^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label resepi minum petang. Show all posts
Showing posts with label resepi minum petang. Show all posts

24 September 2014

resepi makaroni bakar oleh chef hanieliza

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

dalam entry pasal gathering episod 1..... ada belen makaroni yang aku buat makan ngan sos bolognese kan..... so 1st batch dah setel esoknya aku bakar..... then ada request sahabat kat opis nak lagi.....
maka aku dengan senang hati buat lagi untuk dia..... katanya, ni adalah makanan favorite..... so x baik menghampakan permintaan orang kan, lagi2 sahabat sebelah meje kat opis..... mau sentap karang kalu aku x buatkan..... hihi


makaroni bakar versi kecil

masukkan dalam bekas aluminium kecik saiz 3"..... beli kat Happy Home, Rawang..... RM6.90 satu pack, dalam pack ada 20 keping bekas..... setengah paket makaroni dapat lah 20 bekas ni.....



makaroni bakar versi besar sikit

ahah, apsal besar sikit, sebab kat umah ada loyang yang saiz kecik je, dalam 6" kut..... cukuplah kalu buat kek ke puding ke untuk kami sekeluarga..... makan 3 orang je pon kan..... hajat nak beli yang saiz besar, tapi rasanya belum ada keperluan lagi..... hihi

so, nak share resepi kat sini..... hasil dari Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza.....


Makaroni Bakar

Bahan A
1/2 paket makaroni (rebus hingga lembut)
1 sudu makan minyak jagung (sapu pada bekas untuk bakar)
5 biji telur
1 cawan susu segar
125 gram keju cheddar parut
50 gm daun parsli cincang untuk tabur

 Bahan B (Sos Putih)
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan tepung gandum
1 cawan susu segar

Bahan C (Inti)
300 gram daging kisar halus
10 biji cendawan butang (potong dadu)
3 biji tomato (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji capsicum merah (potong dadu)
1 biji capsicum hijau (potong dadu)
1 biji capsicum kuning (potong dadu)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Cara Membuat Inti
  1. Panaskan minyak jagung. kemudian tumis bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan daging kisar, dan bahan yang dipotong dadu, garam dan serbuk lada sulah.  Kacau Rata.
  3. Dah siap, ketepikan.

 Cara Membuat Sos Putih
  1. Panaskan minyak jagung dalam kuali lain dan masukkan tepung gandum. Kacau Rata.
  2. Masukkan susu segar, kacau sehingga sebati.
  3. Dah Siap, ketepikan

 Cara Membuat Makaroni Bakar
  1.  Sapukan minyak jagung dalam mangkuk tahan panas.  Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti.
  2. Tuangkan sos putih ke atas makaroni tadi.
  3. Dalam bekas berlainan, kacau rata telur dan susu segar.  Kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi makaroni tadi.
  4. Taburkan keju cheddar dan daun parsli cincang.
  5. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dengan suhu 180 darjah celsius selama 30 minit.
  6. Sedia untuk dihidangkan.


 hurm, agak senang jugak la nak buatnya..... walau senarai bahan banyak, tapi boleh cari kat pasaraya..... anak dara n hubby pon suka makan, tu yang semangat aku nak buat tu..... siap tanya bila nak buat lagi..... hehe, tunggu la nanti2 yer sayang..... kita try menu western lain pulak nanti ye.....

k, sekian

03 January 2014

*masak masak ~ Agar-Agar Milo (mudah tanpa susu sejat)*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

 erm, dah lama x share resepi kan..... bukan x maska tau, tapi biasa masak yang mudah2 jerk..... main campak2 jerk, janji ada rasa, janji bolah makan..... so balun jerk..... hihi

so kali ni nak share resepi yang sangat mudah..... mudah x mudah pon, aku google resepi kat tenet..... hihi
dapat dari www.krazl.com.....



eh, bukan nak share resepi ni.....
ini chichen burger dari Rock Salt Grill & Coffee..... kawan sebelah belanja last Friday.....
tq my friends, murah rezeki ko.....


ha, ni pon bukan resepi yang aku nak share.....
ni menu last Sunday, dah lama x bernasi lemak di hujung minggu, so minggu lepas buat nasi lemak, since pokok pandan Junah (my Mak) dah semakin membesar dengan jayanya.....


 ha, ini lah dia resepi yang aku nak share.....


