^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

10 April 2014

ikan Kaloi dan sayur Kobis

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

 “Cara mudah dalam penjagaan ikan hiasan seperti Ikan Kaloi, Pastikan Air dalam Aquarium sentiasa ditukar serta cuci filter dalam 2-3 kali seminggu. Selain tu dapatkan makanan yang berkhasiat seperti anak ikan dan udang sekali sekala sebagai makanan sampingan selain Makanan Seperti Pelet Makanan Ikan Koi”. -sumber


erm, kat rumah kami sekarang ada spesis hidupan baru..... selain dari ikan yang sekarang ni tinggal seekor ikan emas jerk n dua (2) ekor kura-kura hadiah dari Nyai kepada Aisha yang sekarang dah sebesar tapak tangan..... kini terbaharu, kami ada ikan kaloi pakej ngan akuarium pemberian sahabat opis yang sangat pemurah..... alah, sahabat a.k.a adik yang dulu ada bagi aku pokok kaktus turrrrr..... sape lagi, adik Mai la... hihi, tq sayang, len kali kalu ada apa2 nak bagi lagi, bagitau ek... haha


hari ahad lepas, pi ambil kat rumah dia kat Bukit Jalil, dia nak pindah, so malas nak bawa akuarium besar n ikan tu, so dia offer kat Hubby, Hubby aku tu pantang orang offer n nak berbakti, dia sahut jerk..... hihi

maka bermulalah perjalanan jauh ikan Kaloi dari Bukit Jalil ke Rawang..... gila ko, bawa akuarium yang berisi air n ikan kat bonet kereta cumel kami..... pasang GPS, lalu jalan rata highway, tekan pedal minyak paling laju 80kmj kat highway..... takut ikan melompat keluar dari akuarium walau ia bertutup..... huhu

akhirnya, setelah berjalan jauh dengan debaran di hati, maka sampailah si Kaloi di TerataKami..... alhamdulillah.....

maka, dengan itu, kerja2 pemindahan pon dilakukan..... kuarkan ikan masuk baldi, buang air dalam akuarium, cuci akuarium, pasang filter akuarium, isi air dalam akuarium, n last sekali isi ikan dalam akuarium..... erm, actually bukan senang tau proses ni, Hubby buat sorang2 jerk, yang mampu aku tolong hanya cuci akuarium jerk, yang lain2 especially bab pasang filter tu Hubby buat dengan pertolongan Hubby Mai melalui telefon jerk..... lama jugak lah nak siap..... dalam 3 jam.....

tapi berkat kesabaran n keterujaan Hubby dengan ikan tu..... maka siap juga akhirnya malam tu..... hehe



 TADA!!!
inilah dia ikan Kaloi, ermmmmm aku bagi nama dia Mai boleh x? (Mai, sila jawab, hihi)..... kesian ikan tu, sejak ambil dia pada hari ahad, sampai ke hari selasa, x makan apa pon..... risau plak aku..... ada aku cuba bagi pallet yang dibekalkan sekali, tapi ia makan n luah balik, x sedap kut pallet tu..... haha

Mai n her Hubby ada pesan, ikan tu makan anak ikan ngan anak udang..... kalu macam tu kena tunggu hujung minggu la kan baru boleh beli.....

tapi semalam, Hubby saje la try bagi sayur Kobis yang dah di potong2 dalam peti ais, makan pulak si kaloi tu, hihi..... ntah mana datang idea nak bagi kobis kat ikan tu kan, tapi dah ikan tu makan..... alhamdulillah, xder la kelaparan ia kan.....



  so, lepas ni boleh la bagi makan sayur Kobis lagi.....
Mai, tengok, ikan tu dah x senget dah kan..... hehe



 so, ada lah aku google maklumat berkaitan jenis n penjagaan ikan Kaloi ni..... ikan kaloi yang biasa diternak ada 3 jenis, Kaloi Sabah, Kaloi Hitam n Kaloi Merah..... yang kat umah ni adalah Kaloi Merah.....


Kaloi Merah (Giant Red Eye Gourami)
Ikan Kaloi Merah datang dari jenis yang sama seperti Kaloi Hitam. Warna merah terhasil akibat daripada kecacatan pigmen hitam pada ikan itu sendiri lantas menghasilkan Kaloi albino yang berwarna merah. Penternak lazimnya mengahwinkan beberapa Kaloi albino untuk melahirkan benih yang majoritinya berwarna merah. Kadangkala Kaloi ini juga disebut sebagai Kaloi Thailand ataupun Kaloi India.

