi kedai haiwan peliharaan, katanya nak beli susu yang boleh bagi baby arnab menyusu..... aku baca kat internet, ada jenis susu arnab tapi aku lupa apa namanya..... bila sampai kedai, tokey kedai cakap x der susu arnab, tapi kami ditawarkan untuk cuba bagi susu kucing, katanya sama je.....

sambil2 cerita pasal susu, kami share cerita pasal penjagaan baby arnab sebab tokey kedai tu pon ada bela arnab juga....


kata beliau ;
  • baby arnab yang baru lahir x boleh di pegang dengan tangan. sebab kalau kita pegang baby tu, nanti bau tangan kita akan lekat pada baby dan ibu arnab dah x nak dengan baby dia.
  • kalau nak juga pegang, kena pakai sarung tangan. kecuali kalau arnab dah beranak banyak kali, so bau kita dah sebati dengan arnab, so x der masalah nak pegang baby dia.
  • asingkan ibu arnab dengan arnab jantan, sebab nak bagi ibu arnab selesa nak jaga anak nya.
  • jangan bagi ibu arnab stress, kalu x nanti, dia makan baby untuk tujuan protection.
  • cuba untuk bagi susu dari ibu arnab, untuk bagi nutrisi tumbesaran kepada baby. 
  • dalam masa seminggu, baby dah tumbuh bulu, tapi seblum tu, baby kena duduk kat tempat yang hangat, sebab baby arnab x der bulu nak lindung badan dari kesejukkan. (masa ni aku geli nak pegang sebab x der bulu, tapi mydearHubby n mylilPrincess Aisha relax je pegang..... huhu)
  • dalam masa seminggu juga, baby arnab dah boleh nak tumbuh gigi,
  • dalam masa 2 minggu, baby arnab mula nak buka mata.
  • dalam masa 4 minggu, dah boleh bagi baby arnab makan pallet khas untuk baby atau daun hay (daun sahaja) sebab gigi dah kuat.

ok, tu antara yang dikongsi oleh tokey kedai haiwan peliharaan yang kami g ritu..... ok juga penerangan dia bagi..... lama juga kami menuntut ilmu dengan beliau..... kalau boleh nak dok kedai tu lelama lagi n belajar cara nak bela baby arnab.....

sekarang ni, daripada 7 ekor yang dilahirkan oleh Anna, tinggal lagi 2 ekor je yang masih bertahan..... Alhamdulillah, ada juga yang bertahan kan..... dan nama dorang adalah Kiki (bulu warna perang) & KaKa (bulu warna hitam)..... dedua pon nama mylilPrincess yang pilih..... kami follow je.....
erm, gambar mereka belum boleh nak share kat sini..... masih dengan alasan yang sama iaitu gambar x boleh nak transfer dr phone ke PC..... sedey huhu

sekarang juga, kami dalam proses untuk meng'upgrade balkoni kami (ruang kami tempatkan arnab2 kami si Anna, Joey, Kiki & Kaka) dari sebuah balkoli kosong kepada balcony's garden atau taman balkoni..... hajat nak share kat sini, nanti ada masa n gambar, aku share ye..... buat sikit2 je ikut bajet yang ada..... janji nak biar arnab2 kami selesa..... hihi

nak google lagi pasal arnab n pasal taman balkoni nieh..... moga taman impian jadi kenyataan..... aamiin.....

k, sekian

17 February 2016

deko deko terataKami :: taman impian

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

Assalamualaikum,


menjadi salah satu wishlist di tahun 2016 ni untuk mewujudkan taman impian di terataKami..... pelan2 kayuh, in shaa Allah akan jadi kenyataan satu hari nanti..... aamiin.....
 
 nak share koleksi pokok bunga Ros Jepun yang ada kat umah..... orang lain dah berpasu2 tanam, aku baru nak berjinak2..... itu pon dengan bantuan mak mertua di Kuantan..... hihi
terima kasih buat beliau..... setiap kali kalau kami balik kampung n ada bunga baru, dia akan bagitau aku..... aku apa lagi, dengan senang hati mengutip batang2 Ros Jepun untuk semaian di terataKami pulak.....




