^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label lawatan taska. Show all posts
Showing posts with label lawatan taska. Show all posts

16 August 2012

*aktiviti Julai - Disember 2012*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

hari ni masih ada lagi ker yang bekerja macam aku?..... tapi kompem esok ramai yang dah bercuti balik kampung kan, macam aku..... kalu yang xder kampung tu (khas untuk yang dok Lembah Klang), dok la sini dendiam yerk, kami nak balik kampung beraya bersama keluarga tercinta..... hehe

ok, x mor membebel pepanjang, mood dah lain macam dah nie..... nak tepek sini aktiviti bagi bulan Julai - Disember 2012 kat Taska & Tadika Temanku..... Play School Aisha la tu.....

 inilah aktiviti nya.....

erm, kiranya sampai ujung tahun ni jela la kut rezeki Aisha school kat sini, coz kami berhajat nak tukarkan school Aisha kat Rawang, dekat sikit ngan Teratak Kami..... tapi aku belum berurusan dengan taska baru tu..... insyaallah lepas raya nanti aku akan buat permohonan, eceh macam nak mohon masuk U plak..... no. telepon dah ambik dah, tinggal nak berbicara jerk lagi ngan tuan punya taska..... moga semuanya dipermudahkan..... ameen


k, sekian

13 June 2012

*Lawatan sambil belajar ke Istana Negara, Jalan Duta*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

 esok, kali kedua sejak Aisha aku hantar ke Taska Temanku ni buat lawatan..... kalau sebelum ni ada buat lawatan ke Muzium TUDM bulan 4 ritu, kali ni (esok) dorang buat lawatan ke Istana Negara, Jalan Duta..... ala istana baru tu..... baru jerk 2 3 ari lepas baca kat blog kak wahida pasal dia pi lawatan ke sana..... aku pon baru jerk berangan nak bawak Aisha berjimba2 kat luar istana tu, tetiba sekolah dia dah buat lawatan pulak..... hehe lambat la aku ni bertindak kan.... x per, janji niat tu dah ada dalam hati..... muehehe


 ini surat dari taska untuk persetujuan ibu bapa

malam tadi aku dah isi butir2 yang perlu, hubby balik dari kerja jam 11.00 malam tinggal sain jerk..... so pagi tadi aku masukkan keratan surat kebenaran tu dalam beg Aisha untuk di beri kat cikgu..... bayaran free la kut coz dalam surat tu x dinyatakan n cikgu x mintak pon.....

esok, Aisha kena pakai baju sukan n aku pastikan kali ni Aisha pakai kasut, (ritu masa lawatan ke TUDM aku dah nak sampai school baru ingat nak pakaikan Aisha kasut, huhu)..... moga Aisha akan ok2 jerk dengan lawatan tu..... tunggu lah cerita dia pulak untuk lawatan kali ni yerk..... hehe

k, sekian

p/s : mak pak x sampai lagi Istana Negara, anak dah sampai dulu dah.....
x aci la camni kan..... huhu

24 April 2012

*Lawatan school Aisha ke Muzium TUDM*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

erm, ari ni rehat dari cerita Usu's Big Day jap yerk.....
nak story pasal my lil Aisha bleh?.....
kalu x bleh pon aku nak cerita jugak.....
haha

semalam kan, kan, kan.....
Taska & Tadika Temanku tempat my lil Aisha belajar ada buat lawatan ke Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia.....
so, memang exited la my lil Aisha bercerita balik dari school semalam.....
nampak jerk muka aku depan pintu nak ambik dia semalam.....
trus dia bagitau.....
"Mama, tetopen"
hah, aku tengok la ke atas langit nak tengok kut2 ada aeroplane.....
"Tak de pon....." aku cakap ngan dia, saje aku buat2 x tahu..... hehe
"Butan, tetopen tadi, Aisha tetopen....."
 "Owh, Aisha tengok aeroplane tadi?"
"Ha....." sambil dia angguk2kan kepala.....
hehe, cumel plak aku tengok anak dara aku yang dah sedia cumel tu.....