Fizikal Kaloi Merah:
  • Berwarna merah pudar.
  • Mempunyai muncung yang sedikit tirus berbanding Kaloi lain.
Ciri-ciri ikan Kaloi:
Rata-rata spesis ikan Kaloi hidup di dalam persekitaran yang hampir sama, malahan pemakanan antara semua Kaloi juga sama. Kaloi memerlukan air yang bersih dan jernih. Tumbesarannya yang lambat dan penjagaannya cerewet menyebabkan kurangnya penternak yang menternak ikan jenis ini. Atas faktor tersebut, ikan Kaloi selalunya dijual sebagai ikan hiasan berbanding ikan makanan menyebabkan harga ikan ini melambung.
  • Saiz maksima bagi ikan Kaloi ialah 50 ke 60cm dengan pengecualian Kaloi Hitam (Giant Gourami) yang boleh membesar sehingga 70cm.
  • Tumbesaran yang lambat, pada tahun pertama ikan Kaloi boleh membesar kepada 15cm, tahun kedua 25cm, dan tahun ketiga 30cm.
  • Sesuai hidup di PH air 6.5 ke 7.
  • Ikan jenis Omnivor namun cenderung kepada pemakanan jenis tumbuh-tumbuhan.
  • Saiz tuaian untuk makanan biasanya pada saiz 25cm dengan purata berat 4 ke 5kg.
  • Boleh mencapai berat maksima sehingga 8kg.

Pemakanan Ikan Kaloi

Ikan Kaloi merupakan haiwan Omnivor. Ikan ini akan makan apa sahaja dari jenis haiwan mahupun tumbuhan. Tetapi, semakin Kaloi membesar, pemakanan Kaloi lebih menjurus kepada tumbuh-tumbuhan. Antara tumbuhan yang menjadi kegemaran Kaloi ialah daun keladi dan kangkung.~ sumber


ha, kobis x masuk dalam senarai, tapi ikan tu makan, kami bagi je lah... hihi, lepas ni kena sedia sayur daun keladi atau kangkung la pulak kan.....
inshaallah, kami akan jaga ikan ni sebaik mungkin, ingat nak campur ikan emas yang tinggal sekor dalam akuarium kecik kat umah tu, tapi takut kena makan ngan Kaloi ni pulak..... so biar je lah dulu..... nak re-arrange susunan ruang tamu pon tau bila, sebab macam nak tukar selera pandangan mata pulak..... tunggu lah hujung minggu nieh, dalam keadaan air kena catu ni, macam kurang semangat sikit nak menghias rumah..... huhu

eh, kat rumah dah ada tambahan pokok baru, lupa nak snap pokok tu..... hihi
yang pasti bukan pokok bunga, moga pokok tu membesar bagai juara hendaknya, amiin..... nanti ada masa aku share kat sini yerk.....

k, sekian

09 April 2014

wordless wednesday ~ honey lemon penang village

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 



Honey Lemon @ Penang Village, Great Eastern Mall

 erm, setelah 12 tahun meninggalkan zaman 'U', sekarang tengah menjejak kawan2 sefakulti melalui group whatsapp..... memacam cerita kisah lama yang keluar, siap ada yang post pic ex-boifren aku lagik..... haha layan je lah..... hajat nak buat gathering, tapi ntah bila, masih lagi dalam perancangan..... moga dipermudahkan..... amiin

eh, WW ke tidak ni ekk, asal boleh la kan..... hehe

k, sekian

07 April 2014

jalan jalan Primaland PD :: bilik hotel / apartment

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,
 
wokeh, kali ni nak cerita pasal apartment yang kami duduk sepanjang 2H1M kami jalan jalan kat Primaland PD nieh.....




ini adalah signboard Primaland Resort..... sebelum ni nama dia Tiara Beach Resort (thanx alynn bgtau, hihi)..... lepas tu tukar ke Best Western Prima Inland Sea Resort..... ape ke susah nak sebut nama resort ni..... so sekarang ditukar kepada Primaland Resort Convention Centre..... nak link direct boleh klik sini.....