atas ni antara koleksi yang ada..... Alhamdulillah, bila hujung minggu dapat tengok bunga ni berkembang, berkembang juga lah hati n semangat aku nak menanam pokok ni.....
kena tunggu hujung minggu baru boleh ngadap bunga Ros Jepun ni kembang lelama sebab hari biasa aku kerja..... maklumlah bunga ni kembang waktu pagi je kan..... bila aku balik keje, mesti dah kuncup..... kecewa aku tau..... huhu

tetiap hari aku tengok n kira berapa kuntum bunga yang akan kembang hari tu, tapi macam biasa, bila balik keje, dah pon kuncup..... tapi bila hujung minggu datang, memang aku x lepaskan lah peluang nak ngadap bunga ni kan.....

kat umah sekarang ni, ada yang aku gantung, ada yang letak kat bawah, ada yang letak atas pagar, ada yang pasu kecik, pasu besar, bulat, kotak..... seronok tengok hasil tanaman membuahkan hasil kan..... semangat nak menanam makin membara, lagi-lagilah ada orang tersayang yang menyokong n membantu bila bantuan diperlukan..... hehe

sekarang ni tengah ushar pokok2 renek lain untuk di tanam, nak buat taman impian katanya kan..... masih mensurvey pokok yang cantik n mudah di jaga..... tapi kena tambah stok tanah dulu, sebab stok tanah kat umah yang di import dari kampung aku dah nak abes.....

so, nak berjaya, kenalah usaha kan..... moga impian menjadi kenyataan.....

k, sekian


20 October 2015

taman impian

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


assalamualaikum,

gambar dari google

erm, teringin nak ada taman depan rumah macam kat dalam gambar atas tu..... kalau ada kolam ikan @ turtle kami yang makin membesar tu lagi best..... tapi, apakan daya, banyak halangan yang x membenarkan aku buat macam tu.....

cuma dalam impian untuk buat dan hias juga terataKami secantik mata kami memandang..... setakat ni, masih dalam proses menanam pokok2 herba dan pokok2 bunga untuk dijadikan hiasan terataKami..... ada yang menjadi, ada juga yang x menjadi..... tapi x per, kalu x jadi, kita cuba lagi.....

masih perlu banyak tambahan pokok untuk jadikan taman mini terataKami jadi realiti..... cuma rajin atau x rajin je lah kan..... sementara semangat masih berkobar2 ni, moh le kita bercucuk tanam..... semua pokok pon dalam pasu sebab kawasan garaj semua dah bertile (memang dari masa beli rumah tu dah macam tu).....

inshaa Allah, ada masa nanti aku update pasal deko deko taman setoet terataKami tu ye..... maklum, macam sebelum ni aku bagitau, sejak HP x boleh nak connect direct ke PC untuk transfer gambar, banyak gambar yang terkedu je dalam HP..... tunggu masa rajin nak tumpang PC kawan je ni nak transfer gambar..... tapi ntah bila la nak rajin nyer aku ni..... huhu

kita tunggu nanti ye..... 

k, sekian

27 November 2014

#throwback : kemas pasu depan rumah

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


cerita bulan lepas..... saje isi masa lapang dengan mengemas pasu.....
pokok serai yang kat balkoni atas pon aku mintak tolong Hubby turunkan bawah..... senang aku nak monitor pokok tu nanti..... kalu kat atas, cuma rajin tengok dari tingkap bilik je, nak keluar ke balkoni rasa macam jauh je nak jalan, padahal dekat je, tapi sebab 'M' menguasai diri..... maka semua benda pon jadi susah..... 

bila dah pindah ke bawah, ni senang sikit nak tengok, pi balik keje kompem akan tengok dulu, then agak2 perlu penjagaan lebih, nanti ujung minggu boleh plan nak buat apa kan..... so, bulan lepas kerja2 pemindahan dan penyusunan semula dibuat.....