start dari situ memacam lah dia bercerita dengan aku.....
sampai kat moto, dia bercerita dengan papa dia plak.....
jadinya dari school sampai lah ke rumah dia bercerita.....
walau aku x berapa nak dengar butir cakap dia, coz dia dok depan.....
so papa la yang layan dia bercerita.....
hehe
pantang nampak bende terbang, dia bertanya.....
"Papa, ape tu?....."
Papa pon layan je la sepanjang jalan sampai ke rumah.....

sampai kat umah, dia buka beg school n kuarkan 1 kertas.....
"Mama, tetopen..... tantik tak?"
"Aeroplane..... cantik....."


alahai anak dara aku, setiap kali ambik gambo suka buat muka gitu sekarang.....
bajet nak nampakkan lesung pipi dia bawah mata la tu.....
so inilah souvenir yang Aisha bawa balik dari lawatan school dia ke Muzium TUDM semalam.....

erm, lepas ni x tau la ada trip ke mana lagi yang school Aisha akan buat.....


k, sekian

19 April 2012

*Lawatan Sambil Belajar Ke .....*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

dah breakfast lum.....
burb, alhamdulillah.....
opsss ada yang puasa ker hari ni.....
alhamdulillah.....

erm, cerita Usu Big Day.....
belum nak start lagik.....
ntah bila la nak start yerk.....
pic kena select dulu.....
x kan nak upload sume kan.....
walaupon ada permintaan suruh letak gambo banyak2.....
tamak tu namanya.....
hehe

so, nak mula ambik mood berblog kembali.....
aku share mende ni.....


semalam 1st day antar Aisha ke school lepas 4 hari cuti.....
aku dapat surat nieh.....
Surat Kebenaran Untuk Mengikuti Lawatan Sambil Belajar Ke Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia

school Aisha nak buat lawatan tu ari isnin depan.....
1st aktiviti luar untuk tahun ni, n 1st aktiviti school yang akan Aisha join.....
free.....
aku rasa macam ok, bagi pendedahan kan.....
papa pon macam setuju jerk.....
so, bolehlah pulangkan keratan persetujuan tu nanti petang.....
tarikh akhir adalah 20hb (esok) so, ada masa lagi.....

erm, moga Aisha baik2 jerk sepanjang rombongan tu.....
n moga mereka semua dalam lindungan Allah hendaknya.....
ameen.....

k, sekian

p/s: erm, ada kengkawan nak share cerita anak2 yang pi rombongan ker?.....
share la kat komen yerk, leh aku baca n buat peringatan.....


p/s1: ada sesapa boleh bagitau x, nape x boleh nak komen kat blog eb mamaearish yerk.....
aku sorang jerk ke yang x boleh nak komen.. huhu


08 November 2011

*5th Day My Lil Aisha @ Taska Temanku*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

dah waktu lunch kan..... selamat lunch kengkawan, ari ni kat opis nieh hanya 1 daripada 4 kedai makan yang buka..... so aku x tau nak makan ape, seb baik kawan belakang (si ND) ada bawa lemang jagung..... baik punyooooo import dari perak...... so bedal tu je la kut... hehe

pagi tadi aku rasa lapang sangat dada ni..... nak tahu nape? coz my lil Aisha dah boleh berdikari..... pagi tadi sekali lagi kau kena datang kerja drive sendiri n macam biasa, aku angkut jerk my lil Aisha masuk dalam kereta, time ni dia dah start nak bangun..... sepanjang dalam kereta dia senyap jer, sambil layan mata yang baru nak segar..... aku tunggu juga dia sebut 'umi', tapi sampai lah kereta berhenti di depan school, dia x sebut..... Alhamdulillah.....

so, sampai depan school, aku bgtau Aisha untuk pakai kasut, dia turut jerk..... aku pon kuar kereta n pe seberang..... dokong Aisha, ambil beg n pi ke pintu school..... sampai di pintu, aku tengok cikgu sorang pon x der..... mungkin memasing ada tengah uruskan kedatangan kanak2 lain di dalam.....

