^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label kedai pokok bunga. Show all posts
Showing posts with label kedai pokok bunga. Show all posts

05 December 2012

*dah beli baja untuk pokok TerataKami*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 


seperti yang kami janjikan pada pokok2 kesayangan kami sebelum last week..... akhirnya pada sabtu lepas, kami ke nursery yang biasa kami pergi, Sunny Pottery And Garden dekat ngan Selayang Mall..... on da way balik dari KWC tu, kami singgah untuk beli baja n racun serangga.....


baja pokok SEA 33 - RM3.50

 sesuai untuk semua jenis pokok samada pokok ada bunga atau pokok xder bunga..... cara nak guna, sukatan 1 sudu teh untuk pokok baru nak idup atau pokok dalam pasu kecil..... 1 1/2 sudu teh untuk pokok dalam pasu besar..... tabur baja jauh dari batang pokok, kiranya tabur kat keliling bibir pasu jelah senang kan.....
baja ni ada 2 jenis, yang ni x der bau, n ada lagi satu berbau ta** ayam..... harga murah RM0.50 dari yang ini..... uhuk, nyonya tu cakap kalu x nak bau, korek tanah sikit then letak baja, pehtu timbus semula..... x per lah aku kan pemalas..... so mahal 50 sen jerk dari berbau n nak kena korek2 kan..... hehe

baja ni aku stanby untuk pokok Java Palm n pokok Kaktus kat porch..... dua2 pon pokok x der bunga kan, so boleh guna baja nie.....



baja bunga SEA 178 - RM5.00

khas untuk pokok berbunga sahaja..... sukatan sama macam baja pokok kat atas tu..... yang ni khas untuk pokok2 kat balkoni kat atas..... dua2 Lavendar n Zebra pon ada bunga..... so sesuai lah kan.....



Impro Anti Pest 800ml - RM17.00

moga2 semburan ni sesuai untuk mematikan n menghalang semut dari bermaharajalela kat pokok Zebra aku tu..... sian tau kat pokok tu bila tengok semut2 tu menghurung kat batang n daun dia..... aku nak pegang pon geli... huhu x boleh nak belai2 pokok tu.....
cara nak guna senang jerk, cuma sembur kat pokok sampai pokok tu basah, sembur dalam seminggu sekali, in sha Allah serangga dah xder dah.....

so, hari ahad lepas, x der kemana2, maka aku tabur lah baja n sembur racun tu..... moga pokok2 tu berkembang dengan pesat n jayanya..... ameen

k, sekian


09 October 2012

*Deko Deko TerataKami - porch & balkoni dah berseri*

18 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 


ingat x entry pasal kami survey pokok bunga dengan entry hadiah dari mai last week..... maka last saturday lepas janjalan kat Tasik Biru, Kundang kami pon mengerjakan lah pokok2 yang dah pon selamat berada dalam tangan kami..... alhamdulillah semuanya dipermudahkan walau ada sedikit yang buat Hubby x puas hati dengan company insurans.....



 nyonya tokey kedai Sunny Pottery & Garden yang baju purple tu, kami terjah sebelum ke Taman Tasik Biru.....

SUNNY POTTERY AND GARDEN
1A(Store), Persimpangan Taman Bidara-Jalan Kepong,
68100 Batu Caves, Selangor DE


dah membeli belah, kami balik umah, letak pokok2 tu n terus ke Tasik Biru, balik dari Tasik Biru kami kerjakan pokok2 pulak.....

 Lavender & Zebra kami tempatkan di balkoni rumah.....


memula hajat cuma nak dapatkan pasu n tanah jerk kat kedai tu coz nak tanam pokok kaktus hadiah dari Mai.....  tapi tetiba macam2 pulak pokok yang terbeli oleh kami.....

kat kedai tu kami dapatkan:
Pasu Bonsai - 3 biji
Pasu biasa - 3 biji
Pot Stand - 3 unit
Pokok Java Palm - 3 pasu
Pokok Lavender - 2 pasu
Pokok Zebra - 2 pasu
Tanah (2 jenis) - 6 beg

maklumlah, rumah xder tanah, so terpaksa lah beli tanah untuk taman pokok..... ada lagi balance tanah 1 beg kat umah, hajat nak biakkan lagi pokok Lavender tu tapi pasu x der plak..... so tunggu nanti lah..... total kami shopping kat kedai tu RM142.00.....dapat diskaun RM2.00 jerk..... jadikla dari xder kan, tu pon nyonya tu dah kurang2 kan setiap item yang kami beli.....aku siap mintak free pokok zebra tu lagik..... haha, dasar mata free'an aku nieh..... so, dah tanam pokok, boleh halang kucing sebelah masuk hias porch ngan balkoni sekali.....

 pokok kaktus hadiah..... dari 2 batang, aku jadikan 3 batang tanam dalam pasu, terima kasih Mai.....

