Sebut tentang aiskrim pasti ramai yang menyukainya lebih-lebih lagi kanak-kanak. Sebagai ibubapa kita tentunya risau jika anak-anak mengambil aiskrim dalam jumlah yang banyak. Ada kalanya cuaca berubah dari panas ke hujan, bimbang sikecil akan mengalami selsema, batuk dan sakit perut.
Pun begitu, jangan mudah melabel aiskrim sebagai makanan yang tidak mempunyai sebarang zat. Dari sudut perubatan, masalah batuk dan selsema sebenarnya tidak ada mengena dengan pengambilan aiskrim.
Bagi ibubapa yang menghadapi karenah anak yang tidak mahu makan, memberi aiskrim adalah salah satu alternatif yang boleh dilakukan. Setidak-tidaknya dengan cara ini anak akan makan aiskrim yang ada khasiat yang baik untuk pertumbuhan si kecil iaitu kalsium. Ia berperanan dalam pertumbuhan tulang dan gigi.
- Kandungan kalsium di dalam aiskrim boleh menjaga kepadatan jisim tulang, mencegah osteoporesis, kanser dan hipertensi.
- Aiskrim mengandungi lemak tak tepu-lemak yang tidak mengemukkan. Jika di ambil dalam kuantiti yang sedikit dan tidak berlebihan.
- Aiskrim ada kandungan susu sebanyak 20-30 peratus berperanan sebagai zat pertahanan tubuh terhadap patogen.(agen penyebab penyakit).
sumber : suzana-ciksue
hm, ada betulnya jugak fakta atau mitos ni..... aku dah try n terbukti berkesan n ternyata ice cream bukan penyebab utama kepada kanak selsema atau demam atau batuk.....
sebaliknya ice cream adalah salah satu ubat untuk kanak2 yang selsema..... dah banyak kali juga la bila my lil Aisha selsema, aku bagi dia makan ice cream x kira lah jenis apa pun tp aku prefer McD sundae coz aku boleh tumpang semulut senang nak dapat n soknya dia dah kembali normal dari serangan selsema..... Alhamdulillah
memula dulu memang aku takut nak bg anak2 makan ice cream takut selsema atau batuk kan, tapi sejak tau yang ice cream ni bukan penyumbang kepada sakit2 tu maka aku pon dengan sewenang2ya bg anak aku makan ice cream..... aku pon apa lagi, selalu lah offer kat my lil Aisha "Aisha nak eskrem?"..... "Aisha, tengok tu eskrem.. Aisha nak?"..... "Nak nak" Aisha jawab..... hehe
so, mulai sekarang, pemakanan ice cream oleh kanak2 mungkin boleh diamalkan sebagai pengganti ubat selsema dan juga penambah zat untuk melawan penyakit yang ringan2 lah kan..... see pic kat atas tu, syioknyer my lil Aisha menikmati ice cream kan..... nyum nyum
pendapat kengkawan pulak.....? camaner?
p/s :pic aktiviti hari ahad x leh nak upload lagikgambar photoshoot x transfer lagi dr camera bagak hubby.....huhu
# #
9 comments
lepas nie kat klinik sure jual eskrem..hehe
asakar aku 2 org demam kalau overdose main jer.
ice cream2 ni dari kecik mgm depa kebal betul.
makan la byk mana pun..
rileks jer..
lieya plak mmg takleh bagi aiskrim kat mija sebab die ade semput/asma....kalo terleka terbagi die mkn, siap laa mlm tu batuk2...pagi tu terus susah napas...huhuhu so mmg die pantang aisrkim ngan air batu....baru le asma tak dtg kaco huhuhu
wahhh..feberet sy jugak ni..nnt berebut la ngn anak nk mamam eskrim
skrg X perlulah risau nk bg anak2 mkn eskrim..Qis ni..klu ada eskrim..mlm2 pun nk mkn..^_^
ekekek selalu juga cuba bila sakit tekak makan ais krim banyak2 ..
hermmm menjadi adakalanya tuu ..
budak2 memang suke .. akak jarang makan aiskrim nie :)
doc pun ada yg suggest bg ank mkn eskrem bila terkena selesema atau batuk...
ooo rupa2nya kalau deman kena makan ice cream..maybe tak nak bagi tonsil bengkak..
Anak start berapa tahun boleh makan ais krim ya?