so, aku masuk dalam, turunkan Aisha n suruh di buka kasut n letak di tempatnye..... Aisha masih lagi menurut, time ni my lil Aisha seperti nak menangis tapi dia tahan, aku pon trus puji..... 'pandai Aisha.....' trus aku bagi beg suruh Aisha bawa..... 'Aisha, nak bawa beg nieh..... masuk dalam cari cikgu sue yerk..... Aisha pandai kan' Aisha ambil beg n trus nak masuk..... aku panggil dia semula 'Aisha, meh salam mama dulu'..... 'erm, sayang'..... Aisha datang balik n salam tangan aku, cium pipi kanan, cium pipi kiri..... 'ok pandai..... Aisha masuk dalam cari cikgu sue yerk.....' Aisha, jalan trus n cari cikgu..... dia jalan trus  jerkn masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk kanak2 tidur..... aku terfikir, agaknya di situ lah selalu setiap pagi cikgu ada yerk...

Alhamdulillah, Aisha memang anak yang mengikut kata n mudah untuk di suruh..... aku masih setia menunggu di luar pintu sambil intai2 apa yang berlaku di dalam, sampai jerk Aisha depan pintu bilik tidur tu aku dengan cikgu sue panggil..... 'Aisha..... dah sampai ye...' so, aku dah rasa lega kerana cikgu dah nampak Aisha sampai n aku pun keluar untuk teruskan perjalanan ke tempat kerja..... sementara tu, sempat aku menjeling di sebelah pintu kelas ada stage, n atas stage tu ada kanak2 yang sedang tidur di situ, mungkin mak ayah dorang nak cepat ke tempat kerja, so main letak je lah anak yang tengah tidur di situ, sian mereka..... ada juga anak2 yang duduk di situ sambil pegang beg, aku x tau dorang tunggu apa.....

bagi Aisha, aku rasa lega sesangat hari ni kerana Aisha dah boleh berdikari sendiri, boleh buka kasut n letak di tempat yang dikhaskan, boleh bawa beg sendiri dan boleh masuk school sendiri sampai jumpa cikgu..... memang dari rumah aku dah ajar my lil Aisha untuk setiap tindakan yang dilakukan perlu ikut peraturan.....

  • nak masuk rumah, buka kasut n letak di rak kasut
  • bila dah habis minum susu, botol letak di dalam sinki (nak suruh basuh botol tu, karang habis 1 rumah banjir)
  • nak mandi, buka baju n masukkan baju dalam mesin basuh
  • lepas buka petpet, bagi kat aku @ hubby untuk gulung, ambil semula petpet n masukkan dalam tong sampah
jom layan pic my lil Aisha yang aku snap semalam ondaway balik dari Kuantan.... dah nak balik baru MIL tegur, bawak camera berat balik, tapi x ambik gambo yerk... huhu


 susahnye nak snap pic budak ni sekarang, x mor pandang camera..... 


 memanjang lah kena ambik gambar candid ini budak..... but i like.....


kalu pandang camera, kompem pic akan blurrrrr

yang paling best sekali, sekarang setiap kali nak masuk dalam rumah Aisha akan bagi salam..... 'Ah...lamlekum.....'

selagi xder orang jawab salam tu..... selagi tu lah dia akan tercegat depan pintu x masuk rumah, walau pintu dah memang terbuka..... dan selagi x dijemput masuk pon dia x akan masuk dalam rumah..... so, kalu nak jawab salam kena lengkap.....
'Walaikumsalam, jemput masuk.....' hehe

cuma aku masih mengharapkan yang Aisha dah semakin serasi dengan kawan2 n dah x senyap jerk macam minggu sebelumnye.....

k, sekian

p/s: perkataan baru dapat semalam.....
TO'PI - stand for topi
ekoran balik dari Kuantan terbiasa dengan panggilan To' Ki dan To' Mi.....
tu yang dapat perkataan To' Pi


