^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

17.2.16

Home » , , , , » deko deko terataKami :: taman impian

deko deko terataKami :: taman impian


Assalamualaikum,


menjadi salah satu wishlist di tahun 2016 ni untuk mewujudkan taman impian di terataKami..... pelan2 kayuh, in shaa Allah akan jadi kenyataan satu hari nanti..... aamiin.....
 
 nak share koleksi pokok bunga Ros Jepun yang ada kat umah..... orang lain dah berpasu2 tanam, aku baru nak berjinak2..... itu pon dengan bantuan mak mertua di Kuantan..... hihi
terima kasih buat beliau..... setiap kali kalau kami balik kampung n ada bunga baru, dia akan bagitau aku..... aku apa lagi, dengan senang hati mengutip batang2 Ros Jepun untuk semaian di terataKami pulak.....




atas ni antara koleksi yang ada..... Alhamdulillah, bila hujung minggu dapat tengok bunga ni berkembang, berkembang juga lah hati n semangat aku nak menanam pokok ni.....
kena tunggu hujung minggu baru boleh ngadap bunga Ros Jepun ni kembang lelama sebab hari biasa aku kerja..... maklumlah bunga ni kembang waktu pagi je kan..... bila aku balik keje, mesti dah kuncup..... kecewa aku tau..... huhu

tetiap hari aku tengok n kira berapa kuntum bunga yang akan kembang hari tu, tapi macam biasa, bila balik keje, dah pon kuncup..... tapi bila hujung minggu datang, memang aku x lepaskan lah peluang nak ngadap bunga ni kan.....

kat umah sekarang ni, ada yang aku gantung, ada yang letak kat bawah, ada yang letak atas pagar, ada yang pasu kecik, pasu besar, bulat, kotak..... seronok tengok hasil tanaman membuahkan hasil kan..... semangat nak menanam makin membara, lagi-lagilah ada orang tersayang yang menyokong n membantu bila bantuan diperlukan..... hehe

sekarang ni tengah ushar pokok2 renek lain untuk di tanam, nak buat taman impian katanya kan..... masih mensurvey pokok yang cantik n mudah di jaga..... tapi kena tambah stok tanah dulu, sebab stok tanah kat umah yang di import dari kampung aku dah nak abes.....

so, nak berjaya, kenalah usaha kan..... moga impian menjadi kenyataan.....

k, sekian


3 comments

February 17, 2016 at 9:12 AM

hijau mata memandang

February 28, 2016 at 9:44 PM

kalau minat le memang seronok buat benda macam ni

February 29, 2016 at 2:46 PM

nabilah pun mampu berros jepun je...
pokok sayur2, tak berapa nak menjadi hasilnya, emm

Post a Comment