^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

02 September 2013

*bila bosan menunggu Papa shopping*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

ingat entry pasal kami beli sempoa sampai ke Plaza Angsana Johor Bahru sana nuun..... ha, lepas ke Badan Cemerlang, melayan anak dara nak belon, nak buku, nak pensil..... melayan si Papa pulak nak mencari kasut, eh bukan kasut, sandal je sebenarnya.....

hampir semua kedai dia masuk, dalam satu2 kedai tu adalah 20 30 minit dia dok dalam tu, memula kami ikut masuk dalam, tapi dengan umat manusia yang ramai dengan letih berpuasa..... aku surrender n bagitau kat Hubby, kami tunggu kat luar je lah..... dia ok jerk.....




sambil tunggu kat luar, ape lagi, aku pon suruh la princess Aisha tu posing..... haha



ha, ni bila pindah kedai lain n kat luar ramai orang, kami dok dalam kedai..... anak dara dah bosan..... buka kasut n landing atas lantai macam kat rumah sendiri..... hihi



ni kat kedai lain pulak..... sempat buat tulis2, seb baik ada beli buku kat kedai yang beli sempoa tu..... macam dah terasa jerk yang kami akan bosan kat situ, beli buku siap2 untuk anak dara..... haha



 port lagi satu..... dok tepi tiang n buat tulis2 buku..... siap ada bekal air kotak wat ilang dahaga..... Mama rasa macam nak minum sama jerk air kotak tu, seb baik ingat time tu bulan puasa.....

erm, dah lama dah aku perasan, kalu my dear Hubby shopping, memang akan ambil masa yang lama, x kira barang tu barang rumah ke, barang peribadi ke, even barang dapur pon kalu dia yang beli, semua akan dibelek satu2 n semua jenama akn ditengok..... aku ni kalu shopping, mana yang cantik n murah, aku sauk jerk..... semua nak cepat sebab lepas tu boleh plan ke tempat lain pulak kan..... huhu berbeza sungguh kami ini, sampai kadang2 gaduh2 manja lah kami padahal beli pelembut kain jerk, aku nak yang biasa guna, tapi Hubby dok sibuk pilih2 tengok jenama lain, last2 ambik jugak yang selalu guna tu sebab dah biasa..... isk3..... membazir masa di situ kan.....

erm, semua lelaki kalu shopping macam tu ker.....

k, sekian


19 August 2013

*aidilfitri 1434h/2013 ~ raya pertama*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

semua dah masuk kerja ker, alhamdulillah..... bebudak pon dah sekolah semula kan..... so mulakan lah rutin harian kita dengan tenang, moga apa jua yang kita lakukan diterima olehNya sebagai ibadah.....

jom cerita pasal raya..... ada suka dan ada duka buat aku n family..... sesiapa yang baca blog aku last week tu tau lah kan..... doakanlah semoga semuanya baik2 belaka..... ameen.....

 bagi tahun ini, giliran kami beraya di Felda Adela, Kota Tinggi, Johor..... umah mak abah aku ler..... alhamdulillah semua dapat berkumpul kecuali my USU yang giliran beraya di rumah suami di N.Sembilan n my K.long yang ada urusan x dapat dielakkan..... tapi beliau petang raya dah sampai semula ke rumah mak abah kami.....



family potrait, tapi x cukup korum, huhu

pagi 1st aidilfitri, lepas solat sunat..... kami berkumpul sekejap untuk bersalaman bermaafan..... kali ni ubah sikit turutan bersalaman..... biasa yang tua dulu bersalaman dimulakan dengan Mak n Abah, pehtu K.Long n suami, Abg Ngah n isteri, Kak Uda n suami dan seterusnya sampailah ke anak sedara yang kecik sekali..... tapi taun ni lain sikit, bersalaman n bermaafan dimulakan dengan Mak n Abah lepas tu kaum lelaki dulu then baru kaum perempuan menyusul diikuti anak2 sedara..... hihi, macam pelik sebab kita x dapat duduk sebelah pasangan memasing lepas bersalaman kan, tapi x per..... lain taun kita betulkan semula yer..... hehe

 dah salam2, lap air mata, bagi duit raya..... lepas tu apa lagi..... posing2 ala kadar jerk.....



kami di satu syawal 1434h

satu ni jerk gambar raya 1st kami bertiga..... tu pon paksa Aisha duduk, kalu x sibuklah dia nak main ngan sepupu2 dia tu..... nak main bunga api, nak main bunga api..... itu jerk yang dia tau..... lepas cakap siang2 x boleh main bunga api sebab x nampak api nya, baru dia senyap..... tema kaler baju kami tahun ni light orange sebab Hubby x nak beli baju melayu, so dia guna jelah baju free yang dapat masa jadi pembaca doa majlis bertandang kawan opis..... jadinya kami terpaksa ikut kaler baju dia, susah jugak nak cari yang sama, last2 cari baju corak, tudung recycle yang ada jerk, seb baik same kaler..... baju Aisha tu, dia nak baju pusing2 macam princess, dapatlah kaler krim, tang bunga ngan reben jerk sama kaler..... huhu jadilah dari xder kan..... alhamdulillah


marhaban journey

lepas tu kami reramai jalan kaki kecuali Abah yang x boleh nak jalan sangat untuk aktiviti marhaban di blok kami..... seronok time ni, dapat join 2 tahun sekali jerk sebab turn beraya di Terengganu xder aktiviti ni, tahun depan di Kuantan, x tahu ada ke x..... hurm, meriah sangat..... kalu kat Johor memang selalu jerk ada marhaban ni dari satu rumah ke satu rumah..... kalu kat tempat lain ada ke x yerk?.....