blok bangunan masih sama seperti dulu..... sejak dari Tiara Beach Resort lagik..... semua ada 7 blok apartment yang mengelilingi kolam buatan.....




sampai kat guard house, kami di tanya nak pi mana..... just bagitau nak pi 'private unit apartment'..... nanti guard tu tanya blok mana, then dia tunjuk lah jalan nak ke apartment kita tu kan..... itu bagi kami yang sampai dulu..... tapi tidak bagi family2 aku yang lain, sampai setengah jam kemudian..... dorang kena park dulu kereta n isi borang sebelum boleh pi ke apartment yang disewa..... erm, kami pelik jap, tapi mungkin masa kami masuk tu, guard yang layan kami tu (dok bawah payung biru) baru kerja kat situ, so x tau peraturan kena isi borang..... hihi suka hati buat conclusion sendiri.....

x pe lah, yang penting bukan kami masuk nak seludup apa2 pon, nak seronok2 je..... peace pak guard.....




lorong yang menempatkan apartment di kiri n kanan.....
kami dapat apartment Blok C, tingkat 3..... kat situ ada 2 lift, tapi 1 rosak..... seb baik 1 ok, kalu x, nak kena menapak turun naik 3 tingkat..... jenuh gak tu.....  memula cubalah nek tangga sebab bilik kami kalu ikut tangga dekat je, tapi x larat weh..... so tukar parking dekat ngan lift, x pelah jalan kaki jauh  sikit dari nak kena naik turun tangga tinggi..... huhu




Blok C, Tingkat 3, Apartment 30

syarikat yang kami sewa apartment ni x guna kunci pintu..... so nak masuk, x perlu check in di kaunter, nanti dalam email confirmation booking, dia akan bagi kombinasi nombor untuk mangga macam kat dalam gambar kat atas tu..... so sampai sana, tekan2 nombor, then dah boleh masuk dalam.....

memula macam konfuis bila myUsu (dia yang uruskan penginapan) bagitau nanti sampai sana terus je boleh masuk bilik, x payah check in..... tapi bila diterangkan begitu n begini oleh group whatsapp kami, barulah aku paham..... hehe




apartment jenis Studio Duluxe.....
ada 3 katil semuanya..... katil no.1 n no.2 jenis super single dan satu lagi katil no.3 di sebalik langsir tu jenis king..... iyer ke king, aku rasa macam queen jerk..... hihi x pe lah janji dapat tidur.....

kami siap renggangkan katil 1 n 2 tu, then bentang toto kat tengah2..... dalam ni kami tidur 8 orang termasuk 2 orang kanak2..... not bad lah, nak tidur je pun kan.....




dalam apartment ni disediakan freezer, meja kopi, meja tepi, kerusi kayu, set tv, kettle n mug..... kopi, teh, gula, creamer n segala mak nenek yang seangkatan denganya sila bawa sendiri ye.....




dalam toilet ada shower dengan water heater, bowl n sink.....
peringatan ye, sesiapa nak stay sini, kena bawa sendiri towel, sabun, syampu, berus n ubat gigi dan lain2 keperluan diri..... kat sini x disediakan..... erm, tapi aku google kat tenet, ada juga yang sediakan toiletries, bergantung pada owner apartment masing2 kut kan.....




view dari apartment kami..... mengadap padang pasir untuk aktiviti sukaneka kut.....

blok apartment kat sini ada 6 tingkat, tingkat bawah sekali dikhaskan untuk parking, so bilik/apartment adalah bermula di tingkat 1 dan ke atas..... dapat parking bawah bangunan, ok la untuk orang yang terlalu menjaga kereta seperti my dear Hubby, xder la kereta kena hujan atau panas.....




kalau toleh ke kiri dari tingkap..... satu lagi view menghadap kolam dewasa.....
wah, bila terpandang je kolam ni, Aisha dah x sabar2 nak mandi kolam..... tapi kami pujuk, kita mandi kolam esok pagi ye, petang ni panas..... hihi padahal petang nya kami ada aktiviti bbq kat pantai..... so, bersabar lah duhai anak.....

