^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

12 October 2010

Home » , » *Cara Membezakan Restoran Mamak & Mamal Palsu*

*Cara Membezakan Restoran Mamak & Mamal Palsu*

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
.
Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;
Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – “daging lembu” atau “daging kambing”. Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.
.
Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; “Ada lauk daging tak?”
.
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, “Kambing ada, daging lembu tiada”.
. .
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, “Kenapa tiada lauk lembu?”.
.
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.
.
Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur.
.
Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu / jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.
.
Anda boleh cuba di tempat anda!




5 comments

October 12, 2010 at 2:24 PM

alamak..slh komen kt bawah lak =P

paste:
kt sini pun banyak sgt rest. mamak la..sampai taktau nak bezakan dah..huhu..tips ni berguna jugak ni..tQ! ^_^

October 12, 2010 at 2:33 PM

kekadang yang india tu pun bukak restoran macam mamak nyer restoran...betullah tu takkan diorang nak masak n jual daging lembu kan...

October 12, 2010 at 4:41 PM

lya mmg takut nk p restoran mamak n x suka.. sbb takut bukan mamak islam.. tapi mamak INDIA y d import.. kscuali mmg dh tau dia mmg btl2 mamak,,

apa2 pun info ni sgt2 guna.. tq ye

October 12, 2010 at 5:28 PM

aisha dh tak makan restoren mamak ni, sorry la..ari tu kebersihan dia C jer, ramai pulak yg tak perasan haha..geli

October 14, 2010 at 10:54 AM

info yg sgt berguna...

Post a Comment