Agar Agar Milo

Bahan2
10 gram agar agar tali
750 ml air
2 senduk gula
3 senduk milo
1 sudu nescafe (aku x letak sebab x suka)
1 senduk susu pekat manis
250 ml air panas

Cara2 buat
1. Dalam periuk, didihkan agar-agar dengan air dan gula (aku lebihkan air sikit (30 ml) biar agar2 tu lembut n slruppp bila di makan)
2. Sementara itu dalam bekas lain, bancuhkan milo, nescafe dan susu pekat dengan air panas
3. Selepas agar2 yang di didih hancur, tapis ke dalam campuran milo yang di bancuh tadi, kacai biar sebati
4. Kemudian tuang ke dalam bekas yang disukai, biar sejuk seketika sebelum di simpan dalam peti sejuk
5. Keluarkan bila agar2 dah mengeras n boleh lah di makan


aku kata resepi ni mudah sebab agar2 ni x gunakan susu cair/sejat untuk buat, sebab kat rumah aku xder stok susu cair/sejat tu.....

wah..... memang heaven lah makan agar2 yang baru keluar dari peti sejuk ni..... hihi
Aisha suka, Mama gembira.....

k, sekian

pssst : agar2 tali tu ada belen lagi, erm nak buat agar2 apa yang mudah yerk.....

13 November 2013

*masak masak ~ Karipap Sardin Rangup*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, entry minggu ni pendek2 jerk yer..... sebab tengah kejorkan dateline untuk siapkan presentation ujung minggu ni..... selagi x meeting, selagi tu lah asek ler nak dibetulkan.....

so ari ni, kita cerita pasal masak masak yerk..... ni cerita 2 minggu lepas rasanya..... dah lupa dah..... haha
biasa lah, merealisasikan hajat anak dara nak main masak2..... maka aku pon google lah resepi kat internet..... maka dapat resepi mudah n bahan2 ada kat rumah.....



Karipap Sardin Rangup

Bahan2 Doh
400 gm tepung gandum (diayak)
1/2 cawan minyak (100 ml)
1/2 cawan air (100 ml)
2 sudu besar marjerin

 Bahan2 Inti
1 tin kecil ikan sardin (ambil ikan sahaja)
1 ulas bawang kecil (mayang)
1 ulas bawang putih (hancurkan)
Sos tiram
Minyak untuk menumis & menggoreng

Cara2
 1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang kecil hingga naik bau.
2. Masukkan ikan sardin dan hancurkan.  Masukkan sos tiram sesedap rasa.
3. Tumis hingga agak3 kering.  Matikan api n sejukkan.
4. Campurkan bahan tepung, minyak, air dan marjerin kemudian uli menjadi doh.
5. Bahagian doh ikut saiz yang dikehendaki n canai nipis menjadi bentuk bulat.
6. Masukkan inti sardin yang dah sejuk tadi n lipat dua doh supaya menjadi bentuk separuh bulatan.
7. Kelim penghujung doh supaya inti tidak terkeluar bila di goreng.
8. Panaskan minyak dan mula menggoreng karipap hingga masak kekuningan.

SIAP!!!



 ha..... inilah dia Karipap Sardin Rangup aku..... buat x letak cili sebab nak anak dara makan..... kalu nak pedas, masa masak inti tu, boleh lah leakkan sikit cili giling.....
yang penting, kulit dia tu rangup n lembut, goreng pon x melekat kat kuali..... n mudah jerk nak buat.....