harga? okey, sebenarnya kami stay sini guna offer LivingSocial, dengan harga RM88.00 untuk 1 malam..... ambil 2 apartment = RM176.00..... disebabkan kami stay hujung minggu so kena surcharge RM200..... total RM376.00..... so RM376.00 tu kami bahagi kepada 4 family yang join family trip kali ni, satu family kena bayar RM94.00..... alhamdulillah, rezeki kami untuk stay kat sini.....

actually ada kena bayar deposit RM100.00 tapi yang tu kami minta myUsu uruskan sebab yang tu refundable.....

tapi harga tu x masuk tiket waterpark yer..... bayaran masuk waterpark kena tengok entry sebelum ni.....

kalau nak masuk waterpark sahaja pon boleh, parking kereta kat luar yang dekat dengan guard house tu, then beli tiket sahaja, x perlu tidur di sini..... hihi






 see, peringatan oleh pihak syarikat yang menguruskan apartment kami stay tu.....
jangan lupa untuk ambil gambar setelah bilik di kemas, email pada mereka untuk dapat balik deposit tu.....

so, untuk segala tempahan n bayaran, kami myUsu hanya berurusan melalui email sahaja..... mula2 macam x percaya, tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti dirancang.....

sampai entry ni aku taip, x taulah deposit tu dah dapat ke belum yerk..... lupa pulak nak tanya..... kat situ bagitau 7 hari bekerja kan..... harap2 dah la kan.....

k, sekian


pssst : nak baca kesemua entry kami di Primaland PD, KLIK SINI

03 April 2014

jalan jalan Primaland PD :: birthday celebration

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

semoga semuanya berada dalam keadaan baik2 sahaja..... apa yang kita lakukan moga sentiasa mendapat petunjuk dan dilindungi serta dimurahkan rezeki olehNya..... amiin

kali ni nak sambung lagi cerita kami berholiday di Primaland PD..... ni kira last entry lah..... eh x, lepas ni ada entry pasa apartment tempat kami menginap, ha yang tu baru last entry..... lepas tu nak buat entry apa lagi, kenalah tunggu apa aktiviti kami seterusnya kan..... hihi

lepas kecebur2 dalam kolam..... lepas kemas2 bilik untuk ambek gambo bilik..... kami ke apartment satu lagi macam paginya..... kali ni untuk upacara potong wristband kek birthday n makan tengahari sebelum balik ke destinasi memasing.....




 ha..... memula kita buat upacara potong wristband dulu yerk.....
mak budak ni ngengada, nak potong wristband anak pon nak suruh ambek gambo..... dah ambek gambo kenalah tepek sini kan, kalu x, rugi jerk filem..... hihi




apartment dah macam tongkang pecah bila 17 orang berkumpul..... kalau tambah lagi 2 family yang x dapat join masa ni, mesti lagi haru dibuatnya..... erm harap2 lepas ni family holiday kami disertai oleh semua ahli keluarga..... nak buat kat mana, x rancang lagi..... tunggu next vacation yerk..... hehe

 


ha, ni baru betul aktiviti potong kek.....
menyambut birthday mereka yang lahir di bulan Mac..... CikDin a.k.a hubby myUteh, my Abah n ada sorang lagi Aida Marlisa (anak myUda).....

memula nyanyi lagu..... pehtu potong kek.....
eh api lilin masih menyala.....




haha, dah ptong kek baru tuip lilin..... pon boleh lah.....

 


lepas tu, apa lagi..... ptotng2 lah kek tu, semua orang dah lapar lepas mandi kolam kan..... sambil ptong n makan kek, menu tengahari tu ada nasi impit, sambal kacang, sambal goreng belen bbq semalam, ada ayam n ikan masak merah, air..... sekali lagi air oren..... hehe

gambar makanan n aktiviti makan2 xder sebab semua dah lapar..... so jom lah kita makan apa yang ada..... hihi

 


inilah Aida Marlisa, time orang potong kek, dia tidur, dah bangun terus cari jajan..... hehe
lepas tu, apa lagi, kemas semula apartment kepada kedudukan asal..... n jom kita balik.....
 
 


berkemas barang2 dalam kereta..... masih berjasa my maroon tu yerk, alhamdulillah.....

