^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

13 November 2013

Home » , , , » *masak masak ~ Karipap Sardin Rangup*

*masak masak ~ Karipap Sardin Rangup*


assalamualaikum,

erm, entry minggu ni pendek2 jerk yer..... sebab tengah kejorkan dateline untuk siapkan presentation ujung minggu ni..... selagi x meeting, selagi tu lah asek ler nak dibetulkan.....

so ari ni, kita cerita pasal masak masak yerk..... ni cerita 2 minggu lepas rasanya..... dah lupa dah..... haha
biasa lah, merealisasikan hajat anak dara nak main masak2..... maka aku pon google lah resepi kat internet..... maka dapat resepi mudah n bahan2 ada kat rumah.....



Karipap Sardin Rangup

Bahan2 Doh
400 gm tepung gandum (diayak)
1/2 cawan minyak (100 ml)
1/2 cawan air (100 ml)
2 sudu besar marjerin

 Bahan2 Inti
1 tin kecil ikan sardin (ambil ikan sahaja)
1 ulas bawang kecil (mayang)
1 ulas bawang putih (hancurkan)
Sos tiram
Minyak untuk menumis & menggoreng

Cara2
 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang kecil hingga naik bau.
2. Masukkan ikan sardin dan hancurkan.  Masukkan sos tiram sesedap rasa.
3. Tumis hingga agak3 kering.  Matikan api n sejukkan.
4. Campurkan bahan tepung, minyak, air dan marjerin kemudian uli menjadi doh.
5. Bahagian doh ikut saiz yang dikehendaki n canai nipis menjadi bentuk bulat.
6. Masukkan inti sardin yang dah sejuk tadi n lipat dua doh supaya menjadi bentuk separuh bulatan.
7. Kelim penghujung doh supaya inti tidak terkeluar bila di goreng.
8. Panaskan minyak dan mula menggoreng karipap hingga masak kekuningan.

SIAP!!!



 ha..... inilah dia Karipap Sardin Rangup aku..... buat x letak cili sebab nak anak dara makan..... kalu nak pedas, masa masak inti tu, boleh lah leakkan sikit cili giling.....
yang penting, kulit dia tu rangup n lembut, goreng pon x melekat kat kuali..... n mudah jerk nak buat.....

so, lepas2 ni kalu bosan2 kat rumah, boleh jerk buat karipap ni untuk aktiviti minum petang, makan malam pon boleh..... hehe

k, sekian


4 comments

November 13, 2013 at 8:43 AM

nampak sedap

November 13, 2013 at 9:28 AM

puas buat sendiri kan masz..kulit nipis2 rangup2, isi plak byk....terliur lieya tgk karipap masz buat nie...tapi lieya tak reti kelim karipap....kemas jek masz buat nieh...

November 13, 2013 at 9:36 AM

tudiaaaaa!
pandainye buat sendirikkkk!
klim tepi karipap pon pakai tangan eh? hebat laaahhh!
kalo akak mesti pakai acuan. hahahaahha.

November 13, 2013 at 10:28 AM

Wahh. Dah lama tak makan karipap ^^ Terliur pulak Ina tgk :D

Post a Comment