so, lepas2 ni kalu bosan2 kat rumah, boleh jerk buat karipap ni untuk aktiviti minum petang, makan malam pon boleh..... hehe

k, sekian


06 November 2013

*wordless wednesday ~ sweety crunchy bread*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 




last week buat 'sweety crunchy bread' a.k.a roti keras manis.....
sangat mudah n ringkas nak buat.....
yang paling penting sedap n my family suka.....
alhamdulillah

k, sekian
 

07 August 2012

*Murtabak Mee Sendiri Lagi*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,

entry semalam pasal makan sensorang masa birthday hubby last week kan..... entry hari ni pon pasal makan sensorang jugak..... tu yang keluar nama menu Murtabak Mee Sendiri Lagi tu..... huhu



aku bagi nama gitu coz masa ari Jumaat aku buat menu ni untuk buka puasa..... aku sendiri lagi buka puasa coz hubby keje..... seb baik Aisha ada, tapi dia x makan murtabak ni coz dia kata pedas..... erm ok, nanti mama buat lagi yang x pedas untuk Aisha yerk.....

cara aku buat
!
aku guna mee kuning yang kering tu (sebab tu menu ni bukan nama murtabak megi)..... celur ngan air panas sampai lembut, tos..... sementara tu tumis lah, bawang putih, bawang merah, lobak merah, daun bawang, serbuk kari, kiub ayam, sos tiram..... sume potong sesedap rasa jerk..... agak2 dah masak matikan api..... tunggu sejuk n masukkan mee yang dah dicelur tu ngan telur ayam, gaul sampai rata.....
pastu panaskan kuali leper dengan minyak..... aku guna cetak telur benjo untuk bentukkan bulat murtabak ni..... bila minyak panas, aku tuang la mee yang dah digaul tadi tu..... balik balikkan sesedap rasa..... buat setiap satu sampai habis mee.....
maka siaplah n boleh hidang.....



ha, ini Mangga FAMA..... sebagai pencuci mulut n makanan untuk Aisha yang x makan murtabak tu..... FAMA bukak gerai buah kat opis aku sempena BARAM KKKL nieh..... beli 4 biji (1 kg) RM5.00..... x bleh banyak2 nanti xder sape nak makan..... selain mangga, ada jugak jual manggis, pisang, rambutan n langsat (kut)..... aku xder la nak beli beria coz hubby x makan buah, so aku beli buah yang Aisha makan..... kalu ada jual durian kan best, leh beli n makan ngan hubby..... hehe

so, itulah dia cerita Murtabak Mee Sendiri Lagi..... malam tu balik keje hubby baru makan..... sedap kata dia..... Alhamdulillah :)

k, sekian


p/s : badan penat mengemas rumah..... uhuk2, ada sesapa nak tolong kami x?..... amal jariah di bulan Ramadhan..... hihi


23 September 2011

*HotDog Hati Bermata Kerbau*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
di pagi jumaat yang mulia ini, aku nak kongsi resepi yang sangat mudah..... nama agak pelik iaitu "HotDog Hati Bermata Kerbau"..... so kepada mereka yang masih berkira2 mencari resepi samada untuk sarapan pagi atau minum petang, resepi ini sangat praktikal dan sesuai untuk dibuat, sangat mudah, ringkas dan sedap..... anak2 mesti suka resepi nie..... kita tengok dulu rupa resepi aku ni yerk..... actually dapat ni dr email kawan bagi, so aku kongsi lah kat sini kan.....


 HOTDOG HATI BERMATA KERBAU


Bahan:
-  Hotdog
- Telur burung puyuh
- Minyak
- Lidi pencungkil gigi





 Cara Membuat :
- Mula2 belah hotdog kepada dua bahagian tanpa memutuskan 1 bahagian hujung.
- Tarik bahagian hujung hotdog yang putus keluar, dan cantum secara terbalik membentuk 'love' dan cantum dengan lidi.
- Kemudian letakkan di atas kuali leper berminyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu hotdog yang berbentuk 'love' itu. Biarkan seketika dan terbalikkan.
- Setelah kuali benar2 panas, pecahkan telur di dalam hotdog 'love' dan biar sehingga telur masak.
- Siap dan sedia untuk dihidang.

*kuantiti yang diperlukan adalah 1 telur dan 1 lidi untuk setiap hotdog.


 inilah dia.....
HotDog Hati Bermata Kerbau



# Khasiat Manggis # Rahsia Duit Online # New Rich Club #