Puding Mangga Gedik Gedik
Bahan :
10 gm Agar agar serbuk
10 cawan (2 liter) Air
1 cawan Gula pasir
1 tin Susu sejat
1/2 sudu kecil Pewarna kuning
1 biji Buah mangga (potong kecil2)
Cara Membuat :
1. Satukan agar2, gula dan air dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan susu sejat dalam campuran agar2 tadi dan biar seketika hingga mendidih.
3. Titikan pewarna kuning kedalam periuk sehingga mendapat warna kuning mangga.
4. Sediakan bekas yang telah dicuci dengan air. Masukkan buah mangga yang telah dipotong kecil ke dalam bekas.
5. Tuang agar2 yang tadi ke dalam bekas. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti.
Keluarkan bila hendak di makan, x boleh potong tau coz terlalu lembut, tu yang aku panggil resipi ni Puding Mangga Gedik Gedik.
Inilah photographer yang tolong aku buat setting untuk resipi nie..... hehe
What i did, she will do back.....
ok, selamat mencuba.....
7 comments
^__^ boleh cube nih!
xmau rasa nk makan........ kat sentul @ rawang
comel jer nama puding ni, dh duk rawang ker..?..hehe, dekat je tuu
senang ler dh ade photographer..
MCM SEDAP...
gedixs pn nmpk best.. pergh :)
alahai alynn mmg kalah dhn mangga nie pantang nmpk..
aisha wat gaya tu sebiji cam danish arr..hihi..