^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

15.2.16

Home » , » Tips Membeli Kids Shoes Online

Tips Membeli Kids Shoes Online

Assalamualaikum, 


Dah lama rasanya x shopping online ni…..



Sejak akhir-akhir ini, trend membeli-belah secara online makin digemari oleh ramai pengguna lebih-lebih lagi bagi mereka yang menetap di ibu kota dan yang sentiasa sibuk bekerja kan..... termasuklah aku ni ha..... Berbanding dengan situasi 5 atau 10 tahun yang lalu, segalanya harus dibeli terus di kedai dan trend online shopping ini terlalu asing dikalangan para pembeli. Kini, dari koleksi barangan fesyen, barangan elektronik hinggalah barangan dapur, semuanya boleh dimiliki dengan mudah melalui transaksi online. 

Bagi golongan ibu-ibu yang bekerjaya pula, ini merupakan salah satu kaedah pembelian yang paling mudah dan efektif serta dapat menjimatkan masa mereka. Dengan proses pembelian online yang mudah ini membolehkan mereka membuat pembelian dengan pantas dan selamat. Duduk je depan PC, pilih2 pehtu bayar….. dah siap, tunggu je la barang sampai depan pintu….. 

Pastu ada abang hemsem datang, Ting!! Tong!! “Puan, ada barang untuk Puan…..”




So, aku nak bagitau ni, ZALORA Malaysia terpanggil untuk membawakan pelbagai pilihan barangan fesyen yang berkualiti dari jenama-jenama antarabangsa dan tempatan dengan lebih dekat kepada para pelanggan setia termasuk kengkawan semua. Bagi anda yang masih belum pernah membeli-belah di laman web ZALORA, kini anda boleh membeli koleksi barangan kanak-kanak seperti pakaian dan kasut. 

Klik pada kategori kids pada laman web ZALORA dan anda akan diberikan beberapa pilihan kategori yang lebih kecil (kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki, bayi dan lain-lain).  Senang kan…..

Dan sedikit tips untuk anda yang baru pertama kali ingin membeli barangan kanak-kanak seperti kids shoes online misalnya, baca dulu deskripsi barangan yang terdapat pada laman web untuk mengetahui material yang digunakan untuk membuat kasut tersebut. Dengan itu anda boleh mengagak sama ada kasut tersebut selesa dipakai atau tidak. Kulit kanak-kanak adalah lebih lembut dan sensitive, oleh itu berikan mereka kasut yang lebih lembut dan selesa dipakai. 




Seterusnya, ukur kaki anak dengan pembaris atau benang macam gambar kat atas tu untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Jangan beli kasut yang bersaiz terlalu kecil untuk mengelakkan kaki melecet. Namun jika anda terbeli kasut yang tidak menepati saiz sebenar, anda boleh membuat penukaran secara percuma di ZALORA selama 30 hari selepas tarikh pembelian. Selamat membeli-belah!

Jom sesame kita survey n beli kasut…..


  k, sekian