tak da lah banyak mana pon, pokok serai 3 pasu, dari atas bawa turun bawah, trim daun biar x nampak serabut..... 
pokok pandan dari 1 pasu, dijadikan 2 pasu, trim bagi cantik semua daun kasi kijau.....
pokok mulberi kasi trim, sebab kalu x trim, nanti dia x mor berbuah.....
pokok kangkung yang comel2 tu, kasi tambah tanah biar membesar bagai johan..... sian si kaloi Mai, makan kangkung kurus2 je..... huhu

hah, cerita pasal pokok mulberi kan, setakat ni dah 4 kali tuai buah dia, sekali tuai sebiji je..... so kami dah merasa 4 biji yang fresh dari pokok..... hehe, pokok comel, maka buah pon comel la kan.....





pokok mulberi yang sentiasa berbuah.....Alhamdulillah




zoom sikit..... ada yang masih muda, ada yang dah nak masak.....



 ini buah yang dah hampir masak.....
erm, kalu macam kat atas tu, separuh hitam separuh merah kira x masak betul lagi tu..... yang warna hitam tu manis, yang warna merah belah atas tu masam..... masa ni dah tuai kali ke 2 kut, dapat la 2 biji..... aku satu, Aisha satu, Papa x makan buah, so tengok je..... 

tapi buah atas tu kami makan yang separuh je, sebab yang warna merah tu masam..... huhu, so lepas kalu nak petik, kena betul2 hitam, tapi kena cepat sebab hitam tu sekejap je, nanti kalu x perasan, dah kering pulak, tak dapat merasa pulak.....

 ha, dapat bayangkan x kecomelan buah tu dari gambar kat atas..... memang comel sangat..... kalu makan, setakat rasa ujung lidah je..... hihi, hurm aku gugel buah ni, saiz dia besar la jugak, tapi yang kat rumah ni kecik je, ke sebab pokok tu masih kecil lagi..... so, kita tunggulah nanti lama2, mana tau dia makin membesar ikut saiz pokok kan.....

Alhamdulillah, dapat merasa buah ni fresh..... orang kata, berbudi pada tanah, inshaa Allah akan dapat hasilnya kan..... ada impian nak tanam pokok2 herba @ ulam, tapi x jumpa benih lagi..... moga impian tercapai satu hari nanti..... hehe

k, sekian



29 May 2014

kebun SAYUR dalam pasu

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


 Pokok Daun Sup
eh ke daun Ketumbar yerk..... dari pencarian maklumat kat tenet, pokok daun ketumbar lebih nipis n kecil.....  so pokok kat umah aku ni daun sup la sebab daun dia tebal2.....


Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.
Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wangi. - wikipedia


Nama Saintifik: Coriandrum sativum (Daun Ketumbar)
Nama Inggeris: Cilantro / Chinese Parsley

Ketumbar digunakan secara menyeluruh - bergantung pada jenis masakan - kerana setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Daun ketumbar mempunyai aroma yang tajam dan rasa yang seakan-akan ‘bersabun’. Juga dikenali sebagai daun Pasli Cina, daun ketumbar berwarna hijau dan rasa yang tersendiri.

Aroma dan rasa daun ini sering dikatakan mempunyai persamaan dengan limau - ‘berlilin’ dan ‘bersabun’. Daun ini selalu digunakan segar dan kadang-kala ditabur ke atas hidangan yang sudah dimasak, dihancurkan atau dipuri ke dalam kuah sos, sup dan kari.


 tapi pokok ni dah pon mati ari isnin lepas..... sian pokok tu, aku kena belajar n cari tips penjagaan pokok daun sup lepas ni..... x kira, nak tanam jugak, sebab senang nak guna time nak masak nanti kan.....



 Pokok Pandan Junah (nama sempena nama mak)
semakin membesar..... Alhamdulillah.....


Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.
Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.
Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan. - wikipedia



 Pokok Serai
ada 3 pasu kesemuanya dan semua pon gemuk2 belaka..... alhamdulillah


 Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

 harap lepas ni dapat menambah bilangan jenis pokok sayuran kat rumah..... oho ada satu pokok terung, Hubby tanam dari biji benih, daripada banyak2 benih yang di tanam, satu je yang menjadi, yang lain mati atau x jadi langsung..... sekarang baru belajar nak tumbuh bunga..... nanti kalu ada masa aku share yerk..... hehe

k, sekian

28 May 2014

kangkung KHAS UNTUK si kaloi Mai

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

salah satu cara penjagaan ikan kaloi adalah dengan memberi makan sayur-sayuran seperti daun keladi dan kangkung.....

