^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

7.4.14

Home » , , , , » jalan jalan Primaland PD :: bilik hotel / apartment

jalan jalan Primaland PD :: bilik hotel / apartment


assalamualaikum,
 
wokeh, kali ni nak cerita pasal apartment yang kami duduk sepanjang 2H1M kami jalan jalan kat Primaland PD nieh.....




ini adalah signboard Primaland Resort..... sebelum ni nama dia Tiara Beach Resort (thanx alynn bgtau, hihi)..... lepas tu tukar ke Best Western Prima Inland Sea Resort..... ape ke susah nak sebut nama resort ni..... so sekarang ditukar kepada Primaland Resort Convention Centre..... nak link direct boleh klik sini.....




blok bangunan masih sama seperti dulu..... sejak dari Tiara Beach Resort lagik..... semua ada 7 blok apartment yang mengelilingi kolam buatan.....




sampai kat guard house, kami di tanya nak pi mana..... just bagitau nak pi 'private unit apartment'..... nanti guard tu tanya blok mana, then dia tunjuk lah jalan nak ke apartment kita tu kan..... itu bagi kami yang sampai dulu..... tapi tidak bagi family2 aku yang lain, sampai setengah jam kemudian..... dorang kena park dulu kereta n isi borang sebelum boleh pi ke apartment yang disewa..... erm, kami pelik jap, tapi mungkin masa kami masuk tu, guard yang layan kami tu (dok bawah payung biru) baru kerja kat situ, so x tau peraturan kena isi borang..... hihi suka hati buat conclusion sendiri.....

x pe lah, yang penting bukan kami masuk nak seludup apa2 pon, nak seronok2 je..... peace pak guard.....




lorong yang menempatkan apartment di kiri n kanan.....
kami dapat apartment Blok C, tingkat 3..... kat situ ada 2 lift, tapi 1 rosak..... seb baik 1 ok, kalu x, nak kena menapak turun naik 3 tingkat..... jenuh gak tu.....  memula cubalah nek tangga sebab bilik kami kalu ikut tangga dekat je, tapi x larat weh..... so tukar parking dekat ngan lift, x pelah jalan kaki jauh  sikit dari nak kena naik turun tangga tinggi..... huhu




Blok C, Tingkat 3, Apartment 30

syarikat yang kami sewa apartment ni x guna kunci pintu..... so nak masuk, x perlu check in di kaunter, nanti dalam email confirmation booking, dia akan bagi kombinasi nombor untuk mangga macam kat dalam gambar kat atas tu..... so sampai sana, tekan2 nombor, then dah boleh masuk dalam.....

memula macam konfuis bila myUsu (dia yang uruskan penginapan) bagitau nanti sampai sana terus je boleh masuk bilik, x payah check in..... tapi bila diterangkan begitu n begini oleh group whatsapp kami, barulah aku paham..... hehe




apartment jenis Studio Duluxe.....
ada 3 katil semuanya..... katil no.1 n no.2 jenis super single dan satu lagi katil no.3 di sebalik langsir tu jenis king..... iyer ke king, aku rasa macam queen jerk..... hihi x pe lah janji dapat tidur.....

kami siap renggangkan katil 1 n 2 tu, then bentang toto kat tengah2..... dalam ni kami tidur 8 orang termasuk 2 orang kanak2..... not bad lah, nak tidur je pun kan.....




dalam apartment ni disediakan freezer, meja kopi, meja tepi, kerusi kayu, set tv, kettle n mug..... kopi, teh, gula, creamer n segala mak nenek yang seangkatan denganya sila bawa sendiri ye.....




dalam toilet ada shower dengan water heater, bowl n sink.....
peringatan ye, sesiapa nak stay sini, kena bawa sendiri towel, sabun, syampu, berus n ubat gigi dan lain2 keperluan diri..... kat sini x disediakan..... erm, tapi aku google kat tenet, ada juga yang sediakan toiletries, bergantung pada owner apartment masing2 kut kan.....




view dari apartment kami..... mengadap padang pasir untuk aktiviti sukaneka kut.....

blok apartment kat sini ada 6 tingkat, tingkat bawah sekali dikhaskan untuk parking, so bilik/apartment adalah bermula di tingkat 1 dan ke atas..... dapat parking bawah bangunan, ok la untuk orang yang terlalu menjaga kereta seperti my dear Hubby, xder la kereta kena hujan atau panas.....




kalau toleh ke kiri dari tingkap..... satu lagi view menghadap kolam dewasa.....
wah, bila terpandang je kolam ni, Aisha dah x sabar2 nak mandi kolam..... tapi kami pujuk, kita mandi kolam esok pagi ye, petang ni panas..... hihi padahal petang nya kami ada aktiviti bbq kat pantai..... so, bersabar lah duhai anak.....

harga? okey, sebenarnya kami stay sini guna offer LivingSocial, dengan harga RM88.00 untuk 1 malam..... ambil 2 apartment = RM176.00..... disebabkan kami stay hujung minggu so kena surcharge RM200..... total RM376.00..... so RM376.00 tu kami bahagi kepada 4 family yang join family trip kali ni, satu family kena bayar RM94.00..... alhamdulillah, rezeki kami untuk stay kat sini.....

actually ada kena bayar deposit RM100.00 tapi yang tu kami minta myUsu uruskan sebab yang tu refundable.....

tapi harga tu x masuk tiket waterpark yer..... bayaran masuk waterpark kena tengok entry sebelum ni.....

kalau nak masuk waterpark sahaja pon boleh, parking kereta kat luar yang dekat dengan guard house tu, then beli tiket sahaja, x perlu tidur di sini..... hihi






 see, peringatan oleh pihak syarikat yang menguruskan apartment kami stay tu.....
jangan lupa untuk ambil gambar setelah bilik di kemas, email pada mereka untuk dapat balik deposit tu.....

so, untuk segala tempahan n bayaran, kami myUsu hanya berurusan melalui email sahaja..... mula2 macam x percaya, tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti dirancang.....

sampai entry ni aku taip, x taulah deposit tu dah dapat ke belum yerk..... lupa pulak nak tanya..... kat situ bagitau 7 hari bekerja kan..... harap2 dah la kan.....

k, sekian


pssst : nak baca kesemua entry kami di Primaland PD, KLIK SINI

6 comments

April 7, 2014 at 8:18 AM

Nie first time tengok owner apartment tampal notice suruh kemas sendiri bilik :)

April 7, 2014 at 8:49 AM

FUYOOOOO

April 7, 2014 at 9:05 AM

good sharing!

April 7, 2014 at 9:41 AM

Akak tiada beach resort atau tiara beach resort kak..? confius plak..

April 7, 2014 at 11:50 AM

ni yg rs nk g bercuti skrg jg!

March 30, 2015 at 9:49 AM

Hi, Saya salah seorang pemilik studio apartment di Primaland Resort Convention Centre. Harga pada hari biasa RM120 dan Hari minggu/cutisekolah RM150. Berminat boleh hubungi saya 012-3492710. Harga tidak termasuk tiket Taman Tema yer..

Post a Comment