penuh rumah dengan kami2 yang mengikuti kumpulan rombongan tu, sampai ke dapur kami duduk..... kalu nasib kurang baik, dok kat luar jerk, then bila dah habis baru masuk dalam rumah nak bersalaman n bermaafan dengan tuan rumah..... ada yang hidang lontong, ada yang hidang sate, ada yang hidang mee kari, tapi tahun ni rumah kami sedia kuih raya jerk n spesial kuih yang kami panggil lopes, opsss bukan lopes yang makan ngan air gula tu tau, lopes ni beras pulut dibungkus dengan daun pisang then makan dengan serunding..... memang kalu orang beraya rumah kami, itulah kuih yang dorang cari..... erm try google kuih tu tapi x jumpa plak, xper, len kali kalu balik kampung mintak mak buat kuih tu, then aku ambek gambo yerk.....

hampir ke Zohor jugak aktiviti ni baru selesai..... balik umah, makan menu kat umah pulak..... ketupat, ayam masak merah, daging masak kicap, sayur lodeh, air cincau dan x ketinggalan lopes..... lepas makan, solat then memasing terbongkang kepenatan..... tinggal bebudak kecik jer yang x reti penat, main jerk kejenyer.....



malam nyer, beraya rumah besan Mak Abak kat Air Tawar 1..... gerak 4 buah kereta..... penuh rumah dorang dengan kami jerk..... hihi

borak2 sampai lebih kurang pukul 10 malam, balik umah semula..... x sempat nak beraya ke rumah besan yang lain2 sebab memasing nak rehatkan badan, esoknya kami dah nak bertandang ke rumah mertua masing2 pulak..... 


tuan tanah nak tunjuk baju raya..... KWC jerk uolsss

 hurm, raya tahun ni x puas lah kat Johor..... sebab x banyak rumah sedara dapat pi, rumah jiran pon dapat beraya bebetul rumah sebelah kiri jerk, yang lain tu harapkan marhaban jerk..... rumah kengkawan lagilah, sorang pon x dapat nak pi.....

raya kedua dah gerak balik Kuantan, then raya ketiga kami gerak ke Terengganu pulak..... beraya dalam kereta jerk kami..... kat Terengganu je la yang boleh dipanggil beraya, tapi tu pon x semua rumah saudara kami dapat pi sebab masa terhad..... pehtu ari selasa cum raya ke 6 dah balik KL sebab nak kena kerja esoknya.....

erm, lain2 cerita raya nanti aku share kat sini, mana2 yang patut je la kan.....
hehe

k, sekian

19 July 2013

*doa hari ini*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


as salam,


salam jumaat kengkawan.....
hari ni dah masuk hari ke-10 kita berpuasa kan..... Alhamdulillah, moga ibadah yang dilakukan di terima-Nya.....
Amin.....
 
doa untuk hari ini.....
 
 
Bismillahirrahmanirrahim
 
 amin
 
 
selain berdoa.....
jangan lupa solat.....
 

terutamanya solat Jumaat hari ni ye kengkawan jejaka hemsem semua.....


k, sekian


pssst : petang ni inshaa Allah nak gerak balik Johor..... moga selamat n urusan kami di sana dipermudahkan..... Amin..... 
hurm, my dear Hubby dah pesan awal2 untuk sedia makanan untuk perjalanan kami nanti, sebab dia kalu ke mana2 memang jarang sekali singgah di mana2 RnR untuk rehat / makan kecuali untuk isi minyak atau buang air..... maka berbuka dalam kereta la jawabnya kami nanti..... hihi


26 April 2013

*posing2 di Danga Bay, Johor Bharu, Johor*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

 kebetulan kami bercuti, so sambil pi tengok umah kami kat Gelang Patah, kami pon ambil kesempatan untuk jalan2 kat JB yang dah lama kami x jejak.....
ingat nak posing2 kat Danga Bay, tapi kamera x bawa..... sesampai ke sana, Festive Street Mall dah x der, rumah Limas pon dah x der, tempat makan Bay Leaf pon dah x der..... huhu, terkejut monyet kami sekejap..... nampak dah berapa lama kami x jejak ke sana kan.....

yang tinggal cuma


v



v



v



v



v



Restoran Danga Bay Marina Club.....

so, jom layan kami (Aisha) posing2 kat situ.....
all picture taken by my BB jerk.....
kalu gambar x clear tu paham2 je la yerk.....
hehe



merenung deck2 kapal dengan harapan untuk menaiki plus memiliki salah satu kapal di situ..... muahaha



peace from anak dara yang susah nak tengok kamera bila di ambil gambar.....