di sebabkan macam susah je nak tanam pokok keladi kat rumah, maka aku utarakan kat mydearHubby untuk tanam pokok kangkung.....




 atas ni adalah pokok kangkung yang aku tanam..... aku tanam tau, bukan Hubby tanam ye sebab dia takut tanam pokok, nanti x hidup..... huhu, aku redha je lah..... padahal aku pon takut jugak, ye lah takut pokok x nak idup..... tapi alhamdulillah, aku tengok ok je pokok tu membesar.....

nampak besar2 je pokok tu kan..... jangan percaya tau, pokok tu memang besar masa aku beli kat kedai yang ada akar lagi, pehtu terus tanam dalam tanah kat pasu..... bukan tanam guna benih atau anak pokok tau..... hehe, x pe kan, kira halal lah sebab kalu biar simpan dalam peti, nanti layu, so balik kedai terus tanam.....

time nak bagi si kaloi Mai makan, baru potong (tengok batang yang dah pendek tu) tinggalkan batang sikit supaya tumbuh tunas baru nanti..... ha, atas tu pic 2 minggu lepas..... kira sekarang pokok tu dah kurang daun2 nye sebab bagi si kaloi Mai makan.....

ha, pokok kangkung ni di tanam adalah khas untuk si kaloi Mai tau..... kami x makan kangkung..... hehe

k, sekian

04 November 2013

*kecewa dengan pokok pandan*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


erm, entry tertunggak dah sebulan lebih dah..... sebab kecewa so up lambat sikit..... huhu

actually aku ada mintak tolong dengan kawan opis ni..... mintak dia punya pokok pandan nak tanam kat umah..... dia yang sangat baik hati, comel, cantik lagi murah hati, bawakkan lah aku pokok pandan dari rumah dia untuk aku tanam kat umah aku.....




ha, besar x pokok pandan yang dia bawak untuk aku ni..... hihi tu sebahagiannya nak di beri kepada peserta demo masakan yang sedang berlangsung kat opis aku time tu..... terima kasih buat beliau..... dah bawak balik ke rumah letak kat sebelah pasu kat depan rumah..... nak tanam x menyempat lagi sebab balik keje dah malam, hujung minggu kerja pulak..... maklum time tu tengah promosi kan, so memang xder masa sangat kat rumah.....

so, satu hari nan indah, balik dari kerja..... aku perasan yang pokok pandan tu dah mula layu..... makin hari makin layu n kering, tapi sebab x der masa nak uruskan pokok tu, maka aku tunggu hujung minggu yang free lepas promosi berakhir untuk tanam pokok pandan tu secara berhemah..... haha, berhemah lah sangat kan.....

tapi, apakan daya.....




pokok pandan beliau, kering sebelum sempat aku tanam ke dalam tanah..... ha pokok rumput dalam pasu kat belakang tu elok jerk tumbuh..... huhu sedey x terkata pokok pandan dah jadi gitu gaya..... nak mintak lagi kat beliau, aku malu la pulak..... so tunggulah nanti balik kampung atau mak datang umah nanti nak kirim bawak datang sini n terus tanam..... x mor pisang berbuah dua kali..... harap2 dapat direalisasikan..... amin.....

k, sekian

12 September 2013

*deko deko TerataKami ~ bunga kaktus Mai berubah rupa*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 last story mori pasal pokok kaktus Mai ni adalah pada awal bulan 7 ritu..... dah 2 bulan berlalu, barulah pokok kaktus atau lebh spesifiknya bunga kaktus tu ada perubahan..... sikit je yang berubah, tapi tetap aku teruja..... alhamdulillah.....

jom tengok gambar sebagai bukti..... hihi




eh..... ni same jerk rupa macam entry2 bunga kaktus yang lepas2 kan..... apa yang bezanya..... ha try scroll bawah lagi.....




























































bawah sikit lagi.....
































































sikit lagi.....

































betul, x tipu ni.....

































































 TADA!!!!!

ha!, nampak x perubahan di situ..... cher tengok semula pic 1st atas tu ngan pic yang ni..... ada nampak beza.....
okeh, yang beza tu pucuk merah atas bunga u..... haha, pucuk ker tu..... sesuka aku jerk kan..... sape yang pakar pasal pokok, especially kaktus ni, silalah tolong perbetulkan yerk.....

