^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

28.3.16

Home » , , , , , , » deko deko terataKami :: taman balkoni ~ pagar siap cat

deko deko terataKami :: taman balkoni ~ pagar siap cat


assalamualaikum,


nak share sikit pasal taman impian aku..... taman balkoni a.k.a balcony garden..... sekarang ni tengah set-up sikit sikit taman balkoni kami tu..... x boleh la nak buat sekaligus, sume pon kena selaras dengan bajet yang ada kan..... lagi pon, kami buat sendiri taman balkoni ni..... tak guna khidmat kontraktor pon, rasanya lagi jimat kan..... cuma kena kuatkan semangat dan tenaga je..... in shaa Allah, semua akan berjalan lancar seperti yang dirancang.....

sebelum ni, si arnab kami just lepaskan je berlari2 kat seluruh balkoni kami, tapi tetiba terfikir untuk hadkan ruang untuk mereka, ye lah, sambil dorang berlari, dorang akan lepaskan najis dorang merata2, so untuk hadkan ruang untuk menyapu n mencuci najis dorang ni, maka kenalah wujudkan had kawasan untuk mereka berlari.....

so, untuk progress pertama, kami dah bangunkan ruang untuk haiwan peliharaan kami iaitu si Anna, Joey dan anak2 mereka..... just buat simple saja..... mana yang termampu n seringkas kami boleh buat..... sebelum ni ada yang x dapat bayangkan macamana balkoni ni aku nak transform jadi taman kan..... so aku share sikit.....

luas balkoni (ye, balkoni di tingkat atas terataKami) adalah lebih kurang 10 kaki x 20 kaki..... suku daripada tu kami peruntukkan untuk ruang si arnab..... selebihnya nanti akan dibangunkan taman dengan rumput, pokok2, settee dan kalau ada rezeki nak buat water fountain..... hehe, impian sejak memula beli rumah ni.....




 


atas ni adalah sebahagian balkoni terataKami..... aku amek gambar dari hujung pintu keluar ke balkoni..... yang berpagar tu lah kawasan untuk si arnab berlari2an..... luar pagar tu sebelah kanan tu lah nanti aku nak letak pokok2 n water fountain..... hihi
sebelah kiri pula nak letak settee @ kerusi yang sesuai untuk sebuah taman, sambil lepak2 boleh tengok rabbit berlari2 dalam pagar tu kan..... ngeh3, verangan nieh.....
balkoni boleh di akses dari ruang keluarga kami.....





pandangan dalam kawasan berpagar dari dekat.....
dalam tu ada tikar getah, senang nanti nak cuci najis yang ditinggalkan si arnab bila kami lepaskan dorang dari sangkar..... pagar yang kami buat sendiri..... masa ni belum cat lagi..... ambil masa 2 hari nak dirikan pagar ni..... maklumlah, amatur buat kerja kan..... tapi kayu tu minta kedai potong siap2, kami bagi ukuran je, sampai rumah, tinggal paku2 dan pasak kat tile bawah.....

owh, perasan x ada tunggul kayu dalam tu..... kami berusaha cari tepi2 jalan, pokok2 yang MPS tebang, cari tunggul yang konon2 cantik n sesuai untuk si arnab buat main gigit2..... cuci, bersihkan n campak je letak dalam tu sebagai added value.....






inilah rupa kasawan erm kira kandang kut kan.....
kandang arnab kami..... pagar tu baru sebelah kanan siap cat, tapi masa entry ni publish, dah siap cat sepenuhnya, alhamdulillah..... ada pintu kecil untuk kami keluar masuk bagi tujuan cucian atau nak join si arnab main kejar2 dalam tu..... hehe

simpel je kan..... so next step adalah nak bangunkan taman sebelah luar kandang pula.....

erm kos nak buat kandang ni.....
aku share sikit ye.....
  • kayu saiz 2"x2"x10' - RM9.00 - 1 batang (kami suruh kedai potong 2', so dapat 5 batang)
  • kayu 3/8"x1 4/8" x 7' - RM4.50 -17 batang (kami suruh kedai potong 2', so dapat 51 batang + scrap 17 batang)
  • sand paper - RM1.00 - 6 helai (tapi guna cuma 2 helai sahaja)
  • cat kelabu 1 liter - RM20.00 - 1 tin (ada baki suku tin)
  • berus cat - RM2.00 - 2 batang
  • paku 1" - RM1.00 (kira timbang, x tau berapa berat sebab Hubby yang beli, tak habis guna pon)
  • tikar getah - RM10.00 semeter - 3.5 meter
total perbelanjaan lebih kurang RM160.00 termasuk GST 6%
agak2 mahal ke tidak ye..... x tau lah, janji dah siap n kami puas hati sebab kami yang buat sendiri..... dengan mylilPrincess Aisha pon join tolong juga..... ni kira sebagai family time together juga kan.....

owh, yang bidai tu, kami beli asing..... beli kat kedai kat Nilai 3..... saiz lebar sikit RM40.00 dan yang kecil RM30.00 harga lepas diskaun..... kedai ni pon kawan meja sebelah aku yang bagitau...... boleh dapat murah..... hehe kalu nak tau apa nama kedai tu, tanya kat dia ye, aku dah lupa dah sebab dia sent gambar kad kedai tu kat aku, cari2 dalam phone, gambar kad tu dah x jumpa..... huhu.....

so, inilah cerita sikit progress taman balkoni yang kami sedang bangunkan..... projek bermula pada 12 Mac 2016..... kena catat kat sini, nak kira berapa lama masa kami ambil untuk complete kan projek ni..... hehe

 erm, ari tu dah kenalkan anak2 Anna dan Joey kan, ni nak share mereka berdua pula.....

v
 
v

v

v

v




 

Joey & Anna
Joey si jantan warna perang atas sangkar..... Anna si betina hitam putih dalam sangkar.....

cubaan Joey nak melompat melepasi pagar yang kami baru buat melalui sangkar Anna..... erm, nampaknya x boleh letak sangkar dekat dengan pagar, nanti sorang boleh lompat pagar tu..... hihi

k, sekian

pssst : projek binaan taman balkoni diteruskan untuk mencari pokok n rumput pula..... jom survey, kalau ada yang berkenan dengan bajet, boleh lah shopping..... hihi



2 comments

March 30, 2016 at 5:06 PM

kreatifnye buat sendiri.
beli barang sendirik. kagum lah.. dah siap nanti tunjuk lagi eh.

May 20, 2016 at 8:04 PM

best jugak kalau ada pet.. tp nak deko kena fikir psal dorg sekali la..

Post a Comment