 


sementara tunggu orang kemas barang, moh le tuan tanah n anak dara berposing yerk.....
tong sampah pon tong sampah lah, janji pose mesti vogue gitu..... haha


sebelum salam2 untuk berpisah ke destinasi memasing..... moh le kita bergambaran reramai.....




















di bawak pokok pinang nan sebatang berlatarbelakangkan pagar kolam.....
 



 yeay!!!!!
nanti kita jumpa lagi ramai2 di hari n waktu n tempat yang lain pulak ye.....

windu korang semua.....
eh, hari ni birthday myUsu lah.....
happy birthday Usu, moga sentiasa bahagia disamping orang tersayang.....
amiin



 k, sekian

01 April 2014

jalan jalan Primaland Resort PD :: keceburrrr di waterpark

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

ini adalah sambungan dari entry INI..... esok paginya, kami berkumpul di apartment my Mak n Abah..... oh ya, di sini kami ambil 2 apartment yang boleh memuatkan 6 orang, so daripada 17 orang tu kami bahagi 2 untuk ditempatkan ke dalam 2 buah apartment..... erm, 17 orang tu termasuk kanak2 yer..... bukan semua dewasa..... alhamdulillah, muat, siap bawa toto dari rumah sebab dah dapat agak yang katil x muat..... macam yang aku bgtau sebelum ni, pasal apartment nanti aku cerita lain yer..... hihi

so, berkumpul di bilik my Mak n Abah untuk breakfast..... makan nasi lemak yang di beli oleh Alan a.k.a hubby myUsu..... dalam pukul 8.30 pagi setel breakfast..... then jomlah kita ke

v

v

v

WATERPARK!!!!!


jomlah beramai2 kita jalan kaki ke kaunter tiket waterpark untuk beli wrist band..... kecuali Mak n Abah nek kreta sebab kaki abah x berapa sihat..... sapa yang bawa kreta time ekk, lupa pulak, cikDin a.k.a hubby myUteh kalu x silap.....





kaunter tiket waterpark Primaland Resort terletak di bangunan apartment Blok G..... kalau masuk ke kawasan Primaland tu, lepas jerk pondok pengawal, sebelah kiri tu lah Blok G yang ada kaunter tiket, kat situ juga ada Games Room yang aku x tau apa ada kat dalam tu..... x habes explore sebab memang target nak mandi kolam jerk..... hihi
(anak panah tu tunjuk pintu masuk Games Room, kaunter sebelah kiri dia)




harga waterpark yang agak mahal bagi aku.....
hari minggu :
dewasa RM25 / kanak2 3-12yrs RM15 / kanak2 2yrs RM5 / special (warga emas) RM15
hujung minggu :
dewasa RM30 / kanak2 3-12yrs RM20 / kanak2 2yrs RM10 / special (warga emas) RM20

waktu operasi ada 2 sesi.....
sesi 1  : 8.00 pg - 12.00 tgh
sesi 2 : 12.30 tgh - 7.00 mlm

hurm, aku masuk Desa Waterpark kat KL baru RM24 untuk seharian..... lagi besar n banyak mainan boleh main..... tapi x per lah..... sesekali kan

orang kata kalau kita tempah apartment direct owner, boleh dapat harga masuk waterpart murah, berapa tu tidaklah aku ketahui sebab aku ni guna company yang ada beli apartment kat situ..... beli guna Groupon oleh myUsu.....




kaunter tiket diserang oleh kami sekeluarga..... lepas selesai jerk kami beli tiket, tetiba ada sorang abang tu bagi kami 4 keping tiket dewasa.....

kejadian lebih kurang sama berlaku pada kami masa pi Melaka Wonderland 2 tahun lepas..... alhamdulillah rezeki, tapi kami semua dah ada tiket, so kami jual pada sesiapa yang datang dengan harga diskaun..... rezeki orang tu lah kan..... tugas tu kami bagi kat Alan n cikDin..... kami nak masuk dalam mandi dulu..... hihi




yeay!!!!! kami dah ada gelang..... hehe semangat Aida (baju oren) tunjuk gelang dia.....




jalan lagi beramai2 ke kolam.....
dah sampai tempat tujuan, cari port untuk duduk santai2 sambil tengok anak2 mandi kolam.....
penuh jugak orang kat tepi kolam..... xpelah kita cari port lain dok bawah pokok kelapa.....