ha, bunga tu dah berubah wajah kan..... hikhikhik.....
nak tengok perubahan2 yang berlaku pada bunga tu dari awal sampai lah setakat ari ahad lepas?.....
meh aku cerita sikit step2 perubahan yang berlaku.....


pic pada ahad 8.9.2013

memula sekali ada bunga dalam bulatan biru tu.....
lepas tu dia akan layu macam bunga dalam bulatan oren tu (sebelum ni itulah step akhir sebelum gugur).....
then togel jerk batang bunga tu macam yang dalam bulatan merah tu.....
dan yang terkini, setakat ni baru 1 yang menjadi, bunga macam dalam bulatan putih tu.....

cantik x..... macam buah pon ada jugak, tapi ntah la, x tau nak describe camaner sebab xder pengalaman tanam kaktus kan..... tuan punya pokok pon x penah nampak bunga kaktus ni..... try google tapi x jumpa plak..... huhu




 ha..... kasi zoom sikit..... bunga pokok kaktus Mai.....
saaayang awak x boleh ketat2, sebab ada duri kan..... hihi

k, sekian


04 July 2013

*deko deko TerataKami ~ al-kisah bunga pokok kaktus Mai*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

sambungan dari entry pokok kaktus Mai ada bunga bulan 5 yang lepas..... eh, bukan nama pokok kaktus tu Mai, tapi pokok kaktus tu pemberian orang yang baik hati bernama Mai..... so aku letak lah nama Mai kat situ, kalu ada orang lain yang bagi pokok lepas ni aku letak lah nama pokok tu sempena orang yang bagi..... hihi ok kan.....

so berbalik pada tajuk..... masa bulan 5 ritu kaktus tu macam ada tunas untuk berbunga..... dan selepas 3 minggu lebih kurang.....

hasilnya.....





























































 TADA!!!

memula tengok ingat semut berkerumun atas kelopak bunga tu..... rupanya macam sesungut bunga..... huhu, x tahu aku nak panggil apa mendealah tu..... bunga tu cumel jerk.....alhamdulillah, so sweet..... try search kat internet bentuk bunga yang sama, x jumpa plak..... nak tau jugak info pasal pokok ni kan.....

tapi


ia tahan seminggu jerk.....
lama2 ia jadi semakin warna oren n tertanggal.....




gambar aku ambil selepas seminggu dari keadaan pic pertama di atas tadi.....
see..... cumel kan bunga tu.....
sebesar hujung jari hantu aku jerk.....
bawah daripada bunga yang tertanggal tu ada lagi macam tunas ke pucuk nak tumbuh..... tapi x tahu lagi ape bendenye.....
kita tengok lah nanti apa yang terjadi yerk.....
kut2 lah tumbuh bunga yang bulat ada duri2 tu kan.....


alah.....
google punya gambar
 macam bunga yang warna merah dalam pic kat atas nie.....
 hikhik..... verangan dulu.....
ye lah..... mana kita tau kan.....

so kita tunggu yerk.....
apa2 pon, terima kasih Mai sebab bagi pokok kaktus ni kat aku..... dah tinggi sampai ke paras bawah tingkap umah dah pokok ni, tapi still stabil lagi, x perlu sokongan..... cuma macam dah nak kena tukar pasu jerk..... maklum masa tanam tu Hubby letak kat dalam pasu rendah, takut pokok tu x cukup vitamin plak.....

moga pokok ni makin membesar bagai juara.....

k, sekian


31 May 2013

*deko deko TerataKami ~ instapic pokok serai*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

 pergh, tajuk ntah hape2 kan..... haha
kepala ting tong pikir mende lain nieh..... tu yang merapu sikit tu.....