# Khasiat Manggis # Rahsia Duit Online # New Rich Club #

03 November 2011

*3rd Day My Lil Aisha @ Taska Temanku*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam khamis,


entry ini akan berlanjutan sehingga my lil Aisha rasa betul2 selesa berada di Taska Temanku (tempat baharu setelah 'umi' pengasuh pulang ke kampung Langkawi untuk memulakan hidup beliau di sana).

alhamdulillah, hari ni adalah hari ketiga dan aku rasa lega sedikit coz my lil Aisha dah ada perkembangan yang sedikit baik masa hantar dia ke Taska & Tadika Temanku pagi tadi..... pagi ini tak banyak drama yang berlaku cuma dia still teringat 'umi' pengasuh bila bangun pagi..... apa lagi, aku pon bagitau yang 'umi' dah balik kampung...... dan Aisha terima apa yang aku bagitau kat dia..... sian aku tengok dia, sedey jerk muka, 3 hari x jumpa, dia still rindu kat 'umi'.....

dah siap semua keperluan, kami pon siap2 naik moto n vrooommm vrooommm, geraklah kami ke taska..... 

sampai di taska, macam biasa, salam papa, cium papa, babai papa, flying kiss papa..... sampai depan pintu taska, aku masuk dalam coz cikgu sue ada kat dalam kelas..... 'mama, nak tudok.....'  slow jerk suara Aisha minta kebenaran untuk duduk di sofa yang ada di situ..... 'Aisha nak duduk? ha.. duduklah, jap lagi cikgu datang, k'..... Aisha duduk di sofa sambil tunggu kawan cikgu sue panggilkan dia.....

'Aisha..... jom' cikgu sue keluar n panggil Aisha ajak masuk dalam kelas..... memula Aisha macam tak nak ikut cikgu masuk dalam, dah berair juga lah mata dia nak nangis..... cikgu trus ambil n dokong Aisha, so dia dah ok n tak jadi nangis..... Alhamdulillah, dalam hati aku doa x putus supaya Aisha x nangis.....

on da way nak masuk kelas tu, Aisha sempat lagi babai kat aku, aku pon balas babai n buat flying kiss lagi kat my lil Aisha buat kuat semangat..... sampai lah Aisha hilang dari pandangan mata..... n aku pon keluar dari taska pi kat hubby..... macam semalam hubby tanya, 'Aisha nangis x?'..... 'macam nak nangis, tapi x jadi lepas cikgu ambil dia masuk dalam...' aku membalas dengan sedikit senyuman dalam kerisauan..... 'ok lah tu.....'

so, jom layan pic Aisha malam tadi.....

 satu.....


 satu Malaysia


 muncung2 tu bukan cakap apa2 pon, memang saja buat aksi macam tu


 see, buat jelir2 lidah pulak, aku layankan aje


 apsal la anak aku suka buat jelir lidah kat camera sekarang nieh


 see, aku masih berbaju kurung time ni, my lil Aisha asik ler melekat kat aku, tapi aku suka sebagai lambang yang aku still sayang kat dia walau aku hantar dia ke taska waktu siang

so, diharapkan hari2 mendatang semakin baik dan selesa lah my lil Aisha di Taska & Tadika Temanku..... buat masa sekarang nieh, Aisha hanya dihantar ke nursery jerk dengan bayaran RM320.00 sebulan (kakitangan JKR ada diskaun tp aku x tahu berapa... ada kakitangan JKR hantar anak di sini?)..... start tahun 2012 baru lah Aisha akan didaftarkan ke program Playschool yang ada sesi pembelajaran ringan, ada uniform, ada buku rekod, ada lawatan dan lain2 program yang aku x ingat lah pulak apa dia..... huhu

next month penyelia kata ada sambutan untuk kanak2 yang sambut hari lahir..... so hari lahir Aisha yang ke-3 jatuh pada 23.12.2011, agak2 AIsha tersenarai x yerk, camane lah gaya mereka sambut hari lahir yerk..... dah macam teruja sikit aku coz Aisha dah ok nak pi school.....

k, sekian

p/s: x sabar nak balik umah n serve Aisha dengan puding coklat yang aku buat malam tadi.....