^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

24 August 2010

Home » » *Petang ni nak buat kuih*

*Petang ni nak buat kuih*

hah! tergugat x ngan pic kat atas tu (thanx to google), astaghfirullahalazim, bukan niat aku nak uji iman pose kengkawan yerk..... ekceli aku tengah carik resepi kuih yang senang nak buat..... dah penah buat dah beberapa kali awal taun ari tu, mak bagi resepi by phone jerk..... tapi dah lupe la, maklumla selalu sangat aku ni masuk dapur..... so, cari punye cari punye cari punye cari dalam google, jumpa la resepi ni..... aku ubah ckit resepi ni ikut cita rasa aku, hehe.....

so, insyallah petang ni aku nak try buat..... bahan2 sume dah ader lama dlm lemari kat dapur nuun, api x terbuat2 la, nak mintak resepi kat mak, malu la pulak coz setiap kali nak buat, kompem aku tanya kat mak sambil tangan sibuk pegang sudip kat kuali sampai siap masak..... lain la macam orang tu, sepanjang bulan puasa ni, macam2 dah kuih yang dia buat..... jeles lak aku tengok, jeles ke arah kebaikan x per kan..... hehe, so, jom kita masak kuih Puding Kastad Jagung

Bahan-bahan
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula
4 cawan santan (boleh ganti ngan susu cair)
1 cawan jagung dalam tin (ikut sedap rasa)
sedikit garam


Cara-cara
>> Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam kuali. Kacau sampai sebati.
>> Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat.
>> Masukkan ke dalam loyang. Saiz loyang bergantung kepada banyak mana puding tu.
>> Bolehlah dipotong apabila puding kastad telah sejuk. Boleh dimasukkan dalam peti sejuk kepada yang suka makan sejuk.
>> Makan lah bila dah masuk waktu berbuka. Bismillahirahmanirahim



**********



4 comments

August 24, 2010 at 11:52 AM

selamat mencuba..semoga berjaya...nanti upload pic tau....hasilnya...

August 24, 2010 at 12:30 PM

@ siti ruhayu ab rahman

thanx, insyallah kalu cantik kuih tu masz upload yerk, kalu x cantik... hikhik malu la..

August 24, 2010 at 12:39 PM

perghh! puding jagung! suka sgt kalau yg letak jagung byk2 tu..terangkat!

August 24, 2010 at 1:37 PM

@ nia

hm, betul tu, biar manis jagung dr manis gula.. idea bgus tu..... letak jagung banyak.. nyum2

Post a Comment