actually aku nak bagitau yang gambar kat atas ni adalah pic dari album instagram aku (baru belajar ni noks, orang lain dah bosan dengan mendealah ni, aku baru nak belajar, teruksssss kan)..... meh follow maszmadi, nanti aku follow semula..... aku masih terkial2 nak tekan ikon2 kat situ..... huhu

erm, pokok serai a.k.a lemongrass pemberian Mak, eh bukan, aku yang mintak mak bawak masa Mak ngan Abah datang sini ritu, nak tanam kat umah..... tanam pada 19.05.2013 (lebih kurang seminggu yang lepas), dan itulah hasilnya..... alhamdulillah, suka aku tengok tau, lepas pokok zebra ngan lavendar kami mati..... huhu
pokok serai tu tanam dalam pasu dulu, nanti bila dah kembang, nak kena pindah kat bawah pulak kan..... kena sedia tempat ni..... ada lagi satu pokok limau purut, tapi x tanam lagi, dok dalam polibag lagik..... nak kena cari ruang nak tanam..... huhu
harap mereka tumbuh dan berkembang bagai juara macam pokok kaktus Mai..... hehe


Serai
Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut - sumber wikipedia


k, sekian

23 May 2013

*deko deko TerataKami ~ pokok kaktus Mai ada bunga ker?*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


rentetan dari entry INI.....

nak cerita pasal, pokok kaktus pemberian Mai, kawan opis aku ni ha yang baik hati bagi pokok sebagai penyeri rumah tangga kami..... alhamdulillah, setelah 7 bulan di bawah jagaan kami, pokok tu berkembang dengan jayanya..... terima kasih yang x terhingga buat beliau yang sudi bagi pokok tu kat kami.....




inilah pokok tu yang dah membesar dengan jayanya.....
kalu sebelum ni letak kat garaj kereta kat bawah, asik ler penuh dnegan bulu kucing kat pucuk2 dia tu..... so sekarang kami letak kat balkoni atas..... makin tinggi n makin berkembang pucuk2 dia.....
waa saya suka! saya suka!, bak kata Mei Mei..... hehe

tapi kan, nampak tak pokok yang depan sekali belah kanan gambar kat atas tu..... macam lain sikit pucuk dia tu kan.....



ha, ni bila dah di zoom..... guna HP jer, so x berapa nak clear, tapi nampak kan.....

ha, nampak tak pucuk tu..... eh pucuk ker nama dia tu yerk..... x per, yang aku nak cerita kat sini, pucuk atau tunas tu nampak lain sangat dari yang biasa dia akan keluar daun2 kecil, tapi yang ini macam elopak bunga.....

ahah, adakah itu bunga.....
so Mai, pokok kaktus ni memang ada bunga ker?.....
nak search kat internet, aku x tahu nama pokok kaktus ni, so kalu betul itu adalah bunga..... wah bestnyer.....
tu kecik lagi kan, tunggu dah besar nanti aku nak tengok bunga ke bukan.....
hehe
ada sesiapa boleh bantu.....

k, sekian

13 December 2012

*cerita pokok kaktus pemberian Mai*

14 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 


kira2 bulan oktober 2012 ritu..... blogger Mai ada bagi aku adiah untuk deko2 TerataKami yang baru duduk kan..... nak tahu, dia bagi adiah Pokok Kaktus..... hehe terima kasih Mai.....

alhamdlillah, so setelah 2 bulan pokok tu kami jaga n siram..... akhirnya ia menampakkan perkembangan yang sangat baik..... kami tanam 3 pasu kat porch..... tapi setakat ni 2 pokok dah bertunas, tapi yang 1 lagi tu macam xder perkembangan pape jerk, mungkin sebab lokasi x strategik kut, ye lah sekarang ni musim ujan, so mungkin pokok tu asik kena air jerk tu yang x mor kembang2 tu..... pokok kaktus kan x yang bagi air banyak2 kan kan kan.....



ha, ini salah satu pokok yang dah bertunas.....

eh, betul ker istilah 'bertunas' ni untuk pokok kaktus yerk..... kalu x betul, sila betulkan..... hehe saya suka saya suka.....
tapi ada satu mende yang x sedap dipancang lah..... kan aku ada cerita pasal umah sebelah ada kucing yang banyakkkkk kan..... so kucing itu telah mencacatkan pertumbuhan pokok kaktus di Teratakami.....



perbezaan tunas pokok kaktus.....