Pokok Java Palm letak atas stand, hajat nak halang kucing2 dari masuk kut lubang pagar tepi tu, haha harapan..... dia masuk ikut gate pulak..... isk, lepas ni nak kena pikir camner nak halang kucing2 tu lalu kut gate lah pulak..... any idea?.....

ha, pasu yang aku buat tanam kaktus tu lah dinamakan Pasu Bonsai, baru ku tahu nieh... hehe
actually nursery ni sebelah kedai car wash, so dah alang2 kat sini, my dear Hubby pon apa lagi, hantarlah my maroon tu mandi, dah berkeladak dah badan dia..... so, lepas mandi, cerah sikit my maroon tu aku tengok... haha see, Aisha tengah buat inspection pada my maroon, bersih ke tidak orang kedai tu cuci.....

dah, tu je lah deko deko buat kali ni..... nak lagi grand2, tunggu kami dah betul2 stabil nanti, boleh la buat deko besar2an kan..... hehe nak perfume berjenama murah boleh dapat sini.....kita tunggu kolam sampai ntah bila nanti baru best nak deko kan.....

sekarang bila balik umah, dari luar gate, hubby akan cakap "ha, barulah nampak macam ada orang dok rumah ni, xder la seketul kereta jerk kat tengah2 tu"..... haha, ape2 lah dear yer, kita buat pelan2 yerk untuk TerataKami jugak kan.....


k, sekian

03 October 2012

*survey pokok bunga untuk TerataKami*

17 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 


last sunday, tetiba hubby keluarkan cadangan untuk pi cari pokok bunga..... memang dalam perancangan untuk letak pokok kat TerataKami selain untuk cantik, segar dan menawan..... pokok juga adalah salah satu cara untuk kami halang kucing2 makcik sebelah masuk ke halaman TerakaKami..... walau tiada tanah, pokok boleh tanam kat dalam pasu kan..... hehe

so, lepas hubby cuci motor, Aisha cuci basikal, aku cuci mata tengok katalog Tesco..... kami keluar lepas zohor ke Beranang kut..... alah, nak menghala ke Kuala Kubu Baru, Selangor nu..... eh bukan Beranang, tapi Serendah, Sungai Choh sana nuunnnnn..... (thanx kak Izan coz bagitau)

jumpa 2 nursery, 1 tutup, 1 lagi baru nak set-up2 balik pokok2 kat situ..... owner baru beli dari penjual sebelum ni..... erm aku x berapa berkenan dengan layanan 'tokey perempuan' kat situ..... pekerja dia ok, tapi 'tokey perempuan' dia macam eksen sikit..... lepas borak2 lebih kurang dengan pekerja dia, aku terus ajak hubby kuar dengan alasan Aisha nak 'tecing'..... seb baik memang Aisha ada cakap yang dia nak 'tecing'. boleh jadik alasan kan..... hehe

sepanjang jalan dalam kereta, aku terpikir2 mana lagi nursery nak pi..... kalu ikut kat Sungai Buluh memang banyak nursery, tapi jauh la plak kan..... so pikir punya pikir punya pikir punya pikir, aku terus ajak hubby pi NSK kat Kuang nuun..... erm, betul la kat Kuang kan, ker kat Rawang, huhu mane2 lah kan..... ubah haluan sekejap coz x terpikir lagi nursery dalam kepala..... pi NSK untuk survey barang2 nak shopping untuk Raya Haji nanti..... dalam2 x berkenan dengan keadaan NSK itu, hubby capai jugak 4 5 6 barang kat situ wat tambah stok kat umah..... hehe



so, lepas tu, masuk dalam kereta, aku teringat 1 tempat nursery ni..... tapi x dapat bayangkan kat area mana, macam selalu jerk lalu kan, tapi x dapat bayangan..... pejam celik pejam celik (gaya orang nak ingat sesuatu lokasi) bajet otak aku ni macam google maps..... maka akhirnya aku bagitau hubby yang nursery tu ada kat simpang dekat ngan area Selayang Mall..... so hubby pecut ke sana.....

dengan berpandukan bayangan macam google maps dalam kepala aku nieh, maka kami pon sampai.....

 sunny pottery and garden


alhamdulillah, sampai jugak tapi dah dekat nak maghrib..... so gambar sume ala2 blurr jerk yerk, maklum snap guna BB n SS jerk.....


 memula kami di sajikan dengan pasu2 yang bersusun.....


lepas tu ada nyonya keluar mendekati kami..... sebelum dia tanya apa2 aku yang start tanya dia..... kami nak cari pokok macam pokok buluh, boleh tanam dalam pasu n letak kat porch..... terus dia bawa kami ke belakang..... tapi aku x nampak pon mana pokok yang yang dikatakan pokok buluh di situ..... huhu

xper lah, kami pon layan lah nyonya tu, tanya itu pokok apa, tanya ini pokok apa, tanya harga 1 pasu berapa, tanya nak jaga camaner, bla bla bla

sambil tu hubby dok snap2 pokok yang macam dia berkenan.....


 antara pokok yang di snap hubby..... nama sume aku dah lupa.....


ni lagi hubby snap..... yang aku ingat n berkenan adalah pokok kanan atas sekali tu..... pokok lavender, boleh letak kat balkoni atas kan..... 


sampai kan ke harga tanah aku tanya..... kat sini, aku yang lebih banyak bersuara..... hubby cuma ambik gambar jerk coz hubby awal2 lagi dah remind kat aku yang dia x tahu pasal pokok2 nieh..... ye lah, sampaikan pokok kiambang pon hubby cakap pokok teratai, maknanya memang hubby x mahir la bab pokok2 ni kan..... so, aku harus main peranan di sini.....

oh ya, aku kami siap tanya kat nyonya tu pokok untuk dalam air ada x?..... ada rupanya, hehe x sabar nak suruh hubby bawak balik kolam tu, boleh letak tetel kat dalam kolam sambil hias dengan pokok lotus..... mesti tetel suka..... mood tengah berkobar2 nieh.....

insyaallah, dalam waktu terdekat ni kami cuba penuhi impian kami untuk beli pokok bunga sebagai langkah pertama nak buat outdoor decoration TerataKami..... moga semuanya dipermudahkan..... Ameen

k, sekian