my dear Hubby tengah pam pelampong..... 1 untuk Aisha n 1 untuk aku, yang lain x guna pelampong sebab masing2 dah teror berenang kan, aku jerk ngengada nak guna pelampong..... haha




hah, my lil princess Aisha..... orang pertama masuk dalam air, n orang paling lambat keluar dari air..... alhamdulillah, anak gembira, Mama Papa bahagia..... hehe




peace!!!
dari jauh jerk snap pic ni, zoom sampai habes pusingan lens.....




pic kiri : dak Amar sedang dipujuk oleh Mama a.k.a my Uteh untuk mandi kolam..... last2 mandi x sampai 10 minit dah naik, menangis x mor lepas..... huhu teruk lah ini budak
pic kanan : dak tembun Teha n her Ibu a.k.a my Usu lepas kesejukkan mandi kolam..... ntah berapa kali tertelan air kolam, tapi still maintain nak main air..... hihi




Aida Marlisa, orang yang di rai n her Ibu sampai menggigil2 menahan kesejukan..... but steady jerk, x menangis pon sebab Ibu n Ayah dah biasa bawa mandi kolam kat Johor kan..... boleh kawan ngan my lil princess Aisha..... hihi




tiga jejaka dengan muka kecewa sebab x boleh swin kat adult pool..... hihi
actually kalu nak mandi kat kolam dewasa ni kena pakai swimming suit, kalu x, kena buka baju.... lelaki boleh lagilah nak mandi buka baju kan, tapi kalu pompuan..... ha jangan nak negada nak buka baju yerk..... kering karang air kolam tu..... huhu

untuk tidak mengecewakan mereka, aku ajaklah dorang pi kat kolam yang besar tu, dorang ingat cetek je untuk kanak2, tu yang dorang x mor pi mandi kat kolam besar tu.....
aku bagitau lah yang kolam tu pon dalam juga, padahal aku x masuk lagi kolam tu, mana nak tau dalam ke x kan..... haha
tapi saje bagi semangat kat dorang untuk mandi jugak.....




akhirnya dorang makan pujuk n pi jugak kat kolam besar tu..... ok lah, dalam per bila sampai kat tengah2 kolam tu, siap ada waterfall lagik..... barulah ceria muka dorang..... hehe




ha, anak menantu cucu mandi manda..... my Mak n Abah dok tepi kolam jerk tolong jaga beg.....
aku ajak dok tepi kolam celup2 kaki dalam air pon dorang x nak..... malu kata dorang..... hihi

lepas aku snap pic ni, aku x tahan godaan untuk hanya melihat dorang mandi kecebur2 dalam air..... akhirnya aku letak kamera mintak Mak n Abah jaga, aku pon terjun masuk dalam kolam sama ngan dorang..... biasa kalu mandi kolam, aku biar jer Papa n Aisha yang mandi, tapi kali ni bila ada adik beradik ramai2, rasa rugi pulak x join, meriah weihhhhh..... hehe





























sementara aku mandi manda ni, moh le layan gambo2 yang aku snap masa sampai tadi yerk.....



kolam kanak2, tong hijau atas tu akan mencurahkan air bila dah penuh.....



aku panggil mende yang belah kanan gambo tu air terjun cendawan..... hihi



katanya ini adalah kolam buatan terbesar di Malaysia..... kalu salah maklumat, tolong betulkan yer.....



air terjun yang boleh duduk dalam air tu..... kat sini ada 2 slide tapi yang satu tengah diselenggara, so main yang satu tu je lah.....



time ni ada Jabatan Peguam kut tengah buat family day..... tu yang ada khemah kat ujung tu.....

erm, ada lagi satu port mandi untuk kanak2 yang ada sotong tu, tapi x snap pic sebab dah masuk dalam kolam baru perasan kat ujung belah kiri dari pintu masuk waterpark..... so malas lah nak pegang kamera bila dah basah2 ni kan..... abaikan je lah..... yang penting kita enjoy!!!



haha, ni tokey towel tengah tunggu customer nak bagi special price..... lelong! lelong!


so, berakhirlah aktiviti kecebur di waterpark kami hari tu pada jam 12.00 tengahari..... dah siap2 tukar baju memasing, lagi sekali menapak untuk balik ke apartment..... kali ni Hubby ajak ikut jalan pintu kat blok F..... dekat sikitlah nak berjalan tu..... balik apartment, kemas2 apa yang patut, then ada lagi satu aktiviti kami.....
ha, kenalah lagi satu entry..... hihi

k, sekian