 ha, nampak beza x antara pokok kiri ngan pokok kanan tu..... yang kiri cantik jerk tumbuh daun2 kecik tu kan..... tapi yang kanan tu dah rongak2 dah siap comot2 dengan getah meleleh jerk kat sekeliling dia..... ini semua gara2 kucing yang suka panjat  pokok kaktus tu melalui lubang tembok untuk pi umah sebelah..... sian kat pokok tu, baru jerk nak membesar dengan jayanya, tapi rongak2 dek kucing yang suka lompat2 kat pokok tu..... huhu



 lokasi pokok kaktus yang rongak2 tu.....


nampak x lubang kat tembok tu..... kut situlah kucing2 tu melompat2 untuk pi ke umah sebelah ulang alik..... hurm hujung pokok tu ngam2 jerk kat lubang tu kan, tu yang rosak pokok tu..... huhu sedey..... rasanya kena bagi idea kat Hubby mintak tukar kedudukan pokok tu dari lubang biar x kena langgar todak dek kucing2 yang dok melompat2 tiap hari..... so, kena tunggu ujung minggu ni lah, coz sekarang Hubby outstation ke JB dari semalam untuk urusan kerja, ari Sabtu baru balik..... Ahad bolehlah kerjakan porch kami tu..... hehe inshaAllah.....

once again, terima kasih Mai sebab bagi pokok ni kat aku, akan ku sedapa upaya jaga biar pokok ni membesar bagai johan..... hehe


k, sekian

05 December 2012

*dah beli baja untuk pokok TerataKami*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 


seperti yang kami janjikan pada pokok2 kesayangan kami sebelum last week..... akhirnya pada sabtu lepas, kami ke nursery yang biasa kami pergi, Sunny Pottery And Garden dekat ngan Selayang Mall..... on da way balik dari KWC tu, kami singgah untuk beli baja n racun serangga.....


baja pokok SEA 33 - RM3.50

 sesuai untuk semua jenis pokok samada pokok ada bunga atau pokok xder bunga..... cara nak guna, sukatan 1 sudu teh untuk pokok baru nak idup atau pokok dalam pasu kecil..... 1 1/2 sudu teh untuk pokok dalam pasu besar..... tabur baja jauh dari batang pokok, kiranya tabur kat keliling bibir pasu jelah senang kan.....
baja ni ada 2 jenis, yang ni x der bau, n ada lagi satu berbau ta** ayam..... harga murah RM0.50 dari yang ini..... uhuk, nyonya tu cakap kalu x nak bau, korek tanah sikit then letak baja, pehtu timbus semula..... x per lah aku kan pemalas..... so mahal 50 sen jerk dari berbau n nak kena korek2 kan..... hehe

baja ni aku stanby untuk pokok Java Palm n pokok Kaktus kat porch..... dua2 pon pokok x der bunga kan, so boleh guna baja nie.....



baja bunga SEA 178 - RM5.00

khas untuk pokok berbunga sahaja..... sukatan sama macam baja pokok kat atas tu..... yang ni khas untuk pokok2 kat balkoni kat atas..... dua2 Lavendar n Zebra pon ada bunga..... so sesuai lah kan.....



Impro Anti Pest 800ml - RM17.00

moga2 semburan ni sesuai untuk mematikan n menghalang semut dari bermaharajalela kat pokok Zebra aku tu..... sian tau kat pokok tu bila tengok semut2 tu menghurung kat batang n daun dia..... aku nak pegang pon geli... huhu x boleh nak belai2 pokok tu.....
cara nak guna senang jerk, cuma sembur kat pokok sampai pokok tu basah, sembur dalam seminggu sekali, in sha Allah serangga dah xder dah.....

so, hari ahad lepas, x der kemana2, maka aku tabur lah baja n sembur racun tu..... moga pokok2 tu berkembang dengan pesat n jayanya..... ameen

k, sekian


30 November 2012

*Deko Deko TerataKami ~ satu Zebra dah mati*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 


huhu, sedey..... ingat lagi x entry pasal balkoni TerataKami yang berseri bulan lepas..... sekarang dah x berapa nak berseri lagi dah..... semalam balik keje awal sikit sampai rumah..... biasa pukul 7 ke 8 malam baru sampai..... tapi semalam Hubby habis keje awal so sampai dalam pukul 6 lebih gitu kan..... sempatlah Aisha tengok Upin Ipin TV9 dia tu..... so, dah sampai rumah, bawak masuk barang semua..... naik atas, masuk bilik..... buka lah ape2 yang patut..... eh, bukan bukak baju tau..... bukak tingkap biar sistem pengudaraan berfungsi dengan baik..... memang tiap2 hari pon aku buat gitu..... then dah bukak tingkap tu terperasan lah ada bende coklat dalam pasu.....

