^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

08 March 2016

Home » , , » deko deko terataKami :: tambah haiwan peliharaan

deko deko terataKami :: tambah haiwan peliharaan


assalamualaikum,


erm agak2 kan..... ada yang ingat x entry aku sebelum ni pasal 'arnab sebagai haiwan peliharaan'..... hehe, sebenarnya sekarang ni kami dah pon jadikan haiwan tersebut sebagai haiwan peliharaan kami.....
so sekarang di terataKami ada 3 jenis haiwan peliharaan.....

1. Kura-kura - hadiah Nyai mylilprincess Aisha
2. Ikan kaloi - hadiah dari kawan opis Mai (dah menemui ajal) dan kami gantikan dengan ikan kecil lain
3. Arnab - hadiah dari boss mydearHubby (1 jantan, 1 betina)

pic from google

jadi bermula 16 Januari 2016 yang lalu, jadilah dua ekor arnab itu sebahagian dari keluarga kami.....
jantan diberi nama Joey, betina diberi nama Anna..... kedua-dua nama diberi oleh mylilprincess Aisha..... seronok dia main dengan arnab2 tu, kalau hujung minggu, bangun tido je, terus je ke balkoni nak main dengan arnab walau arnab2 tersebut masih lagi malu2 dengan kami.....
sekarang, setelah lebih kurang 3 bulan kami membela arnab tersebut, maka pada 5 Mac 2016, bertambah lagi ahli keluarga kami..... mereka telah melahirkan anak seramai 7 ekor..... tapi malangnya pagi semalam kami tengok dah tinggal 4 ekor sahaja, lagi 3 ekor mati sebab x cukup susu mungkin..... harap2 yang lain ni berkekalan lah sampai besar..... in shaa Allah.....

sekarang ni, kami suami isteri tengah belajar dan mencari maklumat cara2 penjagaan arnab kat internet dan juga kawan2..... kalau ada yang nak share, just drop je kat komen ye..... tq in advance.....

k, sekian


pssssst : dalam proses untuk naik taraf balkoni nak jadikan taman impian..... moga dipermudahkan.....



1 comment

March 11, 2016 at 1:00 PM

..boleh buat sate tu...hehe :D

Post a Comment