peace from us.....
 hamboiiiii cekak pinggang ngko anak dara tu..... hehe


hah, cekak pinggang lagi, macam gangster ayu pon ade.....



hasil paksaan senyum oleh si Mama.....
 terus x nampak mata..... hehe


terbang bebas bak burung..... tapi mata pejam, huhu
eh, ada pulak orang kat belakang tu nak interprem jugak.....


 kereta berhias Iskandar Waterfront Holdings.....

di mana2 pon dalam kawasna ni ada polis yang berjaga, mesti tempat ni dah jadi private place..... x sewenang2 nya orang ramai boleh masuk lepas nie bila pembangunan kat sebelah kanan n kiri Club ni siap sepenuhnya nanti kan.....




k, sekian



16 August 2012

*perjalanan menakluk pantai timur*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,

~blog pon rasa sunyi jerk, maklum dah ramai yang mula bercuti balik kampung kan..... hehe~

 insyaallah sempena cuti sambutan Aidilfitri ni, kami sekeluarga akan pulang ke kampung untuk sambutan...... malam ni atau sok pagi  dari Rawang, Selangor kami akan bergerak ke Kuantan, Pahang, umah parent hubby, then lepas solat aidilfitri nanti akan ke Kuala Terengganu, Terengganu untuk bertemu family abang hubby n to'ki hubby serta family..... pada hari raya ketiga, kami akan bertolak balik ke Kota Tinggi, Johor  melalui Mersing untuk bertemu dengan my family pulak.....

sebelum memulakan perjalanan, jom sama2 kita ingatkan semula doa yang dah patut jadi kebiasaan pada kita semua setiap kali memulakan perjalanan samada jauh atau dekat kan.....

jom baca.....


bi–smi–`allaahi `alr-rahmaani `alr-rahiymi.
ertinya:
Dengan–nama–Alläh Maha-Pengasih [lagi] Maha-Penyayang.
 
bi–smi–`allaahi majri—haa wa mursa—haa. `inna rabbi—y, la ghafuwrun rrahiymun.
ertinya:
Dengan–nama–Alläh keberangkatan | bertolak—nya dan kedatangan | berlabuh—nya [kendaraan ini].
Sesungguhnya [tuhan]-pengasuh—ku, sungguh Maha-Pengampun lagi Maha-Penyayang
[do’a nabi Nüh — Al-Qur`än, Hüd, 11:41]


 semoga perjalanan kami dan anda semua dipermudahkan n selamat pergi n pulang..... Ameen

k, sekian 


p/s : taun ni x sempat nak buat n berpos kad raya..... sibuk ngan urusan rumah yang baru kami duduki sejak last saturday..... nanti jemput datang umah pada kengkawan yang berhajat untuk bertemu yerk..... cuma still ada kekurangan di rumah kami, moga tidak menjadi penghalang pada perhubungan persahabatan kita.....

22 November 2011

*TIHANY minggu akhir [] TAHNIAH harimau muda*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,
FB bola!, TWITTER bola!, BLOG bola! BBM bola! RADIO bola!..........
dari malam tadi x habis2
aku dah lambat kut nak up cerita nieh tapi
aku nak jugak cerita.....
ada yang sudi baca ker?
terima kasih bebanyak.....

sebelum tu aku nak cerita pasal

 minggu ni minggu akhir kan.....
adakah Tihany akan berubah semula dan kembali kepada Azman?
camane pulak dengan Imran yang dah mula nak berubah jadi baik tu?
apa pula bukti2 yang ada pada Katrina?
bila Suraya nak terima balasan atas kesalahan dia selama nie?

huhu, x sabar nak tunggu episod malam ni
nak tengok kesudahan drama slot Ratu di TV9 nieh.....

 sekarang cerita pasal
 Bernama


aku cuma nak cakap
TEAM Malaysia Hebat..... apa rahsianya?
kerana MALAYSIA ada seorang MUSLIM, ada seorang TAMIL, ada seorang GURU.....
dan yang penting Team Malaysia ada khairul fahmi che mat yang sentiasa cermat menangkap BOLA.....
dan Malaysia juga ada baddrol bakhtiar yang sentiasa berikhtiar menjaringkan gol dari jarak jauh.....
dan yang paling HEBAT adalah kerana Malaysia ada ONG
(Ong Kim Swee)
hehe

TAHNIAH Harimau Muda.....
Auuummmmm!!!!!!!!!!

x pernah2 aku tengok bola kat TV tetiba malam tadi macam ada aura yang mengatakan Malaysia akan menang..... so aku boleh layan bola Malaysia vs Indonesia sorang2 jerk kat umah lepas drama Tihany..... hubby keje balik lewat coz buat persiapan Malam Media di Kraftangan Malaysia..... my lil Aisha tetiba malam tadi tidur awal..... Alhamdulillah, x sia2 aku tertengok bola sampai akhir lak tu (sebelum ni kalu tengok pon 1/2 masa aku dah bosan.....huhu)..... kan hubby kan.....


p/s : erm, Malaysia menang bola
Johor cuti.....
KL bila nak cuti yerk?..... (mood jeles nieh)