innalillah, satu pokok Zebra dah mati..... huhu..... terus aku keluar pi balkoni nak tengok ape yang berlaku..... terus snap2 jugak sebelum kena buang pokok tu kan..... alahai, baru jerk ujung minggu ni (esok) nak pi beli baja untuk pokok2 kesayangan kami tu..... dah mati satu.....



owh Zebra.....

daripada 4 pasu, sekarang dah tinggal 3 pasu..... hurm, terfikir2 n tercari2 jugak kenapa n bagaimana pokok ni mati..... sebelum ni memang tengok dah lain macam dah pokok ni, x berapa nak segar macam yang lain2..... ingatkan x cukup air, sebab tiap kali siram air dia akan ok semula..... tapi dah 2 minggu jugak lah x siram, maklum lah asik ujan jerk tiap2 hari kan..... so idokler teman menyiramnya.....

nyonya kedai tu pesan kalu nak siram, 2 hari sekali jerk atau bila tengok tanah dah kering, boleh la siram..... kalu terlebih air nanti pokok boleh mati..... adakah kerana faktor terlebih air hujan pokok ni mati..... hurm, belum habis kaji lagi.....

aku pon tengok2 lah pokok zebra yang lain tu, takut akan dapat nasib yang sama.....

owh!!!!! tidak!!!!!



tanda2 macam mereka juga akan ikut jejak zebra yang dah mati itu.....

daun pokok dah x kaler hijau dah..... n yang paling aku takut adalah..... banyak semut yang hurung kat batang n daun pokok tu..... semut kaler hitam but aku x tau ape nama n jenis semut ni..... huhu dari bawah sampai ke atas semut ada kat pokok tu..... manis ker pokok nie..... ke ada sebab lain..... ada sesiapa x yang tau kenapa?.....



semut penuh bawah salah satu daun.....

 aku nak pegang pon rasa geli..... sebab banyak sangat..... euwww..... x kan nak sembur ngan ridsect ke, bygon ke kan..... hurm..... so untuk sementara sampai esok ni harap2 pokok2 zebra ku itu bertahan sementara kami nak dapatkan baja pokok n racun serangga kat kedai..... moga2 lepas ni kami dapat atasi masalah ni.....

mujur pokok Lavendar kami berkembang dengan jayanya..... bunga x henti2..... tapi sebelum balik kampung yang cuti kapit ritu aku dah trim pokok ni..... sampai gondol sume aku kerjakan,,,,, tapi dah ada tunas baru muncul..... alhamdulillah, cuma kaler daun tu x berapa nak memberangsangkan.... maklumlah dah hampir 2 bulan dok ngan kami, sekali pon x pernah kami bagi makan baja lagik.....



 tunas pokok bunga lavendar dah muncul.....


see, banyak tunas baru muncul..... dan bunga memang sentiasa jerk ada..... aku ada jugak cucuk batang pokok lavendar ni kat luar pagar, konon2 nak biar dia tumbuh kat luar rumah, tapi macam x nak menjadi jerk..... ye lah, tanah kat luar tu dah bercampur memacam bahan dah..... dengan pasir, batu, simen, ta** kucing, ken**** kucing dan lain2 bahan yang x menyuburkan tanah..... erm x per lah, nanti2 bila pokok lavender yang dalam pasu tu dah berkembang lagi, aku buat lah port baru kat luar pagar ala2 kebun kecik gitu kan..... ngeh ngeh ngeh

harap2 angan2 aku ni menjadi kenyataan suatu hari nanti..... tapi tindakan segera yang wajib aku n Hubby buat sekarang adalah : ESOK PI NURSERY POKOK CARI BAJA POKOK N RACUN SERANGGA..... moga dipermudahkan..... ameen

k, sekian