^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

14.4.14

Home » , , , » ceritera Tadika Sri Terentang #2

ceritera Tadika Sri Terentang #2


assalamualaikum,

 hihi, seronok sekarang melayan Aisha bercerita..... asik le mulut tu nak bercakap, sampai kadang2 kami terpaksa suruh dia diam kejap sebab kami nak berdiskusi pasal sesuatu..... x kiralah kat rumah, dalam kereta, kat taman atau kat kedai makan, mulut dia sentiasa nak bercakap. kadang2 kat rumah tu, tengok cartoon yang xder suara (contoh canimal @ tom&jerry) kat HP aku pon dia boleh buat dialog sendiri..... kadang aku layankan aje, tapi kalu asek bercakap jerk, keluarlah soalan dari mulut aku "Aisha x penat ke?", nanti dia tanya "kenapa Mama?"..... haha, aku soal balik "ye la, asek bercakap jer, Aisha x penat ke mulut tu?"..... "ooo ye ke, ye lah, saya diam".....

hihi, tapi dia punya diam sekejap jerk, nanti dia nampak benda2 atau khusyuk tengok cerita atau dah terlupa conversation tadi, dia mula bercakap balik..... hadoi anak..... layankan je lah

berkaitan perkembangan tadika pulak..... alhamdulillah, dah banyak yang dia belajar, selain pelajaran akedemik, ada jugak pelajaran sosial, moral yang diterapkan kat tadika tu..... yang lain tu x kisah, tapi yang aku nak share kat sini adalah penulisan Aisha.....

terbalik
Aisha adalah anak yang menggunakan tangan kiri untuk membuat sesuatu, dalam erti kata lain 'kidal' a.k.a left handed..... so yang aku perasan, bukan sahaja dia menulis kidal, tapi ada beberapa huruf yang dia akan tulis terbalik..... contoh macam kat bawah:-



 huruf 'P' terbalik


nombor '7' dan '9' terbalik

ada lagi beberapa huruf yang terbalik.....
kadang2 ejaan pon dia baca terbalik, contoh perkataan GAYA, dia akan eja Y.A. dulu then baru eja G.A...... dah terbalik lah bunyinye kan..... so sekarang, aku kat rumah kena rajinkan diri untuk latih dia menulis n mengeja..... dan satu lagi yang perlu aku peratikan adalah masa makan n beristinjak..... kadang2 dia ada jerk tertukar guna tangan kiri jadi kanan, tangan kanan jadi kiri..... 

harap2 lama2 nanti akan normal semula la penggunaan tangan Aisha untuk makan n beristinjak tu kan.....

 sedikit fakta berkaitan orang kidal:



star n smiley face
ha, zaman berubah, cikgu pon dah moden..... 1st time ni aku tengok cikgu tanda buku sekolah then lekat sticker 'smiley face' sebagai pengganti kepada 'star' bagi pelajar yang mendapat semua jawapan betul..... hihi


hihi, macam comel je kan 'smiley face' tu n lebih attractive kepada kanak2 n ofkos lebih mudah kut pada cikgu dari nak buat corak star..... tapi kat tadika ni, kedua2 tanda tu digunakan oleh cikgu selain dari tanda 'A' atau 'A+' untuk work oleh pelajar..... apa2 pon, yang penting kanak2 dapat pengiktirafan dari kerja yang dorang lakukan.....

 
 tulisan cina
ha, hari tu cerita pasal bahasa cina, rini pasal tulisan pulak..... susah juga nak mengajar anak menulis bahasa yang bukan dalam bidang kita..... kalu setakat english, jawi tu boleh la aku gagahkan..... ini bahasa n tulisan cina, huhu sian kat Aisha, kalu dia tanya kat aku apa2 berkaitan bahasa cina, aku suruh dia tanya kat laushi dia kat sekolah..... sorry la sayang, x dapat mak nak nolong nak oiii.....

tapi setakat ni, laushi dia x derlah straight sangat time mengajar kut, sebab aku tengok buku bahasa cina dia semua diberi markah yang baik2 jerk.....


 see, salah sikit dapat 'A'..... salah banyak dapat star..... x pe lah, belajar sikit2..... aku mengharapkan yang pembelajaran bahasa cina akan berterusan di sekolah rendah tahun depan, tapi x pasti lagi ada ke x bahasa tu kat sekolah yang kami pilih sebab sekolah kebangsaan kan, bukan sekolah cina, kalu ada as a additional subject pon dah ok kan..... kalau xder pon x pelah..... janji Aisha nak belajar.....

sekarang ni tengah kemaruk ngan Frozen, tiap2 hari akan buka video Frozen samada kat tv atau kat HP, then nyanyi sambil buat gaya Queen Elsa masa menyanyi tu, siap ambil gebor (selimut) ikat kat leher, aku la jadi mangsa tolong ikatkan..... hihi

k, sekian
 

4 comments

April 14, 2014 at 3:23 PM

SIAP ADA BAHASA CINA NIE

April 14, 2014 at 4:36 PM

gembirakan tengok perkembangan positif anak kita. walaupon kadang2 x terlayan jugak dgn kepetahan dia.. hehehe

April 16, 2014 at 5:38 PM

anak akak tak kidal tapi der gak masa tadika tu terbalik gitu.. b jadi d, s pun terbalik.. kdg2 gelak tengok...
sayangkan dah belajar bahasa cina kalu boleh sambungler.... sekolah kebangsaan anak akak deer bahasa cina pelajran tambahan tapi untuk kelas pandaijer boleh...

April 17, 2014 at 12:38 PM

seronoknya tgk aisha..semakin bijak la dia..hehe

Post a Comment